CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5059|Reply: 8

Rumpun Melayu Dan Austronesia

[Copy link]
Post time 8-10-2013 05:26 PM | Show all posts |Read mode
Rumpun Melayu Dan Austronesia


Oleh Helmi Effendy

Assalamualaikum.  Saya terjentik untuk menulis artikel mengenai rumpun melayu memandangkan salah faham mengenai rumpun ini masih lagi berleluasa mungkin kerana kurangnya pembacaan dan pendedahan di kalangan rakyat kita. Yang paling sedih sekali ialah ada individu yang menyangka bahawa BUGIS, BANJAR, BAJAU, SULUK, CHAM, KERINCHI, ACHEH, AMBON, MINANG, JAWA dan sebagainya sebagai bukan salah satu daripada rumpun melayu.


Kelihatannya salah faham yang wujud di sini semakin melebar. Mereka menyempitkan fahaman bangsa itu dalam suku bangsa. Hal ini sangat-sangat menyedihkan. Sedangkan orang cina dari pelbagai suku seperti Han, Min, Wu, Tanka dan Hui boleh bersatu di bawah rumpun cina(Sino-Tibetian). Ya, ada sebahagian suku kaum yang berasal daripada suku Sino-Tibetian ini seperti Viet (orang vietnam), Thai (bukan siam kerana siam berbeza dengan Thai) yang tidak mengaku asal-usul mereka daripada Sino-Tibetian ini kerana proses semangat KENEGARAAN seperti mana yang berlaku di Indonesia untuk kategori RUMPUN MELAYU A.K.A AUSTRONESIAN ini.




Kalau orang India pula, suku seperti Tamil, Telegu, Malayam ialah sebahagian daripada rumpun India. Suku bangsa Aryan yang selalunya menduduki kasta tertinggi dalam masyarakat India terasing daripada suku bangsa itu kerana mereka lebih kepada bangsa Indo-Eropah. Itu sekadar pengenalan kepada BANGSA dan SUKU BANGSA agar kita tidak salah faham.


Namun, yang ingin disentuh di sini ialah salah faham yang melibatkan MELAYU itu. Salah faham ini timbul apabila di KEPULAUAN MELAYU ini, bangsa ini terpecah kepada tiga buah negara iaitu MALAYSIA, INDONESIA dan FILIPINA. Ada juga sebahagian daripada orang melayu yang terdiri daripada suku Siam terperangkap di selatan Thai. Orang melayu siam ini ialah pembina kerajaan melayu di Thailand seperti Sri Dharmaraja. Berbeza dengan orang Thai yang merupakan pendatang dari China yang lari daripada peperangan di sana lalu menubuhkan Kerajaan Ayutthayya di Indochina.


Asal Usul Melayu


Fantasi Yunnan masih menjadi pegangan mereka yang bertuankan teori bahawa melayu itu asalnya daripada Yunnan. Mengikut perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu , Melayu ditakrifkan sebagai orang di Tanah Melayu yang mengamalkan kebudayaan Melayu danberagama Islam. Takrif ini bukan sahaja kabur, tetapi juga menyempitkan makna Melayu yang asalnya bukan sahaja merujuk kepada orang Melayu di Tanah Melayu,tetapi juga orang Melayu serumpun di luar Tanah Melayu.


Orang yang serumpun dengan orang Melayu di tanah melayu dan berada di tanah, tetapi bukan Islam dengan serta-mertamenjadi orang bukan Melayu sehingga istilah Bumiputera diperkenalkan bagi merangkumi Melayu yang tidak Islam, seperti orang asli. Perlembagaan ini diperluaskan kepada Perlembagaan Malaysia apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bercantum dengan tanah melayu menjadi Malaysia pada 1963, dengan mengusutkan lagi makna Melayu. Mungkin ini yang menjadi punca kenapa suku kaum pribumi Sabah dan Sarawak hilang asal-usulnya.  


Apa yang ingin ditekankan di sini ialah benarkah Melayu itu asalnya daripada Yunnan? Pendapat ini sesuai dengan pandangan evolusi kononnya orang tertua ialah ‘Orang Peking’. Pandangan ini tersangkal apabila diketahui fosil ‘Orang Peking’ itu adalah palsu. Dari segi bahasa juga terdapat perbezaan ketara antara bahasa Melayu Purba dengan bahasa Yunan sehingga teori ini tidak dapat dipertahankan lagi. Bahasa Melayu tidak ada kesamaan langsung dengan bahasa Yunan tetapi lebih dekat dengan bahasa penduduk kepulauan Pasifik dan Pribumi Sabah dan Sarawak. Malah ada yang mendakwa bahawa Bahasa Melayu dekat dengan Bahasa Sanskrit, bahasa penduduk Aryan yang datang daripada Iran ke utara India untuk menyebarkan agama Hindu.


Kalau ditelusuri dengan lebih dalam, Ibnu Khaldun dengan beraninya mengangkat Melayu ini datangnya daripada keturunan Nabi Ibrahim, daripada isterinya Keturah. Daripada keturunan Keturah ini juga diketahui bahawa lahirnya bangsa pembina tamadun hebat seperti bangsa Median. Jika mahu mengupas topik ini, ia pastinya mengambil sebuah lagi artikel kerana sejarah yang melibatkan orang melayu dan Nabi Ibrahim sangat panjang.




Melayu dan Austronesia


Berdasarkan buku kajian Walace, seorang pakar Antropologi dan Sejarah dunia daripada Universiti Oxford (1863), bukunya yang bertajuk The Malay Archipelago, beliau menakrifkan penduduk gugusan Kepulauan Melayu sebagai rantau Asia Tenggara yang hampir-hampir berbentuk segi tiga, bermula di Pulau Nikobar di Timur Laut ke Pulau Solomon di Tenggara, dan dari Luzon di Utara ke Rotti dekat pulau Timor di Selatan. Kawasan yang luas itu dibahaginya kepada lima kumpulan: Kepulauan Indo-Malaya, Kepulauan Timor, Kepulauan Maluku dan Kepulauan Papua.  


Walace berpendapat melalui kajiannya, bangsa-bangsa yang mendiami kawasan itu berkongsi keluarga bahasa yang sama, berkongsi budaya yang sama, berkongsi warna kulit yang hampir sama. Dia mengulas lagi di dalam bukunya, rumpun bangsa ini samalah seperti bangsa Causasians di eropah dan amerika yang pada asalnya terdiri daripada tiga jenis suku iaitu, Aryan, Semitic dan Hamitic. Daripada tiga suku ini lahirlah seperti Saxon, Anglo, Teuton dan sebagainya. Hal ini juga telah disokong oleh Parlimen Hawaii di Honolulu pada tahun 1879. Dengan usaha Maharaja Abu-Bakar pada waktu itu, parlimen Hawaii telah membincangkan mengenai penyatuan dunia melayu di bawah satu nama Pan-Malaysia and "Malaysia Irredenta".



Peta Benua Melayu yang dicadangkan





Sembilan tahun kemudian,  (1898) Apolinario Mabini di Manila mencadangkan “Federation Malaya” dengan gagasan yang sama. Pada waktu itu juga munculnya Jose Rizal,  yang diberi jolokan oleh orang filipina sebagai "The Pride of the Malay Race” atau “The Great Malayan”. Dalam bukunyam Jose Rizal menulis bahawa seharusnya filipina dimasukkan dalam rancangan menggabungkan Tanah Melayu dan Indonesia memandangkan mereka juga di bawah rumpun yang sama.


Wancelao Vinzons , pengikut Jose Rizal pernah menyampaikan pidato bersejarah “Malaysia Irredenta” yang memaparkan mimpi penyatuan seluruh bangsa Melayu - Polinesia. Waktu itu beliau berusia 22 tahun dan seorang pemuja Rizal. Beliau selanjutnya mengarang buku mengenai “History and civilization of Southeast Asian countries belonging to the Malay race”


Pada asalnya, nama untuk rumpun melayu ini dalam bahasa saintfiknya ialah Polynesian, tetapi penemuan terbaru yang menemui bahawa penduduk asli di Taiwan itu juga termasuk dalam rumpun melayu, (suku Farmosa) termasuk dalam rumpun melayu, maka nama Polynesian itu terpaksa ditukar kepada Autronesian.


Kerajaan-Kerajaan Melayu


Melayu sememangnya terkenal dengan pembinaan kerajan-kerajaan agung mereka. Sriwijaya misalnya telah berjaya menyatukan seluruh alam melayu ini daripada Madagascar hingga ke selatan Taiwan berdasarkan catatan Nehru (1963) yang merupakan seorang sejarahwan India.  



Hanya Majapahit yang diperintah oleh suku Jawa sahaja merupakan kerajaan melayu yang terasing daripada empayar Sriwijaya. Namun, jatuh sahaja empayar Sriwijaya, Majaphit menuntut hampir 1/3 empayar Sriwijaya yang pernah terbentang luas.


Champa dan Funan di Indochina misalnya merupakan kerajaan Melayu yang pernah menguasai wilayah itu sebelum orang Viet, Khmer dan Thai yang merupakan pelarian daripada selatan China datang dan menghambat mereka ini hingga ke tanah melayu. Oleh sebab itu, lahirlah teori bahawa orang Kelantan dan Jawa itu asalnya merupakan pendiri Kerajaan Champa. Oleh sebab itu juga, orang Kelantan dan Jawa berkongsi budaya melayu yang sama seperti BATIK dan WAYANG KULIT.  


Terdapat juga kerajaan melayu Purba lain yang tercatat dalam buku Cina, seperti Lang Ya Xiu (Fatani/Patani sekarang)pada abad ke-2 Masehi, Pan Pan (utara Segenting Kera) pada abad ke-5 Masehi,Senggora (Tanah Merah, sekarang di Thailand Selatan) dan Zhu Bo (Pulau Jawasekarang). Semuanya telah wujud sekurang-kurangnya pada abad ke-5 Masehi, manakala Dan Dan atau Tan Tan (Kelantan sekarang, yang juga disebut Ki-lantan oleh penulis Cina yang terkemudian) telah wujud sebelum abad ke-6 Masehi.


Mengikut buku INTAN (1991), sumber Cina yang lain yang juga mencatat kebesaran kerajaan Ho-Lo-Tan atau Kuo-Lo-Tan di Semenanjung Malaysia pada kurun ke-5 Masehi itu juga ditafsirkan sebagai Kelantan sekarang. Kerajaan ini dikatakan pernah mengirim utusan dan ufti ke negeri China pada tahun 430, 433,436, 437 dan 452 Masehi. Mengikut catatan Dinasti Syui pada abad ke-6 Masehi, seperti yang diterjemahkan Liang Liji (1996), kerajaan Kelantan pada abad sebelumnya lagi, adalah seperti yang berikut:


"Negeri Dan Dan sudah terkenal pada zaman Dinasti Syui lagi. Keluarga rajanya bernama Ksyatriya, namanya Raja Sri Linga, memerintah lebih daripada dua puluh ribu keluarga. Menterinya ada lapan orang, disebut Lapan Teras, dan Menteri Besarnya dipegang oleh seorang Brahmin. Tubuh raja dipupuri dengan bedak harum, bermahkota menjulang tinggi, berkalungkan ratna mutu maknikam, berpakaian warna-warni, berkasut kulit. Kalau berpergian; dekat naik kenderaan, jauh naik gajah. Ketika berperang orang meniup serunaidan memalu genderang. Hukumannya keras: pencuri tak pandang dosanya; besar kecil semuanya dibunuh."


Tulisan Orang Melayu


Pada hari ini, kita hanya mengetahui kewujudan tulisan orang melayu hanya jawi sahaja. Tetapi, tahukah jawi bukanlah satu-satunya tulisan yang pernah digunakan oleh orang kita. Rencong misalnya (lihat gambar).




Tulisan Palavi juga merupakan tulisan yang digunakan oleh orang melayu. Berbeza dengan tulisan rencong yang dicipta sendiri oleh orang melayu, tulisan Palavi ini diadaptasikan daripada tulisan yang berasal dari selatan India, Kerajaan Palava. Di bawah ialah rentetan perkembangan tulisan Palavi oleh orang melayu.  


1. Zaman aksara Palavi Awal, dari abad ke-4 hingga ke-7 Masihi, seperti yang tertulis pada prasasti di Kalimantan Timur, Jawa Barat, Kedah-P. Pinang (Bukit Meriam di Kuala Sg. Merbuk, Ceruk Tokun, Provins Wellesley dan Sungai Bujang yang tersebut tadi


2. Zaman aksara Palavi Kemudian, dari abad ke-7 hingga pertengahan abadke-8 Masehi, seperti yang dijumpai pada prasasti di Sumatera, Jawa Tengah,dan Semenanjung Malaysia


3. Aksara Kawi Awal atau Jawa Kuno, daripada pertengahan abad ke-8 Masehihingga awal abad ke-10 Masehi, dijumpai pada prasasti di Thai Selatan,Jawa Tengah, Jawa Timur, dan Semenanjung Malaysia


4. Aksara Kawi Kemudian, daripada awal abad ke-10 Masehi hinggapertengahan abad ke-13 Masehi, dijumpai pada prasasti di Jawa Timur,Airlangga, Kediri, Bali, Sunda, dan Sumatera Selatan)


5. Aksara Kawi zaman Majapahit, yang dijumpai pada prasasti di seluruh Alam Melayu ini sehingga kemasukan aksara Arab menerusi Islam.





Ini tidak bermakna bahawa orang melayu tidak tahu menulis sebelum abad ketujuh apabila mengadaptasikan tulisan kawi atau mencipta tulisan rencong yang kemudiannya digunakan oleh Kerajaan Majapahit pada abad ke-14 walaupun usia tulisan Rencong sebenarnya jauh lebih awal daripada kewujudan tulisan Palavi.


Tamadun Melayu Campa sudah meninggalkan 206 buah prasasti, yang terdiri daripada 98 buah prasast idalam bahasa Melayu Purba-Campa, 43 bahasa Sanskrit, 29 dwi-bahasa itu dan 36 lagi tidak diketahui bahasa atau aksaranya, kerana belum dikaji pakar.


Pribumi Sabah dan Sarawak


Suku kaum di Sabah dan Sarawak ini masih samar-samar kewujudan mereka. Dalam hukum antropologi, pribumi sabah dan sarawak yang juga dilabelkan sebagai Bumiputra Malaysia ini termasuk dalam rumpun melayu berdasarkan pandangan Walaces dalam bukunya menempatkan bahawa mereka dalam rumpun melayu dan menyamakan mereka dengan Deuro Malay . Mereka dipercayai berasal daripada suku Proto-Malay yang merupakan ras kepada ORANG ASLI di MALAYSIA.


Manakala Owen Rutler dalam bukunya The Pagans Of North Borneo mengatakan bahawa suku kaum di Sabah dan Sarawak masih lagi samar asal-usulnya. Dari segi linguistik, bahasa yang dituturkan oleh penduduk asli di Sabah dan Sarawak masih lagi dalam kategori Keluarga Bahasa Melayu atau Austronesian Language.


Sehingga hari ini, perkara ini masih didebatkan oleh para sejarahwan, antropologi dan lingusitik mengenai pribumi di Sabah dan Sarawak. Bukti-bukti yang ada pada hari ini menjuruskan mereka termasuk dalam rumpun Melayu (Austronesian).


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2013 05:17 PM | Show all posts
menarik..saya nak baca esok...hari ini byk kerja...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 11:27 PM | Show all posts
Yang paling sedih sekali ialah ada individu yang menyangka bahawa BUGIS, BANJAR, BAJAU, SULUK, CHAM, KERINCHI, ACHEH, AMBON, MINANG, JAWA dan sebagainya sebagai bukan salah satu daripada rumpun melayu.


bagaimana cara merangkumkan/menyatukan rumpun melayu menjadi besar, jikalau di dalam perlembagaan msia sendiri membatasi bahawa melayu itu mesti beragama islam.

Bagaimana istilah "melayu" ini diguna pakai utk org philipina misalannya yg majoritinya kristian,org ambon & batak yg sebahagiannya kristian sebahagian lagi islam?

apakah yg islam disebut melayu, manakala yg kristian,budha etc disebut bukan melayu
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 12:46 AM | Show all posts
Orang Yunnan dikenali dalam cerita orang Cina sebagai bangsa yang kuat lakukan santau dan sihir

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2013 01:53 PM | Show all posts
Bagaimana istilah "melayu" ini diguna pakai utk org philipina misalannya yg majoritinya kristian,org ambon & batak yg sebahagiannya kristian sebahagian lagi islam?


SEBENARNYA ITULAH DINAMAKAN MELAYU NUSANTARA...BANGSA FILIPINA DULUNYA ADALAH MELAYU YANG TELAH DIJAJAH OLEH SPANYOL DAN AMERIKA..ETNIK MELAYU DISANA TELAH DIHAPUSKAN SECARA PERKAHWINAN ATAU KACUKAN...SEBAB ITU MATA WANG MEREKA MENGGUNAKAN PESO DAN BAHASA MEREKA 'TAGALOG" ADA SEDIKIT KEMELAYUANNYA.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2013 01:55 PM | Show all posts
Sejarah Filipina dipercaya telah dimulai dengan kedatangan manusia pertama lewat jembatan darat paling tidak 30.000 tahun yang lalu[1] Kedatangan pertama orang-orang Barat yang tercatat adalah kedatangan Ferdinand Magellan di Pulau Homonhon, di tenggara Samar pada 16 Maret 1521[2]
Sebelum kedatangan Magellan, terdapat suku-suku Negrito yang menjelajahi pulau-pulau Filipina, namun mereka kemudian digantikan oleh orang-orang Austronesia. Kelompok-kelompok tersebut dapat digolongkan menjadi suku pemburu dan peramu, masyarakat kesatria, plutokrasi kecil, dan kerajaan maritim, yang kemudian tumbuh menjadi kerajaan, konfederasi dan kesultanan. Negara-negara prakolonial itu contohnya kerajaan Butuan, Cebu, Tondo, Maysapan, Maynila, konfederasi Madyaas, Negeri Mai, dan kesultanan Sulu serta Maguindanao. Negara-negara kecil ini berkembang paling tidak sejak abad ke-10. Meskipun kerajaan-kerajaan ini mencapai tatanan politik dan sosial yang rumit, serta melakukan perdagangan dengan daerah-daerah yang sekarang menjadi Cina, India, Jepang, Thailand, Vietnam dan Indonesia, tidak ada yang berhasil menyatukan kepulauan yang sekarang menjadi Filipina di abad ke-20.
Penjajahan dan pemukiman Spanyol dimulai dengan kedatangan ekspedisi Miguel López de Legazpi pada tahun 1565, yang mendirikan pemukiman San Miguel di pulau Cebu,[3] danlebih banyak lagi pemukiman ke utara, mencapai teluk Manila di pulau Luzon pada tahun 1571.[4] Di Manila, mereka mendirikan kota baru dan dengan demikian memulai era penjajahan imperium Spanyol, yang berlangsung lebih dari tiga abad.[5]
Pemerintahan Spanyol berusaha mencapai penyatuan politik seluruh kepulauan, yang sebelumnya terdiri atas berbagai kerajaan dan komunitas merdeka, namun tidak berhasil. Penyatuan Filipina baru berhasil pada abad ke-20. Spanyol memperkenalkan percetakan versi Eropa Barat, dan kalender Gregorian, dan juga cacar, penyakit kelamin, lepra, perang dengan senjata api. [6] Hindia Timur Spanyol diperintah dan diadministrasi sebagai bagian Kerajamudaan Spanyol Baru dari Meksiko dari 1565 sampai 1821, dan diadministrasi langsung dari Madrid dari tahun 1821 sampai akhir Perang Spanyol-Amerika pada tahun 1898, kecuali pada selang singkat pendudukan Britania di Filipina (1762-1764). Orang-orang Cina, Britania, Portugis, Belanda, Jepang dan pedagang pribumi mengeluh bahwa Spanyol menekan perdagangan dengan pemberlakuan monopoli Spanyol. Misionaris Spanyol mencoba mengkristenkan penduduk dan umumnya sukses di dataran rendah utara dan tengah, pada akhirnya. Mereka mendirikan sekolah, universitas, dan rumah sakit, terutama di Manila dan pemukiman benteng-benteng Spanyol.
Revolusi Filipina melawan Spanyol dimulai pada April 1896, yang berpuncak di dua tahun kemudian dengan proklamasi kemerdekaan dan pendirian Republik Pertama Filipina. Namun Traktat Paris, pada akhir perang Spanyol-Amerika, memindahkan kendali atas Filipina kepada Amerika Serikat. Perjanjian ini tidak diakui oleh pemerintah Filipina, yang pada 2 Juni 1899, menyatakan perang terhadap Amerika Serikat. [7] Perang Filipina-Amerika yang kemudian terjadi berakibat korban dalam jumlah besar. [8] Presiden Filipina Emilio Aguinaldo ditangkap pada tahun 1901 dan pemerintah Amerika Serikat (AS) menyatakan konflik berakhir secara resmi pada tahun 1902. Para pemimpin Filipina pada umumnya menerima bahwa AS telah menang, namun permusuhan terus berlanjut dan baru mulai berkurang tahun 1913. Pemerintahan kolonial AS dimulai tahun 1905 dengan otonomi lokal sangat terbatas. Otonomi parsial (status persemakmuran) diberikan pada tahun 1935, dengan kemerdekaan penuh dari AS direncanakan pada tahun 1946. Persiapan untuk negara yang berdaulat sepenuhnya diinterupsi oleh pendudukan Kekaisaran Jepang selama Perang Dunia II. [4]
Dengan ekonomi yang menjanjikan pada dasawarsa 1950-an dan 1960-an, Filipina pada akhir 1960-an dan awal 1970-an mengalami kebangkitan aktivisme mahasiswa dan pergerakan sipil terhadap kediktatoran Presiden Ferdinand Marcos yang memberlakukan hukum militer pada tahun 1972.[4] Karena ikatan yang dekat antara AS dan Presiden Marcos, pemerintah AS terus mendukung Marcos meskipun pemerintahannya dikenal sangat korup dan melakukan pelanggaran hak asasi manusia secara meluas. Namun revolusi "People Power" pada tahun 1986 telah memakzulkan Marcos dan membawa kembali demokrasi di negara tersebut. Periode setelah itu ditandai oleh ketidakstabilan politik dan terganggunya produktivitas ekonomi
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-10-2013 01:59 PM | Show all posts
Rumpun Bangsa Melayu[size=0.8em]Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Rencana ini adalah tentang rumpun Bangsa Melayu. Untuk kumpulan etnik Melayu, sila lihat Orang Melayu. Untuk kegunaan lain, lihat Melayu (nyahkekaburan).
[url=http://ms.wikipedia.org/wiki/Failangues-autronesiennes.png][/url]
[url=http://ms.wikipedia.org/wiki/Failangues-autronesiennes.png][/url]
Kawasan mengikut sejarah dianggap diduduki oleh orang Austronesia yang asal dan peghijrahan yang kemudian



Konsep Rumpun Bangsa Melayu atau Bangsa Melayu dicadangkan oleh ahli sains Jerman Johann Friedrich Blumenbach (1752–1840), dan diklasifikasikan olehnya sebagai bangsa perang.[1] Sejak Blumenbach, banyak ahli antropologi telah menolak teori lima bangsanya, memetikkan kerumitan mengklasifikasi bangsa yang besar. Meskipun, istilah Melayu masih sering digunakan dalam konteks ini, dan ia adalah asas untuk pengenalan Melayu dalam negara Malaysia[petikan diperlukan]. Konsep "bangsa Melayu" berlainan dengan kumpulan etnik Melayu yang berpusat di keliling Malaysia dan sebahagian dari pulau Sumatra serta pulauKalimantan di Indonesia.
Istilah bangsa Melayu telah pada umumnya digunakan pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Puak-puak ini menduduki sebuah kawasan dikuasai oleh puak Austronesia.[2] Bangsa Melayu dianggap sebagai subbangsa bangsa Mongoloid.[3]
Isi kandungan [sorokkan]


Asal-usul[sunting | sunting sumber]
Dalam 1775 doctoral dissertation berjudul De generis humani varietate nativa (On the Natural Varieties of Mankind), Blumenbach menggaris bentuk empat bangsa manusia utama mengikut warna kulit, iaitu Caucasian (putih), Ethiopian (black), Orang Asli Amerika (merah), dan Mongolia (kuning).
Pada 1795, Blumenbach menambahkan suatu bangsa bergelar 'Melayu' yang dia anggapkan suatu subkategori bangsa Ethiopia dan Mongoloid. Rumpun bangsa Melayu adalah mereka yang "berkulit perang, dari zaitun dan mahogani jelas kepada bunga cengkih yang tergelap atau buah berangan perang." Blumenbach menjelaskan istilah "Melayu" untuk memasuki pendudukan asli Marianas, Filipina, Maluku, Sunda, Indochina, dan juga Pulau Pasifik seperti orang Tahiti. Dia menganggapkan sebuah tengkorak Tahiti dia telah menerima sebagai pautan yang hilang; menunjukkan pemindahan di antara bangsa "asas", bangsa Caucasian, dan bangsa "merosot", Negroid.
Blumenbach menulis:
Kepelbagaian Melayu. Berkulit warna kuning keperang-perangan; rambut hitam, lembut, keriting, tebal dan banyak; kepala secara sederhana sempit; dahi sedikit bonjol; hidung penuh, lebar, seperti ianya berbaur, hujung tebal, mulut besar. Dagu bahagian atas agak prominent dengan sebahagian dari muka apabila dilihat di profil, cuku jelas dan berbeza dari satu sama lain. Jenis terakhir ini termasuk penduduk pulau-pulau Lautan Pasifik, bersama denga penduduk Marianne, Filipina, Maluku dan Kepulauan Sunda, dan Tanah Melayu. Saya ingin menggelarnya Melayu, oleh kerana kebanyakan manusia jenis ini, terutamanya mereka yang mendiami kepalauan Hindia berhampiran dengan semenanjung Melaka, dan juga the Sandwich, the Society, the Friendly Islanders, dan juga orang Malambi dari Madagascar bawah ke penduduk Pulau Easter, gunakan idiom Melayu.[4]
Pengaruh Penjajahan[sunting | sunting sumber]
Pandangan pada Melayu dipegang oleh Thomas Stamford Raffles mempunyai pengaruh yang agak besar pada penutur Inggeris, berlama hingga hari ini. Dia mungkin adalah suara terpenting yang mengalakkan gagasan sebuah bangsa atau negara 'Melayu', tidak terhad pada kumpulan etnik Melayu, tetapi memeluk bangsa-bangsa yang besar tetapi bahagian tidak khusus kepulauan Asia Tenggara. Raffles membentukkan suatu visi orang Melayu sebagai 'negara' asas bahasa, berbarisan dengan pandangan gerakan Romantic Inggeris pada waktu itu, dan pada 1809 mengirimkan sebuah karangan sastera pada topik pada Masyarakat Asia. Selepas dia mounted suatu ekspedisi ke bekas tempat duduk dirajaMinangkabau di Pagaruyung, dia mengumumkan bahawa ia adalah 'sumber kuasa itu, asal-usul negara itu, sangat berselerak luas di sepanjang Kepulauan Timur’. Dalam tulisan-tulisan kemudian dia memindahkan orang Melayu dari sebuah negara ke sebuah bangsa.Istilah bangsa Melayu sering disalah artikan oleh aktivis Melayu yang tidak diterima oleh ahli sejarah. Para aktifis ini memasukkan seluruh orang Indonesia yang tinggal disebelah barat Papue dan akan membuat jumlah bangsa Melayu menjadi 350 juta orang. Padahal orang Aceh, Batak dan Jawa tidak termasuk dalam pengertian bangsa Melayu (Milner,2008). Lagipula bahasa Melayu hanya satu dari 1000 bahasa di keluarga bahasa Astronesia (Bellwood 2004).[5]
Konteks Malaysia[sunting | sunting sumber]Rencana utama: Melayu Malaysia dan Artikel 160 Perlembagaan Malaysia
Di Malaysia, banci-banci kolonial awal memisahkan kumpulan etnik, seperti "orang Melayu, Boyan, Aceh, Jawa, Bugis, Manila (Filipina) dan Siam". Banci 1891 menggabungkan kumpulan-kumpulan etnik ini ke dalam kategori kaum digunakan di Malaysia moden - orang Cina, ‘orang Tamil dan orang asli lain India’, dan ‘orang Melayu dan penduduk asli Kepulauan’. Ini berasaskan pada pandangan orang Eropan pada masa itu bahawa bangsa itu adalah biologi asas kategori sains. Untuk banci 1901, kerajaan menasihatkan perkataan "bangsa" harus menggantikan "warga negara" di mana ia bermuncul.[5]
Selepas suatu jangka masa generasi diklasifikasikan ke dalam kumpulan-kumpulan ini, pengenalan individu membentukkan di keliling konsep rumpun bangsa Melayu. Untuk generasi muda pada suatu bangsa, mereka melihat ini sebagai memberikan kesatuan dan perpaduan terhadap kuasa kolonial, dan pendatang bukan Melayu. Negara Melaysia kemudian dibentukkan dengan bangsa Melayu menjadi kedudukan berpusat dan mentakrif dalam negara itu.[5]
Konteks Filipina[sunting | sunting sumber]
Di Filipina, banyak Filipina menganggap istilah "Melayu" merujukkan pada penduduk asli negara dan juga penduduk negara jiran seperti Indonesia, Malaysia, Singapura. Tanggapan salah ini adalah sebahagiannya oleh kerana ahli antropologi Amerika H. Otley Beyer yang bercadangkan bahawa orang Filipina adalah sebenarnya orang Melayu yang berhijrah dari Malaysia dan Indonesia. Istilah ini dalam gilirannya disebarluas oleh para sejarawan Filipina dan masi diajari dalam banyak sekolah. Meskipun, konsensus yang ketara di kalangan ahli antropologi sezaman, ahli arkeologi, dan ahli bahasa sebenarnya mencadangkan yang terbalik; iaitu bahawa nenek moyang orang Austronesia Malaysia dan Indonesia telah terdahulunya berhijrah ke arah selatan dan barat dari Filipina sewaktu zaman prasejarah dari tempat asalnya di Taiwan.
Konteks Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]
Di Amerika Syarikat, klasifikasi "bangsa Melayu" telah diperkenalkan dalam abad keduapuluh ke dalam undang-undang anti-percampuran bangsa di berbilangan negeri AS. Undang-undang anti-percampuran bangsa adalah undang-undang negara yang melarang perkahwinan di antara Eropah Amerika dan Afrika Amerika dan dalam sesetengah negeri juga orang bukan berkulit putih. Slepeas para pendatang Filipia, undang-undang wujud ini telah dipinda dalam berbilangan negara barat untuk melarang perkahwinan di antara orang bangsa Caucasian dan Filipina, yang dilantik sebagai anggota-anggota bangsa Melayu, dan sebilangan negeri-negeri Selatan committed dengan pengasingan perkauman berikut sesuai. Akhitnya 9 negeri (Arizona, California, Georgia, Maryland, Nevada, Dakota Selatan, Utah, Virginia, dan Wyoming) secara jelas melarang perkahwinan di antara bangsa Caucasian dan Asia.[6]
Banyak undang-undang anti-miscegenation akhirnya dimansuhkan selepas Perang Dunia Kedua, bermula dengan California pada 1948. Pada 1967, kesemua larangan peninggalan terhadap perkahwinan antarabangsa diputuskan tidak berpelembagaan oleh Mahkamah tinggi Amerika Syarikat dalam Loving v. Virginia dan oleh itu dimansuhkan.



Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 11:33 PM | Show all posts
uniq61 posted on 10-10-2013 05:53 AM
SEBENARNYA ITULAH DINAMAKAN MELAYU NUSANTARA...BANGSA FILIPINA DULUNYA ADALAH MELAYU YANG TELAH DIJAJAH OLEH SPANYOL DAN AMERIKA..ETNIK MELAYU DISANA TELAH DIHAPUSKAN SECARA PERKAHWINAN ATAU KACUKAN...SEBAB ITU MATA WANG MEREKA MENGGUNAKAN PESO DAN BAHASA MEREKA 'TAGALOG" ADA SEDIKIT KEMELAYUANNYA.


jadi orang philippines saat ini tidak disebut melayu lagi la ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2013 11:37 PM | Show all posts
kalau menurut pendapat saya, tidak perlu dibatasi bahawa melayu itu mesti islam kerana hal itu sama sahaja menghalang keinginan untuk melihat melayu menjadi sebuah bangsa yg besar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.458380 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list