CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4954|Reply: 10

Pemilik Gelaran Zulkarnain part 1

[Copy link]
Post time 8-10-2013 05:45 PM | Show all posts |Read mode
Pemilik Gelaran Zulkarnain part 1


Ketika zaman rasulullah, puak jahiliyah Quraisy sentiasa mencari-cari jalan untuk menjatuhkan kredibiliti Rasulullah sebagai seorang nabi akhir zaman dan utusan ALLAH. Maka, berangkatlah beberapa orang daripada kalangan mereka untuk berjumpa dengan pendeta yahudi. Mahu dikhabarkan kepada mereka bahawa ada seseorang yang mengaku nabi dan dia perlu diuji oleh pendeta yahudi.


Lalu dikirimkan beberapa soalan untuk Rasulullah S.A.W daripada pendeta yahudi itu dan salah satu daripadanya ialah:"Ceritakan kepada kami tentang seorang penakluk yang menakluk timur dan barat dan tidak terkalahkan."  Jika rasulullah berjaya menjawab soalan yang diberikan, maka ternyata rasululah


Maka turunlah ayat Al-Quran pada Surah Al-Kahfi pada ayat 93 - 97 menceritakan kisah seorang penakluk dengan gelaran Zulkarnain yang bermaksud "pemilik antara dua tanduk."


Siapa pemilik antara dua tanduk  yang diceritakan oleh Al-Quran ini? Itu ialah tugas kita untuk mengkaji kitab terhebat sepanjang zaman ini.


Selepas meneliti ayat daripada surah Al-Kahfi, kita boleh merumuskan ciri-ciri Alexander seperti berikut:



  • Dekat dengan yahudi
  • Beriman
  • Beliau tidak terkalahkan
  • Beliau pernah bertemu segolongan umat yang tidak dilindungi dari matahari
  • Bertemu dengan golongan yang hampir tidak memahami perbicaraan
  • Pernah bertemu dan berperang dengan Yakjuj dan Makjuj
  • Membina tembok besi yang mengurungi Yakjuj dan Makjuj



Dekat Dengan Yahudi


Dekat dengan yahudi. Kenapa saya mengatakan bahawa Zulkarnain harus dekat dengan Yahudi? Lupakah kalian siapakah yang mengutuskan pertanyaan mengenai seseorang yang berjaya menawan timur dan barat? Jadi, secara umumnya, kita harus mencari seorang tokoh yang hidup pada zaman dahulu yang dekat dengan tradisi Yahudi.


Oleh kerana itu, kita harus meneliti pemilik-pemilik empayar yang luas pada zaman sebelum kedatangan Rasulullah, dan empayar itu mestilah meliputi dari timur dan barat. Kalau ditelusuri pendapat cendekiawan, pakar sejarah dan agamawan. Ada dua nama yang dibangkitkan iaitu Alexander The Great, pemilik empayar Hebat dari Macedonia, Tamadun Yunani serta Raja Cyrus The Great, pemerintah hebat dari Parsi.


Setelah melakukan penelitian melalui beberapa buah buku, maka saya tampil dengan satu nama iaitu Alexander merupakan Zulkarnain di dalam Al-Quran. Ciri pertama Zulkarnain, dekat dengan tradisi Yahudi, apakah Alexander menepati ciri-ciri itu?


Sebelum itu, mari kita kenal dahulu sumber rujukan yang menjadi sejarawan pada hari ini mengenai Alexander.  


Diodorus Siculus (100 - 30 SM), The History Of The World
Quintus Curtius Rufus (53 M) Historiarium Alexandri Magni Libiri Qui Supersunt
Plutarch (46 - 120 M) Life Of Alexander
Arrian (89 - 180 M)
Flavius Josephus (80 - 100 M)


Kemudian, kisah Alexander masih tercatat kemas dalam Kitab Talmud yang merupakan kitab yang banyak menceritakan mengenai sejarah Bani Israel. Antara sumber-sumber rujukan itu, karya tulisan Flavius Josephus merupakan sebuah karya yahudi kerana beliau merupakan orang yahudi.


Selain itu, kita juga perlu merujuk Kitab Talmud untuk mengetahui siapakah Alexander pada bangsa Yahudi?


Alexander Dan Yahudi


Alexander harus menjadi seseorang yang telah banyak berjasa pada bangsa yang telah diturunkan banyak nabi dan rasul di kalangan mereka ini. Mari kita telusuri kronologi sejarah.


Dalam rekod yang dicatatkan oleh Flavius Josephus mengatakan bahawa Alexander telah memasuki Kota Baitulmaqdis untuk memberikan pernghormatan tertinggi kepada pendeta yahudui. Kenapa dan mengapa? Akan diulas nanti.


Dikatakan bahawa Alexander telah menyelamatkan rumah ibadat bangsa yahudi daripada dirobohkan. Seorang pendeta Yahudi yang bernama Simon Hatsadik telah berjumpa secara bersekemuka dengan Alexander dan memeranjatkan ialah seorang pemerintah hebat  seperti beliau telah tunduk hormat di hadapan Simon. Mungkin ini ialah sebabnya mengapa kaum Yahudi bertanyakan kepada Rasulullah siapakah yang telah menakluk timur dan barat.


Namun, kalau ditelusuri sumber sejarah yang lain kelihatan seperti Alexander telah singgah di Baitulmaqdis telah dipadam. Hal ini boleh dikatakan dilakukan kerana pada wkatu itu bangsa Yahudi sangat dibenci oleh bangsa luar dan apa sahaja yang mengaitkan mereka dengan Yahudi akan dipadam.


Sama juga pada hari ini di mana Islam dimusuhi kerana kehebatannya. Pasti akan ada yang cuba memadamkan sejarah hidu mereka dengan orang Islam. Sebagai contoh, seorang cina yang memeluk Islam akan dibuang oleh keluarganya dan tidak akan diterima sebagai ahli keluarga.


Alexander Seorang Gay?


Apakah Alexander seorang yang beriman? Bagaimana pula dengan dakwaan yang mengatakan beliau seorang Homoseksual? Sekali lagi, kita telusuri sejarah. Pertama, kita mesti kenal siapakah yang menulis bahawa Alexander ini seorang gay? Siapakah yang menulis bahawa Alexander ialah gay?


Kita lihat yang menulis mengenai beliau ialah penulis pagan yang berfahaman Yunani malah ada di antara mereka ialah gay. Sudah pasti kisah Alexander diselewengkan oleh mereka mengikut nafsu dan cuba mengatakan bahawa Alexander sefahaman dengan mereka.


Hujah saya ialah lihat sahaja bagaimana Nabi Isa A.S menjadi mangsa mereka. Penulis Yunani yang berfahaman Pagan ini mencipta kisah bahawa Nabi Isa itu tuhan dan mengaitkan baginda dengan kefahaman lampau iaitu trinity.


Sebab itu, saya sarankan kita telusuri sumber dari penulis yang boleh dipastikan keimanannya. Dalam hal ini, kita ambil Flavius Josephus sebagai contoh. Beliau merupakan seorang yahudi yang masih berpegang teguh pada ajaran nabi Musa. Ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Musa masih tersemat dalam kalbu beliau.


Kerana itu kisah Alexander yang dikisahkan olehnya sangat telus dan jujur. Beliau menulis bahawa Alexander berkahwin dengan seorang perempuan yang bernama Roxanna. Siapa itu Roxanna?


Sejarah menceritakan bahawa beliau merupakan puteri kepada Oxyartes of Balkh di Bactria (sebuah kota di wilayah Afghanistan). Dikatakan bahawa Alexander telah jatuh cinta pada pandang pertama ketika memasuki Sodgian Rock dan telah melamar Roxana sebagai isteri.


Hasil perkahwinan Alexander dan Roxna telah melahirkan seorang anak lelaki yang bernama Alexander IV Aegus namun Roxana matio dibunuh oleh janda Alexander iaitu Stateira.


Dalam sejarah Melayu pula, diceritakan bahawa ketika Alexander menawan utara India, beliau telah berjumpa dengan seorang puteri yang bernama Syahrul Bariah dan berkahwin dengan Puteri Syahrul Bariah dan daripada benih Alexander ini, maka lahirnya raja-raja Melayu pada hari ini.


Keimanan Alexander


Sebelum kita bercerita mengenai keimanan Alexander, apa kata kita belajar dahulu mengenai kisah-kisah hebat ketika cahaya ilahi mula turun di wilayah Yunani ketika agama menyembah dewa dewi Yunani berleluasa. Allah maha adil dan ALLAH tidak akan meninggalkan sesuatu bangsa tanpa hidayah daripadanya.


Kalian pernah kenal dengan Xenophanes? Beliau ialah seorang ahli falsafah yang menolak kepercayaan kepada banyak tuhan dan berpegang teguh kepada keyakinan bahawa Tuhan itu satu dam bumi ini akan hancur sekiranyua diperintah oleh banyak tuhan.


Kata-kata Xenophanes masih menjadi hujah bahawa beliau telah menemui cahaya keimanan dan mengajak penduduk Athens meninggalkan kepercayaan kepada menyembah TUHAN yang satu.


"Kalau seandainya lembu dan singa mempunyai tangan dan pandai melukis, sudah pasti mereka akan meluklisa dewa-dewa mereka menyerupai mereka. Orang Ethiopia mempunyai dewa yang hitam, orang Thrake mengatakan dewa mereka bermata biru dan berambut merah.


Tuhan itu seharusnya satu dan tidak serupa dengan makhluk insani dan tidak pula berfikiran seperti mereka."


Pythagoras juga telah sampai kepada cahaya monotheisme. Beliau yang merupakan pencipta Pythagoras Teorem yang dipelajari sehingga ke hari ini telah sampai kepada keyakinan bahawa TUHAN itu harus satu.


Socrates ialah satu lagi indan yang akan menjadi bukti terkuat bahawa Alexander itu beriman. Beliau telah dihukum mati dengan cara meminum racun kerana menolak kepercayaan menyembah dewa-dewi dan menyeru penduduk Athens meninggalkan kepercayaan karut itu. Beliau mengatakan bahawa kita harus menyembah TUHAN yang satu.


Pengikut Socrates terdiri dari kalangan anak muda yang kuat dan bijak. Pemerintah Athens takut Socrates akan mengambil tempat mereka dengan ajaran baru.


Dalam kitab sejarah tulisan Plato, Crito. Anak muridnya ini menceritakan dengan terperinci kata-kata Socrates di hadapan para hakim Athens.


"Yakinlah ini ialah perkara yang diperntahkan oleh tuhanku, aku yakin tiada kebaikan yang lebih besar yang pernah kota ini nikmati selain khidmatku kepada Tuhanku."


Apakah Socrates ini merupakan seorang nabi? Mungkin. Sila lihat ayat 47, Surah Yunus. Al-Quran menegaskan bahawa tiada satu bangsa pun yang tidak diturunkan kepada mereka rasul dan nabi. Kita perlu tahu yang bilangan rasul terdapat 313. Tidak mustahil bahawa Socrates ialah rasul yang diturunkan kepada Tamadun Yunani.


Daripada Socrates ini, lahirnya seorang alhli falsafah yang bernama Plato. Daripada Plato, lahirnya Aristotles. Lihat kaitannya di sini, kita semua tahu bahawa Aristotles merupakan guru Alexander. Plato merupakan guru kepada Aristotles dan Socrates merupakan guru kepada Plato. Kalau anda bijak, sila sambungkan rangkaian ini. Sudah pasti ajaran daripada Socrates sampai kepada Alexander.


Sekarang, kita refresh kembali bab permulaan artikel ini. Kaitan antara Alexander dan Yahudi. Penemuan Alexander dengan pendeta yahudi yang bernama Simon. Siapakah Simon? Kita buka kembali buku sejarah. Pada suatu masa, Bani Israel ditimpa dengan satu bala daripada ALLAH, iaitu tiada seorang pun daripada mereka yang mengingati kandungan Kitab Taurat.


Sehinggalah ALLAH membangkitkan Nabi Uzair yang ditidurkan. Baginda telah bertemu dengan Bani Israel dan telah mengajarkan kembali kandungan kitab Taurat di samping menunjukkan beberapa mukjizat baginda. Sebelum baginda meninggal dunia, baginda telah menubuhkan Dewan Agung Sinagog yang fungsinya ialah apabila datangnya nabi terakhir pada akhir zaman, iaitu Muhammad, orang yang mengaku nabi itu harus berdepan dengan Dewan Agung Sinagog bagi membuktikan kenabian yang didakwa.


Tahukah anda bahawa Simon merupakan ketua dewan yang dilantik oleh Nabi Uzair? Dan selepas Simon meninggal, barulah penyelewengan besar-besaran ke atas Kitab Taurat dilakukan oleh bani Israel. Penemuan Alexander dengan pendeta Yahudi ini boleh dikatakan sebagai memperbahrui iman Alexander.


Dikatakan Alexander telah banyak belajar mengenai agama Samawi Yahudi dan telah membina sebuah kota yang bernama Alexandria (Iskandariah) dan membenarkan orang Yahudi tinggal di dalamnya. Ini juga menguatkan lagi hujah mengapa Alexander ialah Zulkarnain yang ditanyakan oleh pendeta Yahudi kepada Nabi Muhammad kerana begitu dekat Alexander dan tradisi Yahudi.


Menghukum Alexander meminum arak ialah satu yang tidak adil. Beliau hidup pada zaman arak hanya diharamkan untuk diminum di dalam rumah ibadat. Alexander tidak pernah mengaku dirinya sebagai tuhan tetapi itu ialah tuduhan tidak berasas yang dilemparkan kepada Alexander.


Buka kembali karya Plutrach mengenai Alexander. Diceritakan ketika bunyi guruh bergema di angkasa, Anaxarchus bertanya kepada Alexander,


"Bukankah kau ialah anak kepada Zeus?"


Alexander tersenyum lalu menjawab.


"Aku tidak mahu menjadi sesuatu yang rakan-rakanku akan takutkan."


Penafian Alexander ini jelas membuktikan bahawa Alexander tidak pernah mendakwa bahawa beliau merupakan anak Tuhan tetapi itu ialah cubaan jahat penulis pagan yang cuba mengaitkan Alexander dengan kepercayaan karut mereka.  


Kesimpulan


Pada artikel yang akan datang, saya akan menyambung lagi artikel ini. Kali itu, saya akan cuba mengaitkan kisah Alexander yang melakukan perluasan kuasa dengan kisah yang diceritakan oleh Al-Quran. Pada awalnya saya cuba menjadikan artikel ini dalam satu bahagian sahaja tetapi saya tidak mampu. Hujahnya terlalu panjang.


Apa-apa pun, kepada yang membaca, bukalah minda. Jangan jumud dan terus menuduhkan orang itu sesat hanya kerana berbeza pendapat. Buka telinga dan mata, dengarkan hujahnya dan halusi dengan analisis yang jitu. Artikel kedua Pemilik Gelaran Zulkarnain akan menyusul.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2013 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sabar tunggu part 2..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 01:16 PM | Show all posts
satu pencerahan yang menarik Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2013 03:24 PM | Show all posts
Zulkarnain (Bahasa Arab ذو القرنين dhū al-Qarnayn [eulqarˈnajn]), secara harfiahnya bermaksud "Dia yang Bertanduk Dua", merupakan satu tokoh yang disebutkan di dalam Qur'an, iaitu kitab suci Islam yang menyatakan beliau sebagai pemerintah yang hebat dan adil yang membina tembok pengantara Yakjuj dan Makjuj dari menyerang orang yang di Barat. Mengikut sejarah, Zulkarnain dikatakan sebagai Iskandar Agung (Alexander dari Macedonia) tetapi ia hanyalah pendapat paling sekular dan disangkal sendiri oleh para ulama dan sarjana Islam yang mengatakan Zulkarnain adalahCyrus Agung. Gelaran tersebut turut terkenal di kalangan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam yang boleh dikatakan telah digunakan sekurang-kurangnya tiga orang raja yang berbeza.

Persoalan tentang Zulkarnain tercatat dalam sirah nabawiyah (sejarah Nabi) dan tertulis dalam sirah Ibnu Ishaq yang menceritakan bahawa musyrikin Makkah meminta bantuan Yahudi Khaibar untuk mencari kelemahan Muhammad S.A.W. Ketika Nadr mengatakan hal tersebut kepada mereka, mereka mengirim dia dan Uqbah bin Abu Muit kepada rabai Yahudi di Madinah. Untuk membuktikan kenabian, rabai tersebut akan mengajukan tiga soalan yang sekiranya dijawab dengan betul, maka itu membuktikan akan baginda seorang nabi dan begitu juga sebaliknya. Persoalan yang ditanyakan ialah:
  • Tentang beberapa anak muda di zaman dahulu yang ceritanya amat pelik dan menakjubkan.
  • Tentang seorang lelaki yang merupakan pengembara hebat yang telah sampai ke timur dan barat.
  • Tentang Roh.
Baginda Muhammad s.a.w. meminta masa untuk menjawabnya dan selepas diturunkan wahyu, semuanya telah terjawab melalui surah al-Kahfi.

Sedutan Quran[sunting | sunting sumber]
Berikut merupakan petikan tafsir dari surah al-Kahfi yang menceritakan tentang Zulkarnain.
83 Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya.
84 Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.
85 Lalu dia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).
86 Sehingga apabila dia sampai ke daerah matahari terbenam, dia mendapatinya terbenam di sebuah mata air yang hitam berlumpur dan dia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): Wahai Zulkarnain! Pilihlah samada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka.
87 Dia berkata: Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian dia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.
88 Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati.
89 Kemudian dia berpatah balik menurut jalan yang lain.
90 Sehingga apabila dia sampai di daerah matahari terbit, dia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.
91 Demikianlah halnya dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya.
92 kemudian dia berpatah balik menurut jalan yang lain.
93 Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung, dia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.
94 Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?
95 Dia menjawab: (Kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.
96 Bawalah kepadaku ketul-ketul besi; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: Tiuplah dengan alat-alat kamu sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala sepertiapi, berkatalah dia: Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya.
97 Maka, mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
98 (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar.

Bertanduk dua?[sunting | sunting sumber]
Sesetengah pihak berpendapat gelaran "Zulkarnain" bermaksud "bertanduk dua", yang secara tersiratnya merujuk kepada syiling yang ditempa untuk Iskandar Agung mahupun ukiran dinding Cyrus Agung. Pentafsir Quran abad ke-14 memberikan sebab yang berbeza. Dalam Tafsir Ibn Kathir menyatakan, "sesetengah mereka memanggilnya Zulkarnain kerana dia mencapai dua "tanduk" (batas) matahari, timur dan barat, tempat ia terbit dan terbenam."
Tambahan pula, nama Zulkarnain juga diterjemahkan menjadi "dia yang berketurunan dua", "dia yang hidup hingga dua kurun", "dia yang memiliki dua kerajaan" ataupun "pemerintah dua kerajaan". Banyak yang mentafsirkan perkataan tersebut dengan maksud yang berbeza.
Terdapat juga pendapat yang mengatakan "bertanduk dua" bermaksud menggabungkan 2 negeri.

Perbezaan Antara Iskandar Agung dan Zulkarnain[sunting | sunting sumber]
Hasil kajian ilmuan dan sarjana Islam seperti Seyyed Ahmad Khan (pentafsir Quran terkenal), Molana Abolkalam Azad (Menteri Kebudayaan India), Baha'eddin Khomrashahi dan Dr. Muhammad Ebrahim Bastabi Parizi menyangkal bahawa Zulkarnain adalah Iskandar Agung. Mereka lebih mengesyaki yang Zulkarnain adalah Cyrus Agung iaitu raja empayarParsi Arkaemenia. Mereka memberikan bukti-bukti kukuh termasuk artifak tulisan dan ukiran pada batu istana dan kubur. Berikut merupakan bukti yang dinyatakan:
  • Ukiran pada batu yang masih dapat dilihat hingga kini yang memaparkan Cyrus dengan mahkotanya yang mempunyai tanduk.
  • Menurut Qur'an, rahmat Tuhan diberikan bersamanya dan dengan itu, Cyrus merupakan raja pertama (beberapa ratus tahun sebelum Iskandar Agung) yang menakluki sebahagian besar Eropah dan Asia.
  • Cyrus (seperti juga Zulkarnain) menyembah satu Tuhan tetapi Iskandar Agung mempunyai banyak dewa-dewi.
  • Di dalam al-Qur'an tercatat perjalanan Zulkarnain iaitu bermula ke Barat lalu ke Timur sebelum ke jalan yang lain (iaitu Utara) yang bertepatan dengan ekspedisi Cyrus yang memulakan penaklukan di Barat Parsi hingga ke Lydia di Asia Kecil kemudian berpatah ke timur sehingga Makran dan Sistani (Scythian) sebelum ke Timur Laut menawanEropah berhampiran Balkan.
  • Ekspedisi Cyrus diteruskan dengan penaklukan Lycia, Cilicia dan Phoenicia, dan mereka menggunakan teknik pembinaan tembok yang belum digunakan lagi oleh orang Yunani ketika itu.
  • Menurut al-Qur'an, pengembaraan Zulkarnain dimudahkan dan kebetulan lagi bagi Cyrus, beliau sempat menamatkan ekspedisinya kali itu pada 542 SM, sebelum pulang ke Parsi manakala Iskandar masih dalam misi menakluknya ketika dia mati.
  • Keperibadian Iskandar juga dikatakan tidak seperti yang dikatakan mulia apabila Iskandar sendiri sering berpesta arak dan juga mempunyai seorang lelaki, Haphaeston, sebagai kekasihnya.

Last edited by uniq61 on 9-10-2013 03:33 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 02:43 PM | Show all posts
adakah Iskandar Zulkarnain ni 2 individu? Iskandar @ Alexander n Zulkarnain @ Cyrus?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2013 03:40 PM | Show all posts
YES...TWO INDIVIDU....SEBAB 2 WATAK YANG BERBEZA....ATAU MUNGKIN DIUBAH....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-10-2013 03:48 PM | Show all posts
Siapa Iskandar Zulkarnain?
Catatan oleh Qatrunnada




Post ini adalah berdasarkan pembacaan saya mengenai buku yang bertajuk "Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain" yang ditulis oleh Afareez Abd Razak Al-Hafiz, seorang penulis lulusan PhD. dalam Pendidikan
Islam dari UIAM. Saya sekadar ingin berkongsi pendapat mengenai buku ini.




Mengenai Iskandar Zulqarnain...adakah benar bawaha Iskandar itu adalah Zulqarnain seperti yang tercatit di dalam kitab suci al-Quran..?? perkara ini menjadi perdebatan kerana al-Quran tidak menjelaskan tentang ciri-ciri khusus mengenai siapakah yang digelar Zulqarnain.

Selama ini kita diceritakan dengan cerita-cerita mengenai kehebatan dan keperwiraan Iskandar Zulqarnain (atau Alexander the Great) yang berjaya menyatukan penduduk Yunani dan menakluki 16 buah bandar di Macedonia. cerita turun-temurun dari mulut ke mulut ini juga menjadikan kita percaya dengan gambaran bahawa Iskandar adalah Zulqarnain yang disebut dalam Surah al-Kahfi. Persoalannya, adakah benar Iskadar dan Zulqarnain adalah individu yang sama? dan adakah Zulqarnain itu merupakan Alexander the Great yang dikenali di Eropah?

Untuk merungkai persoalan-persoalan ini, mari kita singkap sejarah siapakah Iskandar dan Zulqarnain yg sebenarnya dan apakah kaitannya dengan Alexander the Great...

Siapa Iskandar?
- Raja Iskandar (356-323 BC)
- dikenali sbg Alexander of Macedonia (sekarang Greece) atau Alexander the Great
- Ayahnya Raja Philip II, ibunya Olimpias
- Berjaya menjinakkan kuda hitam liar yg diberi nama Bucephalus
- Meluaskan empayarnya ke Timur
- Menumpaskan tentera utama Parsi dalam peperangan Issus
- Menumpaskan tentera Raja Darius III dalam Peperangan Gaugemala
- Menang dalam Peperangan Hydespas (kempen ketenteraan Raja Iskandar ke India)
- Menyerapkan amalan mencium tangan, melutut dan menyembah orang atasan sbg tanda penghormatan
- Menganggap dirinya mempunyai sifat ketuhanan sbg anak Zeus
- bersifat panas baran
- penagih arak dan mempunyai sikap prejudis kepada orang lain sehingga sanggup membunuh rakan-rakan rapatnya
- membunuh orang tempatan dalam kempen penjajahannya
- mengabaikan tanggungjawab sbg Raja di tanah airnya
- mati di sebuah istana di Babylon. antara sebab-sebab kematiannya adalah diracun, demam panas ataupun malaria

Siapa Zulqarnain?
- bermaksud 'yang bertanduk dua'
- disebut sebanyak 3 kali dalam Surah al-Kahfi dalam al-Quran
- sebelum kedatangan Nabi Isa
- Ibn Kathir menyatakan bahawa Zulqarnain merupakan raja yg soleh
- hidup di era Nabi Ibrahim
- pernah melakukan tawaf mengelilingi Kaabah bersama Nabi Ibrahim semasa beliau membinanya
- orang Yahudi pd zaman Rasulullah telah mengetahui cerita mengenai Zulqarnain, ironinya cerita tentang Raja Iskandar tidak terdapat dalam kitab pendeta Yahudi, sebaliknya terdapat cerita tentang seorang lg raja iaitu Raja Kurush.

Siapa Raja Kurush?
- dikenali dgn panggilan Cyrus II Parsi atau Cyrus the Great
- lahir di Anshan, Iran
- Bapanya Raja Parsi bernama Cambyses I
- ibunya Mandana
- seorang yg takutkan Tuhan (disebut dlm buku U'zair)
- berjaya menakluki seluruh empayar Madia dan menjadi raja empayar Parsi
- menawan banyak kerajaan kecil di Babylon, termasuk Palestin dan Syria tanpa pertumpahan darah
- membebaskan semua hamba abdi Yahudi di Babylon
- menyatukan kerajaan Madia dan Parsi
- meninggal dalam peperangan menentang kaum Massagetae
- tempat persemadiannya di Pasargadae, Iran pernah diziarahi sendiri oleh Raja Iskandar sbg tanda penghormatannya

Nabi Daniel pernah bermimpi ada seekor kambing gurun bertanduk dua mengalahkan semua jenis binatang, tetapi akhirnya dikalahkan oleh kambing gurun bertanduk satu. lalu malaikat memberitahunya bahawa 'yang bertanduk dua' itu adalah raja kepada Madia dan Parsi dan 'yang bertanduk satu' itu adalah raja Yunani. kiasan tersebut merujuk kepada empayar Raja Yunani (Raja Iskandar) berjaya menewaskan empayar Parsi selepas kematian Raja Kurush (Raja kpd Madia dan Parsi).

Melihat ciri-ciri di atas, jelas menunjukkan bahawa Raja Iskandar bukanlah seorang raja yg soleh sepertimana yg dicatit dalam al-Quran..manakala Raja Kurush hampir menepati ciri-ciri Zulqarnain yg dimaksudkan dalam al-Quran..namun, banyak lagi ciri-ciri dan hujah-hujah yg perlu diambil kira jika benar Raja Kurush adalah Zulqarnain yg dimaksudkan..

Namun, terapat beberapa persamaan di antara Raja Iskandar dan Raja Kurush:
- Kedua-duanya meluaskan empayar ke arah Timur
- Raja Iskandar mempunyai duit syiling yg diukir kepalanya bertaanduk dua..Tempat persemadian Raja Kurush juga mempunyai ukiran bertanduk dua..

Dalam buku ini menyimpulkan bahawa Zulqarnain yang terdapat dalam al-Quran adalah bukan Raja Iskandar berdasarkan hujah-hujah yg dikemukakan..justeru, Iskandar bukan Zulqarnain..sebaliknya gelaran Zulqarnain dikaitkan dengan Raja Kurush..

Buku ni memang menarik untuk dibaca. Terdapat banyak hujah yg dikemukakan berkenaan Iskandar dan Zulqarnain. Jika anda nak tahu apa hujah-hujah lain yg dibangkitkan seperti ciri-ciri Zulqarnain: Perjalanan ke arah terbenam matahari (Barat), Zulqarnain menerima Wahyu, perjalanannya ke arah terbit matahari (Timur) dan pembinaan tembok penghadang Yakjuj Makjuj, bolehlah baca sendiri buku ni..

* Jika blog ini membantu, jangan segan silu untuk cadangkan kepada kawan anda! Sampaikan ilmu walau sebaris ayat *



Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 10:38 PM | Show all posts
cadangkn kat KRU, dpd buat file VIKING baik buat filem iskandar zulkarnain.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2013 05:19 PM | Show all posts
kagum saya dengan en unik61
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2013 01:48 AM | Show all posts
TQ...SEKADAR SHARE..SEBAB SEJARAH DUNIA NI ORANG BARAT SUKA PUTAR BELITKAN KALAU BERKENAAN KEHEBATAN ISLAM....SEBAB TU BAGHDAD DISERANG...TAMADUN ISLAM DISANA...MEREKA CUBA MENGHAPUSKAN BUKTI KEHEBATAN ISLAM....MEREKA TAKUT KEBANGKITAN ISLAM....
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2013 01:27 PM | Show all posts
owh abis tu kenapa kita sebut Iskandar Zulqarnain? Dalam Al-Quran cuma sebut Zulqarnain je ek?

oooo.... kalau boleh jelaskan lagi sbb benda ni mcm janggal bagi aku sket huhu...

Zulqarnain ni mangkat sebelum Iskandar la kan klu ikut teori buku Iskandar Bukan Zulqarnain......

sape ek yg memanidai2 gabungkan nama Iskandar dgn Zulqarnain ni sampai kita ingat Iskandar n Zulqarnain ni orang yg same?

sori2 byk tanye ~~
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.078081 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list