View: 2310|Reply: 6
|
Rasa bersalah selepas terpaksa menipu
[Copy link]
|
|
Salam..
nak tanya..masa sebelum kahwin..or senang cakap masa couple..ade tak korang (terpaksa) menipu pasangan korang, untuk kesalahan yang korang ada buat..maksudnya, aku dah kata kat gf aku taknak main wechat (dia pun sama)..tapi last2 aku install jugak..dan biasanya aku main wechat ketika aku ada masalah dengan gf aku..aku just nak kawan-kawan dan berborak biasa jer dengan orang yg aku kenal di wechat..takde niat nak lebih-lebih..tapi ditakdirkan, aku terkantoi gak main wechat..sbb aku terlepas cakap..so utk mengelakkan keadaan jadi buruk, aku terpaksa menipu the reason aku install wechat...kira aku tak beritahu sebab sebenar, dan mereka-reka sebab lain iaitu, install wechat sebab nak msg dengan seorang kawan lama wechat bertanya hal kerja (ia memang benar aku ada msg seseorang atas urusan kerja, tapi bukan di wechat, tapi di sms/call).
Pengajaran utk aku..aku dah taknak install wechat mahupun menyembunyi apa-apa dari pasangan..sebab after dah terpaksa menipu ni, aku rasa bersalah dan ada alami perasaan yang tak sedap la. Tapi aku terpaksa menipu untuk mengelakkan kesan yang lebih teruk. Aku ikhlas pada pasangan aku, dan berhajat ingin mengahwininya tahun hadapan. Yang penting sekarang dan selepas ini aku taknak menyembunyikan sesuatu dan menipu lagi..lagi-lagi selepas berkahwin if ada jodoh kelak.
Maybe inilah peringatan untuk aku..bermaksud cuba menyembunyikan sesuatu, last-last kantoi jugak. Dan satu lagi pengajaran untuk aku, bila dan menipu pasangan, hubungan tu dah rasa macam tak sedap dan akan dihantui rasa bersalah. Aku ingin membentuk satu keluarga (perkahwinan) yang mengikut jalan Islam, insyaAllah..tapi saat-saat masa couple sebelum kahwin ni, tak dinafikan banyak dugaan dan rintangan serta syak wasangka terhadap pasangan (sebab aku di KL, dia di N9)..jadi, kadang-kadang aku kembali ke tabiat lama yang sedikit negatif (yang aku cuba nak ubah).
Bila dah jadi camni, aku just cuba berfikiran positif..yang couple ni sendiri tak diiktiraf dalam Islam..so apa-apa yang jadi or kesilapan masa couple ni, jadikan iktibar dan pengajaran..yang penting utk tak lakukan kesilapan sama di masa hadapan, lagi-lagi selepas berkahwin kelak..dan juga yang penting jaga perhubungan dan tingkahlaku baik-baik selepas berkahwin..insyaAllah..di usia 27 tahun ni, aku hendak hidup mengikut jalan dan lunas-lunas Islam..
Apa-apa pun aku menyesal.. Last edited by last_forum on 11-10-2013 03:28 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
semua org penah buat salah.
menyesal tahap apapun, perkara dah jadi... |
|
|
|
|
|
|
|
menyesal itu baik untuk kesihatan jiwa |
|
|
|
|
|
|
|
menyesal n bertaubat terus lg afdal |
|
|
|
|
|
|
|
Buat silap adalah fitrah manusia.. Tp mengulangi kesilapan yg same adalah bodoh.. So jgn buat lg pasni..
|
|
|
|
|
|
|
|
permasaalahan pun dah selesai
tak ada apa nak dipanjang panjangkan
sekian |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|