|
PETALING JAYA: Pelakon Aeril
Zafrel akhirnya mengaku
hubungannya dengan aktres Wawa
Zainal selama ini bukanlah teman
biasa tetapi mereka sebenarnya
adalah suami-isteri.
Aeril atau nama sebenarnya
Suhairil Suhari, 25, berkata, dia
dan Wawa, 22, telah bernikah
pada 25 Februari 2012 secara
rahsia tanpa dihebohkan kepada
pihak media.
“Ya, saya dan Wawa sudah
bernikah. Kami bernikah di Taman
Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi,
status anak saya yang
dihebohkan selama ini sudah
terjawab,” katanya kepada
pemberita dalam satu majlis yang
diadakan di sebuah restoran di
Neo Damansara, di sini petang
Jumaat.
Aeril Zafrel
Tambah Aeril, mereka bernikah
sebanyak dua kali iaitu pada kali
kedua , 4 Februari lalu, hampir
setahun selepas pernikahan
pertama.
Katanya, pernikahan kali pertama
dibuat tanpa didaftarkan dengan
pejabat agama tetapi terpaksa
melangsungkan akad nikah kali
kedua sebagai menghormati
permintaan keluarga perempuan
sebelum ia didaftarkan secara
rasmi.
Terdahulu, akhbar pada Ahad lalu
melaporkan Aeril sudah mendirikan
rumah tangga dengan pelakon
Wawa Zainal atau nama
sebenarnya Nur Hawa Zainal
Abidin, secara senyap.
Hasil perkahwinan itu mereka
dikatakan telah mendapat anak
yang lahir pada 24 Ogos lalu dan
diberi nama Ahmad Fakharuddin
Attar.
Terdahulu, desas-desus tentang
hubungan rapat mereka telah
terdengar namun dinafikan Aeril
dengan memberitahu hubungan
baik tersebut hanya sebagai
rakan artis semata-mata
manakala Wawa dikatakan pulang
ke kampung halamannya di Sabah
akibat sakit misteri.
mstar online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|