CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 16717|Reply: 73

Isu Rampas Suami, Maznah Zulkifli Jumpa Noniswara

[Copy link]
Post time 12-10-2013 11:53 PM | Show all posts |Read mode
Ahad Oktober 13, 2013

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI


Maznah menganggap gosip dia menjadi punca kepada keretakan rumah tangga
pelakon Noniswara adalah satu fitnah. Foto AZHAR ARIF.


KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Maznah Zulkifli telah bersemuka dengan Noniswara bagi menjelaskan dakwaan kononnya dia menjadi punca terhadap keretakan rumah tangga Noniswara dengan Datuk Rosman Ridzwan.

Maznah menjelaskan, pertemuan itu diadakan bagi menjelaskan tuduhan Noniswara yang dia tekah merampas Rosman adalah satu fitnah dan salah faham.

"Selain bertemu dengannya kami pernah terserempak di lapangan terbang dan saya telah jelaskan kedudukan sebenar mengenai dakwaan kononnya saya mempunyai hubungan dengan suaminya.

"Malah Noniswara pernah menghubungi saya untuk bertanyakan hal sama dan saya tidak pernah mengelak dan menjawab dengan baik setiap pertanyaannya," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran S4M Motorsports 'Big Bike Garage' di Setapak pada Sabtu.

Noniswara dan Rosman sah bercerai menerusi lafaz taklik pada 18 Julai lalu selepas kes berkenaan tidak dapat diselesaikan secara baik hampir setahun di mahkamah.

Dalam perkembangan sama, Maznah berkata, dia berdiam diri kerana berasa terkejut namanya dikaitkan selain tidak mahu memperbesar-besarkan isu yang tidak mempunyai kaitan dengannya itu.



Noniswara dan Rosman bercerai secara taklik pada 18 Julai lalu.

Jelasnya, dia tidak perlu melatah kerana berada di pihak yang benar dan mengambil sikap untuk bertenang walaupun dikecam teruk akibat tuduhan berkenaan.

"Isu tersebut sudah pun berlalu tetapi harus saya akui ia adalah satu kejutan buat saya kerana sebelum ini belum pernah nama saya tercalar dengan gosip seperti itu.

"Bagaimanapun saya tidak cepat melenting kerana ia salah faham yang tidak sepatutnya berlaku sama sekali," jelasnya.

Dalam pada itu, Maznah berkata, dia tidak mengenali Rosman secara peribadi dan hanya menyifatkan hubungan mereka sekadar profesional dan berkaitan kerja.

Jelasnya lagi, dia mengenali lelaki tersebut apabila menjadi salah seorang jurucakap untuk satu aplikasi telefon tempat syarikat Rosman bekerja sebelum ini.

"Setiap kali saya ada mesyuarat dengan pihak tersebut saya hadir bersama rakan kongsi dan tidak pernah pergi bersendirian. Secara tiba-tiba nama saya dikaitkan dalam keretakan rumah tangga mereka. Ia adalah berita mengejutkan selain tidak masuk akal," ujarnya.

Bagaimanapun kata Maznah, dia menghormati Noniswara sebagai seorang kawan dan rakan artis dan tidak akan mengelak jika terserempak dengannya selepas ini.

"Saya tidak mahu perkara ini berpanjangan dan saya tetap akan menegur, bersalaman dengannya sekiranya kami bertemu," ujarnya.

Sementara itu, Maznah tidak menafikan gosip berkenaan telah menjejaskan nama baiknya sebagai duta BMW Motorrad dan duta Sunway Lagoon yang banyak melibatkan aktiviti lasak bersama belia.

Bagaimanapun kata Maznah, dia tidak patah semangat dengan kejadian tersebut sebaliknya melihat ia sebagai ujian dan percaya ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang menimpanya.

Dalam perkembangan lain, Maznah kini masih sibuk dengan pelbagai aktiviti lasak dan banyak menjelajah ke pelbagai tempat bersama konvoi motosikal berkuasa tinggi.

"Selain jelajah Afrika saya baharu sahaja selesai menjelajah ke sembilan buah negara di Eropah dengan menaiki motosikal selama 25 hari dan aktiviti tersebut sentiasa memberikan saya kepuasan yang tinggi," katanya.



Credits: mstar.com.my
Last edited by achik2009 on 12-10-2013 11:55 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2013 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanya sama pokok apa sbb goyang... ekekekekek
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 12:05 AM | Show all posts
Nanti jawab pokok..beruk gatai yang goyangggg...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
selalu dengar dari artis2 ni ayat yg lebih kurang
tak kenal..tak mengenali dengan rapat..kenal gitu2 je..kawan kepada kawan..
tup2 lepas tu bercinta..kahwin..
alasan rapat selepas gossip..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 12:57 AM | Show all posts
cerita nih orang pon dah tak ingat. tetiba naik balik

so maznah ni single lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
ade mase ke akak Maznah nie dgn Laki Noniswara tu? kan dia sibuk memanjang ke hulu ke hilir dgn Superbikes  nye yg bersusun2 tu Uolss ??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2013 01:58 AM | Show all posts
klo Dato kawen ngan Maznah ni dia punya maintenance mesti x sebesar Nonis yang asyik berkepit ngan geng2 Chanel... paling tidak pon Maznah mintak beli motor and flyng fox depan umah....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 01:59 AM | Show all posts
btw gambar maznah tu cam something wrong sajork... x pkai coli kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2013 02:03 AM | Show all posts
dari sumber rapat datuk, katanya datuk nak get rid dari wife dia, thats why datuk 'petik' je nama maznah ni kata ada hubungan ngan dia... but setakat yang diketahui diaorg ni rakan bisnes je..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 02:21 AM | Show all posts
Oh i see...moga berbahagia
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 04:22 AM | Show all posts
mnaa posted on 12-10-2013 08:03 AM
dari sumber rapat datuk, katanya datuk nak get rid dari wife dia, thats why datuk 'petik' je nama ma ...

Pasai apa nak get rid ? Sebab ngeri tengok muka ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 04:40 AM | Show all posts
kukukatablog posted on 13-10-2013 01:59 AM
btw gambar maznah tu cam something wrong sajork... x pkai coli kah?

pakai la tapi bukan jenis yang ada sponge or sponge nipis je or camisole bra yang longgar
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 05:27 AM | Show all posts
Maznah ni datuk jg kan...comey kn dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 08:23 AM | Show all posts
si suami ni kalau dah tak suka isteri tu cakap je la direct, aku tak suka kau, aku cerai kan kau.. nak juga bw 3rd party
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 09:39 AM | Show all posts
mnaa posted on 13-10-2013 02:03 AM
dari sumber rapat datuk, katanya datuk nak get rid dari wife dia, thats why datuk 'petik' je nama ma ...

habis kalau datok setakat petik nama apakehal plak Maznah pergi bagi penjelasan kat Nonis? Patutnya dia pergi kat Datok tu & warning jangan guna nama dia secara sebarangan kan?

kan tak betuk teknik tu? nonis tak salah pun dah laki dia yg petik nama Maznah... so dlm hal ni patutnya Maznah tu settle dgn datok bukannya ganggu nonis... itu kalau betul lah sekadar petik memetik kan? entah2 memang rampas pun
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
wanitajelita posted on 13-10-2013 09:39 AM
habis kalau datok setakat petik nama apakehal plak Maznah pergi bagi penjelasan kat Nonis? Patutny ...

Janganla marah sangat. Awak ni noniswara ke wanitajelita? Hikhikhik....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2013 10:00 AM | Show all posts
ice98 posted on 13-10-2013 09:42 AM
Janganla marah sangat. Awak ni noniswara ke wanitajelita? Hikhikhik....

Aku nonis?? pls la
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
wanitajelita posted on 13-10-2013 10:00 AM
Aku nonis?? pls la

Heheh....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 01:26 PM | Show all posts
teroknye selera datok tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 01:29 PM | Show all posts
Nak petik nama pun bagi la yang selera sikit. Bimbo jugak datuk nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.063712 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list