CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3845|Reply: 36

[Tempatan] Edisi penyakit mental: Isteri jadi mangsa baran suami alim

[Copy link]
Post time 14-10-2013 08:31 AM | Show all posts |Read mode
Gombak: Perwatakannya alim dan tidak pernah tinggal solat malah rajin membaca al-Quran namun semua itu gagal mengawal sikap panas baran apabila sering membelasah isteri dan anaknya jika kedua-dua beranak itu melakukan kesilapan.

Malah lelaki berusia 40-an itu mendakwa memukul anak lelakinya berusia 12 tahun bertujuan mendidik dan jika isterinya campur tangan, wanita itu turut akan dibelasah sehingga kedua-dua beranak itu sering cedera dan lebam pada seluruh badan.

Dalam kejadian terbaru Khamis lalu, lelaki itu sekali lagi mengamuk dan membelasah anak lelakinya selepas dia hilang tumpuan ketika membaca al-Quran gara-gara anaknya itu bermain di ruang tamu rumah mereka di Kundang, dekat sini.

Lelaki berkenaan yang hilang pertimbangan terus membelasah anaknya itu malah isterinya yang menghalang perbuatannya turut dipukul.

Tidak tahan dengan sikap panas baran suaminya, wanita berusia 40 tahun itu membuat laporan di Balai Polis Kundang pada hari sama.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, lelaki terbabit pada mulanya mengaji di dalam bilik tidurnya sebelum terdengar bunyi bising di ruang tamu rumah.

Menurut sumber, geram bacaannya terganggu, lelaki terbabit kemudian keluar dari bilik dan mendapati anak lelakinya itu bermain di ruang tamu.

“Gagal mengawal perasaan, lelaki berkenaan bertindak memaki hamun dan memarahi anaknya itu menyebabkan mangsa terkejut dan tidak berani melawan.

“Perbuatan itu turut disedari isterinya yang ketika itu berada di dapur sebelum keluar ke ruang tamu dan meminta penjelasan mengenai sikap suaminya yang tiba-tiba melenting,” katanya.

Sumber berkata, lelaki itu kemudian memberitahu anak mereka membuat bising sehingga tumpuannya ketika membaca ayat suci al-Quran terganggu lalu bertindak memukul anaknya itu.

“Isterinya yang terkejut dengan tindakan berkenaan bertindak menghalang, namun turut dipukul.

“Selepas puas membelasah mangsa, lelaki terbabit kemudian terus keluar dari rumah dengan membiarkan isteri dan anaknya yang cedera,” katanya.

Difahamkan, sebelum ini, isterinya pernah membuat laporan polis berhubung suaminya itu namun menarik balik laporan berkenaan selepas lelaki itu berjanji akan berubah dan tidak mengulangi perbuatannya itu lagi.

Namun, sikapnya itu tidak bertahan lama apabila kembali memukul anak dan isterinya menyebabkan mangsa kali ini nekad membuat laporan polis sekali lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2013 08:36 AM | Show all posts
begitu la selagi iblis berada dalam manusia... tak kira alim dsb.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 08:39 AM | Show all posts
Ada 1 cerita menyayat hati berlaku di perlis dulu apabila seekor lobai bodo memperlakukan isterinya dgn kejam sehinggakan isterinya yg ada bisol dibontot itu ditala tanpa belas kesihan
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 08:39 AM | Show all posts
Ini otak tak betul...dia belum tahu lagi cerita Rasulallah yg amat lembut dan penyayang dgn isteri dan anak anak kecil....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2013 08:52 AM | Show all posts
Simunggu posted on 14-10-2013 08:39 AM
Ini otak tak betul...dia belum tahu lagi cerita Rasulallah yg amat lembut dan penyayang dgn isteri d ...

takde nya orang camni sempat nak baca kisah Rasulullah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 08:56 AM | Show all posts
selalunya yg lagak alim ni la yang banyak perangai bangsat..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2013 09:12 AM | Show all posts
laa blaja agama xabis ka? dlm Islam pon ade family rules, mn bole pukul sukati gitu....
harap2 anaknya xmembesar dgn trauma agama Islam, sdgkan yg salah bukan agama tp perbuatan bapanya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 09:22 AM | Show all posts
Macam pernah dgr ustad don cakap rasullullah saw suka budak2 sampai tengah baca khutbah pon dia amek cucu sia pegang...ka mcm mana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2013 09:26 AM | Show all posts
nampak sgt alim2 kucing mamat nie..sedangkan nabi diutuskan utk membetulkan akhlak dan kalo camnie la gayanya mmg takde akhlak la..
tak guna la ko dok baca Al-Quran siang malam tp akhlak takde..

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 09:31 AM | Show all posts
Gegancu posted on 14-10-2013 08:56 AM
selalunya yg lagak alim ni la yang banyak perangai bangsat..

Di dlm lain perkataan..............yg berlagak samseng selalunya berperangai mulia Ke??



Mohon pencerahan.




Salam
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 09:41 AM | Show all posts
Apa niat dia sebenarnya bila dia baca ayat2 dalam Al-Quran tu? Apa yang dia nampak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 09:41 AM | Show all posts
tak payah nak salahkan agama kalau manusia tu sendiri yang berperangai setan
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 09:53 AM | Show all posts
tak paham aku
artikel mcm ni beria2 suka nak kaitkan kesetanan manusia tu dgn perilaku dia mmebaca alquran, tak tinggal sembahyang..


Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 09:55 AM | Show all posts
dia dah memang perangai baran, tapi kemudian cuba lembutkan hati
dengan memasuki dunia alim.

ada yang berjaya, ada yang gagal.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 09:56 AM | Show all posts
Simunggu posted on 14-10-2013 08:39 AM
Ini otak tak betul...dia belum tahu lagi cerita Rasulallah yg amat lembut dan penyayang dgn isteri d ...

ini masalah bila baca Quran tapi tidak tadabbur.  Biasanya org mcm ni dia baca Quran tapi niatnya tak berapa lurus..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 09:57 AM | Show all posts
hipokrit....alim taik kucing..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2013 10:01 AM | Show all posts
a_gen2 posted on 14-10-2013 09:56 AM
ini masalah bila baca Quran tapi tidak tadabbur.  Biasanya org mcm ni dia baca Quran tapi niatnya  ...

org mcm ini memang pandai baca Quran...sampai nak jadi riak..marah marah org tak pandai mcm dia...tapi dia tak faham inti pati Quran yg di baca nya....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 10:39 AM | Show all posts
setan bertopengkan manusia..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 10:46 AM | Show all posts
sama mcm cite kt fb..kt negara ereb nun pukul ank umo 5 taun..pompuan.. smpai tengkorak kpla pch...tulang rusuk patah

katanye bpk penceramah agama yg dikenali
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2013 10:56 AM | Show all posts
kelip2_07 posted on 14-10-2013 10:46 AM
sama mcm cite kt fb..kt negara ereb nun pukul ank umo 5 taun..pompuan.. smpai tengkorak kpla pch...t ...

sape tu uols?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.421952 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list