CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14457|Reply: 156

[Tempatan] SPPBS Sampai Bila Nak Menyusahkan Guru?

[Copy link]
Post time 18-10-2013 07:20 AM | Show all posts |Read mode


Berikut merupakan teguran seorang guru IT tentang masalah SPPBS yang sedang dilaksanakan:

Assalamualaikum,

SAYA ingin membuat aduan berkenaan dengan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang di jalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Berikut adalah aduan saya:

1. Sistem SPPBS memaksa guru-guru menggunakan browser Internet Explorer versi 7-9 yang tidak lagi digunakan di kebanyakkan komputer zaman sekarang. Ia mengandungi banyak 'holes' dan masalah security pada browser yang berbahaya & vulnerable kepada pengguna sebab boleh di exploit untuk penyebaran virus dan malware ketika user online. Takkan beratus2 pegawai IT kat KPM tak boleh kenalpasti perkara basic seperti ini?

2. Microsoft sendiri tidak menggalakkan penggunaan browser tersebut sekarang. Bagaimana KPM boleh membuat sistem yang menggunakan teknologi lama dan tak compatible kepada hampir semua browser utama (yang lebih selamat) di seluruh dunia? Sistem tersebut TIDAK BOLEH digunakan di Chrome, Mozilla dan Safari yang mewakili hampir 80% pengguna komputer di seluruh dunia.

3. Kenapa semasa proses development sistem TIDAK mengambil kira perkara ini yang menyusahkan ramai user sistem tersebut? Adakah penggunaan Microsoft Server yang mahal kos tersebut berbaloi dengan kos sistem tersebut yang jauh lebih murah menggunakan open sources seperti Linux, Redhat dsb. Berapa banyak pembaziran oleh KPM membangunkan sistem yang berpuluh juta ini.

4. Ia juga menyebabkan beribu-ribu pengguna Mac (Apple) langsung tidak boleh menggunakan sistem ini kerana ia hanya boleh menggunakan Internet Explorer.

5. Selain itu, disebabkan bandwidth laman KPM yang terhad, sistem SPPBS yang dilaksanakan oleh KPM tersangat perlahan untuk di access oleh beratus ribu guru di seluruh Malaysia dalam tempoh yang sama. Ramai guru terpaksa bangun pukul 2-3 pagi semata-mata nak mengisi markah murid yang langsung tidak dapat di masuki pada sebelah siang. Ditambah dengan tarikh tutup yang ditetapkan oleh KPM kepada beratus ribu guru.

Saranan saya :

1. Penambahbaikan sistem dalam stage akan datang yang membolehkan sistem di access oleh semua browser (compatibility). Semua orang yang develop sistem benci dan mengelakkan menggunakan Internet Explorer (versi 10 dan ke bawah) yang developer tahu kelemahannya yang ketara. Tetapi kerajaan menggunakan juga sistem ini. Semua orang gelakkan sistem ketinggalan zaman yang masih menggunakan Internet Explorer pada tahun 2013.

2. Bandwidth server untuk access ke dalam sistem perlu di tambah. Fikirkan berpuluh ribu guru seluruh Malaysia access pada masa yang sama terpaksa membuang masa terlalu lama memasukkan data, tidur lewat malam, bangun awal pagi semata-mata kelemahan sistem ini. Kemudian mengajar pada waktu siang pula. Pernah orang KPM mengambil kira perkara ini?

Harap dapat membuat penambahbaikan secepat mungkin untuk kebaikan semua. Idea KPM dalam SPPBS ini amat dipuji dan sepatutnya perkara begini tidak berlaku sebab skala penggunakan sistem yang meliputi beratus ribu pengguna.

Ia hanya menyebabkan matlamat utama penggunaan sistem ini sukar di capai dan ia hanya menyusahkan guru-guru yang semakin terbeban. Bukan terbeban memasukkan data tetapi terbeban menunggu sistem loading dan tak compatible yang memakan masa terlalu lama untuk di access.


Wassalam

Guru IT. (Sumber : Sinar Harian)

Berikut merupakan komen2 dari pelbagai orang guru dan ibu bapa yang mentang keras tentang pelaksanaan SPPBS yang saya ambil dari FB :

- dah acap kali tegur..dah kerap kali buat aduan...dah trlalu bnyk keluh kesah tp buat2 tak kisah..... siapa la cikgu2 ni nk tegur atw bg saranan owang2 atas tu. kita ni ibarat melukut di tepian gantang je... merungut pn tp keje tetap jalan walau dlm keterpaksaan ngan keje tk brkesudahan, ngan tk ckup tido.. redha aje laaa walau tk ikhlas


- hari ni dr pg td nk msk markah pbs.. baru blh masuk x samapi 10 org, sistem cm siput.. igt ckgu2 xde keje kot d skolah.. duk on9 sistem ni je..hari ni dr pg td nk msk markah pbs.. baru blh masuk x samapi 10 org, sistem cm siput.. igt ckgu2 xde keje kot d skolah.. duk on9 sistem ni je..


- memang betul tuh... sppbs perlu dihentikan... menyusahkan dan tidak mencapai objektif... KPI tidak tercapai...


- terbaik...aduan dan saranan yg sangat jelas dan terperinci...harap artikel ni mendapat perhatian serious dari pihak KPM! bukan mengambil sebagai suara bangkangan guru2 sahaja...!


- Cukup2lh tu nak mendera guru.....
budak2pun jadi mangsa....ibubapa pun tak tau pencapaian sebenar anak mereka...sistem yg main klik2 ajer....sahihkah band yg diterima...tamadun China sejak purbakalapun mrngamalkan sistem peperiksaan...genius juga...srkarg ni dah tak ada peperiksaan ...hari2 murid hari raya.....!!!

- Ni baru cikgu IT .... terbaekk laa
Ps. Mohon terasa ya pegawai2 sekalian....

- SPPBS ni membebankan....np la hapuskan sistm peperiksaan...cian cikgu2 ...budak2 lg kecian bnyk sgt kje sek


- btl 2..sy cuba key in dr jam 4pg hingga 5 pg...hanya dapat key in 4 evidens je...


- adakah mereka faham kesusahan seorang guru.......


- sedang masuk sistem..dari kul 4.30 pagi ..utk kemaskini ...tggu dia punya putar2 tuuu macam nunggu buah yg tak gugur.....keupayaan murid kadang2 tidak valid dgn prestasi yg di key in


- Saya sangat bersetuju...




........Dan baaaannyakk lagi. Semuanya menentang keras SPPBS ini, kalau anda tak percaya boleh tanya dan cari dalam pakcik google ni. Selamat beramal. SUMBER

Last edited by NIXAR on 18-10-2013 10:11 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2013 07:26 AM | Show all posts
... no wonder ler ramai chegu2 yang berporem... sambil key in SPPBS yang slow hamjadah.... sambil tu, masuk porem online  ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Sabar la.....kalau x mula, smpai bila nk dapat feedback....dri feedback la boleh perbaiki....x kn asik2 EXAM ORientED....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 08:04 AM | Show all posts
aku tak tau la apa masalahnye kebanyakan sistem gomen nih mesti kena guna IE
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 08:09 AM | Show all posts
Ni sama mcm kes HRMIS juga. antaramuka sistem macam zaman awal tahun 2000. kadang2 susah nak akses. bila diajukan pertanyaan kepada JPA, rupanya dorang tak menjangka kadar peningkatan penjawat awam yang akan menggunakannya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 08:23 AM | Show all posts
yes....sama cam kes HRMIS..kerja guna sistem dlm internet ni mmg sendu giler..boleh buat darah tinggi..kalau hari2 duk mengadap dia..
mmg lembab lebih lembab dr siput babi..
tp pelik pulak ...facebook berjuta juta org on9 ok jerk...
sistem yg cuma kakitgn awam kat Malaysia jerk guna..terhegeh hegeh ...
bila la nak ok...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2013 08:25 AM | Show all posts
Padanla byak cikgu yg emosi x stabil skarang ni....murid gak jd mangsa...makpak gak dsalahkn kata manjakan anak...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 08:36 AM | Show all posts
HRMIS tu setiap kali nk login kena masuk password baru... bodoh punya sistem
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2013 08:39 AM | Show all posts
ini la akibatnya bila orang yang tak sepatutnya berada di tempat yang bukan milik mereka
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 08:41 AM | Show all posts
sppbs tu cuma sistem untuk klik eviden saja,bukan untuk chatting atau update gambar atau upload video,rasanya fungsi dia sikit saja,tapi kelembapan serta kesusahannya mengalahkan orang nak buat rumah banglo tiga tingkat
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 08:43 AM | Show all posts
bluberi posted on 18-10-2013 08:04 AM
aku tak tau la apa masalahnye kebanyakan sistem gomen nih mesti kena guna IE

jangan kata system gomen..system nova yang tm guna pun sama..padahal system tu di bina boleh accenture dengan harga ratusan juta..tapi nak wat macam mana..siebel framework yang digunakan hanya boleh run di ie..

sebenarnya ie baru pun boleh gak..tapi kena setting sikit lah..selain ie..slim browser pun boleh..sebab slim browser guna engine ie..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 08:48 AM | Show all posts
internet explorer jadi bahan lawak jer sekarang


Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 08:49 AM | Show all posts
aku heran betul dgn ministry apa2 jer la..

mcm ng yen yen tu, berabis sampai berjuta nak set up pesbuk pelancongan, sedangkan pesbuk ajer pun...

budak sekolah rendah pun reti guna pesbuk, for free lagik tuh!!

kalo pesbuk sampai berjuta, sistem2 outdated mcm nie agak2 berapa gomen set up utk PABX nya??sebiliyon???se triliyon???

menghabiskan dana rakyat jer.... yang kembung poket menteri itu sendiri jer...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 08:52 AM | Show all posts
kann....




Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 08:54 AM | Show all posts
xpdckelate posted on 18-10-2013 08:41 AM
sppbs tu cuma sistem untuk klik eviden saja,bukan untuk chatting atau update gambar atau upload vide ...

People love to troll Internet Explorer .....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Hamjadah betul la..bermillion habis tmpt lain takpe... Mende yg kebih utama ltk di paras bawah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2013 09:00 AM | Show all posts
apasal la website kerajaan ni masih guna internet explorer lagik..haishhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 09:11 AM | Show all posts
hahahaha
opis aku pun paksa pengguna guna IE
IT la nih punya kerja
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 09:16 AM | Show all posts
sekarang ok lagi hrmis ni...

cube korang pakai mase awal tahun depan, lebih tepat mase nak submit LNPT...
time tu lagi haru...

aku submit menatang ni pun tengah2 malam..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 09:18 AM | Show all posts
agreed! exam oriented sangat ppppui. kerja jadi kuli jugak. aku paling menyampah orang tanya SPM brapa A.PMR bape A.UPSR bape A. harap masuk U je tapi tak grad. Phui lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.066012 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list