View: 8386|Reply: 48
|
Sharnaaz Ahmad Nafi Bergaduh Depan Khalayak
[Copy link]
|
|
Sharnaaz Ahmad
PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad menyifatkan dakwaan mengenai dia terlibat dalam pergaduhan dengan berbalas tumbukan bersama seorang pengguna jalan raya di kawasan Ampang adalah mengarut.
Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 28, menafikan gosip tersebut dan bertegas sehingga kini dia belum pernah lagi terbabit dengan mana-mana pergaduhan.
"Siapalah yang buat cerita ini tanpa bertanya pada saya dahulu? Saya tak buat perkara itu.
"Janganlah menuduh saya sembarangan. Apapun saya terima gosip ini sebagai dugaan dalam hidup," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Isnin.
Pada Ahad lalu, sebuah akhbar mingguan dalam ruangan pojok melaporkan Sharnaaz telah bergaduh dengan seorang pengguna jalan raya lain sehingga membelasah lelaki tersebut dengan teruk.
Sharnaaz juga tidak terkecuali terkena tumbukan ketika insiden tersebut. Pergaduhan itu membuatkan kawasan jalan raya itu sesak kerana ia turut disaksikan orang ramai.
Dalam pada itu tambah Sharnaaz yang baharu saja selesai penggambaran drama Baby Yana (untuk saluran RTM), dia berharap masyarakat tidak sembarangan mempercayakan gosip tersebut hanya kerana dia dilihat seorang yang baran.
Bagaimanapun, bekas kekasih Shila Amzah itu mengakui, dia akan mempertahankan dirinya andakata dia dikasari mana-mana pihak.
"Jujurnya dahulu saya seorang yang pemarah dan cepat naik angin. Tetapi manusia boleh berubah bukan?
"Saya tidak akan memukul orang tanpa sebab dan akan bawa berbincang dahulu jika sesebuah masalah itu timbul. Perasaan marah saya kini sudah boleh dikawal," ujarnya.
Dalam perkembangan terbaharu, Sharnaaz kini sibuk membuat latihan senaman bina badan di sebuah gim bagi tuntutan wataknya sebagai lelaki antagonis sebuah drama 60 episod (belum tahu judulnya) bagi siaran Astro Mustika.
Kata pelakon itu, kerana drama itu juga dia terpaksa menurunkan berat badannya daripada 80 kilogram (kg) kepada 72 kg. Dan kemudian dia membina badan semula sehingga berat mencecah 82 kg.
Sementara itu, ditanya pula sudahkan dia memiliki pasangan baharu selepas putus hubungan dengan Shila, katanya, dia belum bersedia lagi untuk bercinta.
"Saya bukannya serik, tetapi biarlah fokus pada kerja dahulu. Jika bertemu dengan wanita dirasakan sesuai dengan diri, saya tidak akan mengambil masa lama untuk berkahwin," tuturnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ummah mamak memang short-tempered eh? ..kesian |
|
|
|
|
|
|
|
Aku xde la suke sangat kat mamat mamak ni tp wartawan yg tulis tu ade buktikah?
Ker just dengar citer dari kakak kepada sepupu belah mak tiri biras dia????? |
|
|
|
|
|
|
|
katanya ada ramai saksi di tempat kejadian
takkan ada kembar kot?
atau wartawan tu tak buat homwork main tulis je story? |
|
|
|
|
|
|
|
tggu kot2 ada yang upload video brtumbuk kat fb |
|
|
|
|
|
|
|
penumbuk dua serupa... haha |
|
|
|
|
|
|
|
Dah populR sekarang . Ada gak pengarah
Yang minat ambik belakon walau perangai
Hampes |
|
|
|
|
|
|
|
sesapa yg selalu lalu ampang & mungkin saksi kejadian boleh tampil memberi komen |
|
|
|
|
|
|
|
Takan dlm donia rini takda sorang pun penonton nak amek video kot ... Tak lojikk. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan dia kot.. mana tau muka seiras ke.. (bersangka baekkk) |
|
|
|
|
|
|
|
asal gaduh je budak ni |
|
|
|
|
|
|
|
aku xheran bin ajaib klu dia ni bertumbuk dgn org.
blagak samseng plak |
|
|
|
|
|
|
|
sharnaaz ni sblm ni baik jer..family pun org baik2..rasa2nya org yg suka sgt dok cari psl dgn dia kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
kata ramai org..sampai sesak bagai...xkan sorg pon xde hp camera? xlogikxlogik. |
|
|
|
|
|
|
|
nk jgak petik nama shilalat dlm artikel ni..
sje je wrtawan ni nk ungkit2 story lame... |
|
|
|
|
|
|
|
I tahu heols ni baran tapi wartawan suka main terjah...dh ramai saksi mesti ada yg rakam..baik kita tunggu utube or fb.. huhu |
|
|
|
|
|
|
| |
|