CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2684|Reply: 12

KJ berlakon jadi Taukeh Ayam Percik.....oh Abg KJ ku

[Copy link]
Post time 23-10-2013 09:18 AM | Show all posts |Read mode
Sumber: Malaysian Digest

Kredit foto Faisol Mustafa.


Lagi berita mengenai beliau. Err.. maksud kami, YB Khairy Jamaluddin (KJ).  Jadi rasanya boleh lah kami isytiharkan yang minggu ini adalah minggu KJ. Kerana sekali lagi untuk minggu ini, suka kami kongsikan tentang Ketua Pemuda UMNO yang segak bergaya yang semakin mencuri tumpuan dalam dunia hiburan tanah air sejak dua tiga hari ini. Tapi kali ini lebih menarik kerana siapa sangka, KJ sebenarnya punya bakat berlakon.

Bakat tersebut dibuktikan menerusi lakonannya dalam filem pendek arahan bekas ratu cantik Malaysia dan pelakon, Elaine Daily berjudul 'Inspektor Mastura'. Dalam filem pendek ini yang diterajui oleh Sharifah Aleya, Beto Khusairy dan Adibah Noor ini menampilkan KJ yang memengang watak sebagai penjual ayam percik di sebuah pasar malam.

"Sebenarnya ia secara kebetulan. Sewaktu saya menulis skrip saya terfikir yang watak ini sesuai kalau dipegang oleh KJ. Walaupun penjual ayam percik, tapi dia perlu nampak tampan. Macam mana saya terfikir untuk menawarkan watak itu pada KJ? Segalanya bermula sewaktu saya menjadi juri untuk Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri. Masa tu KJ juga adalah salah seorang jurinya. Masa tu dia belum jadi YB lagi.

"Jadi saya tawarkan watak itu padanya. Mulanya dia bertanya adakah kemunculannya itu untuk sesuatu yang baik, dan saya katakan sudah semestinya kerana filem saya ini untuk memberi inspirasi kepada kaum wanita. Dan beliau terus bersetuju.

"Dia set beliau seorang yang profesional. Beliau hafal semua dialog beliau dan melakonkan babaknya dengan hanya dua kali take saja", katanya Elaine Daly sewaktu ditemui pada sidang media Ikal Mayangbertempat di GSC The Gardens, semalam.

Ikal Mayang merupakan sebuah filem antalogi yang mewakili suara hati wanita Malaysia. Selain karya Elaine, lima filem pendek akan yang terpilih ialah 1-800 Baby (arahan Datin Sofia Jane), Pantang (arahan Vanida Imran), Jerat Suami (arahan Dira Abu Zahar) dan Odah (arahan Junaidah M. Nor). Keenam-enam filem pendek ini akan ditayangkan di Astro First Saluran 480 mulai 7 November ini.

Elaine Daily bersama dua lagi pengarah, Datin Sofea Jane dan Dira Abu Zahar.


Sementara itu, bercerita lanjut mengenai subjek yang dipilih Elaine iaitu polis wanita mulanya tidak percaya pada cinta tetapi akhirnya jatuh cinta dengan penjual ayam percik, katanya dia memang tertarik pada keperibadian anggota polis wanita.

"Saya memang obses tentang polis wanita dan saya mengikuti banyak tetag kes jenayah. Dalam kajian saya pun, setiap polis wanita, mereka sebenarnya mempunyai sejarah hidup tersendiri. Dan saya memang ciptakan karakter polis wanita yang bertudung. Sebab saya rasa dalam ketegasan dan lasak seorang polis wanita itu, dia sebenarnya nampak manis bertudung.

"Inspektor Mastura (lakonan Sharifah Aleya) adalah tentang harapan dan kepercayaan seorang wanita. Sebagai seorang perempuan, Mastura mengalami dilema dan cuba melindungi hatinya daripada perasaan cinta. Walaupun Inspektor Tahir (Beto) telah meluahkan perasaannya kepada Mastura namun tidak berbalas. Tetapi bila hatinya terbuka untuk berkahwin, Mastura memilih si penjual ayam percik", ujarnya yang mengambil masa hanya dua hari untuk menjalani penggambaran filem tersebut.

Impresif, karya pertama arahanya ini telah merupaka salah satu daripada lima lagi karya terpilih dan telah diketengahkan di Festial Filem Antarabangsa Busan yang ke-18, baru-baru ini.

Justeru pengacara program Bella ini memberitahu, pengalaman sewaktu membawa hasil kerjanya di Korea itu dijadikan batu loncatan untuknya terus mengarah dan menghasilkan filem yang baik pada masa akan datang.

.



- mD



Kalu real life, harus aku pertama membeli ayam percik beliau...hikhikhikhik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2013 09:20 AM | Show all posts
dah ade la benang ni....xyah la nk bukak byk2!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 09:20 AM | Show all posts
wahhhh abam kemam kj da jadi pelakon plak huhuhu @tapibukanaku  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2013 09:24 AM | Show all posts
boleh tak merge dgn thread yg dh ade tu...sbb ini artikel dari source lain...tq momod
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 09:35 AM | Show all posts
dia penah berlakun kan?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 09:36 AM | Show all posts
steady boss hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2013 09:39 AM | Show all posts
ribena84 posted on 23-10-2013 09:20 AM
wahhhh abam kemam kj da jadi pelakon plak huhuhu @tapibukanaku

super talented guy
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 09:56 AM | Show all posts
dia ada gaya jd pelakon...aku tgk dlm utube yg dia bwk teksi...best dialog dia...bershj ...
muka pon ada mariii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2013 10:11 AM | Show all posts
woooooo! i cuma nampak ODAH je. si jebon jadi director. nak tenguk la cenggini
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 10:23 AM | Show all posts
dah ada kan .. kasi merge jelah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2013 11:08 AM | Show all posts
momod ade tak ni? mintak merge...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 12:04 AM | Show all posts
baguslah ada karier baru..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2013 08:43 AM | Show all posts
pagi tadi aku dgr Era, Mak Jemah call KJ...omaigod...sporting gilakkk KJ...klakar....cair ~~~~~~~
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.460878 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list