CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2002|Reply: 9

Alkisah Pengurus Seorang Retis

[Copy link]
Post time 23-10-2013 10:00 PM | Show all posts |Read mode


Geli hati pula bila ada seorang kenalan dedahkan cerita orang yang bekerja di syarikat pengurusan acara mahu jadi penyanyi.

Bukan tak boleh, tetapi kaedah diguna pakai insan itu lucu. Dia sanggup cari persembahan untuk artis semata-mata mahu menyanyi.
Al-kisahnya, dalam setiap acara yang diuruskan, dia akan selitkan satu slot untuk dirinya menyanyi puas-puas atas pentas.

Bila dah pegang mikrofon pentas itu, dah jadi macam dia yang punya.


Mula-mula orang tak perasan tetapi selepas beberapa kali kejadian sama berulang, mulalah kedengaran suara-suara sumbang berbunyi.


Yelah, tak pernah ada single atau album, tiba-tiba buat persembahan mengalahkan penyanyi profesional. Lebih buat orang hairan, suaranya pun tak seberapa. Kata teman, banyak juga ‘show’ sudah dia jayakan.

Terbaru, dia rancak canang cerita kononnya dapat undangan berjalan atas permaidani merah acara Anugerah Planet Muzik yang berlangsung di Singapura, walhal sebenarnya dia berada di sana kerana dipertanggungjawabkan menjaga artis sebuah syarikat rakaman.

Tak mengapa, mungkin sudah lama dia pendam hasrat mahu jadi penyanyi dan disebabkan itu pantang ada peluang depan mata, dia akan gunakan ruang itu dengan sebaik-baiknya.

Mana tahu ada rezeki dia benar-benar diterima sebagai penyanyi dan mungkin popular satu hari nanti. Nasib manusia siapa yang tahu. Tak gitu?
Last edited by Jenabmurai on 23-10-2013 10:01 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2013 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
saper nab? femes ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 10:26 PM | Show all posts
biar la dia nak nyanyi
bukan mintak bayaran pun
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 10:39 PM | Show all posts
hehe. bukan artis tapi masuk kolum gosip.. takkan kat forum cari tak boleh masuk khenn..

i wonder pengurus siapa lah ni..

nak nyanyi pegi la karaoke.. kan tak pasal-pasal masuk paper.. hihi
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 10:48 PM | Show all posts
mizzmimi posted on 23-10-2013 10:39 PM
hehe. bukan artis tapi masuk kolum gosip.. takkan kat forum cari tak boleh masuk khenn..

i wonder ...

konsepnyaa karok takde pentas dik non.. yg ade cume bilik2 atau bilik jamban je
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 11:28 PM | Show all posts
Ajib murai.com kah? Sbb penah tgk dia menyanyi bgai nk rak dgn tepung gomak berkati di muka..:lol
Tp dia pengurus apex.. apex dikira retis kah? Last edited by Aneem on 23-10-2013 11:30 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2013 11:38 PM | Show all posts
Aneem posted on 23-10-2013 11:28 PM
Ajib murai.com kah? Sbb penah tgk dia menyanyi bgai nk rak dgn tepung gomak berkati di muka..:lol
T ...

apek buat persembahan pentas ke uolsss
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 12:09 AM | Show all posts
Aneem posted on 23-10-2013 11:28 PM
Ajib murai.com kah? Sbb penah tgk dia menyanyi bgai nk rak dgn tepung gomak berkati di muka..:lol
T ...

Suara dia bukan ok ker. Mana ada dia pergi APM. Sibuk kat AF masa tu lah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2013 09:00 AM | Show all posts
pengurus retis pun masuk sini
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 09:03 AM | Show all posts
Ni namanya gila menyanyi
Tp suara x sedap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.070764 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list