CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2266|Reply: 7

Tinta Shila Hamzah: Tempuh banyak dugaan

 Close [Copy link]
Post time 24-10-2013 12:38 AM | Show all posts |Read mode
[size=0.9em]Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca setia Tinta Shila Amzah. Shila harapkan semua pembaca berada dalam keadaan ceria dan sihat sejahtera.
[size=0.9em]Banyak dugaan datang menimpa Shila sejak akhir-akhir ini, tapi Shila yakin boleh tempuh semua ini dengan adanya sokongan daripada semua.

[size=0.9em]Alhamdulillah, Showcase Shila pada 10 Oktober lalu berjaya menarik hati peminat dan rakan-rakan media yang hadir.

Tambahan pula, Showcase Shila dihadiri rakan-rakan artis yang sudi memberikan sokongan kepada Shila antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Johan As’ari, Nazim Othman, Beto Kusyairi, Zahiril Adzim, Shera Aiyob, Datuk DJ Dave dan ramai lagi.


[size=0.9em]
Banyak dugaan melanda di hari-hari terakhir membuat persiapan showcase berkenaan, tambahan pula Shila Amzah Entertainment Berhad tidak mempunyai banyak pekerja untuk saat ini.
[size=0.9em]
Ia adalah acara pertama yang dikendalikan kami sendiri. Justeru, pada awalnya perancangan kami agak terganggu. Namun Shila berasa cukup bersyukur SAcrew (antara Shilalas yang rapat dengan Shila) sudi membantu untuk memastikan perancangan kami berjalan dengan lancar. Terima kasih pada semua.

Selain itu, disebabkan faktor tertentu, senarai peminat yang hadir, senarai jemputan khas VIP, artis dan sudah tentu senarai rakan-rakan media bertambah pada setiap hari.

Untuk memastikan kejayaan showcase ini, kami terpaksa mengubah tempat ke Penthouse @ The Icon di Jalan Tun Razak bersebelahan dengan Hotel Micasa.

Pada awalnya, tetamu hadir lewat dari waktu yang dijangkakan kerana hujan dan kesesakan lalu lintas. Namun masuk jam 3 petang, ruang tempat duduk tetamu berjaya dipenuhkan.

Alhamdulillah, selepas tiga hari membuat latihan untuk showcase, akhirnya ia berjalan dengan lancar mengikut apa yang kami rancang. Showcase Shila kali ini mendapat sambutan yang baik daripada peminat, media dan rakan-rakan Shila yang lain.

Pada minggu lalu, Shila sibuk membuat persiapan sempena Anugerah Planet Muzik 2013 di Singapura, Jumaat lalu.

Shila begitu teruja mendapat peluang untuk membuat persembahan di majlis anugerah berprestij tersebut, apatah lagi bakal di hadiri oleh nama-nama besar dalam industri muzik serumpun kita. Lebih menarik lagi, Datuk Siti Nurhaliza turut sama menjayakan persembahan di APM.

Shila bertolak ke Singapura pada 17 Oktober lalu dan bertuah dapat penerbangan yang sama dengan Siti. Selepas tiba di Singapura, Shila terus ke Suntex City untuk raptai persembahan sempena APM itu. Shila juga berasa teruja dan terharu dapat berduet dengan penyanyi Indonesia, Judika dan terima kasih kepada APM kerana menggandingkan Shila dengan penyanyi popular dari seberang itu.

Tambahan pula artis sehebat Judika begitu merendah diri dan peramah. Ada juga beliau berkongsi tip dalam bidang nyanyian dengan Shila. Alhamdulillah, bertambah lagi ilmu Shila. Shila paling tertarik dengan persembahan pembukaan kumpulan S4 dari Indonesia.

Shila boleh lihat kegigihan dan kesungguhan kumpulan ini ketika membuat persembahan kerana mereka sangat dedikasi. Apa yang menariknya mereka membawa genre muzik K-Pop dan membuat kita percaya akan muzik mereka. Inilah contoh persembahan, apabila mereka mendapat peluang, mereka melakukannya bersungguh-sungguh.

Shila begitu kagum sekali. Alhamdulillah, APM kali ini Shila berjaya membawa pulang satu trofi dari lima kategori yang Shila dapat untuk kategori Lagu Terbaik Malaysia (Masih Aku Cinta).

Shila sangat bersyukur kerana lagu ciptaan Shila dapat pengiktirafan dari luar negara. Insya Allah, Shila akan berkarya lebih baik lagi untuk masa yang akan datang. Selesai APM, Shila diberi peluang untuk turut serta membuat konsert amal bersama artis tempatan dari Singapura dan negara lain untuk program ‘President’s Star Charity’.

Lebih memberangsangkan, kami berjaya mengumpul derma lebih daripada lima juta Dolar Singapura dalam masa satu malam. Shila rasa cukup terharu sekali untuk menjadi wakil dari Malaysia untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Selepas selesai kerja di Singapura, Shila terus berangkat ke Beijing untuk menjayakan persembahan di sana. Ada sesuatu yang besar bakal Shila beritahu dalam artikel yang seterusnya.

Selain sibuk dengan karier, Shila ada juga meluangkan masa bersama peminat menonton filem tempatan, Bencinta lakonan Nora Danish. Apa yang Shila boleh katakan di sini, lakonan Nora yang membawa watak Fathia meninggalkan kesan pada Shila.

Filem itu wajar dijadikan pengajaran kepada golongan wanita di luar sana untuk lebih berhati-hati dan jangan mudah diperdaya oleh lelaki yang akhirnya memberi kesan buruk kepada kehidupan kita.

Baiklah, Tinta Shila berhenti di sini. Sehingga kita berjumpa lagi. Wassalam

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2013 09:01 AM | Show all posts
smeog aberjaya lah tempuh apae pun
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 09:26 AM | Show all posts
panjang utk aku baca..tp,ape2 pun..semoga jadi kawen dengan johan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 09:34 AM | Show all posts
cite psl showcase ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 09:36 AM | Show all posts
aku baca perenggan first jer...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 09:54 AM | Show all posts
sama2 shilalat. motip aku rajin pulak baca sampai habis?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2013 09:56 AM | Show all posts
jd ke ngn johan tu?

smlm ke bila tah dgr johan kata dia mmg serius dgn sorang selebriti. nak tunang n kawen terus. xnk declare bercinta konon nye

bg aku, dua2 cm propa...heheh
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 10:09 AM | Show all posts
so aper gosip nyer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.082294 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list