CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12943|Reply: 51

Ida Nerina cukup berahsia

[Copy link]
Post time 24-10-2013 11:51 AM | Show all posts |Read mode



WALAUPUN berkerusi roda, Ida Nerina dilihat semakin aktif terhadap kerja-kerja di belakang tabir.

Dia yang sebelum ini mengalami kecederaan pada tulang belakang selepas insiden kemalangan di rumahnya pada 2009, bagaimanapun cukup berahsia tentang kehidupan peribadinya.

Bukan saja pada media, malah Ida atau nama sebenarnya Ida Nerina Hussain juga nampaknya meletakkan batasan buat peminat seandainya ada pertanyaan yang difikirkan begitu remeh.

“Bosanlah cerita pasal peribadi saya. Cerita mengenai kerjaya saya lagi menarik,” katanya ketika ditemui selepas pratonton antologi filem pendek, Ikal Mayang, kelmarin.

Namun begitu, dia juga sempat melontarkan pendapatnya mengenai sikap sesetengah artis yang lebih bersikap terbuka dalam hal ini.

“Masing-masing ada pendirian mereka sendiri dan ia terpulang pada mereka,” katanya.

Jadi pengarah kreatif

Bercerita mengenai perihal kerjayanya, Ida yang kini menggalas tugas sebagai Pengarah Kreatif bagi kompilasi filem pendek Ikal Mayang selain aktif mengarah dan menerbitkan teater.

“Saya memang dah lama teringin nak jadi pengarah, malah sejak dulu lagi, saya sudah berjinak-jinak dalam teater selain lakonan.

“Cuma, pada ketika itu, rezeki lebih banyak berpihak dalam bidang lakonan.

“Jadi, apabila mendapat peluang sekarang untuk terlibat dalam bidang pengarahan, saya benar-benar menyukainya,” jelasnya yang turut mengarahkan She.

Mengenai Ikal Mayang, Ida memberitahu ia adalah cetusan idea daripada organisasi bukan kerajaan (NGO), Women: Girls.

“Ikal Mayang adalah kompilasi filem pendek arahan 15 penggiat seni wanita mengisahkan isu-isu kehidupan kaum Hawa sempena dengan Hari Wanita Sedunia yang telah berlangsung Mac lalu.

“Ia juga adalah sebuah platform untuk menggalakkan dan memberikan peluang pada pembikin filem wanita untuk berkembang.

“Misi Ikal Mayang sendiri adalah sebagai menaikkan martabat wanita dalam konteks memaparkan hasil-hasil filem pendek yang dibikin,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak enam filem pendek yang terpilih daripada projek ini bakal ditayangkan di saluran Astro First bermula 7 November depan.

“Pemilihan enam filem daripada projek tersebut merupakan satu pengiktirafan besar buat diri saya.

“Saya anggapnya sebagai permulaan dalam menunjukkan karya-karya hasil penggiat seni wanita di negara ini.

“Enam filem pendek itu ialah 1-800-baby arahan Datin Sofea Jane, Pantang (Vanidah Imran), Jerat Suami (Dira Abu Zahar), Inspektor Mastura (Elaine Daily), Odah (Junaidah M.Nor) dan Nawar (Aida Fitri Buyung).

“Ini adalah satu pencapaian yang sangat besar di mana ia juga sebagai pembuka mata buat industri seni tempatan bahawa kita masih mempunyai pengarah-pengarah wanita yang sangat berbakat,” katanya.

Lebih membanggakan apabila projek Ikal Mayang turut mendapat perhatian penggiat seni luar negara apabila mereka diundang menyertai Festival Filem Antarabangsa Busan ke-18 (BIFF18)  pada 3 hingga 12 Oktober lalu di Busan, Korea Selatan.

Dalam pada itu, pelakon filem Layar Lara ini mengakui rindu untuk berlakon semula.

Malah, setelah sekian lama menyepikan diri, baru-baru ini, pelakon filem Sepet ini telah membuat kemunculan istimewa menerusi filem terbaru arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba, Tanda Putera memegang watak sebagai Jah Steno.

“Berlakon itu, biarlah sikit-sikit. Saya lebih senang dengan kerja-kerja di belakang tabir ini,” katanya yang menolak tawaran untuk menerima watak sebagai orang tua.

Dalam perkembangan lain, Ida kini juga menjadi juri tetap dalam program Liga Lawak Superstar di samping Vanidah Imran dan Adlin Aman Ramli.



IDA nerina ni dah sembuh ke? nmpak dia jadi juri dalam tv3 rancangan lawak apa tah...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2013 11:53 AM | Show all posts
lumpuh sepjg hayat ke...
aku suka dia ni belakon...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 11:53 AM | Show all posts
dia dah sembuh sepenuhnya ker? alhamdulillah....suker tgk dia blakon...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 11:55 AM | Show all posts
kan dh mention kt awal2 artikel tu, masih berkerusi roda...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 11:56 AM | Show all posts
suke dgn ida nerina ni
huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
iols pun suke dia nie, pndai menjiwai Watak yg di beri. Cian dia kn, bile dh lumpuh ex huby tinggal kn dia ...khen??:Q
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2013 11:57 AM | Show all posts
nampak ke-tua-an dah diaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 11:59 AM | Show all posts
mulut tu mcm plastic surgery je....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2013 12:04 PM | Show all posts
suka dia berlakon dulu
bgoslah die tak menyepi lg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2013 12:06 PM | Show all posts
fifie_olin posted on 24-10-2013 11:53 AM
lumpuh sepjg hayat ke...
aku suka dia ni belakon...

cerita apa yg u pnh tgk dia blakon?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2013 12:07 PM | Show all posts
prettymanja posted on 24-10-2013 11:56 AM
iols pun suke dia nie, pndai menjiwai Watak yg di beri. Cian dia kn, bile dh lumpuh ex huby tinggal  ...

ida nerina kawan baik n yasmin hani? suami dia tgl kn di kwin n yasmin haani??
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 12:09 PM | Show all posts
memang betul la dia lumpuh ye? kasihan
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 12:10 PM | Show all posts
da lme xdgr cite
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
cef_gango posted on 24-10-2013 12:07 PM
ida nerina kawan baik n yasmin hani? suami dia tgl kn di kwin n yasmin haani??

tu la khen..kwan baik cantas Laki nie permainan Retis beb.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 12:14 PM | Show all posts
cef_gango posted on 24-10-2013 12:07 PM
ida nerina kawan baik n yasmin hani? suami dia tgl kn di kwin n yasmin haani??

bukan ke depa da bercerai dulu then baru sharin kawen ngn yasmin hani kan?
klo si sharin tu tgl kan die sblm cerai n sebab die lumpuh harus aku benci jantan sebegitu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2013 12:16 PM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 24-10-2013 12:09 PM
memang betul la dia lumpuh ye? kasihan

mmg dia lumpuh lama.. ida ni antara retis hot jgk dlu.. smpai dikata kn ada vid xxx
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2013 12:20 PM | Show all posts
cef_gango posted on 24-10-2013 12:16 PM
mmg dia lumpuh lama.. ida ni antara retis hot jgk dlu.. smpai dikata kn ada vid xxx

masa dia baru accident tu pun ada je bertebaran pasal dia lumpuh etc.. tapi biasa la kan. beliau deny habis-habisan
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 01:37 PM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 24-10-2013 12:20 PM
masa dia baru accident tu pun ada je bertebaran pasal dia lumpuh etc.. tapi biasa la kan. beliau d ...

PASAL YANG MANA EH ?
CITA LA SIKIT
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 03:15 PM | Show all posts
cef_gango posted on 24-10-2013 12:16 PM
mmg dia lumpuh lama.. ida ni antara retis hot jgk dlu.. smpai dikata kn ada vid xxx

ade hikmah dia lumpuh...tak pakai dah la kot bikini tepi pantai...
skg ni time si mislina mustaffa lak berbikini..


Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 03:31 PM | Show all posts
kesian dia.. x baik kita jatuh hukum. no no.. jgn mcm tu kawan2. ini bahagian dia dkt dunia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.084199 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list