CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hasell

TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK

  [Copy link]
Post time 2-11-2013 04:28 PM | Show all posts
Rhyno posted on 2-11-2013 07:30 AM
Confirm hancur lebur filem ni kalau diarahkan oleh Aziz M Osman.

Nape pengarah Msia terhege ...

bukan itu yang jadi persoalan atau permasalahan...
bukan masalah karya Malaysia atau Indonesia..
karya HAMKA ni suatu karya agung.. lihat pada apa intipati dan moral yang nak disampaikan..padat dan banyak pengajaran..
cara penyampaian pun sangat berkesan di hati...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2013 08:33 AM | Show all posts
Nanti Indon2 tu kata kita Maling lagi curi hasil karya diaorang....
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2013 03:37 PM | Show all posts
dulu erma fatima pernah buat drama bersiri berdasarkan novel ni, 10 tahun lepas..
drama tu tajuknya haryati...ada haryati 1 & haryati 2
umie aida berlakon...ni mula2 masa aaron aziz berlakon
persamaan tu, banyak yg sama...adegan, dialog..adat minang tu kat sini pun ada
cuma bila dah jadi drama, banyaklah yg meleret-leret

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2013 04:55 PM | Show all posts
harus tgk ni? bile kuar?

lg best sbb ada reza rahadian
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2013 02:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Pengarah dia pengarah yang selalu buat drama low class yindon. Katakan tidak pada pelem ini.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 11:35 AM | Show all posts
rsmlng posted on 28-10-2013 05:20 PM
dulu2 masa form 1, subject BM, cikgu bukak citer ni tp versi dlm radio la... pastu kena jawab soalan ...

Den tak pernah baca novel tapi dongar versi kaset.. Boleh la download kek sini... audio tenggelamnya kapal Van Der Wijck
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2013 08:27 AM | Show all posts
philipinoe2 posted on 27-10-2013 02:49 PM
dlm treler x nmpk pon kapal titanik tu....

sebab bukan kapal titanic, kapal tu kapal belanda, nama Van Der Wijck.

btw, official trailer dah keluar di youtube. Yang diatas tu cuma teaser.

Ada kapalnya kat trailer tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 08:45 AM | Show all posts
Bosan jugak org samakan filem ni dengan titanic. Novel ni ditulis tahun 30an, titanic hanya di buat pada tahun 1997. Tak reti buat matematik agaknya..hehehhee

Tak kisahlah siapa yang nak angkat novel ni ke filem, dah pun jadi filem. Yang tak sure just samada filem ni akan release kat sini atau tidak. Kalo tak.....tunggulah maybe astro first or astro best tayang nanti...huhuhuhuhu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2013 07:02 PM | Show all posts
iscol_klang posted on 4-11-2013 02:37 PM
dulu erma fatima pernah buat drama bersiri berdasarkan novel ni, 10 tahun lepas..
drama tu tajuknya ...

haryati 1 & 2 antara penampilan pertama lisdawati di kaca tv.. mmg straight away iols minat dia waktu tu

cc: kaka oren

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 12:38 PM | Show all posts
aisyah_putri posted on 26-10-2013 08:37 PM
This movie will be the biggest project Soraya Intercine Films this year, same as last year's 5 cm mo ...

i've watched 5cm..
ada mesej..



Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 03:01 PM | Show all posts
Rhyno posted on 2-11-2013 03:18 PM
Novel Indon yg betul2 berjaya diadaptasi menjadi filem bagi aku ialah:

1. Lasykar Pelangi

dua2 filem ni mmg best....berulang kali tgk pun ku ttp rasa sebak .....
n tak pernah rasa jemu...
filem2 Malaysia payah betul nak buat sebaik ni......... huhu

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 03:04 PM | Show all posts
Rhyno posted on 2-11-2013 03:30 PM
Confirm hancur lebur filem ni kalau diarahkan oleh Aziz M Osman.

Nape pengarah Msia terhege ...

satu novel yg sedari dulu ku nak sgt dijadikan filem or drama... Mereka Yang Tertewas.... teks sastera form 5 dulu2....



Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 08:55 PM | Show all posts
chaintea posted on 21-11-2013 12:38 PM
i've watched 5cm..
ada mesej..

best kan?


Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 03:13 PM | Show all posts
Gambar dari film :





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 04:18 PM | Show all posts
wargh ..aku baca novel ni
tp bukan aku punya  ..abg aku
trages ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 09:57 AM | Show all posts
tak sangka pulak hayati jadi westernised sgt dlm filem ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2014 06:19 PM | Show all posts
film nyo rancak bana.... buat awak keluar air mata
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 11:11 PM | Show all posts
[size=0.9em]Jika Trio KRU membuktikan kehebatan mereka melalui karya hebat dan berbeza di Malaysia seperti Cicakman, Hikayat Merong Mahawangsa, Magika dan 29 Februari, penggiat filem di Indonesia pula berbangga dengan keluarga Ram Soraya melalui produksinya, Soraya Intercine Films.
[size=0.9em]Karya terbaru mereka, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck berdasarkan novel hebat karya Hamka menjadi sebutan sejak ditayangkan kepada umum pada 19 Disember lalu.
[size=0.9em]Ia dikatakan ditonton 570,000 penonton untuk tempoh seminggu.
[size=0.9em]Ia juga dikatakan filem paling mahal pernah dihasilkan produksi itu, tetapi enggan menyebutkan angkanya.
[size=0.9em]Kos dikatakan tinggi untuk menghasilkan set sesuai dengan latar 1930-an, termasuk membina kapal Van der Wijck yang belayar dan tenggelam pada 1936 sehampir mungkin, begitu juga kereta dan busana sesuai dengan zamannya.
[size=0.9em]Melalui trelernya, filem ini memang mengagumkan dan berharap ada pihak membawa filem itu untuk tayangan di sini walaupun sukar.

Dalam dilimpahi pujian, filem ini juga mengundang kontroversi apabila poster filem itu menggambarkan Hayati berpakaian seksi, jauh menyimpang dari gambaran novelnya sentiasa berbaju kurung dan berselendang, sesuai gadis Minang pada zaman itu.
[size=0.9em]Kritikan lain, ia disamakan dengan filem Hollywood, Titanic yang berkisar kepada tragedi tenggelamnya kapal Titanic lakonan Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet.
[size=0.9em]
Pelakon utamanya, Pevita Pearce yang memegang watak Hayati dan Herjunot Ali (Zainuddin) menafikan persamaan itu.



[size=0.9em]
Kata mereka, filem ini jauh berbeza dengan Titanic kerana karya James Cameron itu lebih berkisar kepada pelayaran kapal mewah Titanic yang menjadi tempat pertemuan sepasang kekasih, tetapi cinta suci mereka tenggelam di dasar lautan bersama Titanic.
[size=0.9em]Tenggelamnya Kapal Van Der Vijck arahan Sunil Soraya menggambarkan emosi antara Zainuddin dan Hayati yang terhalang cinta kerana adat dan darjat.

Babak kapal hanya sedikit berbanding durasinya dua jam 45 minit.

Filem yang lakon layarnya ditulis oleh Imam Tantowi dan Dhony Dirgantoro ini berkisar kepada cinta suci Zainuddin dengan Hayati tidak direstui keluarga Hayati kerana adat Minangkabau tidak mengizinkan perkahwinan dengan orang luar.
[size=0.9em]Bapa Zainuddin orang Minangkabau tetapi ibunya orang Bugis dari Makassar, sedangkan Hayati dari keturunan bangsawan Minangkabau.

Hayati dikahwinkan dengan Aziz yang setaraf dengannya.

Zainuddin kecewa lalu membawa diri ke Jawa, kemudian berpindah ke Surabaya dan menjadi penulis terkenal.

Hayati mengenali Zainuddin melalui novelnya, Teroeser (Terusir) karya Z yang dipercayai kekasihnya, Zainuddin.
[size=0.9em]Hayati dan Aziz juga berpindah ke Surabaya, tetapi perkahwinan mereka tidak bahagia.

Aziz dipecat dan mereka menumpang di rumah Zainuddin.
[size=0.9em]Aziz sedar cinta Zainuddin pada Hayati lalu membawa diri ke Banyuwangi dan meninggalkan surat mengatakan dia mengikhlaskan Hayati untuk Zainuddin, lalu membunuh diri.

Walaupun cinta Zainuddin pada Hayati masih kuat, dia sedar Hayati sudah berkahwin dan cuba memadamkan perasaan itu.
[size=0.9em]Dia menghantar Hayati pulang ke kampungnya dengan kapal mewah Van Der Wijck, tetapi kapal itu tenggelam di pesisir pulau Jawa.

Zainuddin berusaha mencari Hayati dan menemuinya di hospital di Cerebon dan akhirnya meninggal.

Selepas kematian Hayati, Zainuddin sakit dan meninggal dunia.

Mereka dikebumikan berdampingan.
[size=0.9em]Hamka atau nama sebenar, Haji Abdul Malik Karim Amrullah turut dikenali melalui karya cintanya seperti Di Bawah Lindungan Kaabah.
[size=0.9em]Ia juga diadaptasi ke layar perak dan dipertaruhkan ke Anugerah Academy merebut Oscar bagi Filem Asing Terbaik pada 2012.


HARIAN METRO


Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 11:13 PM | Show all posts



Synopsis : Nusantara 1930, dari tanah kelahirannya Makasar, Zainuddin berlayar menuju tanah kelahiran ayahnya di Batipuh, Padang Panjang. Diantara keindahan ranah negeri Minangkabau ia bertemu Hayati, gadis cantik jelita, bunga di persukuannya. Kedua muda mudi itu jatuh cinta. Apa daya adat dan istiadat yang kuat meruntuhkan cinta suci mereka berdua. Zainuddin hanya seorang melarat tak berbangsa, sementara Hayati perempuan Minang keturunan bangsawan.

Lamaran Zainuddin ditolak keluarga Hayati. Hayati dipaksa menikah dengan Aziz, laki-laki kaya berbangsa yang ingin menyuntingnya. Perkawinan harta dan kecantikan mematahkan cinta suci anak manusia. Zainuddin pun memutuskan untuk berjuang, pergi dari ranah minang dan merantau ke tanah Jawa demi bangkit melawan keterpurukan cintanya. Zainudin bekerja keras membuka lembaran baru hidupnya. Sampai akhirnya ia menjadi penulis terkenal dengan karya-karya mashyur dan diterima masyarakat seluruh Nusantara.

Tetapi sebuah kenyataan kembali datang kepada diri seorang Zainuddin, di tengah gelimang harta dan kemashyurannya. Dalam sebuah pertunjukan opera, Zainuddin kembali bertemu Hayati, kali ini bersama Aziz, suaminya. Perkawinan harta dan kecantikan bertemu dengan cinta suci yang tak lekang waktu. Pada akhirnya kisah cinta Zainuddin dan Hayati menemui ujian terberatnya, dalam sebuah tragedi pelayaran kapal Van Der Wijck.

Produser : Ram Soraya, Sunil Soraya
Produksi : PT. Soraya Intercine Films
Sutradara : Sunil Soraya
Cast : Herjunot Ali, Pevita Pearce, Reza Rahadian, Arzeti Bilbina, Kevin Andrean, Jajang C Noer, Randy Nidji, Gesya Shandy

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 04:07 PM | Show all posts
sesiapa ada link? puas cari takder huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.077100 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list