CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5804|Reply: 43

Edisi mengintai dari tirai kamar: Ezad Lazim Cemas Kebocoran Air Ketuban Isteri

[Copy link]
Post time 26-10-2013 03:28 AM | Show all posts |Read mode

Ezad setia menemani isterinya yang ditahan di Hospital Ampang.


PETALING JAYA: Penyanyi Ezad Lazim cemas apabila isterinya Nor Azeana Ramli mengalami kebocoran air ketuban selain disahkan terdapat perbezaan jenis darah antara ibu dan bayi dalam kandungan yang baharu sahaja mencecah tujuh bulan.

Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 34, berkata, pada mulanya dia bingung apabila dijelaskan doktor mengenai keadaan isterinya kerana ia merupakan kali pertama bakal menimang cahaya mata.

"Saya dan isteri tiada pengalaman dalam hal sebegini kerana belum pernah menyambut ahli baharu dalam keluarga dan ingatkan keadaannya tidak serius tetapi apabila dijelaskan oleh doktor barulah saya menyedari ia serius.

"Nasib baik kami cepat merujuk masalah tersebut ke hospital dan isteri saya masih ditahan di Hospital Ampang untuk pemerhatian lanjut. Anak dalam kandungan pun selamat," katanya kepada mStar Online.

Faktor jenis darah (Rh) yang berbeza antara ibu dan anak dalam kandungan kebiasaannya tidak terjadi untuk kehamilan yang pertama namun apabila keadaan itu berlaku, ia boleh mendatangkan komplikasi kepada bayi seperti masalah kekurangan darah (anemia) yang teruk.

Hampir 90 peratus perempuan Asia memiliki Rh positif, manakala hanya dua peratus perempuan Melayu dikesan memiliki Rh negatif.

Dalam perkembangan sama, Ezad berkata, isterinya menyedari air ketubannya pecah pada Selasa lalu dan telah pergi ke klinik untuk melakukan pemeriksaan.

Jelas Ezad, doktor di klinik berkenaan telah merujuk kes ke Hospital Ampang kerana bimbang kandungan isterinya mengalami masalah walaupun belum masa untuk bersalin.

"Pada mulanya saya dan isteri tidak terlalu bimbang kerana ingatkan ia perkara biasa bagi wanita mengandung namun apabila dirujuk ke hospital barulah kami mengetahui keadaan itu boleh membahayakan," katanya.

Sementara itu, Ezad berkata, isterinya kini berada dalam keadaan stabil dan doktor telah memberi suntikan untuk mengelakkan kelahiran pra-matang memandangkan usia kandungan wanita berkenaan baharu sahaja mencecah tujuh bulan.

Nor Azeana dijangka bersalin anak pertama mereka pada Disember depan.

Ezad dan Nor Azeana iaitu wanita yang dipilih oleh ibunya telah bernikah pada 30 Mac lalu.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2013 03:36 AM | Show all posts
Rh negatif? Mmg rare ni....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2013 03:40 AM | Show all posts
mrsbob posted on 26-10-2013 03:36 AM
Rh negatif? Mmg rare ni....

tau tak pe. jenis darah apa tu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 03:58 AM | Show all posts
Nak terang xpandai... Rh tu rhesus factor, yg tentukan darah kita positif atau negatif tu.... Contoh kalo cek darah kat hospital lab result akan state A+ atau A- . Kalo asian mmg sgt rare lah, omputeh slalu lah gak...

Kalo salah ampun, aku dah lama tutup buku. Tetiba jd cikgu bio xbertauliah pepagi buta...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2013 04:00 AM | Show all posts
mrsbob posted on 26-10-2013 03:58 AM
Nak terang xpandai... Rh tu rhesus factor, yg tentukan darah kita positif atau negatif tu.... Contoh ...

iols lagi lah. harem nak ingat subjek bio ni. da lama tinggalkan alam persekolahan
sambung pulak course takde kena-mengena bio, lagi lah tak tau apa2.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 04:08 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 26-10-2013 04:00 AM
iols lagi lah. harem nak ingat subjek bio ni. da lama tinggalkan alam persekolahan
sambung pulak  ...

Hahaha..!!! Takpe lah tu dimaafkan. Aku yg amik bio pastu kerja kkm pon dah ingat2 lupa....

Pasni bini ezad kena buat stok darah simpan, bersedia di kemudian hari....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2013 04:10 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 26-10-2013 04:00 AM
iols lagi lah. harem nak ingat subjek bio ni. da lama tinggalkan alam persekolahan
sambung pulak  ...

Hahaha..!!! Takpe lah tu dimaafkan. Aku yg amik bio pastu kerja kkm pon dah ingat2 lupa....

Pasni bini ezad kena buat stok darah simpan, bersedia di kemudian hari....
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 04:14 AM | Show all posts
Sorry double posting, ipad ku mengong pepagi buta suruh tuannya tdo... Huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2013 05:10 AM | Show all posts
hrp2 sume slmt
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 05:33 AM | Show all posts
Rh factor ni bukan la beza jenis darah macam A B AB O tu. Ni rhesus factor.
Kalau mak die negative ngan anak rhesus positive masa kandungan pertama,
Body mak die akan wujudkan imunasasi untuk tolak yang kedua, ketiga nanti kalau rhesus diorang positive gak

rujuk sini
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 07:37 AM | Show all posts
slyfynx posted on 26-10-2013 05:33 AM
Rh factor ni bukan la beza jenis darah macam A B AB O tu. Ni rhesus factor.
Kalau mak die negative  ...

pasal talasemia tu cmne plak ek??

pe aku faham, kalau kawin talasemia ni anak akan jd ketot, terbantut, tinggi 160cm je? betul ke??
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 07:57 AM | Show all posts
slyfynx posted on 26-10-2013 05:33 AM
Rh factor ni bukan la beza jenis darah macam A B AB O tu. Ni rhesus factor.
Kalau mak die negative  ...

Itu yg aku kata tentukan blood type tu +ve atau -ve tu.  Biasa org asian ni mmg positive. Apart from body mak boleh reject anak mcm yg ko ckp tu, susah kalo eksiden, kalo darah xcukup. Takut hospital xsimpan darah jenis tu...

Aku rasa bukan 1st check up maternity dah tentukan Rh factor ke? Aku dah lupa... Lama xwat check up... Last edited by mrsbob on 26-10-2013 08:47 AM

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 08:09 AM | Show all posts
wah...semoga selamat..baru 7 bulan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 08:43 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 26-10-2013 07:37 AM
pasal talasemia tu cmne plak ek??

pe aku faham, kalau kawin talasemia ni anak akan jd keto ...

Thalassemia tu lain, tu inherited blood disorder... Xsama dgn Rh factor ni. Aku xtau sgt pasal thalassemia, sbb aku pun bukan dr.

*tinggi 160 cm? Aku bukan thalassemia carrier pon tggi aku 150 je.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 09:20 AM | Show all posts
aku still tak paham... xpelah....nt aku msk sini balik...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 09:51 AM | Show all posts
semoga baby ngan maknyer selamat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2013 09:52 AM | Show all posts
Macam kakak aku la... Kena ambil suntikan rogam
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
mrsbob posted on 26-10-2013 08:43 AM
Thalassemia tu lain, tu inherited blood disorder... Xsama dgn Rh factor ni. Aku xtau sgt pasal tha ...

Aku 153 pn family xde thalassemia. Haha


Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Duhhhh...wartawan skang mmg kategori stoooooopidddd..benda cenggini pon nak masuk paper. Seriously get ur work done!! Bukan tangkap muat plus bodoh camni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 11:32 AM | Show all posts
sekali imbas baca tajuk; Ezad lazim lemas kebocoran air ketumban ister
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.346931 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list