CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2087|Reply: 7

Soseh Soseh: Pelakon bikin orang bengang

[Copy link]
Post time 26-10-2013 07:42 PM | Show all posts |Read mode
[size=0.9em]Seingat SS, belum lama mana pun cerita buruk mengenai satu syarikat pengurusan dan artisnya kecoh diperkatakan. Tup tup timbul pula gosip baru membabitkan ‘subjek’ sama juga. Bukan sekali dua SS dengar rungutan teman penggiat industri mengenai artis dan syarikat pengurusan yang satu ini tapi macam tak pernah berubah tetap benda sama berulang kali diperkatakan orang.
[size=0.9em]Seorang rakan SS yang juga orang kuat industri datang mengadu yang berbunyi si pemilik syarikat pengurusan bakat itu dan pelakon lelaki di bawah pengurusannya buat hal lagi.

[size=0.9em]Isunya masih berlegar dalam lingkungan kes lebih kurang sama juga. Cuma artis saja bertukar, tapi kes tetap sama.

Ada sumber lain me-ngadu pada SS, ‘permainan’ syarikat pengurusan artis ini memang lain macam sikit. Bukan permainan yang disenangi ramai tapi me-ngundang kebencian orang keliling yang pernah bekerjasama dengan artisnya.
[size=0.9em]
Selain soal disiplin salah seorang artisnya, isu kadar bayaran dikenakan syarikat itu juga melampau-lampau. Pendek kata, harga mahu tinggi, tapi bakat yang diberikan menyedih-kan!
[size=0.9em]
Rasanya, sudah merata stesen TV dan penerbit yang tarik muka bila sebut nama artis di bawah syarikatnya. Bukan mereka tak berbakat atau popular. Malah tanyalah pada mana-mana orang tentu ramai yang suka te-ngok artis di bawah syarikat itu.

Sayangnya, kelebihan itu dirosakkan sikap pengurusan yang langsung tak bertimbang rasa dan melampau dalam urusan kontrak dan bayaran. Kata rakan SS, orang kuat sebuah stesen TV sudah panas hati dan bengang artis dan syarikat pengurusan itu.

Sebab sudah beberapa kali terkena dengan sikap sombong dan tegas tak bertempat pengurusan itu, stesen berkenaan sudah menolak artisnya untuk berlakon dalam produk stesen itu. Malah ada benda baru sampai ke telinga SS, salah seorang penerbit besar naik angin dengan aktor syarikat itu sebab minta bayaran melampau tapi komitmen rendah.

SS fikir, kalau beginilah sikap pengurusan dan artisnya pada orang industri memang payahlah mereka nak bertahan lama.

Sekali dua mungkin orang boleh telan namun kalau dah berkali-kali terkena lambat-laun orang akan serik. Populariti artis bawah syarikat itu pun bukan boleh jamin kekal untuk selama-lamanya. SS takut esok lusa gara-gara kes begini, nama baik artis itu terjejas dan dipinggirkan orang terus.


SS: Suka artis yang bertolak-ansur dan 'relax'.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2013 01:17 PM | Show all posts
SS macam biasa lah kan syio sendirik
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2013 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp syarikat apa tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2013 03:02 PM | Show all posts
MIG ke?
huhu
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2013 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Mig ler tu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2013 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
MIG ni forever artis mereka bersungut. Bertahun asik dgr benda yg sama tentang kontrak. Time to reshuffle lah tu. Artist byk yg takut bersuara.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2013 07:19 AM | Show all posts
sykt pengurusan hampeh?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2013 08:03 AM | Show all posts
mig sangatt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.057972 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list