CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1368|Reply: 1

Pembaharuan Shout! Awards

[Copy link]
Post time 26-10-2013 07:42 PM | Show all posts |Read mode
[size=0.9em]Anugerah Shout! Awards siri keempat anjuran 8TV kembali lagi dan bakal dilangsungkan di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 9 November depan.
[size=0.9em]Apa yang pasti, anuge-rah hiburan paling hip di Malaysia ini bakal berlangsung meriah dengan kehadiran Shane Filan, penyanyi kumpulan Westlife sebagai artis unda-ngan pada anugerah yang memberi pengiktirafan dan menghargai kreativiti penggiat seni.

[size=0.9em]Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan NTV7, Airin Zainul berkata, kali ini banyak pembaharuan dilakukan antaranya memperkenalkan akaun rasmi Shout! Awards menerusi laman sosial Keek dan Instagram ‘TheShoutAwards’.

“Ini adalah kali ke-empat Shout! Awards diadakan, sekali gus membuktikan bahawa anugerah ini sememangnya dinanti-nantikan ramai. Saya cukup berbang-ga dengan penyertaan yang diterima tahun ini, sekali gus membuktikan Malaysia memiliki ramai bakat-bakat baru yang bersaing secara sihat untuk membentuk evolusi baru industri hiburan Malaysia,” katanya.
[size=0.9em]
Bukan sekadar per-sembahan artis luar, turut membuat persembahan ialah Electronic Dance Music dari Imma Bleep You Up DJ’s, Daniel Veerapen, Vince Chong, Sharon Chong, dan Inversion Crew, Joe Flizzow, Reshmonu, Paperplane Pursuit, Najwa Latif & Froya, Salam Musik, Manifesto dan ramai lagi, manakala Razif Hashim dan Natalie Kniese diberi tanggungjawab sebagai pengacara.
[size=0.9em]
Seperti tahun sebelumnya, Shout! Awards juga akan membawakan sebuah program khas The Show Before The Shout! Awards yang akan ditayangkan pada 8 November depan jam 9.30 malam. Pelbagai paparan menarik akan dimuatkan di dalam program khas yang berlangsung selama satu jam.

The Show Before The Shout! Awards akan membawa penonton meninjau belakang tabir persiapan di sebalik majlis anugerah hebat ini dan membawa me-ngimbau kembali majlis yang pernah diadakan sebelum ini.

Selain itu, buat julung kali Shout! Awards memperkenalkan ‘WI-FI tix’ yang dibawakan Ninetology U9 dan Big Tree. Ia adalah satu konsep yang membolehkan orang ramai menempah tiket dan tempat duduk eksklusif bagi menonton anugerah hip ini menerusi ‘WI-FI light box’ di lokasi-lokasi terpilih sekitar Lembah Kelang.

Peminat yang berminat boleh melayari laman web www.shoutawards.com.my.

Sesi Shout! Awards 2013 Cafe Sessions turut diadakan bagi mendekatkan anugerah ini dengan peminat. Antara lokasinya ialah di Burps & Giggles, Ipoh bermula jam 8 hingga 10 malam ini dan The Mugshot Cafe, Pulau Pinang bermula jam 12 tengah hari hingga 2 petang dan China House Canteen & Bar, Pulau Pinang bermula jam 8 hingga 10 malam esok.


Dominasi Aizat Amdan

Penyanyi Aizat Amdan dilihat mendominasi senarai pencalonan apabila tercalon untuk empat kategori iaitu Anugerah Rockstar, Anugerah Popstar dan dua muzik video berbeza dalam Anugerah Video Muzik.

Ini diikuti oleh W.A.R.I.S dengan tiga pencalonan mana-kala Azlan & The Typewriter, Faizal Tahir, Hafiz dan Jaclyn Victior masing-masing dengan dua pencalonan.

“Pemilihan ini dinilai oleh panel juri profesional yang mewa-kili industri penyiaran muzik dan filem. Mereka akan memilih dan menyenarai pendek calon-calon sehingga menjadikannya kepada Top 6. Jadi keputusan ini seperti yang ditetapkan oleh mereka,” kata Airin.

Orang ramai yang mahu mengundi artis ke-gemaran masing-masing boleh berbuat demikian dengan melayari laman web www.shoutawards.com.my atau menerusi undian SMS dengan menaip SHOUT jarakkan diikuti kod undian dan -hantarkan kepada 33399.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2013 01:17 PM | Show all posts
vote for aizat....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.062650 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list