CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1876|Reply: 3

Soseh Soseh: Alyah wakili Malaysia ke ABU Festival 2013

[Copy link]
Post time 26-10-2013 07:44 PM | Show all posts |Read mode
[size=0.9em]Selepas menempa nama di Anugerah Planet Muzik 2012, penyanyi popular Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hasan, 32, melakar satu lagi sejarah dalam pencapaian karier seninya apabila terpilih untuk mewakili Malaysia sempena penganjuran acara berprestij, Asia Pacific Broadcast Union ABU Festival 2013 yang sedang berlangsung di Hanoi, Vietnam sehingga 27 Oktober ini.
[size=0.9em]Difahamkan, acara ini adalah acara tahunan dan kali ini, Hanoi terpilih sebagai negara tuan rumah.

[size=0.9em]SS dapat tahu berita baik ini menerusi laman sosial Face-book milik pengurusnya, Syuib Ismail yang turut merakamkan beberapa keping gambar ketika mereka menginap di hotel beraraf lima bintang iaitu Hotel Sheraton Imperial, Hanoi.

Selain Syuib, Alyah turut ditemani Penerbit RTM dan jurusolek artis Bobo Cinta.
[size=0.9em]
Menurut Syuib, Alyah akan membuat persembahan lagu popularnya, Kisah Hati pada malam terakhir iaitu hari ini (Sabtu) dan pulang ke tanah air pada esok.
[size=0.9em]
Selain sentuhan solekan Bobo Cinta, Alyah turut memperagakan busana rekaan pereka fesyen tempatan iaitu tajaan Khairi Sufi dan Azura Azwa.

SS juga tumpang bangga dengan pencapaian Alyah itu kerana bukan calang-calang artis yang terpilih untuk menyertai acara berprestij itu. Pada masa sama, seluruh warga kerja SS turut mendoakan semoga Alyah akan berjaya mengharumkan nama negara dengan penyertaan itu.


SS: Tak sabar menunggu Anugerah Skrin 2013 bulan depan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2013 01:17 PM | Show all posts
macam suram je benang @JanganLaharAku   
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2013 01:37 PM | Show all posts
tahniah.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2013 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
ABU-ASAL BUKAN UMNO  ker..

gurau sajo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.055649 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list