AMANDA IMANI
KUALA LUMPUR 24 Okt. - Penyanyi lagu Selamilah Cinta, Amanda Imani bakal menyertai barisan panel juri bagi program Crystal Star Music Festival yang bertujuan memperingati Raja Pop, Michael Jackson di Romania pada 31 Oktober ini. Penyanyi berusia 21 tahun itu berkata, dia amat teruja untuk menyertai program tersebut kerana selain menjadi juri, dia juga bakal membuat persembahan pada malam akhir konsert tersebut pada 3 November nanti. Selain Amanda, juri lain turut disertai oleh individu dari negara seperti Itali, Sweden, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Turki. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131024/hi_04/Amanda-Imani-juri-Crystal-Star-Music-Festival#ixzz2ipOqD9Fk
© Utusan Melayu (M) Bhd
|