CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2584|Reply: 1

Pengakuan kumpulan Tiga

[Copy link]
Post time 26-10-2013 07:55 PM | Show all posts |Read mode
Anggota Tiga, dari belakang (kiri) Zack, Maya, Alfie dan Arween (depan).

NAMANYA Tiga tetapi dianggotai oleh empat anak muda iaitu Arween, Alfie, Maya dan Zack. Kumpulan tersebut telah menjadikan platform sebuah program realiti anjuran sebuah akhbar tempatan sebagai langkah permulaan untuk mewarnai persada hiburan tanah air.
Keterujaan mereka memang tidak dapat digambarkan ketika ini kerana semuanya sudah bersedia untuk menggempurkan hiburan tanah air selain bersedia menempuh pelbagai dugaan dan cabaran untuk bergelar selebriti.
Gabungan keunikan dan keharmonian suara mereka memang boleh dipercayai bahawa kumpulan ini akan mampu bertahan lama dalam industri ini.
Ditubuhkan pada 1 Mac lalu, Tiga yang pada awalnya hanya dianggotai tiga orang ahli, mengetengahkan konsep vokal secara berharmoni, yang seakan serupa sebagaimana kumpulan Innuendo dan Ruffedge suatu ketika dahulu.
Namun, Ketua Kumpulan Tiga, Arween berkata, walaupun bilangan ahli mereka mirip kumpulan Fabulous Cat, namun perbezaan antara kedua kumpulan itu jelas dari segi konsep yang dibawa oleh kumpulan Tiga.
"Kami bukan The Fabulous Cat, kami adalah diri kami sendiri dan saya rasa sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk memperkenalkan diri kami dengan genre muzik pelbagai seperti world music, pop RNB dan pop rock selain pengalaman muzik yang kami ada.
"Semua kami datang dari pelbagai latar belakang muzik. Masuk pertandingan itu ini tetapi nasib dan rezeki bukan menyebelahi kami. Dan itu bukan alasan untuk kami terus mengalah, sebaliknya kami perlu mencari alternatif lain untuk membuktikan bakat yang ada. Lalu Tiga menjadi manifestasi kepada apa yang kami mahu perjuangkan," katanya.
Ketika ini, Tiga baru sahaja melancarkan single terbaharu mereka berjudul Pengakuan yang dianggap menjadi pilihan yang sesuai dengan konsep vokal berharmoni selain mampu mempunyai daya penarik jika dimainkan di dalam radio.
Menariknya, lagu tersebut adalah ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi, Alyah dan Arween yakin lagu itu akan menambat hati ramai pendengar kerana lagu tersebut mempunyai cerita di sebaliknya yang sudah terperap lama sejak 2008 itu.
"Salah seorang anggota kumpulan kami iaitu Alfie kenal rapat dengan Alyah dan itu adalah permulaan yang mencetuskan kerjasama sulung ini.
"Malah kami juga cukup bangga dan senang dapat bekerjasama dengan Alyah menerusi lagu berkenaan. Moga apa yang kami rencanakan akan berjalan lancar. Insya-Allah," katanya.
Bukan menumpang
Walaupun single kumpulan Tiga itu sebenarnya lagu milik Alyah dan mereka dikatakan cuba menumpang populariti Alyah, perkara itu dinafikan oleh Arween kerana penilaian telah dibuat terlebih dahulu.
"Penilaian dibuat dulu sebelum memilih lagu yang tepat untuk diketengahkan dan kebetulan lagu Alyah paling bersesuaian.
"Dalam banyak-banyak lagu yang dikumpul, lagu Alyah inilah yang paling menarik untuk kami ketengahkan. Kami suka dengan lagu ini dan kami tak mahu jadikan alasan sebab Alyah ada, kami tak boleh menyanyikannya," ujar Arween.
Sementara itu, Alyah pula berkata, lagu Pengakuan sebenarnya hendak dijadikan sebagai taruhan sulungnya dalam penciptaan lagu.
Kata Alyah, lagu itu diilhamkannya sendiri sekitar 2005 ketika masih bergelut membuktikan hayat seninya.
"Alfie sebenarnya memang sudah lama saya kenal. Kami pernah merancang untuk mewujudkan sebuah kumpulan untuk pertandingan realiti, Gangstarz.
"Tetapi hendak dijadikan cerita hasrat kami itu tersekat apabila hanya saya sahaja yang mara untuk uji bakat.
"Selepas itu, saya cuba berjinak-jinak mencipta lagu dengan menghasilkan melodi. Lagu Pengakuan yang mempunyai adunan pop dan rap pada asalnya dibuat atas dasar mencuba dan tak sangka pula karya itu yang diidamkan kumpulan Tiga. Pada saat itu, saya rasa lagu berkenaan masih belum memenuhi piawaian.
"Tidak sangka selepas lapan tahun membuat lagu itu dan mendengar susunan baru yang dihasilkan kumpulan Tiga, bunyinya sangat menarik," kata penyanyi lagu Tak Mungkin Kerana Sayang itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131023/hi_02/Pengakuan-Tiga#ixzz2ipQ0gZH1
© Utusan Melayu (M) Bhd

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2013 01:20 PM | Show all posts
semoga berjaya lahhhhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.053186 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list