CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eddlisa_uyuk

MENJINAK OMBAK [NUR RISTEENA, FEZRUL KHAN,SHUKRI YAHYA]

[Copy link]
Post time 1-11-2013 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut la citer nih bulan disember.beri laluan utk ASK2013...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2013 10:16 AM | Show all posts
nah sinopsis...btw citer ni citer kisah cinta tragedi bukan citer kealkor yer..hehe..

cdt:edtv
(Zehra TV3) Sinopsis drama Menjinak Ombak

Hai, drama Menjinak Ombak akan mula bersiaran pada 6/12/13 dalam slot Zehra TV3. Jom kita lihat sinopsisnya..



Nur Risteena dan Fezrul Khan



Sinopsis:


Mengisahkan kisah cinta penuh tragedi berdasarkan cinta tiga segi di antara 3 jejaka yang merebut cinta seorang gadis sunti iaitu anak kepada seorang Imam yang begitu patuh pada pegangan agamanya. Malah, setiap jejaka itu menyimpan rahsia yang penuh misteri. Oleh kerana sikap yang terlalu taksub dan tamak, ada di antara jejaka itu sanggup hidup dengan bertopengkan agama serta membuat hukuman sendiri dengan melakukan pembunuhan demi menutup pekong di dada!

Syakinah merupakan seorang gadis cantik dan anak kepada Imam Ismail dan ibu Halimah ini mempunyai sikap yang taat kepada agama dan menjadi rebutan dua orang jejaka di kampung tersebut, Tengku Firhad dan Arsyaf. Tengku Farhad merupakan anak angkat kepada keluarga Syakinah yang mendalami ajaran agama dengan bergurukan kepada Imam Ismail manakala Arsyaf pula seorang anak yatim yang tinggal bersama ibunya, Ainah yang banyak dibantu oleh keluarga Imam Ismail. Arsyaf begitu rapat dan mesra dengan Syakinah kerana Syakinah menganggap Arsyaf sebagai abangnya sendiri.

Tengku Fatah tidak senang melihat kemesraan Syakinah dengan Asyraf. Dia mahu memiliki gadis berusia 19 tahun itu. Tengku Fatah menyatakan hasratnya kepada ayah Syakinah, Imam Ismail untuk menyunting gadis itu dan direstui oleh Imam Ismail. Tengku Fatah pulang ke rumah keluarganya dan meminta ibu dan bapanya meminang Syakinah membuatkan ibu dan bapanya agak terperanjat kerana Tengku Fatah sudah lebih setahun tidak pulang ke rumah dan apabila pulang sahaja, dia meminta untuk menghantar rombongan meminang. Syakinah menerima sahaja pinangan Tengku Fatah tanpa bantahan. Baginya ustaz muda itu seorang yang baik, beriman dan juga kacak. Lagipun bapanya sendiri begitu percaya dan sayang kepada Tengku Fatah.

Sementara itu, Asyraf sebenarnya dalam diam mencintai Syakinah. Asyraf meluahkan perasaan cinta dan kecewanya kepada ibunya, Ainah. Ibu Asyraf mahu Asyraf sedar diri yang Imam Ismail banyak berjasa kepada keluarga mereka. Namun kasih sayang ibu terhadap seorang anak membuatkan Ainah cuba juga untuk merisik Syakinah dari ibu Syakinah, Halimah. Namun apabila melihat kegembiraan dan kepercayaan Halimah terhadap Tengku Fatah membuatkan Ainah membatalkan hasratnya untuk memberitahu Halimah tentang perasaan Asyraf terhadap Syakinah.

Tengku Fatah merasa cemburu melihat kemesraan Asyraf dan Syakinah lalu mengingatkan Syakinah tentang batas-batas hubungan lelaki dan perempuan apatah lagi bila sudah menjadi tunangan orang. Syakinah tidak bersetuju kerana dia telah lama rapat dengan Asyraf yang dianggapnya sebagai abang malah dia mengenali Asyraf jauh lebih lama dari mengenali Tengku Fatah. Tengku Fatah tidak puas hati dan mengadu kepada Imam Ismail. Imam Ismail menasihati Syakinah supaya menjaga adab. Syakinah berasa tertekan dengan sikap Tengku Fatah yang sering mengongkong dirinya.

Tengku Fatah tidak berpuas hati lalu berjumpa Asyraf dan mengugut secara kasar agar Asyraf jangan menggangu tunangannya. Asyraf rasa terhina lalu ingin menceritakan segalanya kepada Syakinah. Lalu, Asyraf segeran menghantar SMS untuk berjumpa Syakinah tetapi malangnya semasa menunggu Asyraf, Syakinah telah diculik!!

Kehilangan Syakinah telah heboh dan menjadi topik utama di kampung itu. Ibu Syakinah, Halimah begitu tertekan dan amat bimbang. Kehilangan Syakinah mengimbau kembali tragedi yang menimpa pelajar tingkatan 3, Hanani dimana lebih setahun yang lalu ditemui mati dibunuh di kampungnya setelah 7 hari hilang sebaik pulang dari sekolah. Imam Ismail sangat bersabar dan hanya berdoa kepada ALLAH agar anaknya Syakinah dilindungi dan selamat dari bencana.

Syakinah terjaga dari pengsan dan menyedari yang dirinya berada disebuah pulau dan diculik oleh seorang lelaki bernama Firhad. Sepanjang sebulan diculik Firhad, Syakinah akhirnya dapat mengetahui motif sebenar kenapa dirinya diculik dan mengenali siapa diri Firhad sebenarnya. Dari situ berputiknya bibit-bibit cinta antara Syakinah dan Firhad. Disini juga terbongkar cerita siapa sebenarnya Tengku Fatah.

Tengku Fatah dalam kebingungan dengan kehilangan Syakinah telah menuduh Asyraf terlibat dengan kehilangan Syakinah lalu membuat lapuran polis lalu Asyraf telah ditahan reman oleh pihak polis. Suatu hari muncul Khatijah di surau dimana tempat Tengku Firhad selalu berada. Khatijah mengenali dan mengetahui latar belakang Tengku Firhad lalu ke rumah Iman Ismail untuk menyiasatnya. Tengku Firhad merasa tergugat dan takut akan rahsianya bocor lalu melanggar dan memukul Khatijah hingga pengsan.

Syakinah dipulangkan kembali oleh Firhad kepada keluarganya lalu Tengku Fatah membuat keputusan untuk menyegerakan pernikahan mereka berdua. Syakinah yang telah mengetahui siapa Tengku Fatah sebenarnya tidak menyukainya lalu menceritakan segala rahsia Tengku Fatah kepada Asyraf. Dalam masa yang sama Imam Ismail telah diserang sakit jantung. Tengku Fatah mendapat tahu segala rahsianya telah terbongkar lalu merancang untuk membunuh Arysaf dan Syakinah. Syakinah berjanji untuk bertemu Tengku Fatah ditempat yang agak terpencil lalu menikam Syakinah tetapi muncul Firhad maka berlakulah pergelutan.

Siapakah Tengku Fatah yang sebenarnya? Apa kaitannya dengan kes pembunuhan Hanani dan Firhad? Berjayakah Tengku Fatah membunuh Asyraf? Berjayakah Firhad menyelamatkan Syakinah yang telah ditikam oleh Tengku Fatah? Bagaimana berakhirnya percintaan Firhad terhadap Syakinah? (Sumber: Kepalabergetar)


Saksikan drama cinta yang penuh tragedi, Menjinak Ombak di slot Zehra TV3. Udada Ubabye!!








p/s:momod @eddlisa_uyuk tacang pls..




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 10:21 AM | Show all posts
mrsrezza posted on 3-12-2013 10:16 AM
nah sinopsis...btw citer ni citer kisah cinta tragedi bukan citer kealkor yer..hehe..

cdt:edtv
...

mcm best je!

hadypelikat jadi apa?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 11:02 AM | Show all posts
promo


Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 11:06 AM | Show all posts
amemiya posted on 3-12-2013 10:21 AM
mcm best je!

hadypelikat jadi apa?

hdypelikat as asyraf

fezrul as fatah

shuk as firhad..

tp rasanya ending syakinah ni dpt kat firhad kot..

tgk promo, cam ok lak si ristina ni berlakon..awat dlm PISA hazab sgt?..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 11:14 AM | Show all posts
mrsrezza posted on 3-12-2013 11:06 AM
hdypelikat as asyraf

fezrul as fatah

jyeahhh...akhirnya hadypelikat jadi baik..

kann...dlm PISA hazab sgt...maybe bergantung pd director/jln cite kot..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2013 11:30 AM | Show all posts
amemiya posted on 3-12-2013 11:14 AM
jyeahhh...akhirnya hadypelikat jadi baik..

kann...dlm PISA hazab sgt...maybe bergantung pd di ...

ni bukan kali pertama hadypelikat jd baik ler...

eh tgk x kat astro...bila hati perempuan menjerit?..
best wo hady pelikat dlm citer tu...dia jd adik angkat amarserap..
dlm citer tu amarserap jd jahat...hadypelikat yg baik...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 11:34 AM | Show all posts
mrsrezza posted on 3-12-2013 11:30 AM
ni bukan kali pertama hadypelikat jd baik ler...

eh tgk x kat astro...bila hati perempuan men ...

aku tahu..tp slalu cite aku tgk dia jadi jahat je..

bila hati perempuan menjerit tu yg zulripin berlakon ke?
perasan ada amar serap..tp tk perasan ada hadypelikat...ciss menyesal tk tgk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2013 11:44 AM | Show all posts
amemiya posted on 3-12-2013 11:34 AM
aku tahu..tp slalu cite aku tgk dia jadi jahat je..

bila hati perempuan menjerit tu yg zulrip ...

zulripin tu bapak kan...dh mati kn dlm citer tu..

amar n hady muncul versi anak2 dia dh dewasa...
aritu aku balik dpt ler tgk 2 epi...cari kat online x de lak citer tu..


Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 12:12 PM | Show all posts
mrsrezza posted on 3-12-2013 11:44 AM
zulripin tu bapak kan...dh mati kn dlm citer tu..

amar n hady muncul versi anak2 dia dh dewasa. ...

aku tgk time bapak dia je..pastu perasan amar serap...dia kapel ngan scha kan?

ssh le nk carik online klu cite astro..

mcm ter OT je ni..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 12:27 PM | Show all posts
amemiya posted on 3-12-2013 12:12 PM
aku tgk time bapak dia je..pastu perasan amar serap...dia kapel ngan scha kan?

ssh le nk carik ...

aah scah ngn amar serap tp scha ni exgf kamal adli...

haha kira bertukar tgn ler amar n kamal...

best citer tu tp susah nk cari...


mmg ot dah ni...ampun tt aka momod lisa..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 12:30 PM | Show all posts
mrsrezza posted on 3-12-2013 12:27 PM
aah scah ngn amar serap tp scha ni exgf kamal adli...

haha kira bertukar tgn ler amar n kamal.. ...

ohhh kamal pon ada...tu pon aku tk perasan..perasan amar serap ja..


nah utk tk OT..




Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 12:45 PM | Show all posts
amemiya posted on 3-12-2013 12:30 PM
ohhh kamal pon ada...tu pon aku tk perasan..perasan amar serap ja..

ramai pelakon best2 dlm citer tu..
tp aku ske ler tengok kimia scha n amar..
start dr citer sweet lola lg..


nah tuk elak ot..disebabkan citer ni lah tgn shuk berlubang..
rasanya menda jadi masa scene firhad nk selamatkn syakinah dr jd mangsa bunuhan fatah..




Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 12:48 PM | Show all posts
mrsrezza posted on 3-12-2013 12:45 PM
ramai pelakon best2 dlm citer tu..
tp aku ske ler tengok kimia scha n amar..
start dr citer swee ...

giler la berlubang terus...


tp apsal rambut shuk rosales cam tu?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 12:50 PM | Show all posts
rasa macam suka kalu syakinah ngn asyraf...tp lg suka kalau syakinah ngn firhad!..amboi citer x start dh moyan sakan...

nak calling peminat2 shuk masuk moyan tred ni..@aryza @AlienGurlz @nur_pearl

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 01:09 PM | Show all posts
amemiya posted on 3-12-2013 12:48 PM
giler la berlubang terus...

khen..sian shuk...seb baik x mati..


tu tegakkan...ni mcm kelapa nan sebatang...
haha ni sebab dia bosan kat spital..so bff dia n awek dia duk kerjakan dia..




ni versi hensem...



ni versi shuk rosales vs echo rosales




p/s: shuk selalu dpt watak hero yg kalah dulu menang kemudia...hero tamil sgt!>...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2013 02:21 PM | Show all posts
mrsrezza posted on 3-12-2013 12:50 PM
rasa macam suka kalu syakinah ngn asyraf...tp lg suka kalau syakinah ngn firhad!..amboi citer x star ...

tq laling @mrsrezza  ... tgk page 1st dok bayang shuk mana la plak jadi firhad.. rupa nya si habib jewel... wajib meroyan nih...

(kekeke boleh plak tersilap tag @cess  penangan dok meroyan kat Min HO,) Last edited by nur_pearl on 3-12-2013 03:15 PM

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 02:22 PM | Show all posts
amemiya posted on 3-12-2013 11:14 AM
jyeahhh...akhirnya hadypelikat jadi baik..

kann...dlm PISA hazab sgt...maybe bergantung pd di ...

sokong dalam PISA sangat hazab.. tp dalam telemovie cinta monyet ngn abam Fahrin Ahmad ok ja.. mcm suka ja tgk dia berlakon..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 02:29 PM | Show all posts
sy dtg lapor diri wahai @mrsrezza !

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 03:07 PM | Show all posts
mrsrezza posted on 3-12-2013 01:09 PM
khen..sian shuk...seb baik x mati..

wakakaka cute shuk rosales rambut cenggini..


yup..hero tamil sgtttt...mcm dlm asmara luna n mawar putih tu..last minit baru dpt kekdahnye..haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.462837 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list