CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4522|Reply: 7

Sejarah Awal Kewujudan Garpu

[Copy link]
Post time 28-10-2013 11:52 AM | Show all posts |Read mode
Garpu atau dalam bahasa English nya, FORK, pertama kali dipakai pada zaman pertengahan. Bangsawan Itali mula memperkenalkan penggunaan garpu pada abad ke 11, diikuti dengan penggunaan garpu di Sepanyol pada abad ke 16, dan kemudian di Perancis sekitar abad ke 14. Manakala di benua Amerika pula, penggunaan garpu diperkenalkan pada tahun 1611 oleh Thomas Coryat melalui bukunya “Coryat’s Curdities Hastily gobbled up in Five Months Travels in France, Savoy, Italy, &c.”.
Namun begitu, syor Thomas Coryat mengenai penggunaan garpu untuk memakan makanan sebagai menggantikan sudu tidak diterima baik oleh masyarakat sekelilingnya berikutan imej garpu tersebut yang menyerupai peralatan yang digunakan oleh syaitan untuk menyeksa manusia di alam neraka. Malah, Thomas telah diejek dengan nama Furcifer yang bermaksud, pemegang garpu.


Di beberapa wilayah di Thailand, penggunaan garpu masih dianggap sebagai kurang sopan dan kurang ajar. Garpu juga sempat dihubungkan dengan dunia syaitan apabila seorang puteri dari Yunani telah meninggal dunia setelah memperkenalkan penggunaan garpu kepada tetamu di majlis perkahwinannya dengan seorang ketua hakim pada pemerintahan Venice, iaitu Domenico Selvo. Mereka yang hadir ketika itu menyifatkan peristiwa itu sebagai hukuman daripada Tuhan.
Walaupun etika penggunaan garpu telah diterima secara meluas pada ketika ini, namun masih terdapat sesetengah pihak yang lebih gemar memakan menggunakan tangan.




Sumber: http://www.esempoi.com/merepek/sejarah-awal-kewujudan-garpu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2013 10:22 AM | Show all posts
klau mkn mee or bihun mmg mkn gne garpu la, klau laen, gne tgn lgi selesa.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2013 07:04 PM | Show all posts
Garfu la....
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2013 09:00 AM | Show all posts
what about chopstick then?should be interesting....
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutla banyak garpu yg direka dgn empat jejari...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 04:36 PM | Show all posts
ooo ok.. if mkn spegetty mmg kne gune fork klu x mmg x naik la spegetty tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2013 05:03 PM | Show all posts
oohhh. kat belah mana thailand tu. kot2 la terpegi termakan pakai garpu ssh jgk tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2013 10:59 AM | Show all posts
Mak sagi pernah citer satu kisah berkenaan org kampung dia dulu2.

Org dulu2 ni jarang nak pergi pekan/Bandar. antara sebabnyer masalah jarak dan pengangkutan.  Org dulu2  x ramai yg ader moto kan.  selallunyer diorang naik basikal yang mengambil masa hampir sejam baru sampai ke pekan berkenaan.
Alkisahnyer adelah pakcik A ni baru balik dari pekan.  Pak cik A ni berceritalah keseronokannya sepanjang dia pergi ke pekan berkenaan kepada Pak cik B.  

Pak Cik A: Aku makan mee goreng kat pekan tadi.  makan kat kedai mamak.
Pak Cik B: ye ke, Sedap ke mee goreng tu..
Pak Cik A: Sedap sangat mee goreng makan dengan garpu...
Pak Cik B: oo Makan dengan garpu yer...

Kebetulan pula setelah beberapa hari Pak Cik B pun ke pekan kerana teringin nak makan Mee goreng.
Sampai lah dia kat kedai mamak berkenaan.

Pak Cik B: Mamak! Nak mee goreng bagi garpu lebih.
Mamak: Hokey.

Selepas 10 minit mee pun siap.  mamak pun menghantar mee ke meja pak cik B.

Pak Cik B: Mamak! mana garpu. kalau x de garpu x sedap
Mamak: Itu.. garpu atas meja (mamak menunding jari kearah satu bekas yg penuh dengan sudu dan garfu)
Pak Cik B: Sudu banyak2 buat aper satu cukuplah.. saya nak garfu... kawan saya cakap makan mee dengan garpu baru sedap.

Mamak dengan muka bengang pun pergi ke meja pak cik B.

Mamak: Helo kawan. Kalau makan mee kena guna satu sudu dan garpu (sambil tangan menunjukkan sudu dan garpu ke muka beliau). Awak datang satu orang..mana ada orang makan mee dengan garfu banyak2.

Pelanggan2 kat kedai mamak tu semua pandang pak cik B sambil mentertawakan beliau.

Pakcik B terus diam dan malu sambil memakan  mee goreng tersebut dengan sudu dan garfu.
Barulah pakcik B tau makna garpu yg sebenarnyer.. sebab dia ingat kan garfu tu perencah masakan macam seafood/ayam/daging.

hahaha kelakar x.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.067878 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list