CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5205|Reply: 95

[Tempatan] Rakyat Malaysia ambil lebihan 500-700 kalori sehari - Menteri Kesihatan

[Copy link]
Post time 28-10-2013 04:58 PM | Show all posts |Read mode
Mutakhir
Rakyat Malaysia ambil lebihan 500-700 kalori sehari - Menteri Kesihatan
2013/10/28 -  16:29:39 PM

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas mengambil lebihan 500 hingga 700 kalori (kcal) sehari, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Dr Subramaniam berkata berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan Orang Dewasa 2003, purata rakyat Malaysia dewasa mengambil 2,500 kcal sehari, berbanding 1,500 kcal disarankan bagi wanita dan 2,000 kcal bagi lelaki.      


Katanya jumlah kalori berlebihan pastinya membawa pelbagai masalah dan penyakit kronik, lebih-lebih lagi rakyat Malaysia kurang mengamalkan aktiviti senaman rutin.      
      
"Pengambilan lebihan 500 kcal sehari bagi seseorang individu akan menyebabkan peningkatan berat badan sebanyak setengah hingga satu kilogram (kg) dalam masa seminggu atau dua hingga empat kg dalam masa sebulan.

"Untuk membakar 500 kcal, seorang lelaki dewasa perlu berbasikal selama 50 minit atau 68 minit bagi wanita dewasa," katanya dalam sidang media mengenai buku panduan 'Makan Secara Sihat Semasa Perayaan Deepavali' di sini hari ini.

Perangkaan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2005-2007 mendedahkan purata rakyat Malaysia mengambil 2,910 kcal sehari.

Ia agak tinggi berbanding negara Asean lain seperti Indonesia 2,540 kcal, Thailand (2,530), Filipina (2,520), Myanmar (2,440) dan Kemboja (2,250).      
Mengulas lanjut, Dr Subramaniam berkata adalah lebih mudah untuk mengurangkan pengambilan makanan daripada membakar kalori setelah memakannya.


Katanya sebagai panduan kepada orang ramai agar mengambil makanan secara berhemah terutama pada musim perayaan, kementerian itu mengeluarkan buku panduan khas.

"Buku panduan ini meningkatkan kesedaran rakyat untuk mengamalkan pemakanan sihat, khususnya semasa sambutan Hari Deepavali kerana kebanyakan makanan yang dihidangkan adalah berkalori tinggi," katanya.

Buku itu boleh dimuat turun melalui laman sesawang www.moh.gov.my atau http://nutrion.moh.gov.my. - BERNAMA                                


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2013 04:59 PM | Show all posts
nampaknya mmg org malaysia suka makan. sampai tgh mlm. bukti malaysia ni makmur
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2013 05:03 PM | Show all posts
rakyat je ke?
menteri semua?
bini menteri?
kak rosemah?
ate xmakan ke mereka?? punya la besar rosemah tu.. mau 500 kalori sejam tuh


Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2013 05:06 PM | Show all posts
diabetis meningkat... harga gula naik


kalori meningkat... harga mknn naik????


abes la abes la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2013 05:07 PM | Show all posts
rakyat kena la ubah cara hidup. demi utk kesihatan. makan banyak x pa kalau eksesais. ni dok dlm ekon. paling2 eksesais pun main candy crush
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2013 05:14 PM | Show all posts
ok...naikkan harga gandum dan beras
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2013 05:15 PM | Show all posts
Mmg benar laa pemerintah umno bn sekarqng dah semak7n gila dan kejam... ko dah perah barang keperluan rakyat, sekarang nak sembang pasal penyakit, kalori, kencing manis bagai... apa hak ko nak menyekat makanan rakyat... sepatut kalu ko sebwgai pemerintah yg baik dan amanah, ko patut galakkan rakyat berbelanja supaya tukaran wang tuh sentiasa bergerak.... cxxxi laa..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2013 05:20 PM | Show all posts
ok kalo begitu naikkan la harga beras, tepong, ayam, ikan, minyak masak etc etc supaya rakyat jelata boleh mengambil iktibar dan menurunkan kadar kalori harian.

Hidop BN..tak sesia menang PRU hari tu..pemimpinnya semua bijak2 belaka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2013 05:20 PM | Show all posts
Masuk office awal pagi, breakfast then continue keje & mkn sampai mlm, then balik tido.
Weekend mengadap forum & makan....so mmg takde gaya hidup yg sihat
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2013 05:20 PM | Show all posts
Naikkan harga minyak masak pulak
harga mekdi fast food dll
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2013 05:20 PM | Show all posts
@slippergombak        kerajae ni prihatin je. x nak rakyat sakit. nak rakyat panjang umur. bersyukur la
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2013 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
ok... cmni gomen kna wat lane utk galakkan org berbasikal ke tmpat kje.. pstu bg diskaun bli beskal yg canggih skit... jimat myk, bdn pun sihat..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2013 05:23 PM | Show all posts
oleh itu, sempena nak kuruskan rakyat mesia, naikkan rega petrol sampai rm10 seliter....

harga kereta amik tax kaw2 nyer...sampai 1000 persen kalo blh...supaya rakyat mesia berbasikal jer pegi keje...

sampai nak naik pengangkutan awam pun dah tak mampu nak bayar tiket....sebab atas kenaikan harga petrol...

bila rega petrol naik, maka semua2nya naik...so tak perlu makan...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2013 05:24 PM | Show all posts
aku knal sorg pendtg asing dr negara tooooottt yg bukak kedai makan kt malaysia ni. aku tnyle ngape taknak bukak kt negara sendiri? die ckp kt negara die org mane ade duit nk makan kt luar ni. kt malaysia yelah makan luar tu perkara biasa. kt negara die makan kt luar tu dah kire mewah dah. so fikir-fikirkan la.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2013 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
naikkan lg hrga petrol... dgn alasan utk menggalakkan rakyat jln kaki ke mana2...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2013 05:27 PM | Show all posts
kepimpinan melalui tauladan....

kakmah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2013 05:28 PM | Show all posts
mana tak obes..makan goreng2 tu tak bole hari2..sekali sekala goreng pisang mi goreng segala tu ok la..ni dah la duduk mengadap komputer/laptop manjang..makin kembang montot aku tengok, muda2 lagi dah macam tong  drum..eksesais tknak, kurang2 pun buatla keje umah tiap hari 35 minit, naik tangga instead of guna lif..

bagi aku bila berat badan naik..aku jadi malas berat dan slow...


Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2013 05:28 PM | Show all posts
apa lagi,sila naikkan harga makanan untuk kurangkan pengambilan kalori
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2013 05:29 PM | Show all posts
@clarizsa        mana ada org nak berbasikal. berpeluh kata deme
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2013 05:29 PM | Show all posts
kalau kat negara maju esp British, rakyat dorang mmg pentingkan bab pemakanan dan kesihatan.. dorang sanggup membeli makanan kesihatan dan organik di samping exercise untuk mengawal dan mencegah penyakit2 mcm DBM, CVD, HPT dan Cancer. Kat Malaysia asal cerita pasal penyakit macam2 alasan nak bagi..

jagalah kesihatan masing2 selagi boleh.. pemakanan merupakan faktor utama, MoH buat mcm2 program dan promosi spy rakyat malaysia amalkan gaya hidup sihat, nak ikut atau tak nak je.

p.s. Kenapa sumber rujukan masih tahun 2003? FAO pun 2005-2007?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.052665 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list