CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1643|Reply: 2

Adun Lenggeng dakwa wujud politik wang dalam pemilihan Umno

[Copy link]
Post time 30-10-2013 09:46 PM | Show all posts |Read mode
  SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail, 62, mendakwa wujud elemen politik wang dalam pemilihan Ketua Bahagian Umno Seremban baru-baru ini.

Selepas menyandang jawatan Ketua Bahagian Umno Seremban selama 25 tahun, akhirnya Ishak dikalahkan oleh ADUN Ampangan, Abu Ubaidah Redza yang kini Ketua Bahagian Umno Seremban yang baru.

“Ada perwakilan yang mengadu pada saya bahawa dua hari sebelum hari pemilihan, ada perwakilan yang cuba disogok dengan wang untuk memastikan saya kalah.

“Saya boleh terima jika benar ahli Umno tidak mahu saya. Tetapi apa yang berlaku ialah perwakilan disogok oleh pihak tertentu untuk memastikan saya kalah.

“Jika benar saya ditolak oleh ahli Umno Seremban, kenapa hampir semua ‘orang-orang’ (line-up) saya menang di Bahagian Seremban?

“Timbalan Ketua Bahagian Umno Seremban, Datuk Zakaria Nordin; Naib Ketua Bahagian Umno Seremban, Abdul Ghani Mohamad Daud dan 16 Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Seremban daripada 20 Ahli Jawatankuasa Bahagian yang menang ialah ‘orang-orang’ saya.

“Ketua Wanita Umno Seremban, Datuk Samsiah Samsudin juga ‘orang’ saya. Cuma Ketua Pemuda Umno Seremban dan Ketua Puteri Umno Seremban sahaja bukan ‘orang’ saya.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/10/30/adun-lenggeng-dakwa-wujud-politik-wang-dalam-pemilihan-umno/

Lenggeng ...banyak kesah ....
@along3746   ADUN Lenggeng bebas tuduhan rasuah http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=479231
@matsyeh      ADUN Lenggeng diarah bela diri atas dakwaan rasuah. http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=511169
@Magika        ADUN Lenggeng Dipenjara Tiga Tahun.... http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=535425
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-5-2014 05:34 AM | Show all posts

ADUN Lenggeng pertikai MB soal lantikan JKKK

SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail mempertikaikan keputusan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam urusan pemilihan Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Batu 7, Batu 8 dan Batu 9, Pantai di bawah DUN Lenggeng. Ishak yang juga merupakan Ketua Umno Cawangan Pantai, berkata, jelas sekali keputusan tersebut dibuat tanpa merujuk dan mempedulikan segala cadangan dikemukakan oleh Umno Cawangan Pantai dan Pantai Setia. “Beliau (Mohamad) selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan langsung tidak mahu mendengar dan mengambil kira suara ahli Umno yang lain.
“Kita menolak pelantikan terbabit berikutan mendapati individu yang dipilih tidak memenuhi kriteria ditetapkan seperti mempunyai rekod jenayah, bukan ahli Umno tempatan, tidak menetap dalam kawasan jagaan dan membantu pembangkang berkempen semasa Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu.

http://www.freemalaysiatoday.com/
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 06:53 AM | Show all posts
jom prk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.280605 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list