Anuar Zain Tiada Isu 'Lelaki Ini' Dinyanyikan Artis Indonesia
Anuar Zain
PETALING JAYA: Penyanyi Anuar Zain tidak mempersoalkan lagu popularnya Lelaki Ini yang dinyanyikan semula oleh artis Indonesia, Cakra Khan menggunakan lirik berjudul Tak Bisa Pilih. Anuar berkata, ia disebabkan lagu ciptaan komposer Indonesia, Numata itu yang diikat kontrak dengan syarikatnya iaitu Anuar Zain Network sudah pun tamat pada lima tahun lalu.
"Eksklusif lagu tersebut dengan syarikat saya telah lama tamat tempohnya lebih kurang lima tahun lalu. "Jadi terpulanglah pada komposer itu (Numata) untuk berbuat apa sahaja ke atas lagu ciptaannya," katanya kepada mStar Online menerusi e-mel yang dikirimkan si sini pada Rabu.
Tambah Anuar, dia juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan perubahan lirik lagu tersebut kerana ia adalah hak komposer terbabit sama ada ingin membuat pembaharuan pada lagu tersebut ataupun tidak.
Cakra Khan
Sebaliknya kata Anuar dia berasa bangga kerana lagu itu dimaksimumkan penggunaannya dan sebagai penyanyi asal, Anuar berbesar hati apabila karya berkenaan dinyanyikan oleh bintang berbakat seperti Cakra Khan. "Saya bersyukur kerana dapat bekerjasama dgn penggiat seni Indonesia yang amat profesional dan setakat ini tidak ada apa-apa masalah pun dengan Numata untuk dia mengubahsuaikan lagu berkenaan kerana itu adalah haknya.
"Bagaimanapun saya masih belum pernah mendengar lagu itu dalam lirik baharu dan akan mendengarnya. Tahniah saya ucapkan kepada Numata yang juga sahabat saya terhadap ilham yang datang untuk membuat pembaharuan pada lagu itu," ujar Anuar.
yang mana anda suka, yang ini
atau
p/s personally lagu nyanyian bang nuar arrangement dia lebih epic dengan vokal dia yang sesuai
walaupun selalu jadi pilihan hakak2, dan habang2 dalam karoke gitu....
Post time 31-10-2013 01:18 AMFrom the mobile phone|Show all posts
peliknya komposer indon tuh, mcm dah terdesak dan takde ilham lain..kalau Malaysia mcm ni, jenuh laa lagu2 popular meletup2 artis cam tokti, tokpah, tokmal, toksir (dato m nasir) kena tukar lirik bagi artis baru..apapun lirik lagu cakra padat, eh cakra khan agak melampau2 ada cakerawala semua..adehhh..bang nuar gak terbaik... Last edited by adeluq on 31-10-2013 01:21 AM
x kesah lah yindon ke apa ke..yg penting ai suke dia,tp tggu jer lah bila chakra ni nyanyi lgu abe nuar kompem indon ni claim abe nuar tumpang populariti chakra..x pun chakra yg popular kan lagu abe nuar..aishhh
Post time 31-10-2013 10:22 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku dah dgr lagu yg cakra khan nyanyi... Pd telinga aku lg az lg best... Lagu, muzik n lirik kena gan sore az... X terlalu berlebih... Cakra khan sore best n sesuai tuk lg mcm lg dia yg fomous tu terpaksa berpisah... Coz lg lelaki ini mmg exclusive tuk az... Walaupun ayat di ubah tp rs x sesuai gan cakra khan... Lg2 mcm ni merupakan makanan az mmg legend sgt2... Rs mcm nk mkn sore az bl dgr lagu ni... Last edited by poyohabis on 31-10-2013 10:32 AM