CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 58490|Reply: 932

[Senarai pemenang-pg.27] Anugerah Skrin tidak ikhlas hargai Yasmin Ahmad?(pg.37)

[Copy link]
Post time 1-11-2013 08:00 AM | Show all posts |Read mode


MAJLIS anugerah paling berprestij anjuran TV3, Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013)  yang menjulang bakat dan memberi pengiktirafan kepada para penggiat seni dan  karyawan tanah air bakal berlangsung pada 29 November ini.

Menjelang malam penuh berprestij itu, ASK 2013 memecahkan tradisi dengan  membuat pengumuman awal lima pencalonan terbaik (Top 5) bagi kategori-kategori  yang bertanding hari ini, pukul 9 malam menerusi rancangan Debaran Anugerah  Skrin 2013.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah  Alam, rancangan yang dihoskan oleh Awal Ashaari ini akan dihadiri oleh  penggiat-penggiat seni yang membabitkan diri dalam penerbitan program TV, drama  dan filem.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9, Sherina Nordin: "Anugerah  Skrin merupakan satu majlis terunggul yang menggabungkan karyawan seni yang  aktif dalam penerbi- tan program TV, drama dan filem.

"Kami bersyukur kerana penganjuran kali ini mendapat kerjasama baik dan  sokongan positif daripada rakan-rakan penyiar TV yang lain.

"Tahun ini, ASK 2013 tampil dengan satu kelainan dan mencipta sejarah  tersendiri apabila mengumumkan senarai lima pencalonan terbaik bagi kesemua  kategori sebulan sebelum Anugerah Skrin diadakan.

"Selain mencetuskan debaran dalam kalangan finalis yang bertanding sebulan  sebelum acara berlangsung, kami juga ingin meraikan kesemua finalis yang  tersenarai kerana mereka sudah layak bergelar sebagai pemenang berdasarkan  kualiti kerja yang dipersembahkan."

Anugerah Skrin memberi pengiktirafan kepada pengeluar-pengeluar drama, filem  dan produksi TV tempatan.

Telefilem dan drama bersiri yang dicalonkan adalah hasil penerbitan syarikat  yang memenuhi slot-slot drama di semua rangkaian televisyen setiap minggu.

Antara faktor telefilem dan drama bersiri ini terpilih untuk ditayangkan di  kaca televisyen ialah garapan skrip yang baik, jalan cerita yang sempurna,  lakonan yang mantap, mutu penerbitan yang baik serta mampu menyampaikan mesej  positif di samping boleh menarik perhatian penonton.

Calon-calon yang dipertandingkan pula terdiri daripada produksi yang telah  ditayangkan di kaca TV dan pawagam mulai 1 Julai 2012 hingga 30 Jun 2013.

Pencalonan drama berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih  menerusi kajian Nielsen Audience Measurement mengikut genre masing-masing. Semua  pencalonan dinilai oleh panel juri profesional yang dipilih.

Secara keseluruhan, ASK 2013 bakal mempertandingkan 30 kate- gori yang  meliputi 11 drama, enam filem, enam penerbitan dalaman dan enam teknikal.

Seperti tahun sebelumnya, selain rangkaian televisyen di bawah naungan Media  Prima Berhad yang terdiri daripada TV3, ntv7, 8TV dan TV9, pihak penganjur juga  menjemput stesen televisyen RTM, Astro dan TV AlHijrah untuk bersama-sama  menyertai anugerah yang berprestij ini.

Tahun ini, enam kategori tekni- kal juga dipertandingkan dan membuka  penyertaan kepada semua rangkaian televisyen.

Layari laman sesawang www.- anugerahskrin.com dan www.tv3.- com.my serta  laman sosial Facebook, Twitter & Instagram TV3- Malaysia untuk mendapatkan  berita terkini.

Pengguna laman sosial Twitter juga boleh menggunakan tanda pagar #ask2013  untuk menghangatkan lagi acara ASK 2013.



Credits: kosmo.com.my
Last edited by achik2009 on 2-12-2013 01:58 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2013 08:06 AM | Show all posts
siapa pengacaranya?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 08:09 AM | Show all posts




P/S: Anugerah Skrin 2010
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2013 08:10 AM | Show all posts
aminsaniah posted on 1-11-2013 08:06 AM
siapa pengacaranya?

Awal Ashaari....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2013 08:12 AM | Show all posts
Kassim_Patalon posted on 1-11-2013 08:09 AM
P/S: Anugerah Skrin 2010

nostalgia ASK 2010....
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 08:16 AM | Show all posts
jgn lupa gunakan tanda pagar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2013 08:18 AM | Show all posts
debaran la sgt..last2 sendu jugak
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 08:20 AM | Show all posts
awal sehari???kompom voring..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2013 08:20 AM | Show all posts
Sapa minah seksa ni weh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2013 08:24 AM | Show all posts
maxim posted on 1-11-2013 08:18 AM
debaran la sgt..last2 sendu jugak

harap2 thread ini tidak akan menerima nasib mcm thread APM....
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 08:58 AM | Show all posts
hope lg best dr thun lpas...
thun lpas mmg hazab giler..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 09:05 AM | Show all posts
acik.. hang xnak jadi penganjur tuk mlm nie.. wat thread tuk guess mane retis yg menang.. cam kontest laa.. kalo nak anjur pm me for details..

buat poll.. nak x?

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 09:06 AM | Show all posts
acik.. hang xnak jadi penganjur tuk mlm nie.. wat thread tuk guess mane retis yg menang.. cam kontest laa.. kalo nak anjur pm me for details..

buat poll.. nak x?

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 09:26 AM | Show all posts
adeh sakit mata nak baca ..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 09:30 AM | Show all posts
awal?????????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2013 08:06 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2013 08:13 PM | Show all posts
Ek elehhhhhh...
Aku ni jarang tgk tv.
Mati2 aku igt mlm ni Anugerah skrin finale...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2013 08:23 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 08:40 PM | Show all posts
Alaa result Top 5 dah bocor
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2013 08:44 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.760363 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list