CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3301|Reply: 21

Elfira Loy Tidak Bosan Diganding Dengan Aktor Indonesia

[Copy link]
Post time 1-11-2013 03:22 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA: Pelakon Elfira Loy tidak berasa bosan apabila sering kali digandingkan dengan aktor daripada Indonesia dalam beberapa drama lakonannya.

Elfira, 19, berkata, tiada sebarang sebab untuk dia berasa demikian kerana dia hanya menjalankan tanggungjawabnya untuk menjayakan watak diberikan oleh pengarah.

"Saya sentiasa senang dapat bekerjasama dengan para pelakon Indonesia dan walaupun sering digandingkan dengan mereka saya tidak pernah berasa bosan kerana itu adalah kerja saya sebagai pelakon," katanya kepada mStar Online.

Malah kata Elfira, dia berasa bertuah kerana pelakon seperti Randy Panggalila dan Baim Wong adalah aktor terkenal di Indonesia dan bukan semua dapat merasai peluang tersebut.

Dalam perkembangan sama, Elfira berkata, dia juga banyak mempelajari teknik lakonan daripada Randy dan Baim yang disifatkan sebagai aktor yang sangat komited ketika berada di set penggambaran.

Jelasnya lagi, walaupun pengalaman berlakon dalam sinetron di Indonesia dan populariti mereka sangat besar di sana tetapi kedua-dua aktor itu sungguh merendah diri dan tidak lokek ilmu.

"Mereka sudah terbiasa menjalani penggambaran sinetron beratus-ratus episod dan komitmen mereka ketika penggambaran adalah luar biasa.

"Perkara seperti ini yang saya contohi dan mereka tidak lokek ilmu tentang dunia lakonan," katanya.

Bagaimanapun kata Elfira, jika diberi peluang dia ingin bergandingan dengan aktor Remy Ishak dalam projeknya akan datang.

"Tidak kira watak sebagai kekasih atau adik saya ingin berlakon dengan Remy kerana dia seorang pelakon yang sangat berkaliber dan berbakat besar," ujarnya.

Sementara itu, Elfira berkata, dia juga tidak pernah mengambil serius apabila sering digosipkan dengan Randy dan terbaharu dia dikatakan sedang bercinta dengan Baim.

Jelas Elfira, gosip berkenaan dianggap sebagai perkara biasa untuk pelakon sepertinya tambahan pula mereka sering bergandingan dalam drama yang sama.

"Saya tidak pernah ambil pusing pun kerana cerita yang keluar mengaitkan saya dengan mereka adalah tidak benar sama sekali," katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2013 03:25 PM | Show all posts
boring
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kami yg bosan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 03:38 PM | Show all posts
bosan bila beliau jd heroin..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 03:41 PM | Show all posts
heronya gantang bangat..mana mau nya bosan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2013 03:42 PM | Show all posts
kenapa lah susah iols nak minat elfira ni..tak tau kenapa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2013 03:43 PM | Show all posts
ELFIRA ni kena tmbh vberat bdn ler...
kecik pastu skinny ....
arap muka jah cantik
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 03:47 PM | Show all posts
asal teckteck nye ke bwah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-11-2013 03:53 PM | Show all posts
immaryjane posted on 1-11-2013 03:47 PM
asal teckteck nye ke bwah?

dia ada ke?..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 04:08 PM | Show all posts
tapibukanaku posted on 1-11-2013 03:53 PM
dia ada ke?..

gigih nak nmpak ade..tp da mcm orang tua..mohon she pkai bra yg btol.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 04:13 PM | Show all posts
tingat dia blakon drama demi dia masa bulan posa aritu...geli aku bile suh org panggey dia puan azura..!!kebabian apakah itu?sama geli aku dgn si zoey ponen tuh..drama sampah sgt..!!!!dynaz cam syok sdri dlm citer tuhhh..bjet kejam sgtlah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 04:15 PM | Show all posts
x kisah la tuh kot
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 05:05 PM | Show all posts
tak bestlh pun dia belakon..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 05:53 PM | Show all posts
hmm.. xtau nak kate ape
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 06:00 PM | Show all posts
ko xbosan
tp ko membosankan



Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 08:59 PM | Show all posts
dia ni takat produksi Michael Ang je la yg selalu offer dia job. tak sesuai utk bawak watak wanita dewasa. sesuai bawak watak kanak2 & remaja je. serius aku kelakar bila dia bawak watak org dah kawin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2013 09:12 PM | Show all posts
Bosan ah tgk dia berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 09:19 PM | Show all posts
dia berlakon dah sama dgn kayu kayan hutan hujan khatulistiwa sungguh. suka & sedih tak ada efek...tone mendatar mcm penat & baru sedut inhaler...naseb baik kening dah tak bertangkup...kalau tak jadi mcm kanak2 ribina saja
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Fairuz loy ayah dia ni ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Adik beradik semua pn jd pelakon kan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.193989 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list