|
Bila anda mendengar istilah jaket kulit hitam, mungkin sudah terngiang-ngiang dengan pakaian ala 90 an yang serupa dengan lelaki atau rocker. Namun sebenarnya dengan teknik mix and match, anda boleh mengimbangi penampilan dengan jaket kulit hitam supaya ianya lebih anggun dan nampak lebih menarik. Apalagi zaman sekarang sudah banyak jaket kulit hitam yang dibuat dengan reka bentuk yang bergaya. Bahkan jaket kulit hitam sudah jadi salah satu ‘must have item’ selain outer daripada jenis denim.
Kelebihan dari jaket kulit hitam adalah bahannya yang berkilat sehingga nampak mewah dan terkini. Sesuai untuk acara semi formal malah membuatkan penampilan anda nampak lebih muda. Selain itu jaket kulit hitam juga mudah digabungkan dengan pakaian apapun. Namun, bosanlah kalau hanya hitam saja. Bagaimana bila menggabungkan dengan pakaian motif dan berwarna? Tentu saja boleh. Berikut ini beberapa alternatif yang boleh anda gunakan untuk padu padan jaket kulit hitam kegemaran anda.
Pakaian motif leopard boleh menjadi alternatif bagi anda yang ingin tampil lebih berwibawa dan berkarakter. Motif leopard dipadankan dengan jaket kulit. Kami cadangkan seluar dari motif leopard.
Selain itu, anda juga boleh menggabungkan midi atau mini dress dengan jaket kulit hitam. Dress sudah sememangnya feminin, namun bila dipadukan dengan jaket kulit hitam, ianya membuatkan anda kelihatan bergaya. Meski bergaya maskulin, namun masih ada sisi feminin yang anda tonjolkan.
PILIHAN PADANAN
Pilih jaket kulit hitam yang kena dengan potongan di badan atau sedikit lebih besar. Bila anda pilih yang sedikit lebih besar, anda boleh menggunakan top panjang atau dress dengan belt. Bila anda memilih outer ikut bentuk badan, anda boleh memilih dress atau inner yang lebih longgar. Untuk kasut, anda boleh memilih dari boots hingga heels. Yang dicadangkan ialah boot panjang bawah lutut, ankle boots, dan heels. Wedges juga bukan pilihan yang tidak sesuai, cuma ianya kuran seimbang dengan jaket kulit.
|
|