CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5287|Reply: 8

Misteri Histeria Tanjung Lumpur (takde cerita ke)

[Copy link]
Post time 5-11-2013 12:41 PM | Show all posts |Read mode
Maaf!! aku bukan nak bercerita tapi tengah cari story tu kat sini tapi takde pulak. Ada tak forumer dari Kuantan dan sekitarnya yang boleh kongsikan ceritanya? kejadian ni sekitar tahun 2008 dan gempar seluruh malaysia kerana ia terpampang di akhbar2 malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2013 02:16 AM | Show all posts
pernah baca
ni kes yang dia pindah naik bas sekolah kan?
sudahnya jangkit2 sampai 2-3 buah sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 07:04 AM | Show all posts
aku tak tau anda nak tau....more please
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2013 08:46 AM | Show all posts
kalau refer arkib2 akhbar sekitar tahun 2008 banyak suratkhabar letak kat front page ttg berita ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 10:22 AM | Show all posts
Misteri tidak terlerai di SMK Tanjung Lumpur
ARKIB : 10/08/2008

MENJERIT, meracau, mengamuk, suara menjadi kasar dan garau secara tiba-tiba, menjadi bingung atau mendakwa berada di alam yang lain antara kriteria yang biasa digambarkan oleh kebanyakan mangsa histeria.

Sesetengah pihak menganggapnya sebagai kejadian misteri yang mempunyai hubung kait dengan peranan mahkluk halus seperti bunian, jin mahupun syaitan; tetapi tidak kurang menganggapnya hanya satu fenomena akibat tekanan perasaan.

Namun, apa jua pandangan dilemparkan pelbagai pihak, kejadian misteri melibatkan histeria masih terus menghantui lebih 800 pelajar dan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang hingga kini.

Berhadapan dengan kes histeria di SMK Tanjung Lumpur, terdapat kriteria baru dikesan berlaku ke atas mangsa apabila pelajar atau guru yang diserang histeria akan mengalami sakit sendi hingga menyebabkan mereka terpaksa berjalan terbongkok-bongkok seperti seorang nenek tua yang sudah uzur.

Fenomena tersebut wajar diberi perhatian kerana laporan hospital sebelum ini secara jelas mengesahkan semua mangsa yang diserang histeria termasuk beberapa guru wanita tidak mempunyai masalah kesihatan selain berada dalam keadaan normal.

Persoalannya, mengapa pelajar atau guru wanita berkenaan tiba-tiba meracau, menjerit seolah-olah hilang kewarasan serta mengalami sakit sendi sedangkan mereka secara teknikal dilapor sihat serta waras oleh pihak perubatan.

Perkara utama yang harus difikirkan ialah kejadian histeria telah mengganggu proses pembelajaran pelajar terutama mereka yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

Berdasarkan laporan, kejadian histeria di SMK Tanjung Lumpur mula dikesan berlaku ke atas seorang pelajar perempuan pada 13 Mei lalu sebelum berlarutan ke atas 35 pelajar yang lain secara berulang-ulang hingga kini dan kebanyakan mangsa adalah pelajar perempuan.

Mesyuarat khas

Satu mesyuarat khas diadakan pada 28 Julai lalu antara Jabatan Pelajaran Pahang, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Kesihatan, Jabatan Kerja Raya (JKR), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), polis dan penduduk setempat bagi mencari jalan penyelesaian.

Selepas hampir empat bulan, histeria berjaya disenyapkan pada 31 Julai lalu apabila beberapa pengamal perubatan tradisional melakukan ikhtiar termasuk upacara “pembersihan” bertujuan memindahkan `anasir’ yang menganggu pelajar berkenaan ke tempat lain menggunakan van.

Bagaimanapun, suasana aman itu hanya bertahan selama lima hari sebelum ia berulang dengan lebih dahsyat hingga ada pelajar yang diserang histeria bertindak lebih agresif, termasuk cuba melarikan diri dari sekolah dan melawan guru yang cuba membantu mereka.

Menurut beberapa mangsa yang ditemuramah, ingatan mereka ketika diserang histeria adalah samar tetapi secara keseluruhannya mendakwa terdapat kemunculan seorang nenek tua yang datang menghampiri mereka dan berbisik sesuatu.

Bagi penduduk yang mempercayai kejadian misteri itu berkait rapat dengan gangguan makhluk halus mendakwa, ramai pelajar perempuan diserang histeria kerana mereka adalah golongan yang lemah dan mudah dirasuk oleh syaitan.

Ada juga di kalangan mereka mengaitkan kejadian itu akibat perkampungan makhluk halus yang terletak berhampiran sekolah berkenaan diganggu oleh beberapa projek perumahan yang dibangunkan di kawasan tersebut.

Tidak kurang mendakwa kejadian itu berlaku apabila lokasi berhampiran kawasan sekolah iaitu laut, sungai dan hutan yang merupakan perkampungan bunian telah dijadikan sarang maksiat oleh golongan tidak bermoral.

Lain pula bagi pengamal perbuatan tradisional yang melakukan upacara “pembersihan” di SMK Tanjung Lumpur, Shahabudin Sham Sudin, 50, pada 1 Ogos lalu.

Beliau mendakwa anasir yang mengganggu sekolah itu terdiri daripada 14 ‘dewasa’ dan tujuh ‘kanak-kanak’.

Menurutnya, ada di kalangan anasir itu sudah lanjut usia, ada yang masih muda, terdapat lelaki dan perempuan serta kanak-kanak dan kesemuanya beragama Islam malah al-Quran serta zikir merupakan amalan mereka.

Tambahnya, kejadian itu berulang semula angkara makhluk halus yang jahat dan tidak menolak keadaan menjadi lebih buruk kerana pelajar dan guru SMK Tanjung Lumpur sedang berhadapan dengan perkara yang lebih dahsyat.

Kesemua dakwaan dan pendapat itu bagaimanapun sukar disahkan melalui logik akal kerana perlakuan serta punca histeria tidak dapat dinilai melalui mata kasar, namun segala kemungkinan tidak boleh dinafikan.

Ini kerana, dalam al-Quran, manusia diingatkan bahawa Iblis pernah berkata, “Oleh kerana engkau (wahai Tuhan) menyebabkan aku tersesat, maka demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalang mereka (daripada menjalani jalan-Mu yang lurus).

“Kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur,” Surah Al-A’raaf, ayat 16 dan 17.

Bagi mereka yang percaya ada alasan saintifik di sebalik kejadian misteri itu berpendapat, histeria mungkin terjadi apabila seseorang memendam tekanan perasaan yang berpanjangan sehinggalah pada suatu ketika tekanan itu tidak mampu lagi dipendam dalam hati dan melebihi had yang mampu ditanggung perasaannya.

Bagaimanapun agak sukar untuk kita memikirkan secara logik bagaimana 35 pelajar yang diserang histeria itu boleh mengalami tekanan perasaan secara beramai-ramai mahupun bersama-sama.

Sekiranya segelintir pihak mendakwa perkara itu dialami oleh seorang pelajar lalu menyebabkan yang lain turut sama mengalaminya, adakah ia bermakna histeria satu gejala negatif yang berjangkit?

Tanpa mengambil kira histeria itu diakibatkan oleh mahkluk halus mahupun tekanan perasaan, segala langkah yang diambil oleh pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran untuk mengatasi kejadian misteri itu wajar dipuji kerana mereka melihat perkara tersebut secara progresif.

Seperti yang ditekankan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff, beliau amat mengalu-alukan sekiranya terdapat mana-mana pihak sama ada mereka itu pakar psikitri mahupun pengamal perubatan tradisional yang ingin menawarkan bantuan.

Para pelajar

Selain itu, cadangan Jabatan Pelajaran untuk menukarkan para pelajar yang mengalami histeria ke sekolah lain turut dilihat bertepatan dengan keadaan kerana mangsa dilaporkan hanya akan mengalami kejadian misteri itu apabila berada di pekarangan sekolah.

Justeru, para ibu bapa yang masih keberatan membenarkan anak mereka yang diserang histeria bertukar ke sekolah lain wajar mengetepikan masalah pengangkutan atau anak mereka tidak sanggup berpisah dengan rakan-rakan mahupun guru SMK Tanjung Lumpur.

Sebaliknya, adalah lebih penting untuk mereka mengutamakan masalah pembelajaran anak masing-masing daripada mengambil kira keinginan berkawan para pelajar terbabit kerana pemikiran remaja tidak sejauh mentaliti golongan dewasa.

Bagaimanapun, jika dilihat dari sudut positif, masih ada hikmah atau peluang ke arah yang lebih baik di sebalik kejadian itu.

Seperti kata seorang bapa pelajar sebelum ini, hati beliau tersentuh apabila hampir setiap hari pelajar dan guru sekolah berkenaan mengadakan program kerohanian seperti bacaan yassin, berzikir dan solat hajat yang turut disertai anak lelakinya.

Tambahnya, ekoran kejadian itu juga, dengan tidak semena-mena sekolah berkenaan memperoleh beberapa peralatan tambahan termasuk pemasangan lampu “sport light” serta peruntukan untuk mengubah suai tandas kerana perkara itu juga didakwa bermula di tandas.

Walau apapun pandangan, alam di sebalik alam nyata memang wujud sebagaimana yang difrmankan oleh Allah SWT iaitu ‘‘Tidak Ku jadikan manusia dan jin di langit dan di bumi semata-mata untuk beribadat.”


Pelajar lelaki turut terkena histeria.
© Utusan Melayu (M) Bhd

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 10:28 AM | Show all posts
ni antara gambar2 masa kejadian histeria tu..






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2013 11:45 AM | Show all posts
Mmg xtahu punca utama knp histeria ni menyerang kat SMKTL..tp yg jd pelik dulu pun aku study sekolah tu gak era akhir 80an..xpernah pulaj blaku mende2 pelik gini.
ikutkan dulu bangunan tu lagilah..mundur je..dulu guna SMTL..kalu sebut SMTL seme org tahu sekolah kg..dlm semak je..penuh keliling pokok2 senduduk, kemunting,daun palas ..ntah ape pokok lagi pun aku dok kenal sgt.
adakala port dlm semak2 tu le aku n geng2 tggu bas atau lepak2 semntara tggu kelas tmbahan atau latihan sukan..Xde pulak kawan2 atau adikbrdik aku alami mende ganjil ni..
Agaknya makin pesat pmbangunan..udah di teroka bagai..maka keluarlah mende2 tu..doh kawasan mrk kena kacau..samada teroka cara haram ke..cara halal ke..aku dok tahu la pulak..Pemaju sibuk beno nok buat ruamh2 kat situ..dulu semaksamun..hutan je..xde sape pandang..sebut Tg.Lumpur....yg tbayang kg nelayan..ulu kedahak semenya..agak2 mrk ni mintak izin dok bila mau pacak2 piling tu ye..hahahah..ye le udah ceroboh rumah kaum2 halus ni..tentu le hanginkan..lu sape mari2 pacak..bikin rumah bagai..ini kawasan gua..so gua kacaulah..
Xcukup dgn itu..makluk2 halus ni pi le sekolah usha2 kot2 ada tapak blh buat rumah baru..sekolah pulak dh makin pesat..ragam student plak phm2 la generasi baru ni..cara sekolah pun dok mcm zmn aku dulu..kayuh gerek..ini mari sekolah mak ai..satu sorang moto..siap berkapel2..so paham2 le..udah masing2 dok tenggek burung semenya..semak2 tu le tmpat merendek.......ambik kau!! Histeria..........baru tahu masa tu..tselak habis kain sekolah..hak boypreng main cabut lari je..amik moto bla..awek ronta2 macam kena sawan B***...
xtahu le nak kata mitos ke ape..tp kes ni sbnrnya smapai hari ni pun ada blaku..cuma dasyat atau biasa2 aje..namun mmg ada blaku..Mmg buntu cari jalan penyelesaian..namun ttp kena buat sesuatu..krn pasti ada jln penyudahnya juga.
Pada aku....selagi pesat pmbangunan.......Selagi itulah menularnya MAKSIAT!! di kawasan tsebut..
yg jd mangsa......anak2 di sekolahlah..hok mane jerit2 ronta2..tu blm lg yg lari pecut satu sekolah..haru weh..
Apepun aku rasa sb maksiat ni bleluasa sgt..jd mangsa yg kena dok kiralah sape..sape lemah dia kena..Mungkin!!!

Last edited by AnarkaliBee on 6-11-2013 12:16 PM

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 12:18 PM | Show all posts
Aku nak share gak satu Histeria lawak masa aku form 2 kat situ.......ada satu student pmpuan ni minat kat satu cikgu..masa tu latihan sukan petang..aku blari la satu padang..almaklumlah aku ni atlet sekolah..wlpun ketot2 aku..hahaha...student ni senior aku le..lupe lak namanya..comel le jg tinggi lampai rambut panjang sampai pinggang gitu..
dok lari2 tu tetiba aku nmpak dia jatuh..lps tu aku patah balik le nak tgk..mane tahu kot kena gigit ulor..ye le luar pagar semak je..
samapi2 kat dia..aku tgk dia jerit2 ronta2..tgn mcm nak tmbuk2 pulak..udah masa tu cuma ada cikgu rumah sukan, adalah cikgu pmpuan sekerat dua..aku pulak selamba..org2 dok jerit kata dia kena histeria..aku bantai ketawa je..sb ape aku dpt lihat bajunya tselak skit..peweettt!!..gelihati pun ada...kesian pun ada.
Dlm hati tpikir minah ni btl2 histeria ke atau buat2..lama skit tu aku nmpk le cikgu2 lari2 dtg kat hujung padang..nak tgk n bg bantuan le..
Amboi mkn cikgu lelaki pegang makin kuat pulak rontanya ye..Gedik pulak aku tgk!!!..aku bdiri dr tadi..mula2 tpikir ..rambut pun dh kusut masai minah ni..jerit2 ronta2..Lepaskan aku!..Lepaskan aku!..hentak2 kaki pulak dah..heeeee menyampah la aku..
geng2 pmpuan pegang tadi xde pulak ko nak terajang2 ye..last2 aku baru teringat..sb akak aku n abg aku ada kat sekolah yg sama..mrk pernah le gosip2 kat umah..kata ada student pmpuan sebaya mrk tu dok usha cikgu ni..mmg cikgu ni hensem..macam retis si Serap tu..
Tang2 tu teringat n aku tahu le nak buat ape dgn minah gedik ni...hehehehe..jahatkan aku.
So aku tgk je..time cikgu2 tu angkat nak usung le bw ke tempat teduh skit..aku tgk je biorkan je..dh smpai kat satu sudut tu..aku pun pi amik air segayung kat toilet..diam2 aku siram kan dia..sb masa tu konon dia dh lembik la..dh penat..tp aku dpt rasa dia ni auta..bukan kena histeria sb gangguan pun..
amik kau segayung.....dus!!!!!!! terus dia buka mata n bangun..aku tnya apsal td..sawan ye..dia diam je..lps tu nangis..aku tnya lg apsal mcm tu..kan tadi lari2 dgn aku elok je..sape kacau..dia diam gak..aku ckp ..kalu dok ckp aku siram lg..nnt aku panggil geng2 aku..belasah ..
Korang tahu tak apa katanya...........Ala saje buat histeria n pengsan........Sb nak "Cikgu" tu angkat dia.........GATAL!!!
Ini le aku katakan Histeria Lawak tu........sb gilekan cikgu sanggup buat2 histeria.......habis2 dpt segayung air paip dr aku..Lps kejadian tu minah tu terus aim je aku...aku ckp..cis!! kalu berani kejorlah aku..aku xkan buat2 histeria punya!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2013 05:51 PM | Show all posts
AnarkaliBee posted on 6-11-2013 12:18 PM
Aku nak share gak satu Histeria lawak masa aku form 2 kat situ.......ada satu student pmpuan ni mina ...

citer ko ni sama la macam citer member aku dulu.. hahah
ke orang yg sama neh
kena histeria sebab nak tarik perhatian cikgu yg dia minat.. gilooooosss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.619323 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list