CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015

[Copy link]
 Author| Post time 26-11-2013 10:34 AM | Show all posts
Episode 9

Hari Ahad.  

Hari ini adalah hari cuti mingguan untuk Zack. Selepas solat subuh, Zack bercadang untuk berjogging sebentar di sekitar kawasan tempat tinggalnya.

Ketika keluar dari bilik, kelihatan Hanif sedang sibuk di dapur, membuat nasi goreng buat sarapan. Hanif memang rajin memasak, terutama hari minggu dan hari cuti. Dia tak berapa gemar makan di luar. Untung siapa yang dapat bersuamikan Hanif. Zack juga untung dapat Hanif sebagai teman serumah, dapat tumpang sekaki. Kalau nak harapkan Zack, memang tak berasap sangat dapur rumah ini.

Tapi Zack pelik, selalunya Hanif tidak akan masak sarapan seawal ini.

“Awal kau bangun, Nep?” Tegur Zack.

“Aku kena pergi Bangkok.” Jawab Hanif. Zack angguk.

“Hantar aku pergi KL Sentral?”

Ketika sedang memakai kasut, Zack terdengar Hanif melaung dari dapur.

“Pukul berapa?”

“Sepuluh.”

“Takde hal.”

Zack terus keluar.

***
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2013 10:36 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 26-11-2013 10:32 AM
Haluuu Fred.

Tang mana citer ni yang ada kena mengena dgn hang?


tang belum jumpa life partner tu kot...

betui freddie...?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2013 10:40 AM | Show all posts
Starbucks, Mid Valley

Minuman dalam cawan masih berbaki separuh. Makanan di atas meja tidak berusik.

Muka Farizah masam mencuka. Muka Badli juga tegang. Aura negatif terawang-awang menyelubungi mereka, tersebar sebanyak satu meter disekeliling. Sesiapa yang lalu di sebelah tempat mereka duduk, pasti terasa akan aura negatif itu.

Sekali pandang, orang yang lalu-lalang tahu yang mereka bergaduh besar walaupun suara mereka tidaklah lantang apabila berkata.

Perkara yang sama Badli bangkitkan sejak sejam yang lalu. Kalau tadi, Badli menuduh Farizah curang, kali ini Badli menuduh Farizah main kayu tiga. Ayat yang berlainan tapi definisinya tetap sama.

“Aaronlah mangsa terbaru you, sekarang?” Badli bersuara.

“Hell -Loh! What do you mean by Aaron is mangsa terbaru I?”

“Girls macam you ni, Izzy…bukan susah sangat nak predict. Mana-mana lelaki yang kaya, itulah yang you kejar…”Akibat sakit hati, Badli mula mengeluarkan kata-kata bisa.

“Oh. So, you nak consider diri you sebagai mangsalah? Pleaselah Bad. Bukan I yang terhegeh-hegeh nak pada you tau? You yang kejar I ke sana,  ke sini…” Balas Farizah.

Badli tersenyum tawar. Ya, dia akui. Dia memang tergila-gilakan Farizah. Semenjak terjumpa Farizah dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke London, dia tidak dapat melupakan Farizah. Lelaki buaya seperti dia, memang pantang melihat perempuan cantik. Sangka Badli, Farizah sama seperti mana-mana perempuan yang didampingi sebelum ini. Taburkan saja wang ringgit, pasti  dengan mudah menyerah diri. Tapi dia silap. Farizah tidak semudah itu untuk diperangkap. Takkan mudah cair dengan pujuk-rayu. Jenis jinak-jinak merpati. Apa yang menyakitkan hati Badli, sudah banyak dia ‘melabur’ untuk mendapatkan Farizah, namun sia-sia.

Hati Badli semakin membengkak apabila mendapat tahu, sahabat baiknya sendiri mula memberi perhatian kepada Farizah. Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, Aaron dah Farizah semakin kerap keluar bersama. Macam mana hatinya tidak sebal? Sahabat baiknya sendiri mahu menikamnya dari belakang.

“I tak suka you keluar dengan Aaron.” Suara Badli mendatar.

“Sebelum ni, you tak kisah pun kalau I keluar dengan lelaki lain. Kenapa dengan Aaron, you nak cemburu?”

“I tak kisah kalau you keluar dengan lelaki lain. As long as not…Aaron.”

“What’s the different?”

“Because Aaron is my buddy.”

Farizah memutarkan biji matanya.

“Come onlah Bad. You pun keluar juga dengan kawan-kawan I yang lain. You ingat I tak tau? Hampir semua kawan-kawan I, you pernah date. Sheena, Atiqah, Jenny, Imelda…” Ikutkan hati Farizah, dia mahu menyebut kesemua nama-nama wanita yang pernah keluar dengan Badli tapi, itu hanya membuang masa.

Badli mempamerkan senyuman.

“They are just friends. Lagipun, I lelaki. Tak salah I nak keluar dengan mana-mana perempuan yang I suka.”

Last edited by Nicki_Meow on 27-11-2013 05:42 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2013 10:44 AM | Show all posts
“Fine. You keluar ajelah dengan mana-mana perempuan yang you suka. I won’t stop you.”

Farizah memandang jelek lantas menggelengkan kepala. Dasar jantan buaya! Kalau dia tahu, keluar dengan Badli akan hanya menyakitkan hati, lebih baik dia lepak saja di rumah. Ikutkan hati, dia tidak mahu sebenarnya keluar dengan Badli. Namun, Badli pandai memujuk, Farizah bersetuju juga akhirnya.

Badli menarik nafas panjang kali ini. Sedar yang dia tersilap cara untuk memerangkap sang merpati.

“Izzy, you tak sayangkan I?” Karektor Badli mula berubah. Ayat-ayat pemanis mula digunakan untuk memujuk Farizah.

“What about you? You sayangkan I?” Farizah membalas dengan soalan.

“Of course I sayangkan you.”

“Bad…bad. Kalau you rasa, semudah tu I nak percayakan you…you memang silap besar. Apa bukti yang you sayangkan I?” Soal Farizah.

“I sanggup buat apa saja untuk you, sayang…”

Farizah tersenyum sinis.

“Ayat you memang tak boleh blah, Bad. I’m sure, I’m not the first person to hear that. Not even the second, or third, or forth. Mungkin I orang yang ketiga ratus lima puluh, yang dengar you cakap macam tu…” Perli Farizah.

Badli diam. Wajah Farizah direnung lama. Julung-julung kali dia berdepan dengan gadis seperti ini. Tidak mudah untuk ditewaskan. Nampak saja Farizah itu manja dan mudah didekati tetapi, bukan semudah itu Farizah hendak menyerah. Dalam diam, dia telah jatuh hati dengan  Farizah, lebih dari sekadar untuk berdampingan. Sikap keras kepala dan kedegilan Farizah, sedikit sebanyak telah menyebabkan hatinya tertawan.

Tapi, Badli tak akan boleh mempamerkan rasa hatinya yang sebenar kerana dia sudah pun bertunang dengan pilihan ibu bapanya. Walaupun tidak bersetuju, Badli tidak boleh membantah. Jika tidak, namanya akan digugurkan dari senarai pewaris harta. Tiada siapa yang tahu tentang pertunangan itu melainkan ahli keluarga terdekat. Dan…Aaron.

Itu adalah antara sebab-sebab Badli tidak mahu Aaron rapat dengan Farizah. Badli tidak mahu Aaron membocorkan rahsia pertunangannya kepada Farizah dan sekaligus, menyebabkan Farizah terus pergi darinya.

“Izzy…” Badli memanggil lembut. Farizah hanya mengangkat kening.

“I tak nak you keluar lagi dengan Aaron.” Ada sedikit nada ketegasan dalam suara Badli.

“Kalau I keluar jugak?” Farizah sengaja mencabar. Badli merenung tajam.

“You akan menyesal kalau you tak ikut cakap I.”

“Sudahlah, Bad. I malas nak layan you.” Balas Farizah. Kemudian, dia terus bangun dan berlalu meninggalkan Badli di situ.

Badli hanya memandang tajam. Setelah Farizah hilang dari pandangan, Badli mencapai telefon bimbitnya lalu mula mencari-cari nama seseorang. Setelah jumpa nama yang dicari, Badli mula mendail.

“Hello.” Ucap Badli setelah talian bersambung.

“Hi Hani. It’s me, Badli…”

“I’m fine. Hey, you free tak? I nak ajak you keluar…”

“Sekaranglah sayang…” Badli senyum sendiri.

“Okay. I’m coming now…”

Badli bangun.

***
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2013 11:01 AM | Show all posts
wah banyaknya entry tp lom dpt mencerna sbb banyak sgt dlm pala
kiranya ada sisi baik dlm diri Farizah ni
tp camner pun zack dah dapat menangkap bos dia cik Reen smp cik Reen jeres hubungan zack dgn kate
itu permulaan yg bagus
cuma persoalannya kini adakah watak cameo gadis/awek vios putih tu xkan wat kemunculan ke
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2013 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk sungguh karekter dlm citer nih..huhu yg alone 4 ever,yg jinak2 merpati,yg boya sume ade laaa..
Ntah2 tunang si bad ni reen ..hehe speku jah meow..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-11-2013 11:10 AM | Show all posts
“Hunger Games.”

“Berapa orang?”

“Sorang.”

“Eh, sorang je?”

Pertanyaan dari si penjual tiket wayang menyebabkan kening Zack berkerut. Nada suara si penjual tiket yang seolah-olah mempersendakan niatnya untuk menonton wayang seorang diri itu mengundang sebal. Apa, salah ke nak tengok wayang sorang-sorang?

“Sepuluh ringgit.” Kata si penjual tiket lalu menghulurkan tiket wayang nan sekeping. Zack menghulurkan wang walaupun sudah terdetik di hati Zack, untuk membatalkan saja niatnya menonton wayang seorang diri.

“Terima kasih. Enjoy the show.” Ucap si penjual tiket. Zack senyum sumbing. Malas nak ucap ‘sama-sama’ kepada si penjual tiket.

Selepas membeli pop-corn dan coke, Zack melangkah masuk ke pawagam nombor sembilan. Di sana-sini, kelihatan beberapa pasangan duduk sebelah menyebelah.

Zack duduk di barisan tiga dari atas. Kerusi kedua terakhir dari kiri. Ketika dia masuk, kelihatan seorang gadis ayu bertudung ungu sedang duduk seorang diri di kerusi sebelah kanannya.

Hai. Sorang je?

Zack hanya mampu menegur dalam hati. Nak tegur depan-depan, Zack tak berani. Mampu jeling-jeling saja.

Gadis itu mula mengeluarkan telefon pintar berjenama Samsung Galaxy S4 dari beg tangannya dan menaip sesuatu.

Zack turut mengeluarkan telefon pintarnya juga.

See, telefon kita sama. Macam sehati sejiwa lak…

Zack membuka permainan Candy Crush Saga sebagai memenuhi masa lapang. Walaupun waktu yang tertera di tiket menunjukkan masa tayangan adalah pada pukul 12:00 tengahari, Zack tahu, tak mungkin filem akan ditayangkan tepat pada waktu. Iklan di panggung wayang akan dipaparkan dahulu, sekurang-kurangnya setengah jam sebelum tayangan sebenar.

“Excuse me.”

Suara yang menegur menyebabkan Zack menoleh. Seorang lelaki kacak bergaya meminta kebenaran untuk masuk ke bahagian tempat duduk yang di tetapkan. Zack menegakkan sedikit badannya, memberi laluan. Lelaki kacak bergaya itu duduk di sebelah gadis ayu bertudung ungu sambil menghulur pop corn. Gadis ayu itu senyum sambil mengucapkan terima kasih.

Zack menggelengkan kepala dan terus menyambung bermain Candy Crush Saga.

“Tukar tempatlah.”

Zack terdengar si lelaki kacak bergaya berkata. Mereka bertukar tempat. Lelaki kacak bergaya kini duduk di sebelah Zack. Dia sempat menjeling Zack dengan tajam. Seolah-olah Zack itu seorang pencabul yang akan mencabul aweknya bila-bila masa dari sekarang.

Poyo ah!

Zack menyambung lagi permainan Candy Crush Saganya sambil menantikan iklan di skrin habis.

Seorang gadis berambut panjang duduk disebelah Zack. Tak sempat Zack menjeling, panggung digelapkan menandakan tayangan akan bermula sekarang.


Last edited by Nicki_Meow on 26-11-2013 11:42 AM

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2013 11:19 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 26-11-2013 10:32 AM
Haluuu Fred.

Tang mana citer ni yang ada kena mengena dgn hang?

Tang foreverrrr alone la tu kot.
Hahahahhaha



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2013 11:20 AM | Show all posts
UsuFie posted on 26-11-2013 10:36 AM
tang belum jumpa life partner tu kot...

betui freddie...?

hahahahahahhahaha.
Usuuuu memang the bestttt laaa.

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2013 11:25 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 26-11-2013 10:40 AM
Starbucks, Mid Valley

Minuman dalam cawan masih berbaki separuh. Makanan di atas meja tidak berus ...

Amboihhhh pasai dia lelaki dia tak kisah dia keluar ngan orang lainn.


Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2013 11:26 AM | Show all posts
freddianza posted on 26-11-2013 11:20 AM
hahahahahahhahaha.
Usuuuu memang the bestttt laaa.


sabaq2.....Insyallah jumpa jodoh yg paling ideal nnt...

kita tgk novel ni cemana..kalo sampai sudah zack takdak sesiapa,
apa kata hang amek watak cameo gadis vios tu...mana tau blh jadi heroin lagi..



last epi, baru tunjuk scene sanding aja antara zack & gadis vios (hang la)...

...wallah...



Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2013 11:59 AM | Show all posts
UsuFie posted on 26-11-2013 11:26 AM
sabaq2.....Insyallah jumpa jodoh yg paling ideal nnt...

kita tgk novel ni cemana..k ...

hahahahahahaa.

Tak laaa cheq okeyy jer.Tapi kalau semua pakat duk tanyaaa pening kepalaaa.(ni boleh masuk jadi skrip tak )

notakaki:haritu cheq jadi gengster sekarang jadi gadis vios pulak.hhahaa


Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2013 12:27 PM | Show all posts
freddianza posted on 26-11-2013 11:59 AM
hahahahahahaa.

Tak laaa cheq okeyy jer.Tapi kalau semua pakat duk tanyaaa pening kepalaaa.:dizz ...



otakaki:haritu cheq jadi gengster sekarang jadi gadis vios pulak.hhahaa


Haiippp....itu jadi gengsta watak ciput...cemana blh lupa hang jadi
heroin fred Kougar aka jiha...



Last edited by UsuFie on 26-11-2013 12:30 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2013 02:46 PM | Show all posts
UsuFie posted on 26-11-2013 12:27 PM
otakaki:haritu cheq jadi gengster sekarang jadi gadis vios pulak.hhahaa

opssssssssssssss lupa pulak cheq pernah jadi heroinn fred kaugar.
hahahahahhahaa


bagusss ingatan usu nie.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2013 03:17 PM | Show all posts
fatehana posted on 26-11-2013 11:01 AM
wah banyaknya entry tp lom dpt mencerna sbb banyak sgt dlm pala
kiranya ada sisi baik dlm diri Fari ...

@fatehana Iols masih memikirkan camna nak buat 'comeback' si awek vios tersebut.

@kakZue  Reen tunang Badli...errr...hhhmmmm....

@freddianza Cheq doakan hang jumpa jodoh cepat sikit naaa....

@UsuFie    Cuba Usu seru Lady....novel Fred kuger dia tu dah siap edit ke belum....




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2013 03:20 PM | Show all posts
Habis tayangan, panggung menjadi terang semula. Para penonton mula bangun meninggalkan panggung. Mereka meninggalkan sekali segala sampah sarap berupa bekas kotak pengisi pop corn, cawan coke, botol air mineral dan juga bekas pembalut burger McDonald yang dibawa masuk secara
curi-curi.

Tidak mengapa. Harga tiket itu sudah termasuk sekali dengan harga kos pembersihan. Kalau bersih sangat, macam kerja makan gaji buta pula para cleaner di GSC.

Zack bangun lalu mencapai cawan coke yang isinya hampir habis.

“Zack?”

“Izah…”

Mereka saling memandang dan tersenyum.

“You tengok wayang jugak ke?” Soal Farizah, agak teruja melihat Zack.

“Dah datang sini, mestilah tengok wayang…cik adik. Takkan nak main badminton kot?” Balas Zack.

Farizah ketawa. “Sorang je? Mana girlfriend?”

“Ini…yang kat depan ni…” Zack mula membuat lawak poyo-gedik-manja.

“Ngada-ngada…” Farizah turut menjeling manja.

“Bro…kalau nak ngurat awek pun, boleh tak bagi laluan dulu?” Si lelaki kacak bergaya di sebelah Zack tadi bersuara. Jelas kedengaran suaranya bengang kerana dari tadi, dia menunggu Zack dan Farizah bangun tapi tak gerak-gerak sampai ke sudah.

“Sorry.” Balas Zack.

Farizah ketawa kecil lalu bangun.

“Jom.” Kata Farizah lantas memaut lengan Zack. Zack terkebil-kebil.

Mereka berjalan berdua meninggalkan panggung wayang. Last edited by Nicki_Meow on 26-11-2013 03:21 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2013 03:34 PM | Show all posts
“So Zack…” Sambil berjalan, Farizah bersuara.

“Iya?”

“Kenapa Zack tak call Izah?”

Zack senyum. Tak tahu bagaimana hendak dijawab soalan itu.

“Zack tak suka berkawan dengan Izah ke?”

“Isk…bukan macam tu.” Balas Zack.

“Jadi?”

“Niat nak call tu ada, tapi…entah. Takut kalau call nanti, orang tu pulak tak nak layan…”

“Zack tak call, mana Zack tahu orang tu nak layan ke tak…”

Zack tersenyum.

“Izah datang sini, sorang je ke?” Soal Zack pula. Agak pelik juga melihat Farizah berseorangan menonton wayang.

“Taklah. Tadi Izah datang dengan kawan. Lepas tu dia ada hal. Izah pulak malas nak balik awal. Izah  tengok wayang dulu.” Farizah menjawab, berbohong pastinya. Zack terangguk-angguk.

“Rajin Zack tengok wayang sorang-sorang…”

“Tak ada niat pun nak tengok wayang, sebenarnya. Tadi Zack hantar kawan pergi KL Sentral. Lepas tu, macam boring pulak nak balik rumah. Jadi, Zack datanglah sini.”

Farizah senyum.

Isk, main-main mata pulak ko ni! Zack pura-pura melihat jam tangan.

“Izah...Izah nak pergi mana-mana ke lepas ni?” Soal Zack.

“Kenapa?” Farizah menjawab dengan pertanyaan.

“Zack nak balik dah…”

“Oh..okay…” Farizah terdiam. Zack juga kehilangan kata-kata.

“So…I’ll see you around?” Ujar Zack, setelah terdiam beberapa saat.

“Zack…”

“Err…iya?”

“Boleh tak hantar Izah balik?” Laju Farizah membuat permintaan.

"Hantar balik?"

Farizah mengangguk. Zack mula serba-salah.

“Boleh tu…boleh…kot. Tapi…”

“Tapi, apa?”

“Zack naik motor. Takut Izah tak selesa pulak nanti...”

“Oh…” Balas Farizah, pendek.Wajahnya bertukar riak. Zack semakin serba-salah.

“Tapi...kalau errr...kalau Izah tak kisah, nak naik motor....”

“Tak…Izah tak kisah.” Farizah senyum.

Zack terperangkap di situ.

"Jomlah...kalau macam tu." Ajak Zack. Farizah tersenyum dan memaut lengan Zack sekali lagi.
Last edited by Nicki_Meow on 30-11-2013 06:01 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2013 05:08 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 26-11-2013 03:17 PM
@fatehana Iols masih memikirkan camna nak buat 'comeback' si awek vios tersebut.

@kakZue  Reen  ...

sory nak celah jugak neh......
hati is ngatakan awk tudung ungu dlm p.wayang tu aweks vios
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 01:07 AM | Show all posts
Sopn la skit zack...apahl bwk ank dara org naik moto
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2013 05:08 AM | Show all posts
ismaha posted on 26-11-2013 05:08 PM
sory nak celah jugak neh......
hati is ngatakan awk tudung ungu dlm p.wayang tu aweks vios  ...

Ingat takde orang yang perasan...

Nampak sama, tapi (mungkin) bukan dia.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.134525 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list