CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015

[Copy link]
Post time 27-2-2014 02:49 PM | Show all posts




amy & zack...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2014 08:21 PM | Show all posts
Cintan gangster mcm ni Baru best nicki ini Smpai laut ketujuh apa barang
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2014 02:54 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 27-2-2014 02:16 PM
“Sebenarnya Kak, aku tak sangka yang Izah boleh berubah sampai macam tu sekali.” Zack berkata perl ...

Yay!!!! Zack dgn ami!
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2014 02:55 PM | Show all posts
UsuFie posted on 27-2-2014 02:49 PM
amy & zack...

Uols pun team zack dgn ami ek?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2014 02:59 PM | Show all posts
khaizarina posted on 28-2-2014 02:55 PM
Uols pun team zack dgn ami ek?


usu kecelaruan fikiran sejak ramai benor nicki cipta watak heroin,
dah tak tau siapa heroin sebenar....

errr...susah2 sgt uols jelah jadi heroin....

uols kan serba boleh..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2014 03:07 PM | Show all posts
UsuFie posted on 28-2-2014 02:59 PM
usu kecelaruan fikiran sejak ramai benor nicki cipta watak heroin,
dah tak tau siapa heroin seb ...

Jangan kata Usu.... tukang buat cerita ni pun dah kecelaruan fikiran.....

@khaizarina  terus terang ni, belum tau sapa heroin. Bahana cerpen jadi CerPAN



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-2-2014 03:08 PM | Show all posts
sarizu posted on 27-2-2014 08:21 PM
Cintan gangster mcm ni Baru best nicki ini Smpai laut ketujuh apa barang

Tang mana gangsternye citer ni?


Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2014 03:21 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 28-2-2014 03:08 PM
Tang mana gangsternye citer ni?

kecelaruan gak tuuu!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2014 08:29 AM | Show all posts
UsuFie posted on 28-2-2014 02:59 PM
usu kecelaruan fikiran sejak ramai benor nicki cipta watak heroin,
dah tak tau siapa heroin seb ...

iols jadik heroin??? usu buat lawak ek
maunya pakat
tang mana yg serba boleh pun tak tau

pastu @Nicki_Meow pun jd cenggini nak kena ubah plot lg






Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2014 11:52 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 24-2-2014 08:31 AM
Nay... thanks for tacang.

Sejak uols jadi momod sini...iols kaya tacang jah.... (wala ...

Walaupon tak boleh beli nasi lemak tapi.... RA uols akan bertambah2 kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2014 09:15 AM | Show all posts
khaizarina posted on 1-3-2014 08:29 AM
iols jadik heroin??? usu buat lawak ek
maunya pakat
tang ma ...

Mungkin...uols lah awek vios yang misteri itewww.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2014 09:18 AM | Show all posts
Episode 35

Hari Ahad.

Zack dan Amy berjalan seiring masuk ke dalam AEON Big itu. Tempoh hari, Zack sudah berjanji dengan Amy untuk menemani pergi membeli-belah. Oleh kerana Zack sendiri tidak mempunyai apa-apa aktiviti pada hari Ahad, maka dia pun bersetuju tanpa banyak soal. Kalau dulu, jangan kata nak keluar bersama, nak bercakap pun belum tentu. Hubungan yang dulunya bagaikan Tom & Jerry berubah sekelip mata.

Nak kata tak bertengkar langsung pun, tidak juga. Mereka masih tetap bertikam lidah mengikut keperluan semasa. Tapi, bukanlah benar-benar berniat untuk bertengkar. Cuma, perangai dari kecil yang tak mahu kalah itu masih terbawa-bawa hingga kini.

Zack membantu menolak troli sementara Amy ralit memilih barang. Kebanyakannya barang-barang keperluan dan bahan makanan yang menurut Amy, untuk Farizah. Doktor telah mengesahkan tiada apa-apa komplikasi maka Farizah dibenarkan pulang keesokannya. Farizah yang keguguran, perlu dijaga seperti orang dalam pantang bersalin. Tidaklah terlalu protokol seperti orang yang baru bersalin tetapi, sekurang-kurangnya bab pemakanan perlu di jaga. Itu kata Amy. Ya atau tidak, Zack kurang pasti.  

Tak banyak sedikit, Zack tak mampu untuk tidak turut sama memikirkan Farizah.

“Kak, kenapa kau tak suruh Izah balik kampung je?” Zack bertanya. Agak hairan berbaur sedikit kagum. Sanggup Amy bersusah-payah sebegitu demi kawan-kawan. Tapi, memang dari dulu lagi Amy bersikap begitu, terutamanya dengan Farizah.

“Dia taknak. Dia takut Mak Yan risau.” Jawab Amy.

Zack mengangguk. Hati orang tua mana yang tak risau kalau dapat berita, anak sendiri berbuat onar.

“Lagipun, kau tahulah. Kalau family lagi satu dapat tahu, sampai tujuh keturunan dia tak habis kena cerca…” Amy bersuara lagi tanpa memandang ke arah Zack.

Family lagi satu. Zack terangguk-angguk sendiri lagi, memahami.

Hidup keluarga Farizah, agak warna-warni. Farizah ada keluarga besar. Ramai adik-beradik tetapi tak seibu. Ini kerana Pak Sidek, bapa Farizah punyai dua keluarga. Keluarga isteri pertama dan isteri kedua. Agaknya, sudah menjadi tradisi dalam keluarga Pak Sidek untuk mempunyai isteri lebih dari satu. Dari datuk, bapa, hingga ke adik-beradik Pak Sidek sendiri, kebanyakkannya beristeri dua. Last edited by Nicki_Meow on 3-3-2014 02:52 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2014 09:21 AM | Show all posts
Seketika, wajah Mak Yan atau nama betulnya Puan Maryanti, muncul dalam kepala Zack. Berusia awal lima puluhan, kecantikan Mak Yan masih lagi belum ditelan waktu. Mungkin kerana amalan pemakanan Mak Yan atau mungkin kerana, Mak Yan diantara orang yang bertuah kerana dikurniakan kecantikan semulajdi. Dan kecantikan Mak Yan diwarisi oleh kedua-dua orang anak perempuannya. Fazilah si kakak, dan Farizah.

Yang cantik dan molek, belum tentu bahagia sempurna hidupnya. Mungkin balasan, mungkin ujian, tiada siapa yang tahu. Hidup Mak Yan sekeluarga selalu ada pasang surutnya.

Mak Yan adalah isteri nombor dua Pak Sidek. Adatlah apabila menjadi yang nombor dua. Ada yang dapat menerima dengan hati terbuka, ada pula yang kurang suka. Yang suka, memuji. Yang benci, mengeji.

Kata-kata orang sekeliling sudah menjadi asam garam kehidupan keluarga Mak Yan. Apatah lagi, asalnya Mak Yan dari Indonesia. Pendatang katanya walaupun Mak Yan sudah lama mempunyai taraf penduduk tetap. Mak Yan sedar dirinya siapa. Orang tanah seberang yang menumpang kasih dengan suami orang. Maka setiap umpat keji ditelan saja. Redha menerima. Asalkan, anak-anaknya hidup terbela walaupun adakalanya, Fazilah dan Farizah turut sama terkena tempias umpatan.

Keluarga pertama Pak Sidek dan keluarga Mak Yan seringkali di jadikan perbandingan. Keluarga pertama Pak Sidek, duduknya di rumah banglo di atas tanah persendirian. Manakala Mak Yan pula, rumahnya biasa-biasa. Apabila tiba hari raya, Pak Sidek akan menghabiskan masa seharian dahulu dengan keluarga pertama. Barulah menjejak kaki ke rumah Mak Yan.

Hendak dikata Pak Sidek tidak adil pun, tidak juga. Makan pakai keluarga Mak Yan tetap terjaga. Tak dinafikan, Fazilah dan Farizah masih mampu bermewah walaupun tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan keluarga pertama. Cuma mungkin, Pak Sidek kurang adil dari segi kasih-sayang dan perhatian.

Sikap Fazilah, lebih menyerupai Mak Yan yang santun dan pendiam. Bercakap apabila perlu sahaja. Dan seperti Farizah, Fazilah juga menjadi idaman jejaka dek kerana kecantikannya. Jodohnya sampai awal. Ketika umurnya 20 tahun, sudah dipinang seorang jurutera. Bahagia sehingga kini.

Manakala Farizah pula, sikapnya berbeza. Periang dan peramah, menjadi identiti. Tapi, disebalik sikap itu, Farizah seorang yang suka memberontak. Hampir-hampir juga Farizah berkahwin muda tetapi, pinangan dari anak sahabat Pak Sidek ditolak mentah-mentah. Dan kemudian, apa yang Zack tahu, Farizah menyambung pelajaran di sebuah kolej swasta di ibu kota selepas mendapat keputusan SPM.

Semenjak dari itu, tiada lagi berita yang dia dengar mengenai Farizah. Rasa yang dipendam sekian lama juga turut hilang dibawa arus masa. Sehinggalah dipertemukan semula di hari perkahwinan Shima dulu. Tak banyak sedikit, hatinya terusik dengan kenangan lama tetapi, tidaklah sehingga mampu membuatkan dia kembali jatuh cinta.

Mengapa dulu Zack jatuh hati pada Farizah? Secara amnya, sebab Farizah cantik. Dan sama seperti Amy, Farizah memang peramah. Mudah bergaul dengan sesiapa saja. Bezanya, antara Farizah dengan Amy, Farizah lebih santun orangnya. Amy pula, lebih gila-gila. Mungkin kerana keluarga mereka memang begitu. Last edited by Nicki_Meow on 3-3-2014 09:27 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2014 09:40 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 1-3-2014 11:52 AM
Walaupon tak boleh beli nasi lemak tapi.... RA uols akan bertambah2 kan

Pssttt Nay... nak tanya soklan agak bimbo sikit...huhuhu

Stamp kat depan tu sebenarnya untuk apa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2014 11:30 AM | Show all posts
“Zack…”

Suara Amy mematikan lamunan. Zack memandang ke arah Amy yang sedang menjengah barangan dalam troli.

“Aku rasa, cukuplah ni kot…”Amy menyambung kata sambil berkira-kira. Cukuplah untuk bekalan seminggu.   

“Apa lagi? Pergilah bayar…” Ujar Zack.

“Nak bayarlah ni.” Balas Amy lantas bergerak menuju ke arah kaunter bayaran.

“Kau jangan lupa, kak. Kau dah janji nak belanja aku makan lepas ni…” Sambung Zack.

“Aku dah agak, kau memang tak ikhlas teman aku.” Amy membuat muka.

“Kau ingat, aku ikhlas bangun pagi-pagi semata-mata nak teman kau shopping? Boleh jalan.”  

“Diamlah kau! Lain kali, cakap awal-awal kalau tak ikhlas. Huh!”

Zack sengih. Bukanlah dia harap benar dengan balasan belanja makan dari Amy. Saja seronok nak bertengkar. Hobi dari kecil…

Satu persatu barang diletakkan dia atas kaunter. Zack hanya memerhati. Banyak juga barang yang Amy beli.

“Kau nak makan apa Zack?” Sambil mengeluarkan duit, Amy bertanya. Sebentar tadi pun, dia bukan benar-benar mahu bergaduh dengan Zack, saja suka-suka. Rasa pelik kalau tak bergaduh dengan Zack.

“Apa-apa ajelah…” Jawab Zack.

“Apa-apa tu, apa? Karang aku belanja kat mamak je, kau cakap aku tak ada taste lah, kedekutlah…”

“Ala…mamak ke, five star hotel ke, aku okay je…”

Amy senyum.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2014 12:11 PM | Show all posts
Amy memilih sebuah gerai yang menjual Nasi Ayam di kawasan yang berdekatan dengan Vista Tasik. Menu sepaling mudah dan ringkas untuk makan tengahari. Sedapnya terjamin. Lagipun, dekat dengan rumah. Senang nak balik.

“Kau tahu tak, kak? Masa aku nampak kau kat hospital tu, mati-mati aku ingat kau kena bantai dengan Farid.” Zack memulakan perbualan, sementara menantikan makanan yang dipesan sampai.  

“Kenapa kau ingat aku kena bantai dengan Farid?”

“Sebab aku tengok, perangai dia baran lain macam. Macam bagus pun ada…” Balas Zack.

Amy diam. Kebenaran kata-kata Zack memang tak boleh dipertikai. Selama ini, dia dikaburi dengan perasaaan sayang, lalu cuba bertolak-ansur dengan sikap Farid. Namun, peristiwa dimaki-hamun secara total depan orang ramai di Keramat, telah mencelikkan mata. Sayang saja tak guna kalau hati dan perasaan merana.  

Sayangnya, Farid pula yang tak faham Bahasa. Kata putus sudah diberi namun Farid tetap juga mahukan hubungan di sambung semula. Agak buntu apabila soal Farid dibangkitkan. Bengang juga ada. Sikap Farid semakin lama, semakin menjengkelkan.

“Kau main bomoh ke kak? Sampai teruk benar dia angaukan kau?” Soal Zack lagi.

“Bomoh? Kejadahnya Zack, aku nak main bomoh?” Amy membalas. “Tapi, kalau kau ada kenal mana-mana bomoh baik punya, kasi tau aku. Aku nak bomohkan si Farid ni, biar dia benci terus kat aku…”

Zack gelak terbahak. “Apa kata kau kasi santau je?”

“Isk. Itu teruk sangat. Mati karang, tak terjawab aku…”

Zack sambung gelak, Kepala tergeleng.

“Aku ingat, nak face to face dengan si Faridlah. Kasi settle terus. Tak larat dah aku nak layan perangai dia ni. Rimas.” Amy separuh mengadu.

“Kau nak settle macam mana?”

“Tulah…aku ingat…” Ayat Amy termati apabila ‘adik gerai’ datang membawa pesanan makanan mereka. Selepas makanan terhidang, ‘adik gerai’ berlalu.

“Aku ingat, aku nak upahlah sesiapa, berlakon jadi boyfriend aku. Biar si Farid tu putus harap terus…”

Zack tergelak lagi. “Apahal pulak, sampai nak kena upah orang? Kau cakap ajelah terus-terang dengan Farid, yang kau dah taknak kat dia.”

“Berbuih dah Zack. Farid tak faham-faham jugak. Aku tak tahulah, Bahasa apa lagi aku nak guna. Guna bahasa Jawa okay kot...”  

Zack tergelak lagi. Amy sengih.

“Aku rasa, aku tahu siapa yang boleh tolong berlakon jadi boyfriend kau. Tak payah upah. Free of charge.” Selepas mengunyah makanan, Zack berkata.

“Siapa?” Kening Amy terangkat. Last edited by Nicki_Meow on 3-3-2014 01:00 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-3-2014 12:46 PM | Show all posts
“Anep.”

Amy membuat muka tanda-tanya. “Anep? Siapa tu?”

“Housemate aku. Ala…kau ingat tak, masa malam kau gaduh dengan Farid tu. Kan Anep ada sekali, hantar kau balik rumah…”

“Yang rupa macam Remy Ishak tu?”

Zack sengih, terangguk mengiyakan.

“Dia nak tolong ke?” Amy masih berkira-kira.

“Anep jenis tak kisah. Boleh kot…” Balas Zack.

Amy terdiam sebentar.

“Tak payahlah. Dibuatnya awek dia marah ke, apa ke, jadi satu hal lak…”

Zack menarik nafas sebentar. “Anep takde awek pun…”

“Aik, muka sikit punya handsome, takde awek? Biar betul kau ni, Zack?”

“Dia dah bertunang.” Suara Zack mendatar ketika berkata. Amy angkat kening.

“Kalau dia dah tunang, lagilah aku tak nak…” Suara Amy sedikit tinggi.  

“Tunang dia dah meninggal tahun lepas. Leukemia.”

Amy terdiam. Terkebil-kebil memandang Zack yang berterusan menyuap makanan.   

“Kalau macam tu, kau rasa, nak ke dia tolong?” Soalan yang sama terkeluar lagi dari mulut Amy.

“Tak ada hallah. Nanti kita…”

“Jap.” Amy pantas memotong apabila telefon bimbitnya menjerit.

“Aaron…” Amy berkata sendiri setelah melihat skrin telefon. “Hello…”

“Amy.” Suara Aaron amatlah tidak mesra pada pendengaran Amy.

“Hey...Aaron. What’s up?”

Aaron tak bersuara. Dari hujung talian, Amy terdengar nafas turun naik.

“Err…Aaron?”

“Kenapa you tak cakap dengan I yang Izzy miscarriage?!!!”

Suara lantang Aaron membuatkan Amy terkedu.

Macam mana Aaron boleh tahu? Last edited by Nicki_Meow on 8-4-2014 04:07 PM

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2014 12:46 PM | Show all posts
"aku..."  jawab zack sambil.......





laaa...anep ke...choit...








Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2014 12:49 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 3-3-2014 12:11 PM
Amy memilih sebuah gerai yang menjual Nasi Ayam di kawasan yang berdekatan dengan Vista Tasik. Menu  ...

sapa lagi..kaulah zack..free of charge katanya...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2014 01:11 PM | Show all posts
huuh!!! ingat zack nak offer diri sendiri...
anep setuju, terus jadi dgn amy...
sudahnya zack - forever alone jugak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.089894 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list