CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015

[Copy link]
Post time 14-11-2013 01:17 PM | Show all posts
fatehana posted on 14-11-2013 01:05 PM
adakah gadis itu bos baru yg kawan zack maksudkan
atau gadis itu adakah dia si gadis vios itu {:mlw ...


zack tak kenal langsung awek ni masa nampak tu ..maka gadis vios----> undi keluar..

bos baru...belum pernah jumpa----> ada kemungkinan..


apa pun usu pun rasa gadis ni mesti akan ada kaitan dlm citer ni.
takan kebetulan lagi kot nicki..





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2013 01:22 PM | Show all posts

amboih..baru perasan..acik jual nasi lemak tu org utara..

panngil plak cik ta.. mesti vouge acik tu kan..



Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 01:26 PM | Show all posts
UsuFie posted on 14-11-2013 01:17 PM
zack tak kenal langsung awek ni masa nampak tu ..maka gadis vios----> undi keluar..

bos baru. ...

usu cer baca balik ayat ni
Macam pernah ternampak di mana-mana sebelum ini.

so maknanya mungkinkah tu aweks vios tu
dan adakah awek vios tu adalah bos yg dieprkatakan kawan zack
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 01:27 PM | Show all posts
nicki ni kan cer bg sekali entry 10 brlah rs aman
ni saja jer nak mensaspenkan org taw
curlasttt kan panggilan tu cik ta lg sebg penjual nasi lemak  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2013 01:37 PM | Show all posts
Setelah menyapa beberapa rakan sepejabat, Zack pergi ke mejanya. Beg di letakkan di atas meja. Kemudian, Zack berjalan ke arah pantry, membancuh sepeket Nescafe 3 dalam 1 dan kembali ke mejanya. Kelibat Joe Zulkifli belum nampak lagi. Joe Zulkifli selalunya masuk ke pejabat, lima minit sebelum pukul sembilan.

Zack membuka komputer riba. Kemudian, dia membuka pula bungkusan nasi lemaknya. Dimulakan dengan Bismillah, nasi disuap ke mulut.

Sambil-sambil itu, jari Zack turut sama menekan tetikus. Halaman mukabukunya dibuka.

Beberapa status mengarut dari rakan Facebooknya membuatkan Zack menggelengkan kepala.

“Entah apa-apalah. Nak pergi klinik pun…kau hapdet kat facebook…” Bebel Zack sendirian.

Matanya tetap membaca update terkini rakan facebooknya walaupun tak suka.

Liana Aminuddin
I’m Engaged! Alhamdulillah…Photo of My E-day…


Hati Zack terasa seperti ditikam dengan pisau tajam. Sakit...pedih...ngilu. Liana sudah bertunang. Bekas kekasihnya itu sudah bertunang.

Cepatnya kau bertunang?

Gambar-gambar pertunangan Liana di lihat satu persatu.

Liana, gadis pertama yang menjadi kekasihnya. Percintaannya dengan Liana hanya mampu bertahan selama dua tahun. Selepas itu, gadis itu memutuskan hubungan. Alasan Liana, Zack tak serius dalam hubungan mereka. Romantik, jauh sekali. Zack pun tak tahu, apa yang dimaksudkan oleh Liana dengan tidak serius.

Adakah kerana Zack tidak menelefon Liana minimum, enam kali sehari, bermakna Zack tidak serius?

Adakah kerana setiap kali berjumpa, tiada bunga yang dihadiahkan kepada Liana, bermakna Zack tidak serius?

Adakah kerana tiada ayat-ayat jiwang yang dituturkan kepada Liana, maka Zack dituduh tidak serius?

Zack menarik nafas. Senyum tawa Liana bermain-main di mata Zack.

"Urrggghhh!"

Tak boleh jadi ni. Sepatutnya, Liana itu di ‘unfriend’ saja dari Facebooknya. Seharusnya dia buang saja Liana dari hidupnya. Sepatutnya, Liana itu dilupakan saja. Kenangan bersama Liana perlu dikuburkan tanpa nesan sebagai tanda.

Tapi, jauh di sudut hati, Zack belum mampu melupakan Liana sepenuhnya.

Zack mengeluh perlahan. Gambar-gambar Liana ditatap satu persatu dengan hati menggerutu.

Apalah kau Zack! Orang dah tak nak…kau terhegeh-hegeh lagi, nak buat apa? Dah tu…jadi stalker. Loosernya kau Zack. Kau memang looser Zack. Looser. LOOSER! Looooossssee…

“Hello handsome…”
Last edited by Nicki_Meow on 24-11-2013 07:01 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 01:40 PM | Show all posts
fatehana posted on 14-11-2013 01:26 PM
usu cer baca balik ayat ni

so maknanya mungkinkah tu aweks vios tu



ooh...haish..tulah entry pendek2 lagi...

kalo camtu cantik lah..gadis vios aka bos baru..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2013 01:57 PM | Show all posts
UsuFie posted on 14-11-2013 01:40 PM
ooh...haish..tulah entry pendek2 lagi...

kalo camtu cantik lah..gadis vios aka bos baru..

khennn usu, beriya nak speku buh lg satu entry
hisyyyy harap2 apa yg kita harapkan akan ada yg mengena
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 02:04 PM | Show all posts
fatehana posted on 14-11-2013 01:57 PM
khennn usu, beriya nak speku buh lg satu entry
hisyyyy harap2 apa yg kita harapkan akan ada yg me ...


kekeke..
habis kita kaka ana..

jgn nicki hot nnt disuruhnya kita buat novel sendiri...




go..go nicki...  



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2013 02:06 PM | Show all posts
Zack mengangkat muka. Terjongol wajah Jay di hadapannya.

“Hi Jay.” Balas Zack. Tersenyum sedikit.

“Zack..lama tak nampak you. Cuti ke?”

“Yes…darling. I cuti…” Jawab Zack. Jay ketawa manja.

“You janganlah cuti lama sangat. I riiiiiiiiiiiiiinnnndu kat you…” Sengaja jari Jay bermain-main dengan kolar baju Zack. Zack tersengih walaupun terasa geli-geleman. Kalau dulu, Zack akan melarikan diri setiap kali ternampak Jay. Tak sanggup digoda. Tapi sekarang, Zack sudah lali. Geli-geleman pun sudah berkurangan. Semua orang sudah tahu perangai Jay. Dia memang suka bermanja dengan semua orang.

Jay membebel entah apa-apa disebelahnya. Zack sekadar mengangguk saja, malas mahu melayan. Sambil-sambil itu, matanya memandang ke skrin komputer riba, membaca email. Baru beberapa hari bercuti, kerjanya sudah berlambak. Patutlah Joe Zulkifli merungut.

“Jamal!” Panggil Mr. Balraj, Pengurus bahagian F&B. Lebih dikenali dengan nama Papa B.

“Yes?” Jay menyahut.

“Come.” Papa B memanggil Jay masuk ke pejabatnya.

"Kacaulah papa ni. Okaylah. Bye Zack. See you later...k..." Kata Jay lalu membuat flying-kiss pada Zack. Zack mengangkat kening dan tersengih sendiri. Tapi, apabila Jay pura-pura mahu menciumnya, pantas Zack menjauhkan muka lalu mengacu penumbuk.

"Zack...ganas. I like. Bye baby...." Jay berlalu pergi sambil ketawa.

Zack menggelengkan kepala dan bernafas lega. Matanya kembali ke skrin.


Hi Zack,

I’ve been told that you are on leave and will be back to the office today.

We need to discuss about the upcoming newsletter  - design and etc. Please come to my office, anytime today when you are available.

Thanks.

Kind regards,
Zareen Hakim

Zareen Hakim ini pasti pengurus baru bahagian Marcom yang diberitahu oleh Joe Zulkifli semalam. Zack membuang bekas nasi lemak ke dalam tong sampah. Nescafe 3 dalam 1 dihabiskan. Setelah mulutnya dikesat dengan tisu, Zack bangun dan menuju ke bilik Pengurus Marcom.

Tok! Tok!

Pintu yang memang terbuka, Zack ketuk perlahan.

“Thanks Jessy.” Zareen meletakkan gagang telefon lalu memandang ke pintu.

Nafas Zack terhenti seketika. Mukanya bertukar warna. Mereka bertentang mata. Saling berpandangan, lama.

“You must be Zack…” Zareen memecah sunyi. Dia tersenyum manis. Senyuman yang sama seperti pertemuan mereka pagi tadi.

Zack terangguk perlahan. Dia tak mampu bersuara. Terasa ingin lari. Tapi, nak lari ke mana?

Muka Zack tebal menahan malu. Awek yang disangka anak Makcik Ita itu rupanya, Pengurus Marcom yang baru. Last edited by Nicki_Meow on 24-11-2013 07:07 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2013 02:14 PM | Show all posts
fatehana posted on 14-11-2013 01:05 PM
adakah gadis itu bos baru yg kawan zack maksudkan
atau gadis itu adakah dia si gadis vios itu {:mlw ...

Alaaaaa.....baru nak buat sepraissss.....




Tepat sekali! Boss baruuu....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 02:15 PM | Show all posts
kaka ana...mengena dowh..! bingo...!

awek nasi lemak...


ayookk...jay = jamal..padan ler geli geleman..  



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2013 02:16 PM | Show all posts
UsuFie posted on 14-11-2013 01:22 PM
amboih..baru perasan..acik jual nasi lemak tu org utara..

panngil plak cik ta.. mesti vouge aci ...




Ini Makcik Ita....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2013 02:21 PM | Show all posts
Haruskah iols menambah colan-colan heroin?

1) Amy -  1 Vote
2) Awek Vios - 3 Vote
3) Farizah - 0 Vote
4) Boss Marcom baru a.k.a awek nasi lemak -

Sila vote...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 02:24 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 14-11-2013 02:21 PM
Haruskah iols menambah colan-colan heroin?

1) Amy -  1 Vote


tulah..rasa nak berpaling tadah nak vote bos baru jer..





Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 03:59 PM | Show all posts
Nicki ada new story rupanya. Intro sgt menguja kan  SYABAS BETI!  Tapi oils x dpt join buat masa ni...   uols teruskan. Bila lady dah settle semua urusan,  lady join uols.

Berusaha!  !

Usu, ibu maulana iqy.. Salam 10 Muharam.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 04:12 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 14-11-2013 03:59 PM
Nicki ada new story rupanya. Intro sgt menguja kan  SYABAS BETI!  Tapi oils x dpt join buat masa ni. ...



Ladyyyyy........

(eksaited nmpk lady sampai tak terkata...)


cepat selesaikan urusan & dtg bwk pulut kuning kat sini..






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2013 09:13 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 14-11-2013 02:14 PM
Alaaaaa.....baru nak buat sepraissss.....

cepat2 sambung lg dah keatgih pulak nie
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 09:14 AM | Show all posts
UsuFie posted on 14-11-2013 02:15 PM
kaka ana...mengena dowh..! bingo...!

awek nasi lemak...

wakaka usu kali ni terkena pulak
siyes bab jay tu mahu muntah jadinya kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 09:15 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 14-11-2013 02:21 PM
Haruskah iols menambah colan-colan heroin?

1) Amy -  1 Vote

ada 2 pilihan diberikan nicki
walau akak nak bos marcom tu sebg awek zack tp akak ttp nak si awek vios enterprame gak
x kira tamak ke apa nak gak
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 09:33 AM | Show all posts
fatehana posted on 15-11-2013 09:15 AM
ada 2 pilihan diberikan nicki
walau akak nak bos marcom tu sebg awek zack tp akak ttp nak si ...



errr...kalo camtu soh zack amek 2-2 la kan..

cuma siapa yg sudi jadi no.1 & no. 2...









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.288150 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list