CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015

[Copy link]
Post time 20-11-2013 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
UsuFie posted on 20-11-2013 01:42 PM
owh...kate bkn cameo...  

zack...takan setiap ppuan jumpa nak jatuh hati kot...

Khennnn cam senang plk zack ni nk TERjatuh chenta
Kwn is ok but not for steady gelpren
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2013 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 20-11-2013 01:47 PM
Cukuplah sampai Kate. Ramai-ramai sangat kang, tak logik pulak mamat 'Average Joe' macam ...

Mmg ada tp xdelah cam mudah sgt tersangkut kt semua yg dtg tu
Still menimbang tara juga kesemua calon
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 20-11-2013 02:00 PM
.... Tergelak besar depan PC....



Mohtepppp benor buh jay mahu pingsan nnt mak zack
Dan terbu tang biji mata semua org
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Zack o zack..mne pulak budak bertuah ni,sonyap jo...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 12:06 PM | Show all posts
fatehana posted on 20-11-2013 07:58 PM
Mmg ada tp xdelah cam mudah sgt tersangkut kt semua yg dtg tu
Still menimbang tara juga kesemua c ...

But the point is - memang pernahlah mengalaminya?



Senarai calon-calon itu sekadar gurauan jah. Idoklah semudah ABC si Zack tu nak jatuh chenta pada sebarangan awek. Kewujudan Kate diperlukan untuk memanjangkan jangka hayat cerita ni ....


Cuma ada dua awek je yang Zack betul2 suka. Siapakah awek yang bertuah itu?

Siapakah akhirnya yang menjadi pilihan Zack? Atau siapakah yang akan memilih Zack?

Atau adakah Zack akan Forever Alone?










Iols buat cerita...tapi iols pun pening......camna tu?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 12:15 PM | Show all posts
Episode 8

Cik Reen,

Attached is the draft of the 2014 CNY promo as requested.

Regards
Zack Iskandar


Klik.

Jari Zack menekan butang send. Kemudian, Zack menarik nafas panjang. Terasa lega setelah menghantar newsletter yang dikehendaki oleh Cik Reen. Zack telah terlepas tarikh deadline selama dua hari. Jadi, sebelum Cik Reen naik hantu, lebih baik Zack siapkan secepat mungkin.

Bukanlah susah sangat pun, untuk menyiapkan  newsletter. Tak perlu guna kreativiti yang banyak. Gambar pun Zack kitar semula dari tahun-tahun yang lepas. Masukkan ayat berbunga-bunga yang dikarang oleh Cik Reen dan siap!

Susah tak susah, Zack mengambil masa juga untuk menyiapkannya. Kerja-kerja yang lain bertimbun menunggu giliran untuk disiapkan.

Zack menyandarkan badannya di kerusi lalu menggeliat sedikit untuk menghilangkan lenguh. Tiba-tiba saja, telefon bimbitnya berbunyi, menandakan ada mesej Watsapp yang masuk.

Kate Banham
Hey Zack! What time is your lunch time?


Sambil menghirup air Nescafe 3 dalam 1, Zack membalas mesej Kate di Whatsapp.

Zack Iskandar
15 minutes from now. What’s up?

Kate Banham
Mari makan tengah hari dengan saya

Zack Iskandar
Awak punya ayat sangat skema

Kate Banham
Apa itu skema?

Zack Iskandar
Scheme

Kate Banham
What do you mean by my words is scheme?

Zack Iskandar
Adoilah minah ni.

Kate Banham
Siapa pula minah ini?


Kali ini, Zack tergelak besar. Walaupun dia mengagumi kegigihan Kate untuk menggunakan Bahasa Melayu tetapi, cara Kate menggunakan bahasa Melayu agak kelakar pada Zack. Kate hanya pandai menggunakan bahasa buku. Kalau bahasa pasar, memang Kate kurang faham.

Zack Iskandar
Forget it.

Kate Banham
So, lunch?

Zack Iskandar
No problem. Where?

Kate Banham
Starbucks?

Zack Iskandar
Mamak stall…can?

Kate Banham
Can can


Zack tergelak lagi.

“Joe.” Panggil  Zack. Dia perlu memberitahu Joe Zulkifli bahawa hari ini dia tidak akan makan bersama seperti selalu.

Isk! Zack terasa macam bercinta pula dengan Joe Zulkifli.

“Joe!” Zack bersuara lebih kuat apabila Joe Zulkifli tidak menyahut panggilannya. Kali ini, Joe Zulkifli menolak kerusinya ke belakang lantas menjengah Zack dari balik kubikel.

“Ya?”

“Aku makan kat luar hari ni.” Kata Zack.

“Okay.” Pendek saja jawapan Joe Zulkifli lalu menarik kerusinya kembali.

Busy sangat ke mamat ni? Zack kehairanan sedikit.

Pastinya sedang sibuk. Jika tidak, Joe Zulkifli pasti akan bertanya pelbagai soalan. Keluar dengan siapa? Kalau awek, siapa namanya? Berjumpa di mana?

Sebab itulah kadang-kala, Zack terasa seperti bercinta dengan Joe Zulkifli…

“Kau buat apa, Joe?” Soal Zack lalu bangun menjengah ke computer milik Joe Zulkifli. Saja nak menyibuk hal Joe Zulkifli pula. Selalunya, Joe Zulikifli yang suka menyibuk hal Zack.

“Ceh! Aku ingat busy buat kerja! Main Candy Crush rupanya…” Tempelak Zack. Joe Zulkifli tak membalas, hanya ketawa tanpa memandang langsung ke arah Zack.




Tepat seperti yang dijanjikan, Zack turun kebahagian lobby dari tingkat 14, pejabatnya.

Zack Iskandar
Coming now. I’ll wait for you at the main lobby.

Kate Banham
Okay
Last edited by Nicki_Meow on 24-11-2013 05:20 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-11-2013 01:40 PM | Show all posts
Sambil menunggu makanan yang dipesan sampai, Zack dan Kate berbual-bual berdua. Kate masih suka menggunakan bahasa Melayu walaupun kedengaran pelat. Adakalanya Zack terasa janggal juga kerana dia perlu mendengar dengan penuh teliti akan butiran kata yang ditutur oleh Kate.

“I was born in Kota Kinabalu.” Kate mula bercerita.

“When I was two years old, my family pandah to Subang.”

“Pindah…” Pantas Zack membetulkan. Kate tersengih.

“My family pindah ke Subang. Daddy saya seorang jurutera in one of the oil and gas company. I bersekolah di sekolah Cina dari darjah satu sampai tingkatan tiga.”

“Wah…you can speak Chinese meh?”

“Mandarin to be exact and a little bit of Cantonese. When I was sixteen, my daddy bersara. Kami satu keluarga ikut daddy tinggal di Birmingham.”

Segelas Teh O ais limau yang dipesan Zack dan Milo Ais yang dipesan Kate sampai.

“Okay. So that explains why your bahasa Melayu sounds retarded.” Kata Zack sambil tersengih.

“Hey! At least, I got the effort to speak…” Balas Kate, sedikit geram. Zack tergelak.

“Jadi, macam mana awak boleh kembali ke Malaysia dan bekerja di Kuala Lumpur?” Akibat berbual panjang dengan Kate, ayat Zack turut menjadi bahasa buku.

“After finished my study, I came back to stay with my grandparents. I kerja di Kota Kinabalu for a while. Then, my nenak passed away.”

“Nenek…”

“Ah..nenek. Passed away and then datuk I pun passed away six months after that. So, I pindah ke Kuala Lumpur dan bekerja di sini.”

Zack terangguk-angguk.

“Tell me about yourself.” Ujar Kate.

“Ordinary.” Pendek saja jawapan Zack.

“Is that it?”

Zack senyum. Tiada apa yang istimewa yang boleh diceritakan tentang diri sendiri.  Dia sendiri tak tahu apa yang hendak diceritakan tentang dirinya.

“Born in Johor. Works in the hotel for four years now.” Kata Zack.

“Tidak ada girlfriend?”

“Sudah tidak ada.”

Kate tersengih. “Tipu.”

“Betul. Tidak ada.”

Kate tersenyum.

“I ada boyfriend. He’s now in Singapore. We didn’t see each other for more than a year. He didn't contact me either. But I’m sure, he’ll be back to KL very soon.”

“Oh..okay.” Zack terangguk-angguk.

“He promised to marry me before he left. I know he will keep his words. Even though my friend said…he will not coming back. But, I trust him. He will come back to me…” Wajah Kate menjadi mendung secara tiba-tiba.

"He'll come back right...Zack?"

Zack tidak menjawab. Dia cuma memandang ke arah Kate, agak lama. Membuat tafsiran sendiri tentang diri Kate dalam diam.

“Ah..stupid me. I should have not told you that. We just met.” Kata Kate.

“It’s okay. You can tell me everything. I don't mind. Kitakan kawan…” Balas Zack.

“Ya..kita kawan. I like that.” Kate tersenyum. Last edited by Nicki_Meow on 30-11-2013 05:39 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 01:52 PM | Show all posts
Hampir ke pukul dua, Zack kembali semula ke pejabat. Belum sempat duduk di kerusi, Joe Zulkifli terus menyampaikan pesan.

“Zack, Cik Reen suruh kau masuk ofis dia…lepas lunch..”

“Dia nak apa?” Soal Zack.

“Tak tau. Pasal newsletter kot…” Balas Joe Zulkifli. Matanya tak memandang Zack kerana menumpukan perhatian kepada skrin computer.

Zack mengurut tengkuknya.

“Sekarang ke?”

“Ye kot…” Joe Zulkifli menjawab, acuh tak acuh.

Dengan langkah perlahan, Zack menuju ke pejabat Zareen.




TokTok

Pintu yang sememangnya terbuka, Zack ketuk dengan perlahan. Zareen mengangkat muka.

“Cik Reen nak jumpa saya ke?” Zack bertanya.

Zareen menjawab soalan Zack dengan anggukan dan senyuman manis seperti biasa.

“Ada apa Cik Reen?” Soal Zack lagi.

“Duduklah.” Suruh Zareen. Zack menurut perintah.

Zack diam. Menunggu Zareen memulakan kata.  

“Zack, this is the newsletter for Chinese New Year promo, tahun 2012. Yang ini, 2011. And this one, 2013.” Sambil bersuara, Zareen menunjukkan satu demi satu newsletter di hadapan Zack.

“Yang ini, newsletter untuk 2014, yang baru je awak email pada saya.” Zareen meletakkan lagi sekeping newsletter di hadapan Zack.

“Tell me Zack, what’s the different?”  

Dengan kening berkerut, Zack melihat ke arah semua newsletter di atas meja. Sama saja. Tak ada yang berbeza. Apa yang tak kena?

“Err…tahun?” Jawab Zack. Itu saja perbezaan ketara yang ada di newsletter itu yang Zack nampak.

“Awak loyar buruk dengan saya ke?”

“Eh..tak adalah.” Pantas Zack menjawab.

“So then, tell me. What’s the different?”

Ajak main teka-tekilah pulak. Kening Zack terangkat. Matanya mengarah kepada newsletter yang terletak di atas meja sekali lagi. Memerah otak mencari di mana perbezaan di antara kesemua newsletter itu.
Last edited by Nicki_Meow on 24-11-2013 05:31 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2013 01:58 PM | Show all posts
“Tak ada beza pun Cik Reen. Sama je…”

“Tahu pun. 2011, 2012, 2013. Semua gambar yang awak pakai untuk newsletter, gambar yang sama. 2014 pun, awak guna lagi gambar yang sama. Awak tak ada gambar lain ke, Zack?”

Barulah Zack mula memahami, perkara yang hendak disampaikan oleh Zareen. Tapi, kalau iya pun, tak perlulah nak main teka-teki.

“Ms. Parveen dulu...okay je pakai gambar yang sama untuk CNY promo…tiap-tiap tahun…” Zack menjawab dengan memetik nama bekas bossnya yang dulu. Silap besar di situ kerana wajah Zareen mula bertukar menjadi serius.

“Well, Ms. Parveen is not your boss anymore, isn’t it?” Balas Zareen, sinis.

Zack menegakkan badannya, mula tak selesa dengan keadaan itu. Dia tahu, Zareen menyindir.

“Okay. Saya tukar gambar untuk promo 2014. Cik Reen nak gambar apa?”

“Saya tak tahu.”

Pulak? Berkerut kening Zack.

“Habis tu, Cik Reen yang suruh saya tukar gambar. Cik Reen beritahu sayalah, Cik Reen nak pakai gambar apa…”

“Saya yang kerja graphic ke, awak yang kerja graphic? Kalau saya yang nak kena fikir pasal ni, baik saya tak payah ada staff graphic…” Walaupun bernada tenang, kata-kata yang di ucapkan oleh Zareen terasa pedas.   

Zack tersentap sedikit. Bengang pun ada. Tapi, Zack kekal mendiamkan diri, tidak melawan. Sedar diri yang dia cuma pekerja, Zareen itu boss. Boss cantik pulak tu...

“Gambar Yee Sang ni, gambar tahun berapa?” Zareen menyoal lagi.

“2008.”

“Kenapa pakai gambar yang dah outdated? Kalau you compare dengan newsletter hotel lain, memang out lah…” Sambung Zareen.

Zack mendiamkan diri. Bossnya yang terdahulu, Ms. Parveen, tak pernah merungut tentang gambar-gambar yang diguna-pakai. Tapi dengan Cik Reen, banyak pula songehnya. Habis semua dipersoalkan.

“I want new photos. And please, be creative! Balik-balik gambar waitress pakai cheongsam dengan limau mandarin. Kita bukannya nak bagi limau free pada guest. Tukar.” Zareen memberi arahan. Zack tak bersuara mahupun mengangguk. Dia sedang memikirkan sesuatu.   

"Let me know if you have any idea..."

“Zack…” Panggil Zareen apabila Zack mendiamkan diri agak lama.

“Cik Reen nak gambar barukan?”

“Yup.”

“Next Friday, ada photoshoot untuk Cake of the Month. With your approval, kita boleh shoot sekali gambar baru untuk CNY promo.” Ujar Zack, agak serius juga suaranya.

“Saya tak sure... apa Chinese dish yang sesuai. So, kalau Cik Reen boleh dapatkan nasihat dari Chef Cheng…dish apa yang kita boleh pakai untuk newsletter…that would be good.”

Zareen tersenyum sedikit. Beberapa saat kemudian, dia mengangguk tanda bersetuju.

“I’ll get Chef Cheng’s advise pasal Chinese dish and then, confirm to you later, before Friday.” Balas Zareen. Zack mengangguk.

“Good.” Kata Zareen lagi. Zack tersenyum sumbing memandang Zareen.

Keadaan menjadi sunyi.
Last edited by Nicki_Meow on 24-11-2013 05:35 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 02:06 PM | Show all posts
“Err…Cik Reen. Ada apa-apa lagi ke?” Zack tak senang duduk apabila keadaan sunyi sebegitu berlarutan lama.

“Err..hhmmm…tak ada.” Balas Zareen. Dia pura-pura melihat jam tangan.

“Kalau macam tu, saya keluar dulu.” Kata Zack. Zareen mengangguk.



“Oh..by the way, Zack. Saya tak tahu pulak yang Kate tu girlfriend awak….”

Hampir sampai ke pintu pejabat, Zack terdengar Zareen berkata. Pantas dia berpaling kembali.

“Kate?”

“Saya nampak awak keluar berdua tadi.”

Ah sudah…

“Err...Kate bukan girldfriend saya Cik Reen.”

Zareen senyum sinis.

“Betul Cik Reen.”

Zareen masih senyum sinis. Zack tak tentu arah.

“Serius Cik Reen. Kita orang kawan je. Tadi pun cuma pergi makan. Bukan dating pun. Percayalah.” Beriya-iya pula Zack menerangkan duduk perkara sebenar. Tak tahu kenapa dia menggelabah bila Zareen bertanya pasal Kate.

“Okay.” Balas Zareen. Masih tersenyum tapi tidak lagi sinis.

“Cik Reen kenal Kate ke?”

“Sekadar kenalan. Saya pernah pergi travel agent bawah tu...” Terang Zareen.

“Sebenarnya, saya pun baru je kenal dia. Dua hari lepas, dia pinjam lighter saya masa nak hisap rokok…”

“Oh…awak hisap rokok rupanya…”

Zack terdiam sebentar.

“Err..Kenapa? Cik Reen tak suka orang hisap rokok ke?”

“Tak.” Pendek jawapan Zareen.

Otak Zack mencerna maklumat itu dengan pantas. CIK REEN TAK SUKA PEROKOK.

Memang kau tak ada harapanlah…Zack!

“Saya keluar dulu.” Zack meminta diri sekali lagi.

Zareen mengangguk perlahan. Matanya menyoroti langkah Zack sehingga Zack hilang dari pandangan.

What's wrong with me? Zareen menggelengkan kepalanya sendiri.


Last edited by Nicki_Meow on 24-11-2013 05:39 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 02:31 PM | Show all posts


Lagi Nicki....

dalam proses mencerna siapa yg sesuai utk zack...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 03:31 PM | Show all posts
UsuFie posted on 22-11-2013 02:31 PM
Lagi Nicki....

dalam proses mencerna siapa yg sesuai utk zack...

Awat? Dah berpaling tadah lagi ke?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 03:34 PM | Show all posts
“Cik Reen nak apa, Zack? Soal Joe Zulkifli apabila Zack kembali. Dengan muka yang cemberut sebegitu, Joe Zulifli mudah mengagak yang Zack telah berkonflik dengan Zareen.

“Banyak songehlah.” Rungut Zack tanpa menerangkan apa yang berlaku dalam pejabat Zareen tadi. Joe Zulkifli tersengih.

Zack duduk di kerusi dengan senyap. Nafasnya dihembus kasar. Bengang! Sindiran pedas Zareen masih terngiang-ngiang di telinga. Di depan Zareen, tidak pula dia mahu menunjukkan kebengangannya itu. Belakang Zareen, baru nak merungut.

Zack merengus. Kemudian, Zack mengurut tengkuknya sendiri. Ketegangan yang dirasa tadi mula hilang sedikit demi sedikit.

Ada dua perkara bermain di fikiran Zack kala ini. Satu, kenapa Cik Reen nak marah-marah tak tentu pasal? Pasal gambar, perkara kecil saja.

Dua, kenapa Cik Zareen membangkitkan soal Kate secara tiba-tiba? Seandainya benar sekalipun, Kate itu teman wanitanya, itu adalah hal peribadi. Tak perlu rasanya Cik Reen masuk campur.

Hhmmm…

Zack kembali menumpukan perhatian kepada kerja. Last edited by Nicki_Meow on 30-11-2013 05:49 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 03:54 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 22-11-2013 03:31 PM
Awat? Dah berpaling tadah lagi ke?



payah nak jadi telangkai camni..

pencen lah...  





Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2013 12:28 AM | Show all posts
Cik reen cmbru ya...tu psl byk songeh
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2013 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Jd cm abam nuar Jeng x kawin2...4ever alone..hehe..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2013 05:18 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 6-11-2013 10:43 AM
Telefon bimbit dikeluarkan dari poket sebelah kiri. Zack melalukan jari ke skrin, memeriksa telefonn ...

Nickiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.Awat cheq tak perasaaan ada cerita baru!
hahhahahahahah.Yesssss!ada rumah nak menempel

notakaki: awat cerita hang ni kena ngan cheq.hahaa..Janganla ada orang yg forever alonee


Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2013 10:27 AM | Show all posts

Freddieeeee......   

lama x nmpk....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2013 10:31 AM | Show all posts
kakZue posted on 23-11-2013 11:23 AM
Jd cm abam nuar Jeng x kawin2...4ever alone..hehe..

Abam nuar Jen memilih sangat

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2013 10:32 AM | Show all posts
freddianza posted on 25-11-2013 05:18 PM
Nickiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.Awat cheq tak perasaaan ada cerita baru!
hahhaha ...

Haluuu Fred.

Tang mana citer ni yang ada kena mengena dgn hang?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.311069 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list