CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015

[Copy link]
Post time 4-3-2014 12:37 PM | Show all posts
Sambung la nicki...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-3-2014 04:10 PM | Show all posts


Kalau Zack offer diri sendiri, tak mengikut tema cerita kekdahnyeeee....




Sambungan dari semalam punya...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2014 04:12 PM | Show all posts
Episode 36

“Mana you tahu, dia miscarriage?”

“Macam mana I tahu, you tak payah tahu. Tapi, you patut beritahu I pasal ni. Kenapa you tak cakap langsung?!”

Amy terdiam. Serba-salah. Pada Farizah, dia sudah berjanji untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang hal ini, termasuk Aaron. Oh, dia sudah terberitahu Zack tetapi itu boleh kira halal.

“Where is Izzy?”

“Ada..kat rumah.”

“Where are you now?” Nada suara Aaron turun satu oktaf tapi masih dalam kategori tinggi.

“I tengah makan…”

“I on the way pergi rumah you sekarang. I nak jumpa Izzy.”

Talian terus dimatikan. Amy termengkelan. Telefon diletakkan di atas meja.

“Kenapa?” Zack menyoal.

“Aaron. Dia dah tahu pasal Izah.”

“So?”

“Dia nak datang rumah, nak jumpa Izah.”

“So?”

“So…so. So apa lagi? Kenalah balik…” Balas Amy.

“Makanlah dulu…”

“Aku dah hilang selera.” Jawab Amy.

“Makan dulu. Tak ke mana pun si Izah nak lari…” Sambung Zack. Amy senyum sumbing tetapi dia menghabiskan juga makanan tengaharinya.

***
Last edited by Nicki_Meow on 4-3-2014 04:46 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2014 04:14 PM | Show all posts
Lebih kurang dua puluh minit kemudian, Amy dan Zack tiba dirumah. Aaron sudah pun terpacak di depan pintu. Entah berapa lama dia sudah berada di situ, tiada siapa yang tahu. Amy cuba mengambil hati dengan menghadiahkan senyuman tetapi dibalas dengan senyum tak ikhlas.

“You should have told me…” Aaron bersuara perlahan. Tidak lagi meninggi seperti ketika bercakap di telefon. Wajahnya mendung. Amy semakin serba-salah. Sudah berjanji dengan Farizah untuk tidak memberitahu sesiapa. Juga sudah berjanji dengan Aaron untuk melaporkan apa saja perkara mengenai Farizah. Situasi tersepit ditengah-tengah.

Padan muka aku. Baik hati sangatkan…

“I’m sorry Aaron. Izah tak kasi I beritahu sesiapa. Including you…” Tutur Amy. Tak tahu apa lagi yang boleh dijelaskan kepada Aaron. Aaron menarik nafas panjang.

“I nak jumpa dia. Please…”

Amy diam memandang ke arah Aaron, berkira-kira sendiri. Kemudian, pandangannya beralih kepada Zack sambil memberi isyarat telepati bermaksud ‘Kau tunggu sini.’ Memahami isyarat itu, Zack mengangguk dua kali.

Amy membuka pintu rumah luas-luas dan membiarkan Zack dan Aaron masuk.

Amy menuju ke arah bilik tidur Farizah. Pintu diketuk beberapa kali. Apabila tiada sahutan, Amy terus membuka pintu dan masuk ke dalam.

Aaron duduk di sofa. Resah. Kehadiran Zack dipandang sepi. Langsung tidak diendahkan. Fikirannya lebih tertumpu kepada Farizah. Zack juga, turut tidak memulakan tegur sapa. Membiarkan saja lelaki cina itu dengan masalahnya. Last edited by Nicki_Meow on 5-3-2014 04:17 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 04:17 PM | Show all posts
alamak...

usu dah termakan roti exp 28 feb...  

harap tak sakit perut le...



nicki...teruskan....  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2014 04:24 PM | Show all posts
“Izzy…” Aaron bangkit dari sofa apabila ternampak Farizah keluar dari bilik. Amy berada dibelakangnya.

“You buat apa kat sini?” Farizah menyoal, dingin. Reaksinya menyebabkan Aaron semakin gelisah.

“I nak jumpa you…”

“Nak buat apa?”

“Izzy.” Aaron melepaskan keluhan. “Kenapa you tak beritahu yang you…miscarriage?”

“Tak ada apa pun yang I patut beritahu pada you.”

“You should!”

“Why?”

“Sebab itu pun anak I, Izzy. I patut tahu!” Suara Aaron mula meninggi. Farizah menelan air liur. Tak banyak sedikit, hatinya mula tersentuh dengan kata-kata Aaron.

“Well…dah tak ada. Baby tu..dah tak ada…” Suara Farizah bergetar ketika berkata.

Aaron mengeluh panjang. Sikap Farizah kali ini benar-benar menimbulkan berang. Sukar Aaron memahami, kenapa Farizah bertindak begini. Farizah sepatutnya memberitahu perkara ini kepadanya. Dia ada hak. Sungguhpun bayi itu telah tiada, sekurang-kurangnya, Farizah patut memberi dia ruang untuk berkongsi rasa.

Entah apa yang ada dalam fikiran Farizah, sungguh dia tak tahu. Kenapa susah sangat untuk Farizah mengerti, yang dia benar-benar sayang? Dia benar-benar cinta. Dan dia bukan jenis lelaki yang tidak bertanggungjawab. Sudah berkali-kali dia katakan, dia akan menanggung segala perkara. Apa masalah Farizah sampai hatinya begitu keras?

“Why are you doing this to me?”

“Doing what?” Farizah mula meninggikan suara. “You patut happy sebab you tak payah nak bertanggungjawab.”

“Siapa cakap I happy?” Aaron turut meninggikan suara. “Kalau you ingat I happy sebab I hilang you, you silap. I tak happy langsung. In fact, I macam nak gila fikir pasal you, tahu tak?”

Farizah diam.

“Izzy…you tahu tak, yang I betul-betul sayangkan you?” Aaron berkata lagi. “Kenapa you langsung tak bagi I peluang?”

“Peluang apa yang you nak, Aaron?”

“Peluang nak bersama dengan you. I love you Izzy. I sanggup buat apa saja untuk you.”

“Cukup Aaron! You tahu berapa banyak lelaki kat luar sana yang ucap benda yang sama pada I? Tapi tak seorang pun yang betul-betul ikhlas!”   

“Ya…I tahu. Ramai lelaki yang tergila-gilakan you. I am one of them and I betul-betul sayangkan you.”

Farizah menarik nafas panjang.

“Izzy…marry me.”
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-3-2014 04:36 PM | Show all posts
UsuFie posted on 4-3-2014 04:17 PM
alamak...

usu dah termakan roti exp 28 feb...  

Kawan iols habaq...lepas tarikh luput, boleh makan lagi dalam seminggu.

Tapi kalau dia tipu, iols pun tipulah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2014 04:37 PM | Show all posts
Farizah terkebil-kebil mendengar soalan itu. “You nak kahwin dengan I?”

“Yes. I nak kahwin dengan you. I tak tahu apa yang pernah jadi dalam hidup you sebelum ni sampaikan you anggap semua lelaki tak guna. Tapi I tak peduli. I sayang…you.”

“Aaron, it’s not that easy. Kalau you nak kahwin dengan I, you kena tukar agama.” Suara Farizah mula rendah.

“I know. If that what it takes to marry you, I’ll do it.” Aaron nampak yakin dengan kata-katanya.

Farizah memejamkan mata. Kepalanya tergeleng beberapa kali.

“Tukar agama bukan macam tukar baju, Aaron. I tak nak you tukar agama semata-mata nak kahwin dengan I. You kena ikhlas.” Farizah mengeluh perlahan. Ya, dia akui yang dia telah jauh tersasar. Tikar sejadah hanya disentuh beberapa kali. Telekung sekadar di buat perhiasan. Tapi, dia tak sanggup sekiranya Aaron menukar agama hanya semata-mata mahu berkahwin, bukan ikhlas dari hati.

“I ikhlas tukar agama sebab I ikhlas nak kahwin dengan you. Will that make sense?”

Farizah kehilangan kata-kata. Fikiran bercelaru. Mereka terdiam lama. Zack dan Amy turut terpaku menonton drama depan mata.

"Aaron...I..." Ayat Farizah terhenti.
Last edited by Nicki_Meow on 4-3-2014 10:24 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2014 04:45 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 4-3-2014 04:36 PM
Kawan iols habaq...lepas tarikh luput, boleh makan lagi dalam seminggu.

Tapi kalau dia tipu, io ...


ooo....ok lakan kalu camtu...

usu pun dgr jenis minuman packet yg 3in1 tupun kalu dah exp...
theyolls recycle, repack balik...huhu....

opis lama usu pernah beli kopi 3in1 brand tesco..
skali usu minum..hamek kau..'sarang' lipas dihujung lidah..euuu...




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2014 09:07 AM | Show all posts
“I rasa, baik you balik. Jangan cari I lagi.” Suara Farizah mendatar. Ada esakan yang cuba ditahan.

“Why…Izzy?” Suara Aaron kembali tinggi.

“Sebab I…nak mulakan hidup baru. I nak berubah. Cukuplah selama ni I hidup macam tak ada arah tujuan…”

“I nak hidup dengan you.”

“You berhak untuk dapat orang yang lebih baik dari I, Aaron.”

“But, I want you.”

“You tak faham ke? I cakap I taknak!” Farizah hampir menjerit.

“Betul you tak sayangkan I?” Aaron menyoal keras. Farizah diam. Bibirnya bergerak-gerak mahu menyatakan sesuatu tetapi tiada apa pun yang keluar.  

“Baliklah.” Farizah berpaling untuk kembali ke bilik tidur.

“Izzy!” Aaron merentap lengan Farizah, memaksa Farizah berhadapan dengannya. Hampir-hampir saja Amy mahu masuk campur tetapi segera dihalang oleh Zack.

“Aaron, tolong lepaskan I.”

“I love you.”

“But I don’t!”

“Look into my eyes and tell me, that you don’t love me.” Mata mereka bertentangan, lama.

“Baliklah Aaron. I tak nak jumpa you lagi…” Dalam tangisan, Farizah bersuara. Anak matanya dilarikan ke arah lain. Terasa genggaman Aaron di lengannya terlepas.

“Izzy…I…” Aaron tidak meneruskan kata-kata. Sudah sehabis dayanya dia cuba memujuk. Sekuat hati dia cuba membuatkan Farizah faham. Tetapi, itu semua sia-sia. Setelah apa yang berlaku diantara mereka, hati Farizah tetap keras.

Aaron berundur perlahan-lahan. Rasanya, tiada lagi keperluan untuk dia berada di sini.

“Amy, sorry kalau selama ni, I menyusahkan you. Thanks for everything.” Habis berkata, Aaron melangkah keluar. Amy terpinga-pinga.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2014 10:02 AM | Show all posts

soh jer pokcik harun hantar rombongan cik kiah pi minang izah..




mesti izah terharu & terus terima...  



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2014 10:20 AM | Show all posts
Farizah terduduk di sofa lalu menangis semahu-mahunya.

“Izah…” Amy meluru ke arah Farizah. Tubuh Farizah dirangkul dan dipeluk kejap.

“Aku tak boleh, Amy. Aku tak boleh…” Farizah mengongoi.

“Sudahlah tu. Sabar banyak-banyak.” Pujuk Amy.

“Ehemmm…” Zack pura-pura batuk untuk menarik perhatian Farizah.

“Izah, aku tak faham kenapa kau sanggup seksa diri sendiri macam ni.” Zack berkata perlahan. “Aku mintak maaf kalau masuk campur hal kau ni. Tapi, sebagai lelaki…aku rasa Aaron tu betul-betul sayangkan kau. Kenapa kau keras hati sangat tak nak terima dia?”

Farizah diam.

“Takkan sebab kau pernah kecewa sebelum ni, kau tutup pintu hati kau untuk orang lain?”

“Kau tak faham, Zack.”

“Kau tak terangkan, mana aku nak faham…”

“Zack, cuba kau tengok aku.” Suara Farizah meninggi. “Hidup aku sendiri tunggang-langgang. Solat pun aku jarang buat. Macam mana aku nak bimbing dia kalau aku sendiri perlukan orang untuk bimbing aku?”

Zack geleng kepala. “Kalau kau tak bagi peluang, macam mana kau nak tahu?”

“Peluang apa lagi, Zack? Peluang apa?”

“Peluang untuk kau maafkan diri sendiri dan orang yang pernah sakitkan hati kau. Tinggalkan semua sejarah hidup yang lepas dan mulakan hidup baru. Peluang untuk kau berubah jadi lebih baik dari semalam. Peluang untuk orang lain sayang dan terima kau seadanya.”

Farizah telan air liur.

"Buka hati kau, Izah. Tak salah kau mulakan semua tu dengan orang yang kau sayang."

"Maksud kau?"

"Aku tahu, kau sendiri sebenarnya...sayangkan Aaron, betul tak?”

Farizah geleng kepala.

“Betul kau tak sayangkan dia?” Zack bertanya lagi.

Farizah mengangkat muka, memandang lama ke arah Zack. Kemudian, pandangannya beralih kepada Amy.

Seketika kemudian, Farizah bangun, meninggalkan mereka berdua tanpa berkata apa-apa.

***
Last edited by Nicki_Meow on 5-3-2014 10:22 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2014 10:56 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 4-3-2014 04:10 PM
Kalau Zack offer diri sendiri, tak mengikut tema cerita kekdahnyeeee....

aku suka lagi amy ngan adep tuh.......rasanya amy ngan zack eloklah kekal adik beradik walaupun tiri...lgpun...zack tengah mencari2 cinta lagi tuh...huhu....

Niki...aku baygkn zack ada pelakon yg sawo matang tuh...ala yg jd ank kepada penggali kubur...'Tanah Kubur' tuh...Syafiq Kyle...ok tak?...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2014 11:03 AM | Show all posts
Tak faham ai dgn izah. Time ni la pulak nak kisahkan soal siapa nak bimbing dia. Choi!!

Sajenya pun nicki nak mencipta konflik. Kalau tak, tak cukup 500 ms.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2014 11:09 AM | Show all posts
sellie003 posted on 5-3-2014 10:56 AM
aku suka lagi amy ngan adep tuh.......rasanya amy ngan zack eloklah kekal adik beradik wal ...



Shukri Yahya tak okay ke?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2014 11:11 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 5-3-2014 11:03 AM
Tak faham ai dgn izah. Time ni la pulak nak kisahkan soal siapa nak bimbing dia. Choi!!

Sajenya  ...



Tahu takpe. Minimum 400 ms okay?

(In real life, ada sorang kawan perangai macam Izah. Based on life dia le kiranya ni....hahahahaha)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-3-2014 11:12 AM | Show all posts
Lama Aaron berdiri di tepi keretanya. Memerlukan sedikit masa untuk menenangkan fikiran. Sukar untuk dia fokus memandu dalam keadaan otaknya bercelaru.

Aaron pun tak tahu, kenapa teruk benar penangan Farizah padanya. Seumur hidup, tak pernah lagi dia merayu begini teruk kepada seorang perempuan. Semasa dengan Emily, mereka putus tanpa banyak bicara. Itu kerana Emily yang terlebih dulu curang dengan Badli. Dengan Natasha Huda, mereka berbincang dan putus dengan cara baik. Entah mengapa dengan Farizah, dia sukar untuk melepaskan semuanya. Dia susah untuk melupakan Farizah. Dia tidak mahu meninggalkan Farizah.

Tapi, Farizah tak pernah memberikan dia walau satu peluang…

Be strong, bro. Be strong.

Aaron menyeluk poket jeans sebelah kanan. Kunci kereta dikeluarkan. Lebih baik dia beredar saja. Buat apa tunggu lagi kalau orang dah tak sudi?

“Aaron!”

Baru saja dia mahu membuka pintu kereta, namanya dipanggil kuat. Lantas dia menoleh.

Aaron menelan air liur. Farizah berdiri dihadapannya dengan wajah sembab. Air mata tak henti mengalir. Biarpun begitu, Farizah tetap nampak cantik pada matanya.

“Yes…?” Aaron bersuara, mendatar. Farizah maju menghampiri.

“Aaron. I pernah jatuh sebelum ni. I jatuh dan I tak tahu macam mana nak bangun semula. That deep black hole makes me sick…”

Aaron diam.

“You boleh tolong I?” Farizah bertanya.

“Tolong apa?”

“Tolong tarik I dari lubang tu. I tak sanggup nak tinggal dalam tu lagi.”

Lama Aaron memerhatikan Farizah tanpa suara. Cuba memahami butir bicara.

“Is this for real?” Soal Aaron pula.

Farizah angguk.

“Not a joke?”

Farizah geleng.

Perlahan-lahan, Aaron mengukir senyum dibibir. Jari Farizah digenggam erat.

***
Last edited by Nicki_Meow on 5-3-2014 01:18 PM

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2014 11:13 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 5-3-2014 11:09 AM
Shukri Yahya tak okay ke?

Weh! Ni hero main ombak tau!



Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2014 11:14 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 5-3-2014 11:09 AM
Shukri Yahya tak okay ke?

oh budak tuh...ok gak... itu imaginasi kita jek...aku leh lak terbayag budak tuh...soci jek muka dia...kena lak ngan watak zack tuh...tuh aje pom...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2014 11:17 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 5-3-2014 11:12 AM
Lama Aaron berdiri di tepi keretanya. Memerlukan sedikit masa untuk menenangkan fikiran. Sukar untuk ...

Ciss! Baru nak feeling sexcited naik roller coaster, dah sampai.

Mcm riding roller coaster kanak2 saja feelingnya!

Ke sudah cover bajet 400?


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.538604 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list