|
KL, 6 NOV 2013: Seandainya Murai Batu menyebut nama penyanyi ini, pasti ramai tahu gerangan empunya badan. Malah, penyanyi ini pernah membuat kontroversi pergaduhan dengan seorang selebriti popular yang melibatkan sebilangan artis lelaki kacak.
Apapun, Murai Batu amat terkejut setelah mendapat tahu penyanyi ini dalam keadaan bahaya kerana terlibat dengan kes jenayah wang yang melebihi RM100,000.
Pun begitu, menurut sumber Murai Batu, penyanyi ini bukanlah yang bersalah tetapi dia menjadi mangsa seorang insan yang dalam diam ada pendam perasaan dengan teman baik penyanyi berkenaan. Lebih kurang cinta terhalang, katanya.
Korek lebih dalam mengenai kes tersebut, Murai Batu difahamkan penjahat berkenaan sebelum ini pernah banyak kali memperdaya artis popular tempatan. Nak disebut artis itu, panjang senarainya.
Namun, selepas ditahan polis, dia dikatakan sudah pun insaf.
Bagaimanapun, dia kini dikhabarkan kembali mengganas dengan tipu helah baru dengan menggelapkan mata penyanyi yang baru kehilangan wang lebih RM100,000 itu.
Dengarnya, nasib baiklah maruah penyanyi itu tidak diambil si penipu berkenaan yang bukan saja manis berkata-kata tetapi turut menggunakan ilmu hitam.
Merisik gerangan si penjahat itu, penyanyi ini memaklum satu sidang akhbar akan dibuat dalam masa terdekat yang mana ramai lagi mangsa akan muncul bagi menangkap penjahat yang sedang menyembunyi diri itu.
Apa kes pun, Murai Batu menasihatkan kepada semua artis yang ada sekarang ini supaya mengambil langkah berhati-hati. Sebabnya, penjahat ini sering menyamar dan mencari mangsa baru.
MURAI BATU: Muka baik tapi hakikatnya dia raja segala kongsi gelap.
|
|