CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8783|Reply: 84

Lahaii..Roslan Shah tak jadi kahwin bulan Disember(update:kecewa tak jadi kawin

[Copy link]
Post time 7-11-2013 09:47 PM | Show all posts |Read mode
Kalau da ada thread ni, mohon mod katup. TQ in advance! @teky





Penyanyi dan pengacara, Roslan Shah mendedahkan dia akan menunda majlis perkahwinannya bersama wanita yang dikenali sebagai Ana. Jika mengikut perancangan awal, majlis perkahwinannya dengan wanita yang berasal dari Pantai Timur itu sepatutnya diadakan pada bulan Disember ini.

“Saya terpaksa tangguhkan perkahwinan ini. Saya sasarkan akan berkahwin pada bulan Disember, namun begitu saya menundanya ke awal tahun hadapan. Saya menunda perkahwinan ini bukanlah atas sebab kewangan atau pun sebab lain, tapi saya menundanya kerana bapa Ana kurang sihat dan kerana faktor cuaca yang kurang baik di Pantai Timur pada bulan Disember,” jelas Roslan memulakan temubual.

“Harapan saya adalah agar semua mendoakan yang terbaik untuk saya dan bakal isteri. Ana merupakan seorang wanita yang berstatus ibu tunggal dan mempunyai dua orang anak. Saya terima statusnya sebagai ibu tunggal secara terbuka dan dia juga menerima saya seadanya,” ujar Roslan ketika ditemui di jelajah promosi filem ‘Paku’ baru-baru ini.

Dalam pada itu, Roslan yang sebelum ini selalu terpalit dengan isu hangat dan kontroversi mahu masyarakat mengenalinya menerusi kerja seni yang dilakukan olehnya.

“Sebagai seorang penghibur, dahulu saya dikenali dengan pelbagai kontroversi. Namun begitu, kini nama saya tidak lagi dikaitkan dengan sebarang isu. Apa yang saya mahu lakukan sekarang adalah saya ingin fokus kepada kerjaya saya. Saya mahu orang melihat saya menerusi bakat, bukannya menerusi isu hangat ataupun kontroversi,” cerita Roslan lagi.

Mengulas mengenai perkembangan terbaru, Roslan kini menjadi pengacara bagi program bual bicara yang berjudul ‘Diva De Vida’. Rancangan bual bicara berteraskan kecantikan dan wanita tersebut ditaja oleh Vida Beauty. Menampilkan selebriti tempatan terkemuka seperti Anzalna Nasir, Tasha Shilla, Didie Alias dan Sharifah Sakinah dalam setiap episod, program ini bersiaran setiap Isnin, jam 9.30 malam di Astro Prima.

Selain itu, Roslan juga bakal tampil menerusi telefilem terbaru yang berjudul ‘Si Wayar Putus’ di samping Sharifah Sakinah, Hairi Safwan dan Kazar Saisi. Telefilem tersebut diterbitkan oleh AFS Pictures dan bakal bersiaran di TV9 kelak.

Last edited by tapibukanaku on 16-12-2013 08:12 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2013 09:55 PM | Show all posts
alahai // ape2 jelah kan
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 09:58 PM | Show all posts
adam nikah dengan che ta pun terpaksa tangguhkan, sebab adam busy layan cari forum
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2013 10:02 PM | Show all posts
tomet05 posted on 7-11-2013 09:55 PM
alahai // ape2 jelah kan

nak kahwin dgn ibu tunggal ada anak
moga dipermudahkan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2013 10:02 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 7-11-2013 09:58 PM
adam nikah dengan che ta pun terpaksa tangguhkan, sebab adam busy layan cari forum

ajak lah che ta layan porem sekali

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 10:03 PM | Show all posts
tapibukanaku posted on 7-11-2013 10:02 PM
ajak lah che ta layan porem sekali

taknak. nnti allignment dia lari. asyik dada tertekan keyboard je.. rosak keyboard lappy adam tau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2013 10:07 PM | Show all posts
wa mcm tak caya je dia nak kawin..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2013 10:08 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 7-11-2013 10:03 PM
taknak. nnti allignment dia lari. asyik dada tertekan keyboard je.. rosak keyboard lappy ada ...

owh ye lah. lupa dada che ta tajam kan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-11-2013 10:09 PM | Show all posts
salimrock posted on 7-11-2013 10:07 PM
wa mcm tak caya je dia nak kawin..

percaya lah uols..dia lelaki sejati tau..tiada was2 lagi tau

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 10:11 PM | Show all posts
wa sanggup jalan kaki la  dari jln bukit bintang  ke jalan alor  kalo dia kawin dlm masa 6-10 bulan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 10:12 PM | Show all posts
dari dulu kata nk kahwin tapi x kahwin2..ni alasan banjir lak..mak x kuasa taw..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2013 10:14 PM | Show all posts
salimrock posted on 7-11-2013 10:11 PM
wa sanggup jalan kaki la  dari jln bukit bintang  ke jalan alor  kalo dia kawin dlm masa 6-10 bulan  ...

sampai jalan alor uols nak buat apa??


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2013 10:15 PM | Show all posts
eLiaD posted on 7-11-2013 10:12 PM
dari dulu kata nk kahwin tapi x kahwin2..ni alasan banjir lak..mak x kuasa taw..

uols ni. dia nak kawin dgn ibu tunggal. sungguh murni hasrat beliyau

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 10:16 PM | Show all posts
ape2 pon smg berbahagialah
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 11:07 PM | Show all posts
tapibukanaku posted on 7-11-2013 10:14 PM
sampai jalan alor uols nak buat apa??

nak body massage..ha.ha..



Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia nk kahwin ngan laki mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2013 11:19 PM | Show all posts
hahahaha.. dah jadi thread lawak dahhh..

bertabahlah abam roslan.. mudah-mudahan terlaksana haserat murnimu iteww..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 11:35 PM | Show all posts
putih lahh abam roslan nih.. sapu klorox ker? ihihi
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasenye dari zaman mangga kot dia asyik x jd kawen
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 11:49 PM | Show all posts
mizzmimi posted on 7-11-2013 11:19 PM
hahahaha.. dah jadi thread lawak dahhh..

bertabahlah abam roslan.. mudah-mudahan terlaksana hase ...

Kannnnnnnn.. jeles I..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.064297 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list