Wartawan Zubir Mohon Maaf Pada Ummi Nazeera
Hari ini, wartawan yang hebat mereka cerita tidak betul siapa lagi kalau bukan Zubir memohon maaf kepada Ummi Nazeera di atas penerbitan gosip yang membabitkan nama Ummi Nazeera dengan Aeril Zafrel. Melalui kenyataannya, Zubir memohon maaf secara terbuka terhadap Ummi dan keluarganya serta menyatakan gosip tersebut direka pihak tidak bertanggungjawab untuk memanaskan lagi isu pernikahan Aeril dan Wawa Zainal. Dia juga berharap pihak lain tidak menyibuk.
BACA: Ummi Nazeera Nafi Nikah Aeril Zafrel, Bidas Wartawan Zubir
“Zubir mohon maaf secara terbuka terhadap Ummi dan keluarganya atas penerbitan gosip berkenaan. Apabila Ummi sudah menafikannya menerusi Twitter, Zubir anggap gosip berkenaan sekadar khabar angin yang sengaja dicipta atau direka pihak tidak bertanggung jawab untuk memanaskan lagi isu pernikahan Aeril-Wawa. Harap pihak lain tidak menyibuk!”
BACA: Zubir BiPop Berlagak Diri ‘Tuhan’?
Gosip yang timbul sebelum ini juga menuduh perubahan imej berhijab Ummi adalah diseabkan pernikahan yang berlaku antara beliau dan Aeril. Walaubagaimanapun, Ummi yang kini masih menuntut di Melbourne, Australia menyatakan bahawa perubahan beliau ke arah kebaikan itu adalah berlandaskan kesedaran beliau terhadap agama Islam yang seharusnya dipatuhi oleh Muslimah yang lain.
|