Calon isteri kaki kikis!
SS tumpang gembira bila dapat berita baik mengenai artis lelaki ini bakal menamatkan zaman duda-nya tidak lama lagi. Bagi SS, tiada salahnya artis itu berkahwin lagi kerana dia berkemampuan dan sudah lama pun hidup sendirian membesarkan anaknya itu.
Bila sudah ada isteri nanti, sekurang-kurangnya meringankan tugas artis lelaki itu kerana ada isteri yang akan menguruskan makan minumnya di rumah sekali gus menjaga anak ketika dia sibuk memenuhi pelbagai undangan per-sembahan di serata tanah air.
Khabarnya, calon isteri artis lelaki itu juga seorang artis wanita yang sama-sama terbabit dalam bidang seni. Tak kisahlah siapapun calon isteri artis lelaki itu cuma ada cerita negatif yang disampaikan rakan SS mengenai artis wanita berkenaan.
Kata rakan SS lagi, artis wanita itu rupa-rupanya seorang kaki kikis dan sering mengumpan lelaki ‘berduit’ untuk kepentingan peribadinya dan keluarga. Orang yang menjadi dalang di sebalik perbuatan buruk artis wanita itu adalah ibunya sendiri.
Mengucap panjang SS, bila dengar ada ibu yang sanggup ‘menjual’ anak sendiri semata-mata untuk hidup mewah?
Sebelum ini, kata rakan SS, artis wanita itu pernah bercinta dengan seorang ahli perniagaan di ibu kota. Boleh dikatakan hampir habis duit ahli perniagaan itu dikikis sepanjang mereka menjalinkan hubungan.
Apabila ahli perniagaan itu ingin melamar artis wanita itu memberi bermacam alasan untuk mengelakkan dari sebarang komitmen.
Nasib baiklah, ahli perniagaan itu cepat sedar diri dan terus ang-kat kaki selepas menyedari dirinya hanya dipergunakan artis wanita itu dan ahli keluarganya.
SS harap artis wanita yang dimaksudkan segera hentikan perbuatan buruknya itu kerana jika tembelang-nya pecah dia dan keluarganya juga yang malu nanti.
SS bukannya apa, kalau cerita buruk ini diketahui artis lelaki itu takut dia pula yang akan menjauh-kan diri darinya kerana takut menerima nasib seperti ahli perniagaan berkenaan.
SS: Duit segunung pun akan habis kalau dicangkul.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/09
P/S : Nak pakai torch light ke idak ni?? Macam dia jerr macam dia jerrr
Last edited by rosasa on 9-11-2013 09:18 AM
|