CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41226|Reply: 243

Jika lelaki dapa bidadari di syurga, wanita dapat apa?

[Copy link]
Post time 9-11-2013 12:36 PM | Show all posts |Read mode
assalamualaikum, aku tahu isu ni sangat sensitif dan kontroversial tapi aku berharap ada rakan2 di sini yang mampu memahamkan aku tentang isu poligami dan bidadari syurga, adalah kehendak wanita untuk menjadi "one and only", especially bila dah banyak berkorban untuk suami di dunia, korban tenaga, duit, beri dorongan, menjaga kehormatan, bersekang mata untuk menjaga anak dan sebagainya... di mana kebanyakan dari tugas2 menguruskan rumahtangga diletakkan atas bahu sang isteri lebih dari para suami. kebanyakan apa yang wanita mahukan ialah seorang lelaki, seorang suami, yang sayang dia, setia kepadanya, bersesuaian dengan pengorbanan yang telah dilakukan nya untuk suami dan keluarga/ anak2 mereka.. itu sahaja yang menjadi kehendak mereka. jadi di sini ada beberapa persoalan yang aku mahu timbulkan

1 )adakah bidadari diciptakan untuk lelaki sahaja, bukan wanita?
2 )bagaimana kalau seorang wanita mahu kehidupan di syurga hanya bersama suaminya sahaja, memikirkan yang dia sacrifice di dunia untuk hidup bersama dengan suami nya di syurga tanpa ada wanita lain, berdua selamanya?
3 )bagaimana pula kalau kehendaknya berlawanan dengan kehendak suaminya? seperti apa yang kita tahu, nature lelaki adalah berkehendak kan ramai wanita (walaupun xsemua begitu), jadi sekiranya suami wanita ini berkehendakkan ramai wanita di syurga, adakah wanita ini tadi akan diciptakan seorang lelaki yang lain, menyintainya sebagaimana yang dia inginkan, setia kepadanya sepenuh hati, dan tidak pandang kepada perempuan yang lain selain dirinya? atau wanita2 di syurga terpaksa berkorban juga seperti di dunia, terpaksa menerima suaminya dari dunia yang berhajatkan ramai wanita, kerana sudah termaktub jikalau wanita di dunia masuk ke syurga bersama suaminya di dunia, maka itu lah pasangan nya, walaupun pasangan nya itu berkehendakkan ramai isteri sedangkan wanita itu hanya mahu dirinya menjadi one and only? aku tahu di syurga tiada rasa cemburu dan segala sifat2 mazmumah yang lain, tapi ramai wanita tidak mahu bersama dengan lelaki yang berintimasi dengan wanita lain, adakah possible untuknya berkehendakkan supaya Tuhan mengurniakan monogamy kepadanya di syurga nanti?
4 )bagaimana dengan wanita yang sabar di dunia, berharapkan kehendaknya untuk tidak berkongsi suami di syurga menjadi kenyataan? aku terbaca dalam hadis2 menyebutkan bahawa Allah akan membuang semua rasa negatif dan sifat mazmumah dalam diri setiap hambanya di syurga, so mereka xperlu risau tentang rasa cemburu di syurga. tapi bagaimanakah ini boleh justify segalanya tentang nature yang dikurniakan kepada seorang wanita di dunia? instead diberikan apa yang dikehendakinya di syurga nanti, dia di "brainwash", tetapi berlainan dengan lelaki, mereka xperlu give up apa2 kerana apa yang mereka mahukan di dunia adalah apa yang mereka dapat di akhirat nanti. kenapa Allah tidak remove kehendak/ nature lelaki yang berkehendakkan ramai wanita itu sendiri, sedangkan Dia remove rasa cemburu di dalam diri wanita? adakah wanita di syurga tidak punya perasaan, hanya, dikurniakan emosi gembira sahaja, wanita hanya empty being? maafkan aku, astaghfirullah, tapi aku rasa situasi ini kurang adil untuk wanita? atau ada explaination lain yang aku tidak tahu?

maaflah kalau soalan aku ni terlalu kontroversi. tapi Islam menggalakkan kita berfikir dan mencari jawapan. bukan sekadar mengikut tapi dalam hati penuh tanda tanya. aku yakin Tuhan tu Maha Adil, jadi aku yakin ada explaination di sebalik pertanyaan aku, aku sedar cabaran sebenar ialah masuk syurga itu sendiri, tapi aku juga mahukan motivasi supaya aku lebih yakin dengan apa yang menunggu di syurga. aku banyak mencari jawapan kepada persoalan ini, dan aku dapati kebanyakan lelaki tidak dapat menyelami permasalahan kenapa ada wanita yang concern pasal benda ni. kerana, menjadi lelaki lebih mudah untuk motivasikan diri, untuk mengharapkan syurga, sebab apa yang dijanjikan di syurga untuk mereka adalah apa yang mereka mahukan di dunia.  jadi aku berharap sangat2, ada yang mampu memberikan aku penjelasan. aku tak mahu terus dihanyut rasa curiga. bantulah aku........

Last edited by hani85 on 9-11-2013 12:43 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2013 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
1st...back to to basics. ..
Dalam tangan kau(sorang perempuan) ada seratus ringgit.duit tu sapa punya?
Dalam tangan laki kau (seorang lelaki) ada seratus ringgit gak.duit tu sapa punya?
Jawapannya...duit dalam tangan kau tu adalah hak mutlak kepunyaan kau.
Dan duit dalam tangan laki kau bukan hak mutlak miliknya. Ada bahagian untuk isteri dia, anak2 dia, mak ayah dia, masyarakat, agama dan sebagainya.
Sama juga diri seorang suami, bukan hak milik sepenuhnya sorang isteri. Dia milik anak2nya..ibunya..ayahnya.. masyarakat..agamanya..
Setiap orang perempuan MESTI paham ini yang Allah tentukan.bukan pilihan.kalau kau faham benda ni, separuh dari pertanyaan kau dah terjawab...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2013 01:54 PM | Show all posts
@ PitMie

@burungantu

pertanyaan yg sering ditanyakan oleh liberalist.

cepat cepat sebelum tesis palsu lain dikeluarkan - it happened before.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2013 02:05 PM | Show all posts
akudansesuatu posted on 9-11-2013 01:49 PM
1st...back to to basics. ..
Dalam tangan kau(sorang perempuan) ada seratus ringgit.duit tu sapa pun ...


saudara,

last week ada satu polemik hebat tentang tudung, pertanyaan liberalist apa bukti tudung. banyak yg dikelaurkan untuk kebenaran tapi pemahaman macam itu jugak.

something yg saya perhatikan , persoalan begini memerlukan pemahaman mantap yg tiada ragu lalu terima

so , kalau saudara baca posting pertama TT, nak merasa lebih yakin ....untuk bermotivasi

saya tertanya bahawa

setahap itukah manusia yakni kita sebagai hamba tak faham basics like apa itu iman , islam dan ihsan sampai mempersoalkan  ya RABB - dan disoal hal ini atas dasar - manusia disuruh berfikir  yes, don't we?

inilah adaah caveat s yg selalu diguna nampak pemikiran itu terperangkap dalam rangka  pemikiran

humanisme dan liberalisme

di mana mereka meletakkan intelek itu atas dari iman, secara tidak sedar meletak al -Haq itu ditentu oleh mereka sendiri - ada yg tak faham bhs arab pun  - atas dasar itu konsep dan elemn utama iman, sekadar ungkapan di mulut barangkali tidak dihayati  - maka bila tiada pemahaman definsi iman dan penghayatan itu maka

anda akan mengesan frasa frsa

nak jadi bermotivasi
lebih bermotivasi
seakan akan apakah kita pasti masuk syurga  first time ...?

dan lagi satu about equality in genders

pada mereka yg level pemikiran rendah equality bermaksud = SAMA

depa tak mau ADIL

depa nak sama

kita tahu adil tak semestinya sama

saya boleh dan menerima  adil tak semestinya sama, sapa yg faham basics akan faham ini , fahamkan adil tak semestinya sama?

tapi golongan ini menggunakan self defense atas nama equality  dan jelas depa tak tahu yg adil mempunyai konsep makna yg lebih luas dan bijak

maka anda akan melihat  soalan soalan ini

seakan akan hamba berkata kepada ALLAH ( dengan itu  tertanya doi mana penghayatan manusia sebaik baik kejadian , di mana penghargaan  kepada ALLAh yg mengizinkan satu kitar nafas baginya diizinkan untuk dirinya?)
kita tertanya di mana kefaham dan sense of gratitude, penghayatan kat situ lubuk berfikir ALLAH siapkan ruang untuk menerjah , menjelajah kebuk ilmu untuk manfaat manusia ...semata mata atas tujuan untuk beribadat kepada-Nya ( ibadat ni ada khussu dan umum okena faham juga sat ni dep apikaiq atas tikaq solat je )  sampai mana penghayatan kita dalam Ilmu ( revealed knowledge ) untuk kita  berasa yg Apa DIA jadikan itu penuh hikmah ? itu tak nak persoal....ye?

semuanya terselindung di balik - nak pemahaman yg lebih ...supaya lebih bermotivasi...hmm? sedangkan syurga itu , ya ALLAH tengolah profile org yg dijanjikan syurga apa yg depa hadapi kat dunia...

kalau tiada ganjaran bidadari maka semua maka apakah kita berasa kecewakah ? to whom ? ALLAH atau terperangkap dengan pemikiran  yg seperti ini ??? ? jadi nak kata ALlah itu tak adil ( nauzubillah !!!!!!) sedangkan DIA itu penuh dengan RAHMAT dan MAHA PENYAYANG - just have a look at ourselves ....segala fungsi kita as manusia - kita masih ambil things for granted  ya , sebab kita tak memghayati ilmu mungkin especiallay sapa blajaq sains dia akan actually akur yg ya ALLAH terlalu bijak tuhan ku ini dalam mencipta sesuatu , amazing ...?

atau lebih teruk , nak give up sajakah?

lihat saja Asiah , lihat saja keluarga Yasser ...

lagi satu bagi yg sering mempersoal

cer  cari ganjaran yg diterima oleh seorg syahid ?
dia boleh ajak banyak kaum keluarganya  masuk syurga ( i think 7 .org ke ..70? sila check )
dan ganjaran bidadari syurga untuk syahid
apakah kita masih mengatakan tak adil ???

Last edited by mbhcsf on 9-11-2013 02:21 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2013 03:27 PM | Show all posts
daripada tanya tentang nikmat syurga baik sediakan amalan hendak ke syurga.. sebahagian daripada rukun iman percaya kepada pekara ghaib.. syurga neraka pekara ghaib.. nak tahu? boleh. tp kena mati dahulu.. kalau nak mati selamat? cukupkan amalan.. kalau xnk xpelah..

bila dah beriman, mula lah kita mengenali diri dan perbaiki diri kita ke arah lebih baik

dulu ada juga sy nk tanya pekara2 sebegini. at the end of the day, sy soal diri sy? layak ke aku? sedangkan kt dunia pun asyik tergoda lalai leka lagi mahu jd penghuni syurga... so back to our self.. cermin kan diri kita..

senang cerita jgn tanya apa yang bakal kita dpt. tp tanya apa yang kita buat utk dptkan our target.. that is the good question.. jgn risau.. ALLAH takkan berbelah bahagi kasih sayang kepada hambanye berdasarkan jantina.. ALLAH cipta lelaki perempuan untuk saling memerlukan.. bukan untuk kiasu dan berat sebelah..  
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2013 05:03 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 9-11-2013 03:27 PM
daripada tanya tentang nikmat syurga baik sediakan amalan hendak ke syurga.. sebahagian daripada ruk ...

wow Ustaz Adam...amboi...bagus sungguh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-11-2013 06:36 PM | Show all posts
ok la aku paham apa yang korang nak sampaikan. tapi aku masih xjumpa jawapan nya. asik2 benda yang sama. boring. pergi la even ke forum inggeris pun, orang masih akan marah kenapa ada perempuan yang nak pertikaikan apa ganjaran yang mereka dapat di syurga nanti. aku sedar, yes, yang aku memang bukan pun yakin yang aku akan masuk syurga. kau orang pun sama. semua sama. kecuali nabi2, dan sahabat2 yang dijanjikan syurga. aku bertanya kan atas dasar ingin tahu. sbb benda ni dah lama aku tertanya. jika, naluri wanita itu inginkan seorang suami yang dijadikan untuknya, hanya untuk nya, maka, itu tidak salah bukan? sebab itu naluri yang dijadikan Tuhan dalam hati kebanyakan wanita. sama juga macam lelaki yg nalurinya dijadikan mahu bersama dengan ramai wanita. lelaki cinta dan lemah dengan wanita2 yang cantik. dan kita juga tidak boleh salahkan lelaki, sebab itu pun adalah naluri yang dijadikan untuk mereka juga. namun, naluri lelaki itu masih ada dibawa ke syurga, lantas mereka dibolehkan berpoligami di syurga bersama isteri2 mereka termasuk bidadari yang sedia ada. namun, adakah naluri wanita masih ada di dalam syurga? bagaimana dengan naluri mereka yang mahukan seorang suami yang memandang mereka seorang, tidak kepada yang lain? adakah di dalam syurga kelak sememangnya naluri tersebut hilang, disebabkan tiada rasa cemburu, hasad dengki segala2 sifat mazmumah yang ada di dunia ni? dan jika naluri wanita ini sememangnya hilang terus, dan lelaki pula boleh retain naluri mereka yang berkehendakkan untuk bersama ramai wanita cantik, mengapa di dunia wanita diberi naluri "possessive" sedangkan naluri itu di syurga akan dihilangkan, dan naluri lelaki masih retain? sudah cukup rasa cemburu wanita di dunia, di syurga, masih terpaksa berkongsi suami, walaupun rasa cemburu semua dihilangkan. maaf, aku langsung tiada niat untuk menidakkan ketentuan Allah. aku cuma keliru. konfius. selagi aku tak dapat jawapan yang tepat, aku masih akan rasa ada something yg xlengkap dalam hati aku. beban yang tidak hilang.

jika kau orang semua hanya nak mengulang benda2 yang sama aku pernah baca dlm forum inggeris sebelum ini, maka lupakan lah. semua jawapan di atas bukan jawapan yang aku mahukan. jika tiada jawapan, tutup sahajalah thread ini. sebab aku mengharapkan sesuatu yang aku boleh terima dengan senang hati, tanpa ragu lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2013 06:46 PM | Show all posts
72 virgins in heaven is a myth..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2013 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
hani85 posted on 9-11-2013 06:36 PM
ok la aku paham apa yang korang nak sampaikan. tapi aku masih xjumpa jawapan nya. asik2 benda yang s ...

cik, soalan tu takde masalahnya. maknanya cik masih dlm pencarian. kalau cik betul2 mencari, insyaallah akan dpt kefahaman. org lain tak dpt bagi jawapan sebab tak mencari apa yg cik cari. mungkin jawapannya kefahaman dari rahsia perkahwinan itu sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2013 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
hani85 posted on 9-11-2013 06:36 PM
ok la aku paham apa yang korang nak sampaikan. tapi aku masih xjumpa jawapan nya. asik2 benda yang s ...

apa yg terbaik utk cik, teruskan pencarian dgn sikap positif & neutral pada semua jawapan yg diterima. keep to urself bahawa ALLAH tahu apa yg terbaik utk hamba2NYA. cuma apa yg terbaik itu belum sampai kefahamannya utk cik. keep on searching.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2013 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
AwgSagi posted on 9-11-2013 09:04 PM
cik, soalan tu takde masalahnya. maknanya cik masih dlm pencarian. kalau cik betul2 mencari, insya ...

Well, orang lain dapat kefahaman sbb mereka faham apa itu iman, ihsan dan islam dan tahu dan menerima...

Cumanya kat dini isu yg ibawa oleh salakan lowongan liberalisme


Kesaksamaan adakah sama dgn adil?????
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2013 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
hani85 posted on 9-11-2013 06:36 PM
ok la aku paham apa yang korang nak sampaikan. tapi aku masih xjumpa jawapan nya. asik2 benda yang s ...

Anda faham tapi snda tak dapat menerima...jadi

Apa bentuk jawapan yg anda mahukan???

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2013 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
hani85 posted on 9-11-2013 06:36 PM
ok la aku paham apa yang korang nak sampaikan. tapi aku masih xjumpa jawapan nya. asik2 benda yang s ...

Bertanya x salah...ok je bagi aku...
Aku tak pandai susun ayat...jadi aku bagi perumpamaan yang mudah bagi kau paham...contoh...
Kenapa bila nak bawa kereta atau motor kita kena masuk gear?
Sebab itu syaratnya...hakikat... hukumnya macam tu...
Sama macam suami...ko suka atau tak...ko kena terima...jiwa kau memberontak sekali pun...ko kena terima...bila kau dah boleh terima baru ko akan nampak kenapa dijadikan macam tu...
Sama macam lelaki...suka atau tak...terima atau tak...dibahunya dipikul dosa isteri, anak perempuannya dan saudara perempuannya...2 makhluk ni kan unik...
Btw, ustaz azhar ada kupas pasal isu kenapa lelaki boleh dapat bidadari dan kenapa perempuan tak...boleh cari kat youtube. ..kalau tak jumpa aku try cari...

Kadang kadang hakikat/kebenaran tu dah ada depan kita cuma kita belum jumpa...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2013 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Wanita dapat gnjaran pahala
Jom kawan kawan kitasenaraikan...ganjaran yg kita bakal dapat...menjafi ahli syurga...

Okeh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2013 12:06 AM | Show all posts
aku ok je. tidak pernah sekali aku menyalahkan apa yang Tuhan aturkan. cuma, aku yakin ade penjelasan di sebalik semua ni. setakat ni jawapan yang aku terima, aku tidak dapat cerakinkan kepada serpihan kecil yang boleh aku hadamkan. aku pernah baca, ada orang jelaskan tentang penghuni2 syurga akan dapat apa sahaja yang mereka mahu. contoh mcm wanita penghuni syurga, jika mereka mahukan hanya mereka seorang sahaja untuk suami mereka, maka mereka akan mendapatnya. cuma dr segi logikal reasoning ini xdpt diterima sekiranya si suami mahukan lebih dr seorang isteri di syurga. ini pastilah bertentangan dengan kehendak si isteri nya tadi. jadi aku xtahu sejauh mana extend "penghuni syurga akan dapat apa yang mereka mahu." kalau kehendak suami dan isteri adalah sama maka tidaklah menjadi persoalan. adakah kehendak wanita tadi mahu mendapat suami yang hanya untuk dia seorang akan termakbul (jika si suami mahu lebih dr seorang isteri maka mgkin wanita ini diciptakan seorang suami untuknya yang setia dan kasih padanya sorang), ataupun wanita ini dijadikan ketua bidadari di mana darjatnya melangkaui darjat para bidadari syurga, dan dicabut dari dirinya segala rasa cemburu, tetapi masih berkongsi suami dengan para bidadari yg lain? ada juga yang berpendapat bahawa bidadari syurga hanyalah hiasan, manakala si isteri adalah peneman sebenar kepada suami. banyak juga hadis2 yang menyentuh tentang detail dari segi intercourse dan intimacy, tentang penghuni syurga lelaki yang dapat intimacy dgn ramai virgin setiap hari, tapi aku xpasti samada hadis tersebut hadis daif atau boleh diterima sebagai dalil. tapi yang pasti ade satu hadis sahih muslim yang menyebutkan penghuni lelaki syurga mempunyai dua orang isteri dari kalangan bidadari (aku mengambil hanya hadis sahih bukhari dan muslim sahaja sebab ini adalah hadis yang benar2 diyakini kesahihannya dari segi perawi dan sanadnya).

bagi aku, entahla ye. kalau BENAR wanita punya kuasa  meminta untuk punya seorang suami yang hanya menyayanginya seorang sahaja di syurga, aku akan berasa lega. bukanlah bermakna aku yakin aku masuk syurga, tetapi at least aku dapat merungkaikan persoalan yang aku sering tertanya selama aku hidup ini. dan jika benar wanita itu ketua bidadari di mana dia berkuasa untuk kata kepada mereka, "kamu tidak boleh melayan suamiku, aku seorang sahaja yang boleh melayan dia", pun aku rasa lega juga, sekali lagi bukan sebab aku kata syurga itu milik aku, aku cuma rasakan darjat wanita itu sesuai dengan segala amalannya di dunia sekiranya itu yang terjadi di syurga nanti.

dan aku tahu, ini mgkin naif, tapi, disebabkan persoalan ini aku rasa tak mahu berkahwin. sebab tak mahu berkongsi suami. aku mahu membujang dan cuba tingkatkan amal ibadah untuk bersama pasangan/ hoor yang dijadikan di syurga, kalau Dia izinkan aku menjejak kaki ke syurga. semoga Tuhan melimpahkan rahmatnya ke atas aku untuk jadi salah seorang penghuni syurga. aku percaya tentang keindahan2 nikmat syurga tiada tolok bandingnya, cuma aku merasakan buat masa sekarang aku lebih rela tidak berkahwin sebab aku pasti kalau aku berkahwin dan mula menyayangi suami dengan teramat, maka fikiran2 nakal dan cemburu ini akan bertandang kembali.


Last edited by hani85 on 10-11-2013 12:09 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 02:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Persoalan aku...adakah tt tak boleh terima yang suaminya bukan hak mutlak dirinya?
Aku tak berfikir sejauh ko...tapi apa yang aku tahu dunia dan syurga adalah 2 alam yang amat berbeza.berbeza dari segi pemikiran kita.. kehidupan.. sosial.. dan segalanya.jadi aku tak boleh nak anggap pemikiran aku sekarang sama seperti di syurga nanti.mana mungkin aku boleh berfikir tentang jimak sehingga 70 bidadari?
Lagipun aku di dunia sekarang.bagaimana di syurga nanti aku biarkan Allah yang tentukan.
Bab berkahwin pula..mungkin ko ada sifat cemburu yang tinggi..tapi its okay. .wanita yang baik adalah wanita yang tinggi cemburu nya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2013 08:39 AM | Show all posts
actually semua 'harta - benda' milik ALLAH

bukan milik kita pun...

especially yg ada pasangan atau etc etc ingatlah yg you know those people tu milik ALLAH
dan kita diuji
I think kita rasa tak berapa yakin probably ada something to do with feeling insecure?

kan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 08:41 AM | Show all posts
Actually apa sal pasal suami kita takut sangat sedangkan hal yg sama  terhadap nikmat yang Allah kurniakan kepada kita like kita punya daya upaya , harta etc etc yg ALLAH boleh ambil balik pada bebila masa so can a husband?

yg kematian suami ke etc , atau pun lelaki yg kita nikahi

I mean tak aad satu pun benda kekal kat dunia ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 08:48 AM | Show all posts
hani85 posted on 10-11-2013 12:06 AM
aku ok je. tidak pernah sekali aku menyalahkan apa yang Tuhan aturkan. cuma, aku yakin ade penjelasa ...


anda cinta RAsulullah SAW

atau cinta ALLAH?

i mean you know  pendapat you tu pendapat you lah  , tapi i akan kata pendapat you tu mencerminkan

a) kefahaman basics especially tang kefaham konsep iman tu perlu penghayatan mendalam
b) apakah anda rasa anda berhak berkata menulis rasa fikir apa sahaja ? ( anda seorang islam kah sebab i tak jelas sebab tu i tanya  dan sebab forum ni banyak golongan liberalist yg ada pandangan seperti anda )
c) siapa anda nak menidakkan  sunnah rasul - dengan berkata oh kalau macam tu tak payah kahwin - i mean sapa yg buat segala peraturan di dunai ini? mansuiakah ? siapa yg mengatur perjalanan alam ? menetukan jodoh ? menetukan kematian tarikh kematian anda dalam sekian hari , saat etc etc ? ALLAH , kan?

so nak cinta sapa lebih? hubby  bebila boleh diambil, or berlaku curang ? sapa yg  KEKAL ???
so actually kalau jawapannya bukan kita atau anda , apakah anda berasa berkuasa ke atas segala yg andaputuskan secara mutlak ?

ye?

hehehe


so ia juga berbalik pada kefahaman - apa tujuan anda hidup kat dunai ? i mean selain ALLAH jadikan you dan dia juga berkuasa untuk menjadikan you apa apa pun  kan dalam alam rahim lagi alam ruh lagi ...so ALLAH sayang dia tak buat lagu tu ...tapi anda berkata lagu tu seakan akan apakah anda mempunyai kawalan mutlak terhadap diri ?

allah juga berkuada menghentikan degupan jantung seseorang pun ...bersebab dan tidak bersebab ?

so u know...

hehe...bila kita berfikir sedemikian ...apakah kita sebagai ' hamba' nak kata how come you god, you did not give the guy blabla...

lagipun awatnya suami kita handsome sangatkah yg semua perempuan kat dunia ni  nakkkkkkkkk  , really ? wow ...good ego kalau macam tu hihi... nak sangat pun ?

ataupun hal bidadari syurga adalah satu isu yg digunakan liebralist untuk attack ALLAH?

dn depa pun tak sedar  yg maut itu di tangan siapa kan?jodoh di tangan siapa kan?
dan depa selama ini atas nikmat ALLAh dan rahmat ALLAh depa hidup kan?

so anda sebenarnya tiada upaya dan berkuasa pun ...

Last edited by mbhcsf on 10-11-2013 09:53 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 08:51 AM | Show all posts
hani85 posted on 10-11-2013 12:06 AM
aku ok je. tidak pernah sekali aku menyalahkan apa yang Tuhan aturkan. cuma, aku yakin ade penjelasa ...

tapimenarik jugakalau anda kat mahsyar  nanti berdialog dengan ALLAH akan hal ini , kan?

i nak tengok sesemut hamba ALLAH ni berdialogue masa tu dah tahu  kan malaikat mana nak bagi timbangan amalan belah kanan ke kiri ?

masa tu , apakah anda masih berasa mahu lawan ALLAH?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.057877 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list