CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4375|Reply: 5

Selepas 50 tahun pembunuhan JFK

[Copy link]
Post time 10-11-2013 11:56 PM | Show all posts |Read mode
Oleh KU SEMAN KU HUSSAIN
kusemankh@gmail.com
SEJARAH dunia mungkin berbeza daripada apa yang telah berlaku sepanjang setengah abad yang lalu sekiranya Presiden John F. Kennedy tidak dibunuh. Keamanan dan kestabilan politik dunia lebih menyerlah apabila dasar luar John F. Kennedy atau JFK ini cenderung kepada hubungan yang baik termasuk dengan musuh dalam perang dingin, Kesatuan Soviet.
Banyak peristiwa yang berlaku selepas pembunuhan JFK pada 22 November 1963 mungkin tidak wujud sekiranya JFK diberi kesempatan yang lebih panjang untuk menguruskan sebuah negara yang angkuh dan sombong seperti Amerika Syarikat (AS).
JFK seorang reformis yang menyongsang arus pemimpin AS sebelumnya. JFK mewujudkan dasar luar yang sangat pelik bagi amalan Presiden dan kerajaan AS, antaranya untuk berbaik-baik dengan Kesatuan Soviet. Langkah ini mengganggu pengaruh dan kuasa Agensi Perisikan Pusat (CIA). Dalam diam CIA memusuhi Presidennya sendiri, apa lagi dasar luar mengenai Kesatuan Soviet telah menjejaskan kepentingan beberapa orang kuat CIA.
Perang dingin hanya berakhir selepas runtuhnya Kesatuan Soviet dan negara-negara blok komunis pada 1989. Tetapi sekiranya JFK masih hidup, perang dingin itu dijangka tamat pada 1965. Keruntuhan Kesatuan Soviet bukan disebabkan oleh AS tetapi realiti sosiopolitik dunia yang menolak komunisme dan memilih kapitalisme.
Penganalisis politik menjangka sekiranya JFK tidak dibunuh, peristiwa yang memalukan AS iaitu perang Vietnam tidak akan berlaku. Campur tangan AS dalam hal ehwal Vietnam semata-mata untuk mengekang penguasaan komunis China di Asia Tenggara akhirnya memalukan AS apabila kalah dalam perang itu.
Perang Vietnam menjadi mimpi ngeri AS, rakyat tidak merestui negara mereka campur tangan dan generasi muda dekad 1970-an bangkit membantah menerusi pergerakan sosial dan seni. JFK menolak sama sekali dasar campur tangan itu tetapi usianya pendek, pembelot dari Kesatuan Soviet, Lee Harvey Oswald menamatkan riwayatnya semasa melawat Dallas.
Sebahagian besar rakyat percaya motif pembunuhan JFK yang meninggalkan misteri hingga hari ini disebabkan dasar mahu berdamai dengan Kesatuan Soviet, kuasa besar komunis yang menjadi penghalang pengaruh AS.
Walaupun Lee Harvey Oswald diputuskan oleh mahkamah sebagai pembunuh JFK tetapi konspirasi tidak pernah berakhir hingga kini. Banyak pihak mencetuskan teori demi teori tentang siapa di belakang Oswald? Persoalan bertambah misteri apabila Oswald sendiri ditembak mati dua hari selepas itu oleh pemilik kelab malam, Jack Rudy.
Pembunuhan JFK menjadi kisah paling misteri dan pelbagai teori konspirasi bukan sahaja dicetuskan oleh sejarawan dan orang politik malah karyawan filem. JFK antara Presiden AS yang paling singkat, tidak sempat menghabiskan satu penggal di White House.
Tetapi dalam masa yang sesingkat itu JFK merancang dan melaksanakan dasar luar yang besar ke arah keamanan. Beliau Presiden AS paling muda, berusia 43 tahun ketika melangkah masuk ke White House dan hingga kini rakyat AS percaya JFK seorang idealis yang menjuarai perjuangan menuntut kebebasan dalam dan di luar negara.
Licik
Walaupun pada era JFK, Kesatuan Soviet dengan ejen perisik KGB yang digeruni kelicikannya, banyak penganalisis percaya JFK mempunyai lebih banyak musuh dalam kerajaannya berbanding KGB.
Banyak yang menjangka pembunuhan itu dilakukan oleh CIA kerana beberapa keputusan JFK mengetepikan CIA sekali gus menjejaskan kepentingan segelintir pemimpin CIA yang cukup berpengaruh selepas Presiden. Salah satu teori konspirasi yang paling diyakini dicetuskan oleh pengarah filem Oliver Stone yang menghasilkan filem JFK tahun 1991. Menurut Oliver Stone, daripada sekian banyak kajian untuk merungkai misteri pembunuhan itu, yang paling ketara sekali ialah dilakukan oleh Lyndon Johnson yang kemudiannya dilantik menggantikan JFK.
Filem JFK bukan cereka sejarah tentang pembunuhan Presiden itu tetapi teori konspirasi yang dicetuskan sendiri oleh pengarahnya. Filem ini menambah satu lagi teori konspirasi mengenai misteri pembunuhan JFK. Kalau mengikut teori Oliver Stone menerusi JFK, pembunuhan itu melibatkan CIA dengan pengetahuan Lyndon Johnson. Bagaimanapun selepas pembunuhan segala bukti telah dilupuskan untuk melindungi beberapa pihak yang terlibat.
Untuk mendapatkan keyakinan rakyat, Lyndon Johnson menubuhkan Suruhanjaya Warren (Warren Commission) bertujuan menyiasat pembunuhan JFK. Suruhanjaya itu diperalatkan sebagai badan bertauliah untuk mengatakan pembunuhannya tidak mempunyai kaitan dengan pihak ketiga. Dalam lain perkataan Lyndon Johnson atau CIA tidak terlibat dengan pembunuhan itu.
Antara persoalan yang berlegar sejak 50 tahun lalu adalah suatu yang mustahil Oswald sanggup membunuh orang yang paling berkuasa di dunia tanpa penglibatan pihak ketiga. Dalam satu kaji selidik yang dilakukan, sebanyak 19 peratus responden percaya pembunuhan itu tidak melibatkan pihak ketiga tetapi selebihnya percaya ia dilakukan dengan penglibatan atau pengetahuan CIA. Hujahnya JFK telah mengganggu kepentingan beberapa pemimpin CIA terutama dalam isu Kesatuan Soviet.
Tragedi pembunuhan itu bukan sahaja dirakamkan oleh agensi berita antarabangsa malah seorang awam, Abraham Zapruder. Footage rakamannya mencetuskan satu lagi teori konspirasi dengan kehadiran seorang lelaki berpayung. Lelaki itu dikatakan memberi isyarat kepada Oswald yang berada di tingkat enam bangunan Texas School Book Depository supaya menembak JFK.
Selepas 50 tahun, JFK terus diperkatakan bukan sahaja dasar luar, misteri pembunuhan malah gagasan menawan angkasa menerusi projek Apollo 11 yang juga dipersoalkan kesahihannya.

PEMBUNUHAN JF KENNEDY... KONON PENUH MISTERI DAN ADA BAU HOAX..???>>    ..MYSTERIES...OF  ..THE ASSASSINATION OF JFK -THE PRESIDENT OF USA ..0N 22 NOV 1963...??? ..WHO PLAY THE GAME OF KILLING THE PRESIDENT...???>> ...IS THERE SOME CONSPIRACY PLAYING THE GAMES....???>> WHY AND WHAT THE MAIN OBJECTIVE...??>> .......  ACCORDING TO THE POLITICIAN EXPERT...THERE IS NO EVENT..OR POLITICICAL TRAGEDY...OR ASSASSINATION..WITHOUT..THE WELL PLANNING...??>> ... SO WHAT WAS ACTUALLY HAPPENED ON THE JFK ASSASSINATION...??  >>  ....nearly 20% of Americans suspected Lyndon B. Johnson of being involved in the assassination of Kennedy.[2..>>....Suspicions that Johnson was involved in covering-up facts about the assassination were supported by Parkland Hospital doctor Charles Crenshaw. (Dr. Crenshaw had worked to save Oswald's life at Parkland after he was shot by Jack Ruby, just as Crenshaw had worked to save President Kennedy's life two days earlier.) While treating Oswald, Crenshaw said he received a phone call from the new U.S. president, Lyndon Johnson. Crenshaw gave his account of the phone conversation in his book Trauma Room One:      Johnson: "Dr. Crenshaw, how is the accused assassin?"      Crenshaw: "Mr. President, he's holding his own at the moment."      Johnson: "Would you mind taking a message to the operating surgeon?"      Crenshaw: "Dr. Shires is very busy right now, but I will convey your message."      Johnson: "Dr. Crenshaw, I want a death-bed confession from the accused assassin. There's a man in the operating room who will take the statement. I will expect full cooperation in this matter."      Crenshaw: "Yes, sir."  Dr. Crenshaw said that he relayed Johnson's message to Dr. Shires, but that Oswald was in no condition to give any statement.[..>>. ......Jim Marrs, in his book Crossfire, presented the theory that Kennedy was trying to rein in the power of the Federal Reserve, and that forces opposed to such action might have played at least some part in the assassination.[331][332][333] According to Marrs, the issuance of Executive Order 11110 was an effort by Kennedy to transfer power from the Federal Reserve to the United States Department of the Treasury by replacing Federal Reserve Notes with Silver Certificates.[332] Actor and author Richard Belzer named the responsible parties in this theory as American "billionaires, power brokers, and bankers ... working in tandem with the CIA and other sympathetic agents of the government."[194]...>>>  ....David Wrone's The Zapruder Film (2003) concludes that the shot that killed JFK came from in front of the limousine, and that JFK's throat and back wounds were caused by an in-and-through shot originating from the grassy knoll. Three shots were fired from three different angles, none of them from Lee Harvey Oswald's window at the Texas School Book Depository. Wrone is a professor of history (emeritus) at the University of Wisconsin–Stevens Point. ISBN 0-7006-1291-2....>>...........  Based on the "consensus among the witnesses at the scene" and "in particular the three spent cartridges", the Warren Commission determined that "the preponderance of the evidence indicated that three shots were fired".[90] In 1979, the House Select Committee on Assassinations concluded there were four shots, one coming from the direction of the grassy knoll.[3][93].....>>>........  According to some assassination researchers, the grassy knoll was identified by the majority of witnesses as the area from where shots were fired.[33][97] In March 1965, Harold Feldman wrote that there were 121 witnesses to the assassination with 51 indicating that the shots that killed Kennedy came from the area of the grassy knoll.[97] In 1967, Josiah Thompson examined the statements of 64 witnesses and found that 33 of them thought that the shots emanated from the grassy knoll.[98]...>>>  ......The presidential limousine makes it's way through the streets of Dallas, Texas on November 22, 1963. Weeks before the 50th anniversary of President John F. Kennedy's assassination this fall, ReelzChannel will take another look at the killing in a docudrama that suggests a Secret Service agent fired one of the bullets that felled Kennedy....>>
nak tahu lebih lanjut boleh pegi ke link ni---->J.F.K. ASSASSINATION FAKED – STAGED EVENT: The Real Truth About John F. Kennedy’s Staged Assassination Event


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2013 12:00 AM | Show all posts
LBJ bunuh dia
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 03:41 AM | Show all posts
masa_lalu posted on 11-11-2013 12:00 AM
LBJ bunuh dia

mmg pon....agaknyer lah , tp jkf kene bunuh after dia bg statement yg mcam nk tnjukkan dia x nak tunduk kepada illuminati aka freemason....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2013 11:19 PM | Show all posts
sebuah muvee yg bertajuk LEGACY OF SECRECY, Leo  aka Leonardo DiCaprio yg  akan menjadi produser sambil ambil bhgian dlam muvee tersebot sebagai seorang informan FBI bernama Jack Van Laningham, yang berkawan dengan Carlos Marcello, seorang bos mafia yang mengaku terlibat dengan pembunuhan JFK pada 1963 silam. muvee tersebot adalah  berdasarkan buku novel non fiction yang ditulis oleh Lamar Waldron dan Thom Hartmann.  , bertepatan dengan peringatan 50 tahun kematian  presiden JFK.
itu belum lagi di buat muvee tentang kemiisterian peluru pembunuh John F Kennedy yang dirampas semasa postmotem dijalankan.
Berikut adalah menegenai 7 Teori Konspirasi pembunuhan JFK yang terdapat dalam dunia cyber:

1.   Pembunuhan Kennedy telah direncanakan oleh KGB. Polis rahsia Soviet Union. Teori paling popular yang dicanangkan oleh Amerika Syarikat. Perang Dingin antara Amerika Syarikat - Soviet Union telah mencapai tempoh tegang apabila berlakunya isu Krisis Misil Cuba atau lebih dikenali sebagai Oktober Crisis. October Crisis ini berlaku apabila Soviet Union terlibat secara langsung dalam pembinaan serta eksport kepala peledak (warhead) nuklear ke Cuba. Ia berjaya didedahkan oleh gambar yang dirakam oleh pesawat pengintip U-2 photoreconnaissance yang memaparkan kerajaan Cuba dan Soviet Union sedang giat membina tapak misil di Cuba. Krisis ini hampir sahaja mencetus Perang Nuklear selepas Kennedy secara tegas memberi kata dua (ultimatum) kepada Nikita Khrushchev samaada memberhenti pembinaan misil tersebut atau menghadapi senjata nuklear daripada Amerika Syarikat. Nikita mengambil jalan selamat apabila memberhentikan pembinaan misil dan eksport kepala peledak.

2.   Pembunuhan Kennedy dirancang dengan teliti oleh CIA serta Pengarah FBI ketika itu iaitu J. Edgar Hoover. Kennedy dilanda kontroversi apabila tidak melindungi hak Amerika Syarikat sepenuhnya apabila berlakunya pencerobohan Bay of Pigs ketika Cuba di bawah Fidel Castro cuba untuk mencetuskan api-api peperangan. Ia menimbul api kemarahan kepada pengarah FBI, J. Edgar Hoover. J. Edgar Hoover dikatakan telah merancang pembunuhan Kennedy dalam satu operasi rahsia. Walaubagaimanapun, teori ini masih lagi lemah dan sukar untuk diterima.

3.   Pembunuhan Kennedy dirancang oleh Timbalan Presiden Amerika Syarikat ketika itu iaitu Lyndon B. Johnson. Miskipun teori ini kelihatan tidak logik akan tetapi ia masih juga mempunyai kebenarannya. Kennedy dilaporkan akan memecat Lyndon B. Johnson pada penggal akan datang kerana Johnson dilaporkan telah terlibat dalam beberapa skandal yang memburukkan nama Rumah Putih iaitu skandal duit haram dan pembunuhan politik. Sewaktu skandal ini tercetus, telah wujud ketidaksefahaman antara Kennedy dan Johnson dalam pentadbiran dan desah-desus pemecatan Johnson kemungkinan besar adalah benar. Johnson dikatakan telah merancang dengan teliti untuk melakukan pembunuhan Kennedy bagi menjamin karier politiknya tidak terjejas.

4.   Pembunuhan Kennedy telah dirancang oleh agen Presiden Cuba, Fidel Castro. Hubungan Amerika Syarikat-Cuba telah sedia tegang. Ia bermula selepas Fidel Castro menaiki takhta selepas Revolusi Cuba yang menggulingkan kerajaan boneka Cuba. Fidel Castro telah membawa pembaharuan dalam hala tuju Cuba selepas menggantikan kerajaan yang sedia ada kepada Komunis. Castro telah disokong dengan kuat oleh Soviet Union dan China. Namun, ia dimusuhi oleh Amerika Syarikat dan kuasa kapitalis lain seperti Britain, Kanada dan jiran-jiran kapitalisnya. Sudah banyak cubaan-cubaan untuk membunuh Castro dilakukan, namun satu pun tidak berjaya. Kebanyakkan cubaan tersebut dicetuskan oleh agen-agen CIA yang secara rahsia berada di Cuba. Ia menimbulkan rasa marah kepada Castro. Castro percaya bahawa Kennedy telah merencanakan pembunuhan beliau. Oleh itu, beliau perlu bertindak pantas dan pembunuhan Kennedy telah dirancang oleh Castro dan pemimpin-pemimpin atasan Cuba.

5.   Orang perseorangan yang mempunyai niat  yang sukar untuk diketahui. Miskipun ia kelihatan mustahil namun tangkapan pertama dan terakhir melibatkan pembunuhan Kennedy adalah orang perseorangan iaitu Lee Harvey Oswald. Oswald dikatakan membunuh Kennedy dengan menggunakan senapang miliknya, Corcano Rifle yang dijumpai selepas ditinggalkan di sebuah tempat pelupusan buku bagi memudahkannya melarikan diri daripada polis. Oswald bagaimanapun ditangkap di sebuah pawagam di Texas iaitu Texas Theater. Ironinya, Oswald amat mudah ditangkap dan langsung tidak menunjukkan ciri-ciri seorang penembak tepat yang tipikal di mana kebiasaanya mereka adalah seorang yang bijak dan cekap. Oswald kemudian ditempat buat sementara di Dallas Police Headquarter. Pada 24hb November 1963 bersamaan hari Ahad, Oswald ditembak tepat di perutnya oleh Jack Ruby(kawan nya sendiri) sewaktu beliau dibawa turun daripada Dallas Police Headquarter untuk dipindahkan ke penjara negeri. Oswald meninggal dunia pada pukul 1.04 pagi di Parkland Memorial Hospital iaitu hospital yang sama Kennedy dibawa selepas ditembak.

6.   Pembunuhan dirancang oleh golongan Freemason untuk mencapai tujuan ritual misteri mereka. Teori yang agak pelik pernah didengar namun ia masih mempunyai asasnya. Freemason terkenal sebagai sebuah organisasi rahsia yang mempunyai reputasi mengamalkan ritual-ritual pelik dan kadang-kala tidak masuk dek akal. Ini terjadi kepada pembunuhan Kennedy di mana golongan tersebut dikatakan membunuh Kennedy kerana ‘membalas dendam’ yang sekian lama tersirat atas pembunuhan Jacques de Molay atau nama Yahudinya Hiram Abiff. Jacques de Molay adalah pemimpin Knight Templar dan Grand Master of the Order of the Knight Templar terakhir. Beliau dihukum bunuh dengan hukuman bakar selepas dikatakan melakukan amalan sihir, pendewaan kepada kultus, homoseksualiti, rasuah dan pecah amanah. Beliau dan pengikutnya dihukum bunuh oleh King Phillip IV of France dan Pope Clement V. Golongan Freemason sengaja mencari tarikh yang bersamaan dengan pembunuhan Jacques de Molay iaitu pada 22 November. Untuk pengetahuan, Jacques de Molay dibunuh pada 22 November 1307 di Perancis. Terdapat teori mengatakan bahawa pemilihan tarikh itu dilakukan kerana 22 haribulan November bersamaan dengan 22+11(November)=33. 33 adalah darjah Masonik tertinggi dalam carta hirarki mereka.

7.   Pembunuhan telah dirancang oleh Kerajaan Israel dan dilakukan oleh agen-agen MOSSAD. Umum mengetahui bahawa MOSSAD adalah agen rahsia yang paling cekap dalam menjalankan tugas selain daripada CIA dan KGB. MOSSAD sebenarnya adalah sebuah agensi risikan di bawah seliaan kerajaan Israel. Lazimnya, MOSSAD ditugaskan untuk melakukan operasi risikan di negara musuh terutamanya negara Palestin, Iraq, Iran dan Syria. Namun, MOSSAD juga melakukan operasi rahsia yang membabitkan pembunuhan politik sepertimana yang biasa kita dengar seperti pembunuhan Sheikh Ahmad Yassin dan paling terbaru dan kontroversi, pembunuhan Mahmoud al-Mabhouh di Abu Dhabi. Sebenarnya, ‘mangsa’ MOSSAD tidak tertakluk kepada yang beragama Islam dan mereka yang didakwa mereka sebagai pengganas tetapi turut serta adalah mereka yang tidak bersependapat dengan kerajaan mereka iaitu Israel.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 11:56 AM | Show all posts
my uncle nama John F kenedy.. RIP uncle.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 03:42 PM | Show all posts
bestnya thread ni. lagi2 info menarik
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.058721 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list