CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2958|Reply: 0

Urbankan Tradisi

[Copy link]
Post time 11-11-2013 01:21 PM | Show all posts |Read mode
Baju kurung dan kebaya kini sudah tidak lagi menjadi pakaian sinonim dipakai ketika kenduri-kendara.


Kita sering terikat dengan tradisi pakai baju kurung ketika mahu menghadiri majlis keraian. Tak kisahlah kenduri kahwin, kenduri doa selamat atau sebagainya. Apa saja yang berkaitan dengan majlis terutamanya dalam masyarakat Melayu, baju tradisi akan jadi pilihan.


Namun, dengan zaman pesat membangun semakin banyak fesyen boleh digayakan ketika ke kenduri. Kewujudannya di persada seni kreatif dunia membuatkan pereka fesyen tempatan dan antarabangsa semakin giat bereksperimentasi dengan menggabungkan tren semasa dan elemen pakaian tradisional dalam mewujudkan deretan busana pilihan ramai.


Bagi remaja, fesyen baru yang tidak terikat dengan adat budaya inilah membuatkan mereka lebih terbuka hati untuk turut sama hadir dan bertegur sapa dengan sanak-saudara kerana merasakan diri bebas untuk memakai apa juga busana pilihan.




BUKANNYA TAK TAHU ADAT


Jika dulu, mungkin si gadis yang menyarungkan seluar jeans ke kenduri akan dipandang sinis segelintir individu namun kini masyarakat tidak lagi terkongkong dengan persepsi lapuk itu.


Bukannya mahu dilabel tidak tahu adat tetapi peredaran zaman berjaya memodenkan pemikiran dan cara berpakaian kita sekali gus membawa kelompok masyarakat ke tahap lebih tinggi.


Tidak saja remaja suka kelihatan cantik dan ‘up-to-date’, malah ibu bapa juga mampu bergaya dengan fesyen setanding usia mereka membuatkan acara atau kenduri-kendara yang dihadiri lebih ‘grand’ dan ceria. Apa salahnya bergaya sakan sekali-sekala ke kenduri asalkan tahu batasan dan sesuai dengan persekitaran.



MODEN DAN SELESA


Sinonim wanita sering dikaitkan dengan baju kurung ketika menghadiri kenduri. Dan lelaki pula lebih kepada baju Melayu atau baju formal berkolar untuk kelihatan kemas. Itu gaya tipikal yang boleh kita lihat namun bagi remaja, pemikiran kita yang jauh lebih moden berupaya mencampur-adukkan fesyen untuk tampil unik sesuai dengan tema majlis.


Meskipun begitu, ada segelintir remaja menganggap baju kurung rimas dipakai pada jangka waktu yang lama lebih-lebih lagi apabila kenduri kahwin diadakan secara rewang di ruang terbuka di kampung halaman. Majlis yang bermula seawal pagi hingga lewat petang boleh buatkan kita rasa sukar untuk bergerak bebas.


Atas faktor inilah si gadis memilih untuk berseluar jeans dipadankan dengan kebaya pendek, kemeja atau baju kaftan ke majlis keraian.


Mudah bagi lelaki kerana dengan hanya berseluar panjang tak kisahlah sama ada jeans atau khakis, mereka boleh bertandang ke mana-mana majlis tanpa perlu berdandan lebih. Walaupun begitu, ada sanggup habiskan masa memadankan kasut, seluar, baju dan aksesori lain seperti topi sebelum melangkah keluar. Mereka tergolong dalam kategori peka terhadap gaya.



ELAK JADI MANGSA FESYEN


Setiap individu ingin tampil cantik dan menarik dalam penampilan. Tetapi harus diingat, walaupun pakaian dipakai mengikut peredaran zaman, tapi jangan salah pakai hingga jadikan diri sebagai mangsa fesyen.


Tak kisahlah sama ada baju kurung atau busana lain, pastikan anda tidak tergelincir dari landasan. Bagi remaja yang suka mencuba pelbagai gaya, ada tip ‘5 perkara dilarang ketika pergi kenduri’ untuk peringatan anda.


Jangan memilih warna ‘panas’ untuk ke kenduri. Contohnya, warna merah menyala dari atas hinggalah ke bawah. Tak salah untuk memilih warna ini, tetapi perlu seimbang dengan tona warna kulit. Jika anda berkulit gelap atau hitam manis, pasti akan kelihatan sangat kontra. Warna emas dan hijau juga kurang sesuai kerana anda akan nampak lebih gelap. Pilihlah warna tanah seperti ‘maroon’ dan coklat atau warna selamat seperti krim dan kelabu.


Kurangkan ‘penderaan’ mata. Memilih corak baju yang terlampau padat dipadankan dengan tudung bercorak juga boleh serabut pandangan! Orang yang melihat juga akan pening dengan pelbagai corak di badan anda.


Ingat, corak fabrik haruslah tidak lebih dari empat warna. Pilih pakaian dengan motif bergaris yang menegak atau corak bunga kecil untuk menampakkan anda sedikit langsing dan elakkan memakai pakaian dengan motif garis melintang yang akan membuatkan badan anda kelihatan lebih lebar.


Memakai aksesori yang terlampau padat. Kenduri-kendara kini boleh dianggap pesta bagi wanita menunjukkan kekayaan ataupun ‘stail’ terkini. Ada yang tak kisah lenguh leher asal dapat pakai aksesori warna-warni untuk kelihatan menonjol. Percayalah, minimal dan ‘simple’ lebih menarik.


Hindarkan diri daripada memakai baju kurung moden, kebaya, blaus ketat dan sendat. Jangan terlalu ketat kerana anda bukannya datang untuk masuk pertandingan ratu kebaya. Lagipun ia akan menyusahkan anda untuk duduk, berborak dan makan kerana pastinya kurang selesa.

Last edited by Jenabmurai on 11-11-2013 01:24 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.068446 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list