CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3281|Reply: 1

Romania

[Copy link]
Post time 11-11-2013 03:40 PM | Show all posts |Read mode

Istana Bran dibangunkan pada tahun 1212, dan lebih dikenali sebagai Istana Drakula

Romania (bahasa Romania: Romania /ro.mɨ'ni.a/) ialah sebuah negara di Eropah tenggara yang bersempadan dengan Hungary dan Serbia di barat, Bulgaria di sepanjang Sungai Danube di selatan, dan Ukraine dan Moldova di timur laut.

Romania mempunyai pantai laut yang terbentang di sepanjang Laut Hitam dan gunung-ganang Carpathian timur dan selatan melintasi pusat negara ini. Ibu negara Romania ialah Bucharest yang merupakan bandar raya yang terbesar serta tarikan pelancong yang terutama.

Romania adalah ahli NATO yang aktif sejak 2004, dan merupakan salah sebuah negara yang bersetuju untuk menyertai Kesatuan Eropah. Perjanjian Penyertaan EU dimeterai pada awal 2005, dan Romania akan menyertai Kesatuan Eropah pada 1 Januari 2007 dan merupakan negara Kesatuan Eropah yang ketujuh terbesar.

Sejarah awal

Sisa-sisa manusia moden yang tertua di Eropah telah ditemui di "Peştera cu Oase", Romania.[1] Peninggalan tersebut dianggarkan berusia sekitar 42,000 tahun, dan kemungkinan adalah sisa-sisa Homo sapiens pertama yang memasuki benua Eropah,[2] namun bukti tertulis pertama mengenai manusia yang tinggal di wilayah Romania berasal dari Herodotus, yang dalam bukunya Historia volume IV pada tahun 440 SM menulis mengenai keadaan suku-suku Getae.
Bangsa Dacia, yang dianggap sebahagin daripada Getae, merupakan cabang daripada bangsa Trakia yang mendiami wilayah Dacia (terletak di Romania moden, Moldova dan Bulgaria utara). Kerajaan Dacia mencapai zaman kejayaannya selama masa Raja Burebista sekitar tahun 82 SM. Setelah Dacia menyerang wilayah Moesia Romawi pada tahun 87, Empayar Trajanus melancarkan Perang Dacia yang berakhir dengan kemenangan bangsa Romawi tahun 106. Akibat kemenangan tersebut, Dacia berubah menjadi provinsi Dacia Romawi.

Kebanyakan kandungan bijih besi, emas, dan perak yang ditemui di wilayah tersebut mengakibatkan bangsa Romawi melakukan penjajahan keatas wilayah Dacia. Proses kolonisasi telah membawa serta bahasa Latin Vulgar dan menyebabkan bermulany zaman romanisasi, yang selanjutnya akan melahirkan bahasa proto-Romania.Pada abad ke-3 suku-suku pengembara seperti bangsa Goth banyak melakukan penaklukan, sehingga memaksa bangsa Romawi sekitar tahun 271 berundur dari Dacia, dan menjadikannya wilayah pertama yang ditinggalkan oleh Romawi.

Abad pertengahan
Setelah Romawi meninggalkan Dacia, wilayah tersebut berturut-turut diserang oleh suku Goth, lalu oleh suku Hun pada abad ke-4, dan diikuti oleh suku-suku nomad lainnya seperti suku Gepid, Avar, Bulgar, Pecheneg,dan Cuman.

Bangsa Romania seterusnya terbahagi kepada tiga wilayah keputeraan yang berbeza: Wallachia (Bahasa Romania: Ţara Romanească), Moldavia (Bahasa Romania: Moldova) dan Transilvania.

Transilvania menjadi sebahagian dari Kerajaan Hungary pada abad ke-11,dan memperolehi kemerdekaannya sebagai Keputeraan Transilvania pada abad ke-16 sehingga tahun 1711. Keputeraaan Romania yang lain menghadapi ancaman Empaayar Uthmaniyyah pada abad ke-14.


Moldavia, Wallachia dan Transilvania pada akhir abad ke-16
Pada tahun 1541, seluruh Semenanjung Balkan dan hampir seluruh Hungary menjadi sebahagian dari Empayar Uthmaniyyah. Sebaliknya, Moldavia, Wallachia dan Transilvania menjadi sebahagian dari suzerainty Uthmaniyyah, dengan hak autonomi dalaman.

Keputeraan Wallachia, Moldavia dan Transilvania diketuai oleh putera Wallachia Mihai Viteazul pada tahun 1600. Mihai Viteazul mencuba untuk menyatukan ketiga-tiga keputeraan,namun kesempatan penyatuan hancur kerana pembunuhan Mihai oleh tentara Austria.

Setelah kematiannya, sebagai negara orang suruhan, Moldavia dan Wallachia telah memperoleh autonomi dalaman penuh, yang akhirnya hilang pada abad ke-18. Pada tahun 1699, Transilvania menjadi wilayah empayar Austria, setelah kemenangan Austria keatas Turki dalam Perang Turki Raya. Austria melakukan perluasan kekuasaan lainnya ke wilayah Wallachia dan Moldavia, dan Empayar Rusia menduduki Bessarabia tahun 1812.

Kemerdekaan dan Monarki

Selama tempoh kekuasaan Austria-Hungary di Transilvania, dan suzerainty Uthmaniyyah ke atas Wallachia dan Moldavia, status bangsa Romania adalah penduduk kelas dua (atau bahkan bukan penduduk) di wilayah tempat bangsa mereka menjadi bangsa majoriti.Di beberapa kota di Transilvania, seperti Braşov, bangsa Romania dilarang untuk tinggal di dalam tebing kota.

Setelah gagalnya Revolusi 1848, negara-negara besar tidak menyokong usaha penyatuan Romania, sehingga mereka terpaksa berjuang sendiri untuk melawan Empayar Uthmaniyyah. Elektor di Moldavia dan Wallachia memilih Alexandru Ioan Cuza sebagai putera (Domnitor dalam bahasa Romania) pada tahun 1859.

Pemilihan Alexandru Ioan Cuza sebagai domnitor berjaya menyatukan Wallachia dan Moldavia sebagai Romania, namun Transilvania masih belum termasuk kedalam wilayah Romania. Di Transilvania, bangsa Hungary menduduko kelas atas, sehingga bangsa Romania bermula untuk menentang Hungary.

Pada coup d'état tahun 1866, Cuza dibuang dan digantikan oleh Putera Karl dari Hohenzollern-Sigmaringen, yang dikenali sebagai Carol I dari Romania. Sehingga Perang Rusia-Turki (1877–1878), Romania menyokong Rusia,dan dalam Traktat Berlin 1878, kemerdekaan Romania diakui.

Sebagai gantinya, Romania menyerahkan tiga daerah selatan di Bessarabia kepada Rusia dan memperoleh wilayah Dobrogea. Pada tahun 1881, keputeraan berubah menjadi kerajaan.

Pada 1878-1914 merupakan tempoh kestabilan dan kemajuan bagi Romania. Selama Perang Balkan Kedua, Romania bergabung dengan Yunani, Serbia, Montenegro dan Turki menentang Bulgaria, dan dalam Traktat Bukares (1913), Romania memperoleh kekuasaan atas wilayah Dobrogea Selatan.



Last edited by tykarib on 11-11-2013 03:41 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2013 02:47 PM | Show all posts
T T
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.059874 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list