CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27201|Reply: 116

Edisi Saman 3 Jota : Pelakon Sendu Boy Norul Saman Alfafa S/B

[Copy link]
Post time 12-11-2013 08:19 AM | Show all posts |Read mode
Citer ni dah lama, takde yang tepek, mentang2 dia sendu
kalau dah ada, sila katup ye mod kacak & jelita

Mangsa Tipu, Boy Norul Iman Mahu Kemuka Saman Malu Tiga Juta

Oleh:EDITORIAL MH
Tarikh: 8 November 2013

Pelakon Boy Norul Iman mengakui telah menjadi mangsa penipuan seorang ustaz berkenaan dengan satu projek Alfafa yang baru sahaja diperkenalkan kepada umum. Sebelum ini, pelakon ini telah dilantik sebagai duta syarikat dan dia mula menyedari menjadi mangsa penipuan selepas kembali dari umrah baru-baru ini.

"Sebelum ini Boy dilantik sebagai duta syarikat perumahan Alfafa dan pembeli yang berminat boleh mendapatkan rumah banglo dalam masa tiga tahun ini dengan hanya mengenakan bayaran sebanyak RM89 ribu sahaja. Apabila balik dari umrah, Boy pergi berjumpa peguam dan peguam sahkan bahawa ustaz tersebut tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian tentang projek ini. memanglah kertas hitam putih perjanjiannya ada tetapi dia tidak tanda tangan dengan alasan tidak mempunyai masa dan sibuk.

"Mula-mula dapat tahu, kami ada bergaduh di facebook, berbalas-balas mesej dan Boy juga ada mengajaknya untuk bertemu tetapi dia selalu mengelak. Jadi, Boy ambil keputusan untuk mengadakan sidang media pada 19 November ini untuk menjelaskan keadaan bahawa Boy tidak terlibat lagi dalam projek ini. Manakan tidaknya, 53 orang datang mencari Boy sekarang kerana masalah tersebut. Selepas sidang media kelak, Boy mahu memberi ruang sama ada mahu menyelesaikan secara baik di luar mahkamah atau pun dia akan berdepan dengan samun malu berjumlah tiga juta.

"Sebelum ini juga, Boy sudah menghantar lebih kurang 10 surat kepada dia tetapi tiada sebarang jawapan. Boy tidak katakan yang projek dia menipu tetapi Boy yang menjadi mangsa penipuannya kini. Boy mengikat kontrak sebanyak RM500 ribu sebagai dutanya tetapi sehingga kini Boy belum mendapat apa-apa pun dan lebih parah apabila Boy mendapat tahu dia tidak menandatangani perjanjian.   <-- tak phm

"Sebelum ini, Boy sentiasa beringat kerana pernah menjadi mangsa penipuan tetapi Boy percaya padanya kali ini sebab ada surat hitam putih daripada peguam tetapi sayangnya surat tersebut tidak bertanda tangan. Boy ada buat laporan polis dan kes ini diklasifikasikan sebagai jenayah komersil. Selain Boy, dua orang artis iaitu Zed Zaidi dan pelakon Abun juga akan hadir di majlis sidang media itu kelak.

"Boy sedih kerana selama ini, Boy percayakan ustaz ini. Lagipun kerana dialah Boy lebih dekat dengan Allah. Walau pun dia selalu bermasalah dan suka bergaduh dengan orang sekeliling tetapi Boy masih percayakannya. Boy rasa cukup sedih kerana selama ini Boy sudah berusaha sedaya upaya untuk projek ini tetapi tidak sangka begini pula kesudahannya," ujar Boy panjang lebar ketika dihubungi MH online.







Last edited by rosasa on 12-11-2013 08:25 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2013 08:26 AM | Show all posts
perumahan Alfalfa ni mmg meragukan.... lepas tu ramai lak org2 kampung percaya bulat2 bump RM89k nk buat rumah banglo.... tapi tanahnyer belum dapat lagik...!

stok ustaz2 ni senang2 nk menipu umattt!
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 08:29 AM | Show all posts
dia ni comel. dari dulu muka tak berubah.. bila la nak jadik from boy to man
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2013 08:30 AM | Show all posts
ladyfree posted on 12-11-2013 08:26 AM
perumahan Alfalfa ni mmg meragukan.... lepas tu ramai lak org2 kampung percaya bulat2 bump RM89k nk  ...

ai ada juga kes sorg ustaz ni kenalan ai menipu kawan ai, ustaz dan ustaz menipu sesama sendiri, siap menipu di hari raya dan lari dari hutang

nasib ai ols tak terjebaks, sikit lagi terjebak sebab dah dok pujuk rayu bisnes ni itu , tapi nan hado je

jangan sentap eh ustaz2 kat luar sna
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2013 08:34 AM | Show all posts
nuryakmal posted on 12-11-2013 08:29 AM
dia ni comel. dari dulu muka tak berubah.. bila la nak jadik from boy to man



ni gambar kawin dia kn, mmg bini dia tua sikit ke apa?? ai tak tahu

suka tgk dia berlakon dlm BKG


Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 08:38 AM | Show all posts
Bukan ke dia ni yg kahwin dgn wanita yg agak berusia tu kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2013 08:40 AM | Show all posts
rosasa posted on 12-11-2013 08:34 AM
ni gambar kawin dia kn, mmg bini dia tua sikit ke apa?? ai tak tahu  

suka tgk dia berl ...

bukan tua sikit uolls, tua banyaaaaaakkk
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 08:40 AM | Show all posts



dah kawen dah ada anak kan? muka macam muda belia remaja gituuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2013 08:44 AM | Show all posts
rosasa posted on 12-11-2013 08:34 AM
ni gambar kawin dia kn, mmg bini dia tua sikit ke apa?? ai tak tahu  

suka tgk dia berl ...

haah bini dia tua dari dia..

tapi si boy ni maintain comel dari dulu

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 08:45 AM | Show all posts
xde gambar propoer bini dia ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 08:46 AM | Show all posts
aku tak paham kenapa artis kalau amik gambar mesti kena buat isyarat bagus
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 08:47 AM | Show all posts
alahai ustaz mano lah neh
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 08:48 AM | Show all posts
nuryakmal posted on 12-11-2013 08:46 AM
aku tak paham kenapa artis kalau amik gambar mesti kena buat isyarat bagus

terasa bagus gamaknya ekekeeke

morning momodddd kemal..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 08:49 AM | Show all posts
suka tgok dia blakun ngan TAM SPIDER dulu..not bad jgakla dia blakun...cuma tiada rzeki kot tuk popular...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 08:50 AM | Show all posts
die kawen ngan anak dara tua atau janda kaya??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2013 08:54 AM | Show all posts
Citer lama

Boy kenalkan isteri

SUMBER

RUANGAN RAP Harian Metro baru-baru ini memaparkan pengakuan pelakon Norul Iman Abd Rahman atau Boy Iman, 32, yang sudah berkahwin dengan wanita dari Melaka, Kumala Dewi Anas, 34, pada 11 November 2011. Isterinya yang berstatus ibu tunggal dan mempunyai anak, sudah dikenali selama enam tahun membuat-kan Boy selesa memilih-nya sebagai pasangan hidup.

Peminat belum berpeluang menyaksikan wajah isterinya di mana-mana media utama kerana majlis resepsi perkahwinan pasangan ini belum berlangsung. Mengikut perancangan ia bakal diadakan April ini. Jika ada pun, hanyalah gambar akad nikah mereka yang boleh ditatap menerusi blog di Internet.

Bagaimanapun, khas untuk orang Taiping, Perak, mereka berpeluang menyaksikan majlis persandingan Boy dan Kumala selama dua hari iaitu pada 7 dan 8 April ini yang akan berlangsung di Taiping Sentral Mall, Taiping. Ia bersempena dengan program Pameran Pengantin 2012 anjuran Sri Pengantin Bonda.

Penyelaras Acara, Dankerina Badrulhisham berkata, program yang berlangsung selama lima hari bermula 4 hingga 8 April ini menampilkan pelbagai acara menarik. Ini kali ketiga program seumpama dianjurkan selepas sambutan di luar dugaan pada 2010 dan 2011.


“Kami kembali di atas permintaan orang ramai serta pemilik butik pengantin seluruh Perak. Selain Sri Pengantin Bonda selaku penganjur utama, program ini turut mendapat kerjasama Taiping Sentral Mall dan majalah Stailista.


“Penaja lain dan butik pengantin yang ambil bahagian ialah Emerald Impian, D’Leeya, Edizam Bridal Design, D’Rest2, Sentuhan Qaseh Helina, Jamu Mak Dara, Butik Anggun Jelita, Butik Shahwadi dari Habshah Couture, Casa Diamond Bridal, Romzy Studio Exclusive. Taiping Golf Resort, SSL Traders Hotel, Amy Catering, Sam and San Fashion, D’Snapshot Photography KL dan Amway.

“Kami sudah merancang pelbagai program antaranya pameran jualan, pertunjukan fesyen, persembahan artis jemputan iaitu Haiza, Meyanaliza Rusli (Maya), Akma AF, Pian Cecupak dan Hael Husaini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/03/30
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2013 08:55 AM | Show all posts
azie.dz posted on 12-11-2013 08:48 AM
terasa bagus gamaknya ekekeeke

morning momodddd kemal..

  • morninggggggg babe!!

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 08:56 AM | Show all posts
pulak dah.... Alfalfa ni buat rumah murah2...banglo 89k je
habisla peluang aku nak beli banglo murah


kasi uppp ni thread
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 08:56 AM | Show all posts
aku penah baca majalah mangga *zaman sekolah dolu2; dia penah kena masuk kat kat asrama perempuan pasal nama dia cam nama perempuan. ni kalau pakaikan tudung pun, rasa cam pompuan gak
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 08:57 AM | Show all posts
suam-suam bulu gitewww.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.069249 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list