CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 17722|Reply: 30

Rahsia Bulan Kelahiran Mengikut Kajian Dato' Dr Fadzilah Kamsah

[Copy link]
Post time 12-11-2013 03:30 PM | Show all posts |Read mode
Rahsia Bulan Kelahiran Mengikut Kajian Dato' Dr Fadzilah Kamsah




Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI
  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Pendiam kecuali telah dirangsang.
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Cukup sayang pada kanak-kanak.
  • Suka duduk di rumah.
  • Setia pada segala-galanya.
  • Perlu belajar kemahiran bersosial.
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • Bijak dan pintar
  • Berpewatakan yang mudah berubah.
  • Mudah menawan orang lain.
  • Agak pendiam.
  • Pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah mempamerkan marahnya.
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • Sangat berani dan suka memberontak.
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka hiburan dan sukan.
  • Suka benda yang bersifat seni.
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi
MAC
  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
  • Sangat aktif dan dinamik.
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
  • Punya daya mental yang sangat kuat.
  • Suka diberi perhatian.
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut.
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
  • Emosi cepat terusik.
  • Cuba kawal perasaan.
  • Kecenderungan bersifat pendendam.
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  • Kuat daya ingatan.
  • Gerak hati yang sangat kuat.
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
  • Keras hati & tegas.
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental & fizikal.
  • Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • Mudah dipujuk.
  • Bersikap sistematik (otak kiri).
  • Suka berangan.
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayalan yang tinggi.
  • Permikiran yang tajam.
  • Pandai berdebat.
  • Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Tidak punya ramai anak.
  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  • Agak boros
JUN
  • Berfikiran jauh & berwawasan.
  • Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • Berperangai lemah lembut.
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • Bersikap sensitif.
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • Bersikap suka menangguh-nangguh.
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
  • Cepat marah & cepat sejuk.
  • Suka bercakap & berdebat.
  • Suka buat lawak & bergurau.
  • Otaknya cerdas berangan-angan.
  • Mudah berkawan & pandai berkawan.
  • Seorang yang sangat tertib.
  • Pandai mempamerkan sikap.
  • Mudah kecil hati.
  • Mudah kena selsema.
  • Suka berkemas.
  • Cepat rasa bosan.
  • Sikap terlalu memilih & cerewet.
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
  • Suka pada barang yang berjenama.
  • Mudah menjadi eksekutif.
  • Kedegilan yang tidak terkawal.
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI
  • Sangat suka didamping.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.



background-repeat: no-repeat no-repeat; list-style: none; margin: 10px 20px; padding: 0px 0px 0px 14px; text-align: justify;">Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.Berjiwa sentimental.Jarang berdendam.Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.Tidak suka benda remeh-temeh.Membimbing cara fizikal dan mental.Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.Layanan yang serupa terhadap semua orang.Tinggi daya simpati.Pemerhatian yang tajam.Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.Mudah dan rajin belajar.Suka muhasabah diri.Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.Suka mendiamkan diri.Suka duduk di rumah.Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.Tidak agresif kecuali terpaksa.Lemah dari segi kesihatan perut.Mudah gemuk kalau tak kawal diet.Minta disayangi.Mudah terluka hati tapi lambat pulih.Terlalu mengambil berat.Rajin dalam membuat kerjaOGOS
  • Suka berlawak.
  • Mudah tertawan padanya.
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak tahu takut.
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  • Pandai memujuk orang lain.
  • Terlalu pemurah & bersikap ego.
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • Dahagakan pujian.
  • Semangat juang yang luar biasa.
  • Cepat marah & mudah mengamuk.
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
  • Sangat cemburu.
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
  • Cepat berfikir.
  • Fikiran yang berdikari.
  • Suka memimpin & dipimpin.
  • Sifat suka berangan.
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • Belajar untuk bertenang.
  • Sikap kelam kabut.
  • Romantik, pengasih dan penyayang.
  • Suka mencari kawan
SEPTEMBER
  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
  • Sangat cermat, teliti & teratur.
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
  • Pendiam tapi pandai bercakap.
  • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
  • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui.
  • Seorang yang banyak berfikir.
  • Daya pentaakulan yang baik.
  • Otak bijak & mudah belajar.
  • Suka mencari maklumat.
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
  • Suka sukan, hiburan & melancong.
  • Kurang menunjukkan perasaannya.
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan.
  • Terlalu memilih pasangan.
  • Sukakan benda yang luas.
  • Bersistematik
OKTOBER
  • Suka berbual.
  • Suka orang yang sayang padanya.
  • Suka ambil jln tengah.
  • Sangat menawan & sopan santun.
  • Kecantikan luar & dalam.
  • Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
  • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
  • Sentiasa berkawan.
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
  • Cepat marah.
  • Macam pentingkan diri sendiri.
  • Tidak menolong orang kecuali diminta.
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
  • Tidak suka terima pandangan orang lain.
  • Emosi yang mudah terusik.
  • Suka berangan & pandai bercakap.
  • Emosi yang kelam kabut.
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
  • Suka melancong, bidang sastera & seni.
  • Pengasih, penyayang & lemah lembut.
  • Romantik dalam percintaan.
  • Mudah terusik hati & cemburu.
  • Ambil berat tentang orang lain.
  • Suka kegiatan luar.
  • Seorang yang adil.
  • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
  • Mudah patah semangat
NOVEMBER
  • Banyak idea dalam perkara.
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
  • Berfikiran kehadapan.
  • Berfikiran unik dan bijak.
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  • Sesuai jadi seorang doktor.
  • Cermat dan teliti.
  • Personaliti yang dinamik.
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  • Terlalu degil dan keras hati.
  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
  • Tak suka marah kecuali digugat.
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  • Pandai muhasabah diri.
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  • Otak yang sangat tajam.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Tidak hargai pujian.
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  • Cuba sampai berjaya.
  • Badan yang sasa.
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Suka duduk d irumah.
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Seronok bila didampingi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Cepat marah.
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2013 05:28 PM | Show all posts


2. Kepercayaan bahawa tarikh tertentu membentuk watak tertentu tidak berasaskan apa-apa bukti ilmiah sama sekali. Demikian juga, kepercayaan rupa paras tertentu membawa perangai baik dan buruk yang tertentu tidak berasaskan bukti melainkan pra-sangka terhadap ciptaan Allah semata. Jika ada yang mendakwa bahawa tarikh lahir tertentu seperti angka 1 mempengaruhi nasib tertentu dengan disertakan bukti beberapa tokoh atau individu, itu bukanlah bukti yang ilmiah.
(Dr. MAZA)

“Sesiapa yang datang menemui penilik atau peramal nasib lalu mempercayai apa yang diberitahu olehnya, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasai dan Ibn Majah).

Tidak ada bukti yang menyatakan Dr Fadhilah melakukan kajian sedemikian.  Wallahu a'lam.

Hentikanlah cerita berunsur fitnah atau subahat.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 05:30 PM | Show all posts
Sabor yob sabor...  tu budak baru belajar copy paste.......  dia paste jer ikut suka hati dia.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 05:41 PM | Show all posts
ibnur posted on 12-11-2013 05:30 PM
Sabor yob sabor...  tu budak baru belajar copy paste.......  dia paste jer ikut suka hati dia.

Ahlan wa sahlan...

Tak sempat nak komen, ada beberapa yang thread 'panas'...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2013 05:43 PM | Show all posts
LU PK LAH SENDIRI???
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 11:41 PM | Show all posts
bagi ak kajian yg dijalankan ni hampir 80% sama dgn karakter aku..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2013 11:49 AM | Show all posts
ibnur posted on 12-11-2013 05:28 PM
2. Kepercayaan bahawa tarikh tertentu membentuk watak tertentu tidak berasaskan apa-apa bukti il ...

assalamualaikum sdr ibnur..sy nak tanye..boleh tak kita percaya dgn tafsir mimpi.? sbb sejak kebelakangan asyik mimpi pelik jer..
boleh tak kalo saya amik buku tafsir mimpi sbg rujukan.?

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 09:42 PM | Show all posts
purpledesire posted on 13-11-2013 11:49 AM
assalamualaikum sdr ibnur..sy nak tanye..boleh tak kita percaya dgn tafsir mimpi.? sbb sejak kebel ...

wa alaikum salam....

petunjuk yang baik bukan dari mimpi.  Petunjuk yang baik adalah dari Allah dengan cara beristikharah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2013 03:00 AM | Show all posts
uniq61 posted on 12-11-2013 05:43 PM
LU PK LAH SENDIRI???

Lu x bole pk ke???
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 03:07 AM | Show all posts
mulutcomel posted on 12-11-2013 11:41 PM
bagi ak kajian yg dijalankan ni hampir 80% sama dgn karakter aku..

Ye ke? Atau nk sedapkan hati je?

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 09:17 AM | Show all posts
ibnur posted on 14-11-2013 09:42 PM
wa alaikum salam....

petunjuk yang baik bukan dari mimpi.  Petunjuk yang baik adalah dari Allah ...

ohh..mcm tu ker..thanks ibnur..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 10:46 AM | Show all posts
mulutcomel posted on 12-11-2013 11:41 PM
bagi ak kajian yg dijalankan ni hampir 80% sama dgn karakter aku..

Yang sama tu yang semua 12 bulan punya ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 10:48 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 15-11-2013 03:00 AM
Lu x bole pk ke???

bukan tak boleh pikir...  tak jumpa artikel nak copy paste untuk counter attack.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 10:49 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 15-11-2013 03:07 AM
Ye ke? Atau nk sedapkan hati je?

yang 80% tu dia jumpa kat tiap tiap bulan-bulan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 04:29 PM | Show all posts
ibnur posted on 15-11-2013 10:49 AM
yang 80% tu dia jumpa kat tiap tiap bulan-bulan.

baru nak habaq


Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 04:33 PM | Show all posts
mulutcomel posted on 12-11-2013 11:41 PM
bagi ak kajian yg dijalankan ni hampir 80% sama dgn karakter aku..

taw tak apa trick dia, biasanya ramalan macam ni....dia akan pakai statement yg 'save"......

apa maksud "save" di sini....?

maksudnya ialah, dia akan bubuh ciri2 umum yang hampir pasti semua org ada, atau pernah lalui....

contohnya, 'anda seorang yang tabah menghadapi kesukaran......'

semua org yg baca akan terasa ia benar sebab memang semua org akan cuba jadi camtu...huhu....

of course sikit point akan ta kena dgn kita....

tp kebanyakkan sesuai utk semua org, lalu semua org rasa, oh, tui juga noo...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2013 10:56 AM | Show all posts
ibnur posted on 15-11-2013 10:46 AM
Yang sama tu yang semua 12 bulan punya ke?

iols lahir bulan 1..hampir sama..kawan iols lahir bulan lain pun ckp sama dgn depa
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2013 10:57 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 15-11-2013 03:07 AM
Ye ke? Atau nk sedapkan hati je?

sendiri nilai le diri sendirik
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2013 10:58 AM | Show all posts
ussopp posted on 15-11-2013 04:33 PM
taw tak apa trick dia, biasanya ramalan macam ni....dia akan pakai statement yg 'save"......

ap ...

tak salah iols dia buat kajian benda ni dengan kaedah borang soal selidik..di edar2 kat responden2 yg ramai... pastu depa cari le average .. cm kaedah quantitative study gitu
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2013 01:45 PM | Show all posts
mulutcomel posted on 16-11-2013 10:58 AM
tak salah iols dia buat kajian benda ni dengan kaedah borang soal selidik..di edar2 kat responden2 ...

kajian2 ini, diakui tidaklah salah kerana ia adalah kajian survey dan biasanya termasuk dlm kajian sosial...


tetapi,

KEBERGANTUNGAN pada bulan ini,

itu yang kita tidak mahu.

lebih baik tidak melayan terus lebih bagus sebab apa yang anda mahu lakukan dalam hidup, tidaklah kena-mengena dgn bulan2 ini....

dan seperti yg sy kata sebelum2 ini.....

anda cek lah sendiri....bagaimana dia nak bagi orang percaya kajiannya benar ?

dia akan bubuh point yang mana sifat tu semua manusia ada....

anda lihat saja lah, kebanyakkan point dia ada dalam setiap bulan sama saja....

sensitif, cepat , marah, bijak....ayat2 sama...dia pusing2 saja....

sebab semua org memang sifatnya begitu jadi org akan kata, "ya2 ada la"/betui la..."....
yang tak kena sikit2 saja...yg banyak nya sifat lumrah manusia...jadi mestilah semua org akan terasa....

wallahua'lam...


Last edited by ussopp on 16-11-2013 01:52 PM

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.459328 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list