CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3464|Reply: 14

Takut Kedut

[Copy link]
Post time 13-11-2013 04:37 PM | Show all posts |Read mode
Peliknya, belum pun usia 30 tahun, masing-masing sudah sibuk cari jalan untuk tidak nampak tua. Bukan setakat menggunakan pelbagai jenama mekap atau krim penuaan, malah lebih kronik ramai anak muda sudah berani melakukan pembedahan.




Kulit berkedut, badan gempal, rambut gugur, wajah kerepot menyeramkan dan bayangan aneh; seteruk itukah bayang-bayang wajah anda ketika beranjak tua hingga rasa takut begitu menebal?


Usia makin meningkat bukan alasan untuk membiarkan diri turut sama mengalami proses penuaan yang kini dianggap antara perkara membimba-ngkan hingga perlu diberi perhatian khusus.


Garis halus di sekitar mata dan mulut serta perubahan struktur kulit tidak lagi dianggap perkara normal bagi seseorang yang menuju ke tahap tertinggi dalam hidupnya, tapi kesan penuaan itu mula menjadi isu besar hingga wujud pelbagai bahan, ubatan serta kaedah yang dikatakan mampu mengatasinya.



Demi mencapai kecantikan mutlak, ada segelintir sanggup ‘menyerah’ muka ke meja bedah, selain ramai juga tidak kisah mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membeli segala kosmetik yang menjanjikan hasil segera dan berpanjangan.



Namun, pelbagai produk anti-penuaan kini berada di pasaran lalu membuatkan semakin ramai mula obses hanya kerana enggan digelar ‘orang tua’.


Wanita cantik atau lelaki yang kacak mesti tersangat takut jika kecantikan itu pudar dikikis usia. Datanglah berpuluh botol anti-penuaan atau beratus-ratus pusat kecantikan sekali pun, tiada siapa boleh melawan qada dan qadar Allah SWT.



Bimbang diduakan


Kalau dulu, isu pembedahan plastik atau masalah takut tua lebih banyak dibimbangi wanita yang melepasi usia 30-an, kononnya bimbang suami atau kekasih cari lain.


Tapi lebih kelakarnya kalau dilihat pada perspektif hari ini, ramai anak muda yang belum pun usia mencecah 30 tahun, sudah sibuk memikirkan cara untuk kekal pada usia itu. Kononnya takut nampak tua.


Lebih-lebih lagi kalau mendengar kawan-kawan suami ada yang berpoligami, bukan main takutnya hingga senang-senang boleh diperbodohkan penjual produk kecantikan.


Apa saja yang didengar mengenai awet muda semua mahu dicuba hingga ramai yang menjadi mangsa. Bukan cantik dan muda tapi penyakit yang datang kesan daripada pengambilan ubat bebas di pasaran.


Atau lebih memualkan ada yang sanggup berhabis untuk tampak lebih muda semata-mata terpengaruh dengan fenomena muzik K-Pop yang meng-amalkan budaya pembedahan plastik secara terbuka.


Padahal muka sudah kacak dan cantik, tapi setiap kali melihat wajah di cermin, masih ada rasa tidak syukur dan ingin menjadi persis bintang Korea. Adakah ia berbaloi?


Meminjam kenyataan seorang anak muda berusia 23 tahun dalam sebuah majalah tempatan yang berkongsi pengalamannya melakukan pembedahan plastik, apa yang menjadi keutamaan adalah kepuasan selepas melihat perubahannya.


“Memang awalnya bimbang tapi dengan adanya teknologi moden dengan pelbagai penyelesaian, saya yakin tindakan membuat pembedahan adalah tepat.


“Bukan tidak bersyukur, cuma saya inginkan wajah yang lebih licin, putih dengan hidung yang lebih mancung seakan bintang Korea pujaan saya.


“Selepas melihat hasilnya, saya berpuas hati dan kawan-kawan pula sibuk

bertanya di mana saya melakukannya untuk mereka pula mencuba,” katanya.


Itu memang penyakit dan sepatutnya diberikan alternatif khususnya anak muda Malaysia kerana budaya pembedahan plastik di usia muda sangat merbahaya.


Sepatutnya usia tua hendaklah disambut dengan perasaan syukur kerana masih dipanjangkan umur dengan kesihatan yang sempurna.



Botox sebagai jawapan


Kajian pada 2006 di Jerman misalnya mendapati 82 peratus rakyat negara itu berasa lebih gembira dan berpuas hati selepas menjalani pembedahan plastik.


Berbanding di Malaysia, jumlahnya masih kecil namun terdapat peningkatan sebanyak 10 ke 15 peratus setiap tahun sejak hujung 1990-an.


Bagaimanapun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pembedahan plastik, suntikan botox dan bahan anti-penuaan menjadi salah satu kepada ‘jawapan’ kepada kesan penuaan itu.


Proses penuaan bermula ketika tubuh manusia mencapai umur 20 tahun yang mana kolagen dalam tubuh akan berkurangan secara semula jadi lalu menyebabkan kulit nampak kasar, kusam serta berpigmen.


Namun, masalah kulit tidak akan kelihatan pada usia remaja kerana penghasilan kolagen dan elastin berjalan lancar. Apabila usia makin meningkat, keadaan seperti itu tidak lagi berlaku kerana kadar oksigen dalam kulit mengalami penurunan dan ia berkurangan seiring dengan pertambahan usia.


Ketika muda, sel dalam kulit kita dapat bertaut dengan baik dan masih kukuh. Tapi selepas usia meningkat melebihi 35 tahun, sel itu mula longgar hing-ga menyebabkan dalaman kulit kurang anjal lalu memperlihatkan kedutan kerana berlakunya perubahan pada struktur kulit.


Bagi yang baru melangkah ke alam remaja, biasanya penjagaan wajah tidak begitu rumit dan hanya mengalami masalah kecil seperti jerawat.


Ketika usia meningkat, kulit wajah mulai mengalami perubahan besar lalu timbul masalah seperti jeragat, kulit kering atau berminyak, bintik hitam dan warna yang tidak sekata.


Apabila usia menjengah 40 tahun ke atas, masalah itu pula mula berkura-ngan, namun digantikan dengan garis halus yang signifikan kepada tanda penuaan lalu membuatkan ramai wanita panik dengan keadaan itu.


Selalunya, mereka akan mula mencari ‘penawar’ dan bermula daripada situ, syarikat kosmetik mengambil peluang dengan menawarkan pelbagai produk serta kaedah bagi mengurangkan kesan anti-penuaan itu.



Lumba promosi


Berdasarkan pengamatan, wanita hari ini lebih ramai yang mementingkan penjagaan wajah sedia ada tanpa memberi perhatian kepada pencegahan awal terhadap tanda penuaan yang bakal mereka hadapi.


Majoriti wanita dan anak gadis di negara ini langsung tidak memberi perhatian kepada penjagaan anti-penuaan di peringkat awal, lalu menyebabkan kulit mereka hilang seri, kurang keanjalan serta mulalah timbul kedutan di kawasan mulut dan sekitar mata.


Proses penuaan yang berlaku bukan bermakna anda perlu terus melakukan pembedahan kosmetik atau menjalani rawatan muka yang keterlaluan.


Cukup sekadar anda sedar dan faham dengan perubahan yang berlaku pada tubuh lalu berusaha mengurangkan atau melambatkan tandanya.


Pembedahan plastik, botox atau penggunaan bermacam krim anti-penuaan tidak sepatutnya menjadi keutamaan kerana banyak lagi kaedah yang boleh membantu mengurangkan kesan penuaan seperti mengamalkan gaya hidup sihat dan menjauhi rokok.


Ketika ini, banyak syarikat kecantikan berlumba-lumba mengadakan promosi rawatan muka bagi mengurangkan masalah kulit. Justeru, sentiasa waspada dan mengambil langkah berhati-hati apabila ditawarkan melakukan rawatan anti-penuaan pada harga rendah.


Pastikan dulu bahan yang mereka gunakan untuk rawatan terbabit, sama ada ia disahkan selamat oleh pihak berkuasa atau sebaliknya.


Sepatutnya anak muda hari ini terutamanya yang sibuk dengan isu ‘takut tua’ tidak melihat sesuatu masalah itu secara serius tanpa memikirkan aspek positif yang terselit.


Motivasi yang ada adalah, tua bukan punca hilangnya kenikmatan, kerana boleh jadi tua itu membawa pelbagai perubahan positif dalam hidup kita.


Simpanlah rasa takut tua itu dan cuba belajar memiliki perasaan takut yang lebih bermanfaat untuk kehidupan dunia dan akhirat. Rasa takut yang boleh menyelamatkannya daripada musibah, rasa takut yang meninggikan darjat kita pada pandangan Allah.


Takutlah mati dalam keadaan tua dan bermaksiat!

Last edited by Jenabmurai on 13-11-2013 04:46 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2013 11:12 AM | Show all posts
waaahh..setazah JM.,,,,pepe pun baguzzzzzzz tuk ingatan
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 01:08 PM | Show all posts
mcmane agaknye aku dah tua nnti
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 03:19 PM | Show all posts
ai umur 20 dh pakai anti wrinkle..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan takut tua kot. yg takut tua ~ kalo sibuk nak berbotox, filler, plastic surgery bagai.

kalo setakat krim2, food supplement, injek vit c (sila injek di klinik ye) ~ itu bukan takut tua. itu utk diri sendiri. nak jaga kulit. nak bagi somi sentiasa sayang
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 09:52 PM | Show all posts
selagi blh usaha,,,usaha laaa utk elak tua seblm waktu nya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2013 11:42 AM | Show all posts
most of us sebenarnya kurang air dalam badan. kita selalu dehydrate. drink 3 liters of water everyday. you will the difference after a while. kedut pun boleh hilang. tapi kalo dah 60 ke atas tu, kena terima hakikat la mmg kedut itu petanda umur semakin pendek.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2013 05:24 PM | Show all posts
just be positive...kecantikan dr dalama yg penting
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2013 04:26 PM | Show all posts
setiap kita akan kedut..cuma faktor cepat atau lambat sj..tak payah la nk cucuk botoks bagai..amalkan pemakanan yang sihat, minum air yg banyak, ambil supplements. Masa keluar pastikan pakai UV cream.  Pakai scrub & mask 2-3 kali seminggu

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 07:27 PM | Show all posts
Masalah kedut ni boleh dikurangkan dengan berkesan dengan pakai produk Kinka yang diperbuat daripada emas tulen. Makcik aku dah cuba. Memang berkesan.. kedut banyak dikurangkan, kulit lebih cerah dan berseri. Dia nampak jauh lebih muda lepas guna 3 minngu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 07:29 PM | Show all posts
layari..... https://www.facebook.com/pages/Kinka-Malaysia/130549917141419

untuk tahu apa kebaikan emas kat kulit kita.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 09:47 PM | Show all posts
Tak silap aku macam prnah dengar somewhere:
orang barat dulu memang ada penyakit ni. (sekarang pun ramai)
Tapi, lama kelamaan mereka pun sedar sisi lain dari hal ni.
maka timbullah istilah "aging gracefully"
celebrate lah proses penuaan tu, dengan jadi tua secara sihat, slowly, gracefully!
makan jaga, tidur cukup, exercise selalu, happy sentiasa.
tua tetap tua.....tapi slow steady n healthy.

bukannya bergaris sikit, berkedut sikit, terus toreh muka secara professional. a.k.a. Plastic surgery.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 01:36 AM | Show all posts
I want to age gracefully like my mom....mkn supplement, sapu cream bukan sbb takut sgt ngan kedut....masalahnya disebabkan lifestyle, environment polluted ni.....senang sgt nampak kedut sebelum usia....kdg2 tu umur baru 20, rambut dah beruban....my friend 29 uban....x sah cerita.....nasib baikla pakai tudung. Fine lines undereye like me....teruk gakla smp org tegur sbb x padan ngan umur....so terpaksalah gigih berkrim awal Dari sepatutnya. Apapun kalo kedut muncul diusia sepatutnya x perlulah go extreme smp berbotox, pergi surgery sume. Wrinkle tu ingatan Dari Allah bahawasanya kitabtu tua Dan semakin hampir dgn penghujungnya...kalo x de wrinkle takut kita lalai, x ingat mati....ingat muda je smp enjoy pun x penah abis. So somehow bila tgk wrinkle mudah2an kita sume insaf, cepat2 bertaubat, gandakan amalan sementara di beri ruang untuk itu....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 04:56 PM | Show all posts
Saya dah cuba produk Kinka dari Japan tu.  Kinka Gold Moisture Cream dan Capsular EX betul berkesan untuk kurangkan kedut dan firm up kulit.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2013 02:52 PM | Show all posts
salinaayob posted on 20-11-2013 04:56 PM
Saya dah cuba produk Kinka dari Japan tu.  Kinka Gold Moisture Cream dan Capsular EX betul berkesan  ...

mana nak cr produk tu ek? mcm berminat jer...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.077386 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list