CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56265|Reply: 761

Analisis Kejatuhan DCT

[Copy link]
Post time 14-11-2013 11:54 AM | Show all posts |Read mode
Lewat kebelakangan ini DCT seolah mengalami zaman kejatuhan. Bukan perkara baru, tapi sudah berlaku sejak 7 tahun kebelakangan ini. Berikut adalah antara faktor yang dikatakan penyebab penyanyi nombor 1 negara ini tidak lagi bertakhta di nombor 1.

1. Kontroversi perkahwinan dengan Datuk K
- Perkahwinan ini dikatakan menyebabkan ramai peminat beralih arah, lebih-lebih lagu gossip terdahulu yang dinafikan beliau akhirnya benar2 terjadi.

2. Kurang mendapat lagu-lagu sedap, tidak lagi Juara Carta
-album-album beliau sejak Hadiah Daripada Hati (2007) dilihat gagal melahirkan lagu-lagu potensi malar segar, dan kedudukan juara di carta muzik juga tidak sekerap beberapa penyanyi lain seperti Najwa Latif, kumpulan 6ixth Sense dan Stacy. Hanya satu atau dua lagu beliau yang berjaya menjuarai carta dalam tempoh setahun, bagaimanapun jumlah itu masih boleh dibanggakan.

3. Ratu Selfie
- kecanggihan media sosial tidak diabaikan beliau, maka lahirlah akaun-akaun media sosial seperti twitter dan instagram. Namun, beliau dikatakan seolah-olah silap menggunakan kecanggihan teknologi tersebut termasuk berselfie sebanyak mungkin di intagram hingga mendapat gelaran ratu selfie, sedangkan pada tahap sekarang beliau harus dilihat lebih eksklusif untuk tatapan peminat.

4. Sudah mula menyanyikan lagu-lagu penyanyi yang lebih junior
- sejak munculnya artis-artis yang tidak seangkatan dengan beliau seperti aizat, yuna, shila amzah dan lain-lain, siti sudah tidak kisah menyanyikan lagu-lagu penyanyi yang jauh lebih mentah. cubaan cover version ini dilakukan di pentas-pentas korporat (terukir di bintang) & konsert-konsert/program di TV (dgn aizat, najwa latif dsbg). Sepatutnya siti tidak boleh terlalu kerap menyanyikan lagu-lagu artis yang lebih muda kerana beliau perlu menjaga standard tinggi yang telah beliau ciptakan. Ketika zaman kegemilangannya, siti tidak begitu gemar nyanyikan lagu-lagu daripada pesaingnya seperti Liza Hanim, Misha Omar, Jaclyn Victor dan Dayang Nurfaizah, sebaliknya beliau sudi nyanyikan lagu penyanyi yang lebih senior daripadanya.

5. Album tidak laris, jualan digital juga tidak memberangsangkan
- peminat tegar siti kini berada pada usia 25 - 45 tahun, dan tidak lagi mempunyai peminat yang ramai di bawah 25 tahun. Kuasa beli yang ada pada golongan peminatnya sekarang tidak berupaya memujuk peminat tegar yang dikatakan ramai ini untuk membeli fizikal CD yang diterbitkan beliau. 4 album mutakhir daripada beliau tidak begitu laris. Kali terakhir albumnya terjual lebih daripada 100,000 unit adalah album Transkripsi (disebabkan kualiti album yang bagus). Siti cuba mengalihkan perhatian kepada penjualan digital seperti di Itunes & sebagainya, tetapi jumlah jualan tidak begitu sehebat artis-artis muda yang lain. barangkali peminat-peminat siti banyak berada di luar bandar, maka kesedaran download official yang berdaftar tidak begitu meluas.

6. Bergantung kepada show-show kerajaan & GLC
- faktor penguasaan bahasa inggeris yang masih lemah menyebabkan siti masih bergantung kepada show-show di bawah GLC dan kerajaan, disamping terpaksa menyertai konsert-konsert percuma anjuran kerajaan sedangkan siti masih gagal memikat syarikat-syarikat multinasional untuk membuat persembahan. Jika ada, ia tidak sekerap beberapa artis lain.

7. Terlalu banyak membuat kemunculan dalam acara anugerah
- sejak berkahwin, siti banyak muncul dalam majlis-majlis anugerah yang tidak berkaitan dengannya, seperti Anugerah Skrin dan FFM (contohnya). Kekerapan muncul dalam acara anugerah seperti tidak membantu membina eksklusiviti kepada beliau. Beliau juga tidak lagi muncul eksklusif di pentas AIM atau AJL, sebaliknya terpaksa berkongsi segmen dengan banyak artis lain. Setelah menarik diri drpd menyertai AJL dan ABP, beliau dilihat masih membuat persembahan khas di acara-acara ini sekaligus seolah-olah menunjukkan dia masih bergantung kepada dua acara ini. Pun begitu, beliau masih belum diberi peluang untuk muncul di pentas-pentas anugerah yang lebih baru dan terkini (contohnya shout awards)

8. Kemenangan anugerah tidak lagi begitu mengujakan
- masih lagi dicalonkan di pentas anugerah setempat dan serantau, jika menang, kemenangan tidak lagi seghairah dulu kerana beliau mengulang memenangi anugerah yang sama saban tahun. lewat kebelakangan ini biarpun kalah dalam beberapa acara, beliau masih dicalonkan. Pun begitu pencalonan dengan material yang tidak kuat menyebabkan nama beliau tercicir daripada senarai menang sorak.

9. Gagal bergelar singer-songwriter
-disebabkan dewasa ini material lagu yang bagus amat sukar didapati, beliau harus mengasah bakat menjadi singer songwriter seperti penyanyi wanita yang lain.

10. Tidak digemari kerana imej
- makin tidak digemari kerana imej yang merapu sejak dua menjak ini

update

11. Masuk campur dalam urusan politik / sukan
- sebagai figura popular di malaya, komen2 dct semestinya dipandang banyak pihak. Tp kesilapan beliau dalam mengulas isu-isu yang di luar bidang nya menyebabkan dct di attack oleh pihak2 lain. Ini seolah2 menggali lubang kubur sendiri

12. Bisnes menyebabkan dct terpaksa jd kapitalis
- ketika zaman kegemilangan, dct pernah buat perniagaan selain terlibat dlm industri rakaman. tp selepas melancarkan produk kecantikan, beliau terpaksa memainkan peranan yang lebih agresif dalam bisnes, bagi memastikan perniagaan itu berjaya. Sehingga kini, perniagaan tersebut masih disifat dalam proses dibangunkan. Malang disini sekiranya tindak tanduknya  yang mungkin 'tidak popular' dalam bidang perniagaan menyebabkan pengikut (baca: peminat-peminat) makin kurang percaya kepadanya.




Last edited by sokmogitu on 15-11-2013 12:52 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2013 11:57 AM | Show all posts
gigih kau nok
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 11:58 AM | Show all posts
aku yakin zubir pun tak mampu buat analisis mcm ni....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 12:00 PM | Show all posts
11. Kene kutuk coz hentam KJ pujaan ramai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2013 12:02 PM | Show all posts
go_kart posted on 14-11-2013 11:57 AM
gigih kau nok

nak kredit lebih...nk masuk board kenamaan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2013 12:02 PM | Show all posts
maxim posted on 14-11-2013 12:00 PM
11. Kene kutuk coz hentam KJ pujaan ramai

elaborate pls! nanti aku tepek kt 1st post

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2013 12:06 PM | Show all posts
sokmogitu posted on 14-11-2013 12:02 PM
elaborate pls! nanti aku tepek kt 1st post

mntak @tapibukanaku eloborate
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 12:06 PM | Show all posts
amboihh.. siap analysis tu... ish ishh... mesti haters tegar ni... LoL
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2013 12:07 PM | Show all posts
maxim posted on 14-11-2013 12:06 PM
mntak @tapibukanaku eloborate

sejak bila kau pemalas bab2 sitot ni?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 12:12 PM | Show all posts
aku rasa analisis tu semua btl
aku mmg suka giler tgk muka ct tp sejak dok berselfie kt ig aku terus dh x minat..
dulu muka ct sgt2 eksklusif tp skrg tidakkkk..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 12:13 PM | Show all posts
aku suka appearance bertudung dct lately ni. nampak lagi proper takde terkeluar jambul, telinga segala.

tapi, apa yg aku perasan, ct ni suka nak tiru org & tumpang populariti org. time waheeda keluar irama padang pasir, dia pun nak nyanyi lagu ala2 gitu. time nicholas saputra glamer dgn aadc, dia pun kemaruk amik nicholas jadi artis dlm music video dia. time hafiz tgh glamer, dia pun amik peluang nak duet dgn hafiz.

lagu2 dia lately mmg tak best, sbb terlampau nak ikut mainstream. tp takpelah, she has her own fans & peminat setia.

tp mmg tak menahan, suka sgt selfie, ala2 remaja belasan tahun. perasan comel lettew.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 12:13 PM | Show all posts
hahahah..nsb aku bukan peminat tegar ct..keh3.. lg suke jena jenn
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 12:14 PM | Show all posts
habes la mu mek iti ............
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 12:16 PM | Show all posts
hahahaha aku sukak aku sukak !
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 12:16 PM | Show all posts
sokmogitu posted on 14-11-2013 12:07 PM
sejak bila kau pemalas bab2 sitot ni?

bila masa plak aku rajin psl sitot ni??? ada aku kesah ngan semua nehh??
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 12:16 PM | Show all posts
hahaha tunggu ct register masuk CARI
nama id ctdk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2013 12:17 PM | Show all posts
aku pon terasa-rasa this is her time now, ct....u better watch out !!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 12:19 PM | Show all posts
masa remaja dulu, suka sgt ngan Ct, sejak dia kawen ngan DK teros dh x minat smpi skg. Lagu pon dah x best,x mcm dulu2
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 12:20 PM | Show all posts
akibat video clip yg terbaru tu nampak murahan sangat
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 12:21 PM | Show all posts
azman888 posted on 14-11-2013 11:58 AM
aku yakin zubir pun tak mampu buat analisis mcm ni....

juber mmg tak mampu buat analisis tapi dia mampu meng"copy" dan mem"plagiat" analisis seperti ini dgn jayanye
syabas juber.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.072691 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list