CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3801|Reply: 0

Isu Cukai GST yang hangat dibicarakan sekarang

[Copy link]
Post time 20-11-2013 06:46 PM | Show all posts |Read mode
Sejak dari zaman primitif lagi, percukaian adalah kaedah bagi pemerintah untuk mengutip wang dari rakyat. Ia sama ada dilakukan secara sukarela atau paksaan, rakyat terpaksa akur.


Dalam sejarah tamadun dunia, terdapat beberapa kerajaan telah ditumbangkan oleh rakyat kerana kezaliman pemerintah mengenakan cukai yang melampau.

Di mana cukai digunakan untuk kepentingan pemerintah terutama raja-raja atau bagi membiayai peperangan. Ketika itu kaedah percukaian dilakukan dengan arahan mutlak raja-raja atau pemerintah tanpa ada satu-satu justifikasi. Rakyat tidak mendapatkan keadilan daripada cukai yang dibayar. Bahkan negara kecil yang dijajah juga terpaksa membayar ufti kepada negara yang lebih berkuasa.

Di zaman moden, sistem percukaian digunakan untuk mentadbir negara dalam satu kaedah yang lebih adil. Di mana cukai yang dperolehi dari rakyat akan disalurkan kembali dalam bentuk yang lain seperti perkhidmatan, utiliti, infrastruktur, pendidikan, pertahanan, kebajikan rakyat dan penstabilan harga dengan kaedah subsidi.

Sistem percukaian mendapat restu daripada akta-akta yang diluluskan oleh Parlimen untuk penguatkuasaan. Bermakna jika rakyat ingkar untuk membayar cukai, bermakna ia telah melanggar undang-undang negara. Setiap rakyat sama ada miskin atau kaya seharusnya atau sememangnya telah membayar cukai kepada negara tanpa disedari.

Apakah kita selama ini telah dapat lari dari cukai ? Apakah rakyat yang ditakrifkan tidak perlu membayar cukai pendapatan dalam sesetengah kategori maka ia ditakrifkan bebas membayar cukai ?  Apakah kita yang tinggal di pendalaman atau kampong-kampung dari golongan petani dan penoreh getah juga bebas dari membayar cukai ?

Sebenarnya semua golongan ini membayar cukai. Tetapi ianya melalui cabang-cabang percukaian yang berlainan. Yang terpenting ialah rakyat selama ini telah membayar Cukai Jualan dan Perkhidmatan atau lebih dikenali sebagai Sales & Services Tax (SST).

Dalam sistem percukaian Malaysia, selain daripada cukai pendapatan perseorangan dan cukai korporat yang dilakukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), cukai-cukai yang dikenakan oleh Kastam Diraja Malaysia meliputi Duti Import, Duti Export, Cukai Jualan yang nilainya 5%, 10%, 20% dan 25% mengikut kategori.

Juga Cukai Perkhidmatan yang dikenakan oleh restoran, hotel, perkhidmatan telekomunikasi, perkhidmatan profesional seperti arkitek, jurutera, peguam dan sebagainya. Akhir sekali ialah Duti Eksais yang dikenakan kepada produk-produk mewah seperti kereta import, arak dan produk-produk tembakau.

Kita membayar cukai setelah membeli produk atau mendapatkan sesuatu perkhidmatan itu dengan kadar cukai jualan sebanyak 10% dan cukai perkhidmatan sebanyak 6%. Dalam sistem SST tidak terdapat penyeragaman bentuk cukai malah ada kalanya ia bertindih antara satu sama lain yang mengakibatkan harga sesuatu produk atau perkhidmatan itu meningkat tinggi.

Dalam kebanyak hal pula, percukaian ini diselindungkan bagi mengautkan keuntungan dan ada yang mengelak dari membayar cukai. Oleh itu ketirisan sering berlaku di setiap peringkat. Oleh itu Malaysia dalam proses untuk menukar sistem yang baru bagi menggantikan SST.

Trend di peringkat dunia telah memperlihatkan satu sistem percukaian yang lebih mudah dan seragam serta memberi keadilan kepada rakyat telah digunakan. Ia dinamakan GST yang bermaksud Goods & Sevices Tax ataupun Cukai Barang dan Perkhidmatan. Konsep ini mula diperkenalkan oleh seorang pegawai percukaian di Perancis dalam tahun 1950an.

Kini konsep GST telah digunakan di lebih 160 buah negara di dunia. Ianya mungkin terdapat beberapa pengubahsuaian bagi setiap negara. Maka ada negara yang menamakannya sebagai Value-Added Tax atau VAT. Ia bukan sahaja digunakan di negara-negara demokrasi bahkan di negara-negara blok komunis seperti Rusia, China dan Vietnam telah lama mengamalkannya.

Dalam kalangan negara-negara Asean, Indonesia adalah negara pertama menggunakan sistem GST dalam tahun 1984.  Kini hanya Malaysia, Myanmar dan Brunei sahaja yang belum mengamalkan sistem ini.

Apakah konsep GST dalam bahasa yang mudah ?

GST adalah sejenis levi yang dikenakan ke atas barang-barang yang dibekalkan pada setiap peringkat perbekalan dari pembekal atau pembuat sehinggalah kepada peringkat peruncitan.

Walaupun GST dikenakan pada setiap peringkat perbekalan, elemen percukaian tidak menjadi sebahagian daripada kos produk kerana dalam sistem GST akan membayar balik ke atas perniagaan input yang boleh dikreditkan kembali daripada kerajaan.


untuk membaca seterusnya, sila ke :


http://hisemudinkasim.blogspot.c ... ersepsi-rakyat.html





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.206571 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list