CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1810|Reply: 0

Juri Piala Dunia

[Copy link]
Post time 21-11-2013 02:55 PM | Show all posts |Read mode
PENYANYI Latin terkenal, Ricky Martin akan menjadi juri dalam satu pertandingan mencipta lagu rasmi Piala Dunia 2014.

Peraduan itu, Super Song: The Global Music Contest For The 2014, FIFA World Cup adalah hasil kerjasama antara Martin dan syarikat rakaman Sony.

Lebih membanggakan lagi apabila Martin juga akan menyanyikan lagu rasmi yang akan dimenangi oleh pencipta lagu tersebut.

Sebelum ini, Martin telah menyanyikan lagu rasmi Piala Dunia 1998 menerusi lagu La Copa de la Vide (Cup Of Life).

“Tidak kira siapa anda atau di mana anda, anda mempunyai peluang untuk menjadi bintang dengan mencipta lagu untuk Piala Dunia tahun hadapan dan saya akan merakamnya,” kata Martin dalam video promosinya.

Peraduan ini akan bermula pada Disember depan dan akan memilih 20 finalis pada Januari tahun hadapan untuk dinilai oleh Martin dan barisan juri lain bagi memilih pemenang yang akan diumumkan pada Februari 2014.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.071873 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list