CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2015|Reply: 0

Berlakon filem Entourage

[Copy link]
Post time 21-11-2013 02:58 PM | Show all posts |Read mode
THE Wrap melaporkan, pelakon dan model jelita, Kate Upton bakal membintangi filem terbaru yang diangkat dari siri televisyen popular, Entourage.

Bintang The Three Stooges itu telah ditawarkan watak utama oleh Warner Bros, iaitu watak sebagai cinta baru kepada Vincet Chase lakonan Andrian Grenier.

Selain bintang Tower Heist itu dan Grenier, pelakon lain yang membintangi filem itu ialah Kevin Connolly, Kevin Dillion, Jery Ferrara dan Jeremy Piven.

Filem itu akan memulakan proses penggambaran pada Januari tahun hadapan.

Entourage mula bersiaran di saluran HBO pada 2004, menceritakan kejayaan Vincent Chase (Andrian Grenier) sebagai bintang filem terkenal di Hollywood.

Dalam perkembangan lain, Upton bakal muncul dengan filem terbarunya bergandingan dengan Cameron Diaz dalam The Other Women yang bakal ditayangkan pada 1 Mei tahun hadapan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.151886 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list