CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13411|Reply: 94

Retis baru suara seakan YUNA katanyerr!!

[Copy link]
Post time 22-11-2013 08:14 AM | Show all posts |Read mode

Sissy berguru dengan Syafinaz Selamat semasa di Koir Kebangsaan Malaysia

Kali pertama mendengar suara Sissy Imann, 18, vokalnya seakan sama dengan penyanyi yang kini sudah bergelar artis antarabangsa, Yuna.
Namun, membuka laman YouTube gadis periang ini dan mendengar satu persatu lagu yang hasil ciptaannya, nyata Sissy mempunyai lontaran vokal tersendiri.

Nampaknya, laluan menjadi artis terutamanya penyanyi semakin mudah. Sama ada mengikuti laluan program realiti televisyen atau laluan laman YouTube.  Bagi Sissy, dia pada mulanya tidak berniat langsung untuk menonjolkan bakatnya di YouTube, sebaliknya hanya sekadar mahu berkongsi karya-karya lagu diciptanya.

"Masa saya umur 16 tahun, saya buat akaun di YouTube untuk mengucapkan tahniah kerana baharu sahaja memenangi salah satu anugerah ketika itu.

"Kebetulan dalam video itu saya ada menyanyikan sedikit petikan lagu Yuna iaitu Terukir Di Bintang dan kemudian ramai yang mula meminta saya menyanyikan lagu-lagu penyanyi lain," katanya yang begitu meninati Yuna.

Sissy yang boleh bermain alat muzik antaranya gitar, biola, bes dan piano juga pernah mendapat tunjuk ajar daripada penyanyi bersuara soprano, Syafinaz Selamat.  "Ketika berumur 16 tahun, saya telah dipilih untuk manjadi salah seorang anggota Koir Kebangsaan di bawah pimpinan Syafinaz.

"Antara majlis yang paling besar saya pernah sertai adalah Konsert Agung yang turut melibatkan Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Jamal Abdillah," katanya.  Mengulas mengenai lagu Mungkin Kamu yang diciptanya sendiri, itu turut mendapat sentuhan penggubah muzik, Ag Coco, Sissy berkata, idea untuk lagu itu sebenarnya datang secara mengejut pada satu malam dan dia terus menulis lirik dan mencipta melodinya.

"Setelah siap, saya perdengarkan kepada keluarga dan beri kepada Ag Coco untuk dengar dan dia beritahu ada yang tidak cukup dengan lagu yang saya cipta.  "Bermula daripada situ saya mula bekerjasama dengan Ag Coco untuk lagu itu sehinggalah siap dan kini sudah boleh didengar di YouTube," katanya.

Tambah Sissy, dia begitu teruja dengan kelahiran lagu sulungnya apatah lagi ia mendapat sentuhan Ag Coco.  "Saya kenal Ag Coco ketika menyertai bengkel muzik anjuran Yuna. Dia banyak memberi nasihat cara bagaimana untuk menulis lagi dan ia sangat membantu saya," jelasnya.

Minat muzik

Walaupun minat muzik Sissy sangat tinggi, tetapi ia tidak sedikit pun mengganggu tumpuan dalam bidang akademik.  Masakan tidak, dia telah ditawar untuk menyambung pelajaran di peringkat Matrikulasi. Malah, dia juga menerima tawaran untuk menyambung pelajaran dalam jurusan undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Disebabkan minatnya yang begitu mendalam dalam bidang muzik, dia menolak kedua-dua tawaran tersebut sebelum menyambung pelajarannya kini di Institut Pendidikan Guru (IPG) Ilmu Khas dalam jurusan Pendidikan Muzik.  "Saya sebenarnya sudah menyambung pelajaran dalam jurusan undang-undang di UiTM selama dua minggu.

"Semasa berada di UiTM saya menerima tawaran untuk menyambung pelajaran di IPG dalam bidang yang saya minat.  "Minat saya sebenarnya sangat mendalam bidang muzik yang menyebabkan saya terpaksa menolak kedua-dua tawaran tersebut.

"Lagipun, ketika ini saya mahu lakukan apa yang saya minat dan bukannya apa yang saya hendak lakukan," katanya yang berbincang selama seminggu bersama keluarganya tentang niat untuk menyambung pelajaran dalam bidang yang diminati.

Ketika ditanya adakah dia yakin dengan keputusannya untuk lebih fokus dalam bidang muzik, jelasnya, keputusan itu sudah difikirkan masak-masak.  "Bagi saya, bila kita melakukan apa yang kita minat, kita pastinya akan melakukan yang sehabis baik untuk mendapatkan keputusan yang memuaskan hati.

"Sebab itu saya yakin dengan keputusan saya untuk menyambung pelajaran dalam lingkungan muzik juga," jelasnya.Tambahnya lagi, dia mencipta lagu adalah untuk berkongsi dengan peminat muzik mengenai ekspresinya dalam bentuk karya muzik.

"Saya sambung pelajaran juga adalah supaya nanti selepas saya habis belajar, saya dapat kongsikan sesuatu dalam bidang muzik kepada orang lain," ujarnya.  Hendak menjadi seorang artis mesti sedia membiarkan kehidupan peribadi diintai terutamanya oleh peminat.

Bagi Sissy, tipulah kalau dia mengatakan tidak takut dengan risiko yang bakal di hadapi, tetapi dia akan memastikan dirinya tidak terlibat dengan kontroversi.
"Saya bersedia untuk berkongsi mengenai kehidupan saya tetapi risau juga jika apa yang saya lakukan dianggap keterlaluan oleh pihak lain.
"Apa yang penting bagi saya adalah untuk sentiasa menjaga diri dan tidak melakukan sesuatu yang memalukan diri dan keluarga.

"Tambahan, buat masa ini, saya bertuah kerana mempunyai sebuah keluarga dengan hubungan yang sangat rapat antara kami," jelasnya.

Tambahnya, buat masa ini, keluarganya akan menjadi penasihat untuk setiap apa yang ingin dilakukannya. Dengan statusnya yang masih bergelar pelajar, jelas Sissy, dia mengakui perlu bijak dan berdisiplin dalam mengatur masa untuk kedua-duanya.  "Saya cuba untuk memberikan yang terbaik dalam kedua-dua bidang kerana muzik adalah minat saya, tetapi pelajaran juga penting untuk kehidupan saya.
"Apa yang saya buat ialah memberi fokus sepenuhnya ketika saya belajar mahupun ketika saya sedang menghasilkan karya saya," jelasnya.


Menjadi penaung untuk band The Mailbox yang pernah dianggotainya ketika di sekolah menengah

Pernah melakukan konsert amal bagi mengumpul dana untuk diserahkan kepada sekolah tahfiz

Suka menjerit ketika berumur lima tahun sehingga terpaksa dikawal oleh guru vokal

Seorang yang sangat geli dengan cicak


p/s adakah sama seperti yuna????


silalah dengar dan bagi pendapat anda


for me, taklah mcm yuna sgt suara dia, more likely mcm zee avi sikit2.






Last edited by xanderz on 22-11-2013 08:18 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2013 08:18 AM | Show all posts
xdpt dgr... kene block..

da klon yuna plak bersepah2 nanti.. da tamat da klon ct...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 08:21 AM | Show all posts
loll ak lagi suka aisyahAF kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 08:24 AM | Show all posts
teky posted on 22-11-2013 08:18 AM
xdpt dgr... kene block..

da klon yuna plak bersepah2 nanti.. da tamat da klon ct...

yuna kan "siti nurhaliza" of the moment ...gituuuuu

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 08:31 AM | Show all posts
cer la cr nama yg semenggah sikit..Sissy? Bapuk? Pondan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 08:33 AM | Show all posts
klon???? ermmm ... tak kan ke mana la ...

btw ... her name "sissy" ...... ?????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2013 08:34 AM | Show all posts
chantek gak fomfuan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 08:36 AM | Show all posts
TAK BEST LA DIK!


suara Yuna, aman damai n tenang bila dengar.
yang ni cam seksa je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2013 08:38 AM | Show all posts
gegeh kontrol anak tekak nak kuarkan sore yg ala2 yuna katanya,,,
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 08:40 AM | Show all posts
sissy tu bukan PONDAN ke maksudnye
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 08:52 AM | Show all posts
jaman kejatuhan ct nurhalija
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 08:56 AM | Show all posts
mcm miera liyana..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 08:59 AM | Show all posts
sissy tu kan pondan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 09:09 AM | Show all posts
x gemor suara yuna
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 09:11 AM | Show all posts
oh dah dengar. okay la. ada la sama skit.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 09:17 AM | Show all posts
slyfynx posted on 22-11-2013 08:40 AM
sissy tu bukan PONDAN ke maksudnye

tah2 dia memang pondan sbelum ni...










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2013 09:18 AM | Show all posts
suara yuna dah jadi tanda aras piawai ke? bukan kah itu suara kebanyakan rakyat jelata mendodoikan anak sampai lena tidur?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 09:19 AM | Show all posts
Tak Sedap .......
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 09:22 AM | Show all posts
sissy dik oi...just be yourself xyah la nak tiru2 klon2 penyanyi yang sedia ada
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 09:23 AM | Show all posts
jauh la dari yuna..
mcm zee avi mungkin..
tapi zee avi lagi sedap..
suara dia lain la..
BTBH, tak sedap untuk iols..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.206728 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list