CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3523|Reply: 21

Dua Pelakon Dakwa Dianiaya Lima Artis Veteran

[Copy link]
Post time 25-11-2013 11:24 AM | Show all posts |Read mode
Oleh NIEZAM ABDULLAH (Instagram: niezamabdullah)


Den Wahab


PETALING JAYA: Dua pelakon mendakwa dianiaya oleh lima artis veteran selepas nama mereka disenaraikan antara tujuh defendan yang diarahkan membayar wang RM60,000 kepada kumpulan artis berkenaan berhubung isu saman mereka kepada pemimpin Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Dua artis berkenaan ialah pelakon Syed Nahar Syed Mokhtar (Syean), 37, dan juga Zaharudin Wahab, 50, (Den Wahab), masing-masing bekas Setiausaha Kehormat dan Bendahari persatuan.

Kedua-dua artis tersebut berkata, selepas dilantik memegang jawatan, mereka telah mengemukakan surat peletakan jawatan tidak lama kemudian kerana mempunyai komitmen lain tetapi terkejut apabila nama mereka dikaitkan antara individu yang di saman.

Pelakon Den Wahab berkata, dia tidak menghadiri sesi pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke 14 (AGM-14) pada 26 Mei 2012, tetapi pelantikannya dibuat oleh jawatankuasa yang dipilih dalam sesi itu.

Bagaimanapun kata Den, selepas seminggu memegang jawatan berkenaan, dia telah menghantar surat kepada persatuan untuk meletakan jawatan dan tempatnya sebagai Bendahari di ganti oleh seorang individu bernama Megat.

“Sepanjang seminggu memegang jawatan berkenaan, saya tidak pernah menandatangani apa-apa dokumen termasuklah cek serta tidak pernah pun menjejakkan kaki ke Pejabat Seniman.

“Tapi saya terkejut apabila kes saman melibatkan lima artis veteran dan pemimpin persatuan itu, nama saya dikaitkan sekali sedangkan saya bukanlah ahli jawatankuasa persatuan itu lagi. Saya benar-benar teraniaya,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Ahad.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 November lalu memutuskan pemilihan ahli jawatankuasa Persatuan Seniman yang dibuat dalam Mesyuarat Agung Tahunan Ke-14 yang diadakan pada 26 Mei 2012 di Dataran Karyawan Finas adalah terbatal dan tidak sah



Nahar Syed Mokhtar atau Syean.


Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop turut memerintahkan defendan kedua hingga keempat iaitu bekas presiden persatuan itu Haron Aminar Rashid Salim (Harun Salim Bachik), Omar Kamarudin (Yusof Kelana) dan Wafa A.Kadir membayar ganti rugi khas sebanyak RM56,000 berhubung pembelian hartanah di Setiawangsa kepada Persatuan Seniman.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah Rozaidi Jamil (Zed Zaidi), Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar (Sean) dan Zaharudin Wahab (Den Wahab).

Beliau juga turut memerintahkan semua tujuh defendan berkenaan membayar kos tindakan sebanyak RM60,000 kepada pihak plaintif iaitu kira-kira RM8,571 setiap seorang.

Pada 25 Januari lepas lima artis veteran yang dinamakan sebagai plaintif iaitu Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran (Sahlan), Roslinda Buang, Mior Ahmat Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani telah memfailkan saman terhadap pemimpin-pemimpin Seniman bagi mengisytiharkan AGM-14 persatuan berkenaan tidak sah kerana disyaki berlaku penyelewengan termasuklah pemalsuan pindaan undang-undang.

Dalam pada itu Den Wahab berkata, sepatutnya lima artis veteran berkenaan meneliti terlebih dahulu senarai baharu Ahli Jawatankuasa Seniman penggal 2009-2012 sebelum membuat kesilapan menyaman individu yang telah meletak jawatan.

Katanya, tindakan itu memberi kesan emosi kepadanya selain berasa kecewa kerana tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah semasa perbicaraan berlangsung.

“Saya benar-benar sedih sebab saya tak tahu apa-apa. Tiba-tiba kena bayar saman. Sedangkan semasa perbicaraan saya tidak pun dipanggil untuk memberi keterangan,” katanya.

Sehubungan itu jelas Den Wahab dia akan mendapatkan nasihat peguam mengenai isu tersebut.

Sementara itu Syed Nahar yang juga bekas anggota kumpulan Boys’R’us pada era 1990-an berkata, dia meletak jawatan sebagai Setiausaha Kehormat selepas dua bulan memegang jawatan melalui sepucuk surat yang dihantar kepada bekas presiden iaitu Zed Zaidi.

Kata Syed Nahar, peletakan jawatan itu berpunca daripada komitmen kerjanya sebagai pelakon dan digantikan oleh Zahrin Ishak yang juga penasihat undang-undang persatuan berkenaan.

“Sebelum meletakkan jawatan, saya tidak pernah menandatangani apa-apa dokumen sama seperti yang berlaku kepada Abang Din (Din Wahab). Tetapi nasib kami serupa apabila tiba-tiba diarahkan membayar saman.

“Apa yang berlaku ini benar-benar mencemarkan nama saya kerana saya bukan individu yang bersalah,” jelasnya.



Abu Bakar Omar


Syed Nahar berkata, dia tidak teragak-agak untuk mengemukakan saman malu kepada lima artis veteran berkenaan kerana kesilapan itu telah menjatuhkan maruah dan memalukannya.

Sementara itu plaintif pertama dalam kes berkenaan iaitu Abu Bakar Omar, 64, yang dihubungi berkata, pihaknya menyenaraikan nama-nama defendan tersebut selepas merujuknya daripada pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Katanya, kesilapan itu berpunca daripada kelemahan bekas kepimpinan persatuan berkenaan yang gagal mengemas kini senarai Ahli Jawatankuasa baharu persatuan itu selepas berlaku perubahan jawatan.

“Tengoklah... kata bijak sangat... kalau bijak, kenapa mereka (bekas pemimpin Seniman) tak tukar nama tu di ROS? Kami (ambil tindakan) berpandu nama yang ada di ROS,” sindirnya.

Tambah Abu Bakar, dalam hal ini Den Wahab dan Syed Nahar perlu merujuk kes tersebut ke mahkamah kerana keputusan telah pun dibuat oleh Mahkamah Tinggi.


SUMBER MSTAR
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-11-2013 11:24 AM | Show all posts
hangat kes ni....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 12:10 PM | Show all posts
KES SEMAKIN MENARIK ..
HAI @miawpink
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2013 12:12 PM | Show all posts
tomet05 posted on 25-11-2013 12:10 PM
KES SEMAKIN MENARIK ..
HAI @miawpink

haaha krs memang semakin menarik
banyak tuduh menuduh..

hai tomet05
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 12:17 PM | Show all posts
semakin aku x pahAm
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 12:17 PM | Show all posts
pulak dah....

tapi pelik juge ye, takkan mahkamah tak panggil kesemua defendan beri keterangan
tetibe jer disuruh bayar saman, sape tak hangen
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2013 12:22 PM | Show all posts
dah ribut2 macam ni ... klu di offer berlakon in same drama or movie or same produksi,
leh lagi ke nak kerja sesama?

apa pun semua yg berlaku di sebbkan masing2 gila kuasa..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 12:24 PM | Show all posts
ramai nya terlibat..sampai susah nak paham..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2013 12:41 PM | Show all posts
kenapa susahnye nak hadam?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 12:42 PM | Show all posts
adoi ..... makin complicated nie .........
industri x kemana pon ..........
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 12:50 PM | Show all posts
sepatutnya persatuanlah yang merapatkan ahli2 dan dapat setelkan apa2 masalah
macamanalah puak2 ni buat kerja
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 12:51 PM | Show all posts
ni penghakiman terus ke? atau penghakiman ingkar?
pastu ms service of summons tu pergi ke mana?
sapa loyer utk defendan2? adakah loyer tu dilantik utk mewakili kesemua defendan
klu den wahab dan syean di pihak yg benar so saman malu jer kesemua 5 retis veteran, kemukakan bukti yg kukuh, xyah nak pong pang pong pang
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 01:19 PM | Show all posts
Persatuan bukan nak setelkan problem..bikin problem lagi ade..
Giler koser sumer neh..
Tu belum rebut jawatan politik.org2 camni la yg caca marbakan segala..
Padan ngan muka sumer.Abam freddie fernandez senyum kambing dari kejauhan...

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 02:15 PM | Show all posts
aiyoo mcm ni pon boleh ke
klu btol n ade bukti dah letak jawatan
saman malu je la
sbb tak pasal2 kene saman kann
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 02:21 PM | Show all posts
punah industri perfileman malaysia dengan  kewujudan orang2 mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 02:32 PM | Show all posts
musangcomel posted on 25-11-2013 02:15 PM
aiyoo mcm ni pon boleh ke
klu btol n ade bukti dah letak jawatan
saman malu je la

kena saman abam jed jedi n the geng la kan sbb tak hapdate nama ahli kat ROS. hmmmm.. tak pasal je kena saman....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2013 02:34 PM | Show all posts
KelisaSilver posted on 25-11-2013 02:32 PM
kena saman abam jed jedi n the geng la kan sbb tak hapdate nama ahli kat ROS. hmmmm.. tak pasal je ...

tu la pasal
kes ni makin complicated plak
aku pon dah konpius sape yg mamat berdua ni harus saman
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 02:42 PM | Show all posts
musangcomel posted on 25-11-2013 02:34 PM
tu la pasal
kes ni makin complicated plak
aku pon dah konpius sape yg mamat berdua ni harus sama ...

a..ah.. kalau nak kaya cepat saman la dua dua team tu. 1 team jed jedi sbb tak hapdate nama derang kat ROS. 1 team lagi sbb sblm nak saman org tak check betul2 org yg nak di saman tu terlibat ke tak. Ini boleh saman malu.... serabut kan persatuan ni... bubarkan je la... consentrate ngan karyawan je ok jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 02:43 PM | Show all posts
bukan setiap kali meeting dorang kena update dan bagi salinan minutes kat ROS ke? nasib la.. sapa suruh pandang ringan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
xpaham.. tapi kesian, sedih n malu psatuan xbape bersatu mcm ni...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.077229 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list